… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Maklumat terus ke ruang tamu (kalau korang sanggup tunggu)

Sebagai pengguna intenet tegar, aku sangat2 menyambut baik apa2 usaha oleh sapa2 saja untuk melaju dan memurahkan lagi talian internet di Tanah Melayu ni. Dan aku sambut baik laporan2 sekitar tahun lepas yang mengura2kan bahawa Malaya akan menikmati kemudahan HDTV melalui kemudahan HSBB yang bakal diperkenalkan oleh Telekom dalam tempoh terdekat.

Ok, kepada yang tergaru2 kepala tak paham apa itu HDTV dan HSBB, secara kedai kopinya, HDTV bermaksud tivi dengan kualiti sangat superb

Astro EPG

Astro EPG

sampai ke tahap korang boleh kira berapa banyak taik lalat kat atas muka Sharifah Aini (kalau dia masih keluaq tivi laa), dan HSBB pulak bermaksud intenet yang ya’mat laju sampai ke tahap belum sempat kita tekan enter, video kat Youtube dah habih loading . Itulah yang dijanjikan oleh kerajaan dalam memberi subsidi kepada TM (kampeni yang bertanggungjawab menyelowkan internet kita selama ini) supaya mereka dapat melaksanakannya dengan lancar.

Dan aku optimis tentang inisiatif ini. Sebab tu dalam dua tiga minggu lepas aku menghabiskan masa menyetap (setup dengan imbuhan me) komputer aku untuk dipasang di ruang tamu dengan harapan sambil telentang di atas sofa, aku boleh tengok video2 ceramah terkini dari laman2 seperti Youtube dan Google Video. Ideanya, selepas ini aku tak perlu lagi melecup paha dibakar bateri notebook setiap kali aku nak tengok video atau berita dari internet. Apa yang aku perlu buat, telentang atas sofa, tekan rimut tet tet tet, keluaq video internet dan aku boleh tidoq depan tivi seperti biasa.

Di sini perlu diingatkan kepada sesiapa yang nak cuba buat benda2 yang berkaitan dengan tivi dan ruang tamu, adalah dinasihatkan terlebih dahulu untuk menjual idea ini kepada isteri masing2. Kemuncungan, kemasaman, dan kebeleteran mereka hasil daripada gangguan korang menyetap benda ni takkala mereka nak tengok telenovela Indon akan membawa kepada kehancuran peluang untuk bekerja dengan tenang. Anda telah diwarning.

Aku bermula dengan sebuah komputer kecik dengan Windows Vista Home Premium yang dah ada Vista Media Center bersama TV tuner dan IR Beamer, beserta rimut dan kibod wayaless. Aku dapat free. 😀

Komputer tadi aku sambung ke LCD tivi guna kabel RGB (kabel yang kita guna untuk cucuk kat projekter tuh). Astro aku pulak, aku cucuk cable S-Video dan sambung ke TV tuner komputer. Dan IR beamer pulak aku pelekat kat depan dekoder Astro. Aku on komputer, setup TV signal (pilih S-video), setup rimut Astro bagi komputer aku kenai, pastu terus simpan rimut Astro sebab tapayah guna dah, cuma guna rimut yang dia bagi. Download EPG (electronic programming guide) Astro dari internet, dan siap!

Sekarang komputer aku dah boleh rekod Astro pada bila2 masa selama mana dia tak gila. Sebab kadang2 time aku nak rekod interbiu Anwar kat BBC, dia akan taat dan terus rekod Mr Bean kat TV3. Microsoft…

