… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Menunggu khabar toyol di Putrajaya

Setiausaha AIC semalam bergurau dengan aku, katanya kabinet baru ni adalah kabinet Rosmahathir. Sebabnya ada bunyik2 nakal mengatakan Zulhasnan tak diambik semula sebab Rosmah tak bekenan dengan bininya. Begitu jugak beberapa menteri yang gugur, banyak suara2 sumbang mengaitkan Rosmah dalam percaturan ini. Mahathir pulak pastikan si Mukhriz tak terus2 meraung dalam bilik dan tak mau keluaq makan sebab sedih tak dipilih ketua pemuda dengan memastikan anaknya dapat jawatan jugak. Betul atau tidak, aku tak tau. Aku takdak jin nak suruh pi confirm cerita.

Tapi cerita kabinet dapoq nih dah banyak orang ulas. Yang semuanya menjurus kepada “whatever”. Pembangkang dengan cara hentamnya, dan kerajaan dengan cara jilatnya. So, nak ulas lagi pun dah jadi tak seronok. Dah tadak hurup nak tulis.

Cerita tali gantung azilah dan sirul yang bunuh altantuya pun dah ramai orang komplen. Yang tak ulas lagi sorang saja, mahadet. Sampai sekarang langsung tak berdenyit komen tentang kisah negaranya yang menjadi perhatian dunia semasa laki Rosmah pegang kunci gudang C4. Kenapa? Mungkin jin2 yang berkeliaran di Putrajaya saja yang tau sebabnya.

Cerita Najib lari keluaq hotel terketaq2 masa geng merah rempuh hotelnya? Tu tak ramai yang komen lagi, tapi aku pulak malas nak komen sebab frust PM aku tak jadi hero time tu. Apa yang laki Rosmah buat ialah suruh macainya tulis blog bejela2 dan buat2 heran pasaipa ada golongan nak halang buat kerja baik. Jawapan ni sama macam Rosmah dok heran pasaipai ramai orang buat “tohmahan” pada keluarganya yang “baik” dan telah ditakdirkan jadi PM.

Hmmm… Frust. Aku dah tadak benda baru nak ulas. Oklah, next time aku akan pastikan blog ini terkedepan dalam mengulas isu2 sensasi. Untuk itu, mungkin aku kena kidnap sekoq dua jin dan toyol untuk dijadikan khadam mendengar rahsia2 terkini di putrajaya. Bisik2 di alam jin sekarang ni khabarnya banyak betul benda2 menarik berlaku kat sana! Ada sampai ke tahap Datuk Kenneth dah tak menang tangan layan sms?

Kita tungggguuuuu……

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “Menunggu khabar toyol di Putrajaya”

  1. toyol mana toyol.

    maklumat kjn tu rahsia. Nanti kena OSA pula.

Powered by the people for the people