Mahadet tiba2 berbunyik tentang Altantuya dan Najib! Wow! Ini sudah menarik. Aku rasan inilah kali pertama mahadet bercakap secara terbuka mengenai skandal ini. Kali ni aku sangat bersetuju dengan cadangan mahadet untuk laki Rosmah membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah dan pembabitannya dalam pembunuhan kejam, zalim, dan penuh konspirasi ke atas wanita Monggolia. Satu2nya kenyataan yang boleh membuatkan aku angkat topi pada mahadet – kalau dia ikhlas.
Tetapi, kenapa tiba2 mahadet bunyik macamtu? Aku tak tau. Sepatutnya dia bunyi macam tu SEBELUM Najib naik jadi PM, dan bukannya selepas. Sebab, kalau dilakukan sebelum, itu menunjukkan keikhlasan dan keinginan mahadet dalam memastikan bakal PM itu bersih. Tapi kalau dilakukan selepas jadi PM sedangkan perkara yang disebut dah menjadi keresahan rakyat bertahun2, pada rakyat, ada semacam bau2 blackmail… *snif snif*
Mungkin jambatan masih belum boleh dibengkokkan?
Anyway, tahun ini juga kita berjaya sekali lagi menjual hak kita pada orang luar, terima kasih kepada ameno – parti yang KONSISTEN menjual negara dan bangsa tetapi menuduh pembangkang AKAN melakukannya. Laki nombo dua Rosmah baru umumkan penghapusan 30% ekuiti bumi dan lokal dalam “sub sektor” (letak sub nak bagi bunyik kecik dan tak penting?) semata2 untuk menarik minat pelabur yang dah berminat dengan kita. Utusan spin berita ni sampai berpinau. Selepas berkompromi dengan penjajah, bekerjasama dengan CIA dan perisik British waktu konfrontasi Indonesia, menyerahkan Singapura, diabaikan Pulau Pinang, “berkelamin” dengan Israel dan Amerika, dibuka tanah di Johor, dijual bahasa Melayu dengan PPSMI, sekarang mereka bakar 30% periuk nasik orang lokal (utusan tak sebut bumi, tapi lokal). Dalam masa yang sama, ameno masih menakut2kan rakyat dengan menuduh pembangkang AKAN melakukan semua ini jika mereka memerintah. Ironi.
Dan dalam tahun ini jugak, kita, rakyat Malaysia, sekali lagi dimalukan oleh Perdana Menteri kita sendiri. Kalau mahadet, kita dimalukan dengan kenyataannya tentang Anwar menumbuk mata sendiri. Zaman Paklah, kita dimalukan dengan kenyataannya bahawa DNA ada tarikh luput. Di zaman laki Rosmah pulak, kita dimalukan dengan kenyataannya yang takut nak berlawan dalam pilihanraya kecik!
Selembut2 Paklah. Semengantuk2 Paklah. Setenang2 Paklah, dia tak pernah undur kalau orang ajak lawan! Permatang Pauh yang dia sendiri tau kerat jari pun BN tak akan boleh menang, dengan selambanya dia lawan! Lepas kalah di Kuala Terengganu, dia masih lagi senteng lengan lawan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Walaupun cedera parah ditumbuk, terajang, tendang, dan dicincang lumat, tapi kalau orang ajak lawan, dia lawan! Ini baru orang kata Melayu!
Najib? Mahap kata la no. Kata tadak teloq, orang komplen kata aku ni kasaq sangat. Tapi nak kata apa lagi? Baru jadi PM dan kalah 2 kawasan, ketaq habih pala lutut. Takdan SPR umum kerusi tu kosong ka dak. Takdan orang lain nak ambik peduli tentang Penanti, dia dah awal2 angkat tangan serender. Aduuuiiii. Malu kita weh ada PM penakut macam ni! Inilah Presiden ameno yang paling penakut yang pernah rakyat Malaysia jumpak.