mcShoutCast

mcShoutCast

Untuk video2 streaming dari intenet pulak, aku install Yougle – plugin yang support Youtube, Metacafe, Apple Trailer, dan beberapa website sepertinya. Download pastu install. Dah. Dari media center aku dah boleh search video yang aku nak tengok, tekan rimut tet tet tet, pastu menyumpah TMnet sebab baru teringat HSBB belum start lagi. Aku minat radio internet, terutama Shoutcast. So aku install mcShoutcast untuk sekali lagi aku menyumpah TMnet sebab sakit kepala dengaq orang menyanyi tesekat2 macam peserta Akedemi Fantasia. Ohh lagi satu, Vista Media Center juga didatangkan dengan Internet TV, di mana aku boleh tengok TV internet dengan pelbagai saluran dengan kualiti gambar yang sangat baik. Ada berita (MSNBC), History Channel, Discovery Channel, konsert, sitcom, dan macam2 lagi yang dapat aku tengok dengan kualiti yang superb, dan bunyi yang sangat clear tanpa tersekat2 melalui internet, kalau aku dok kat Amerika. Sekali lagi aku menyumpah.

Dalam masa yang sama, media center ni jugak aku buat untuk tempat tengok video2 koleksi dan siri2 tivi yang direkod dan yang ada dalam simpanan external hard disk 1 terabyte aku. Aku guna plugin MediaBrowser.

So, macamana aku berjaya menyenyapkan bini aku time aku menggodek2 komputer kat depan ruang tamu? Jawapannya ialah WebGuide. Aku suruh cadangkan kat bini aku supaya masuk dalam bilik study dan bukak notebook untuk connect pada TV kat luar. Dia boleh tengok cerita indon dia sementara aku meneruskan usaha tergaru2 mengkompiger (configure dengan imbuhan meng) plugin2 yang ada. WebGuide ni cool sebab ianya juga membolehkan aku mengakses Astro aku kat rumah dari tempat kerja untuk layan cerita dari Parlimen. Dan bini aku boleh stream balik rancangan masakan yang dia tak sempat tengok pagi tadi time dia tengah rehat kat opis. Sungguh mudah dan amat berkesan untuk 10 minit pertama sebelum komputer restart balik sebab bengong. Microsoft…

Kesimpulannya? Media center baru aku membolehkan aku rekod apa2 rancangan dari dekoder Astro pada bila2 masa. Aku boleh tengok movie secara terus dengan interface yang cun. Ceramah2 terkini dari Mediarakyat dan rakan2 lain dapat ditonton dari ruang tamu tanpa perlu aku on off apa2. Cuma tekan remut saja. Dan dengan WebGuide, aku boleh tengok Astro dari mana2 saja asalkan ada internet. Teknologi maklumat nampaknya telah berjaya menerobos ke ruang tamu rumah aku. Apa yang aku perlukan sekarang ialah HSBB untuk mendapatkan kepuasan optima untuk kandungan2 dari internet.

Dan sehingga waktu itu tiba, sila kejutkan aku bila video Anwar berceramah di Bukit Selambau dah habih loading. Aku tidoq sat…

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

9 Responses to “Maklumat terus ke ruang tamu (kalau korang sanggup tunggu)”

  1. amir says:

    maksud ko x payah tekan remut astro, then remote ape?

    ko ni keje pe sebeno eh.

  2. admin says:

    Guna remote yg disertakan bersama Media Center. Kool. :)

  3. Amir says:

    then IR beamer is for what? tu yg cucuk kat usb port ke. lowyat ade jual ? bape rege? thanx

  4. Amir says:

    camne lak nak guna ir beamer tu. setau aku cucuk kat pc. apsal ko ckp letak kat decoder astro?

  5. admin says:

    Connector cucuk kat pc, beamer letak dpn IR Astro. Beamer tu yg transmit signal IR dr pc ke Astro utk tukar channel 😉

  6. admin says:

    IR beamer guna utk tukar channel di Astro dr pc. Hence the word ‘beamer’, beam IR signal dr pc ke mana2. In this case, ke Astro utk tukar channel remotely.

  7. Amir says:

    OIC. thanx a lot. kang x fhm aku tanye lg.

  8. Amir says:

    oh…by da way…HSBB dh kuar. ambik x?
    ke x jd. sbb harga.

Powered by the people for the people