Sedara sedari adik kakok yang tengah membaca blog sekarang ni, cuba korang pikiaq tengok kita ni sedang berhadapan dengan apa? PM penakut, yang penuh dengan skandal, dan dikatakan dikontrol oleh bini. Cuba bayangkan jika negara luar ada bukti2 kukuh tentang penglibatannya dengan Altantuya atau skandal2 yang lain. Aku tak mencadangkan, hanya menyeru kita untuk berimaginasi sedikit. Bayangkan apa yang PM kita sanggup lakukan untuk bukti2 itu tidak dikeluarkan oleh negara2 yang mengetahui? 30% ekuiti? Aku tidak menuduh dan menghasut, cuma memberi sedikit stimulasi kepada otak kalian semua untuk berfikir.
Kita sekarang mempunyai PM penakut, dan hanya kuat bila berlindung di belakang undang2 drakonian yang ruang lingkupnya hanya di dalam Malaysia. Tanah Melayu sekarang menghadapi masa yang sangat muram. Kenapa? Kerana orang ameno yang sibuk bercakaran untuk menjatuhkan Paklah yang dikatakan lembik, tetapi tak sedar bahawa yang bakal naik itu bukan sahaja lembik, malah lunyai dan boleh dipekasamkan oleh sesiapa sahaja.
Negara makin dihancurkan satu persatu oleh ameno. Hak rakyat dicabut dan dirampas di depan mata. Hak orang Melayu diragut oleh mereka yang dikatakan satu2nya “pelindung” hak2 Melayu. Dan kita terus ditakut2kan oleh ameno bahawa semua ini AKAN dilakukan oleh pembangkang apabila mereka memerintah nanti!
Mahadet pula terus2an menggunakan pelurunya untuk memastikan Najib mengikut telunjuknya, buka memastikan Najib melakukan perubahan untuk kebaikan Malaysia.
Simpan balik tempayan kita. Mendung sekarang tidak menjanjikan hujan, sekadar memberikan peluang untuk kita bersedia berhadapan dengan kemarau yang panjang.
matkeri
http://www.jahilgoblog.net
heh~tadak teloq la senang guna bro..sedap skiit..
lagi satu nih nak dengaq plak apa kata najib pasai sit “kuala nerang” kedah..syed sobri..dlm mesyuarat jawatankosa pilihanraya negeri pas smalam .. berkemungkinan sit tu akan dikosongkan oleh wakilnya~ eheh~ sit AMENO..BN..kita tgk kalau betoi sit tu kosong…najib nakata pa plak ? adakah statement nya akan bebunyi lebih kughang sama ngan penanti..ayat yg bunyi mungkin ayat laki no 2 yg tadak teloq~serba mungkin
aghitu kita dah dengaq dia dah setelkan 150k…eheh~ ada lagiii..ada lagii..kali nih juta punya bunyi nyaa..kita tunggu dan lihat~
SPR pulak..mungkin jugak umumkan sit tu nanti aghi ngundi sama ngan penanti~
Pembetulan, Najib bukan laki no 2 tapi laki yang ke 3
Ada ayat yang mengatakan Najib tu takut bini. Aku berada di KK Sabah pada hari Najib angkat sumpah jadi PM dan semasa di KK aku pergi cari Roti Canai. Tokey tu tanya aku “Roti Canai apa bah…Roti Canai Najib ke atau Roti Canai telur atau Sadin? Aku bertanya kembali Roti Canai Najib tu ape? Dia jawap Roti tanpa telur”. Aku tersenyum dan faham dan sekarang nampak macam iye je betulnya.
setakat tuduhan tanpa bukti sahih, apa beza nya dgn tuduhan2 terhadap ANWAR ?
mengatakan pak lah berani kerana beliau tetap lawan dalam pilihanraya adalah kebodohan yang disengajakan. pak lah tidak punya kederat akal fikiran untuk buat seuatu di luar kebiasaan. seperti juga orang yang mengatakan zaman pak lah media lebih free, sekali lagi incompetence dan inaction di salah erti sebagai toleransi.
jangan kau pura-pura puji pak lah semata-mata nak hina najib. nak hina najib, hina terus. jangan berlapik dengan buat-buat puji pak lah. pak lah is the worst pm we ever had.
aku suka najib pasal dia pandai kontrol polis,undang-undang mahkamah untuk lepaskan diri…aku rasa mehadet memang guru yg baik pada najib
Sebenarnye mahadet skong najip naik jadi pm sebap najip tu kunco2 mahadet juga,(ada uang masuk disebalik kenaikan najip jadi PM) dulu pak lah bekukan projek jambatan ke singapore, mahadet marah sampai kuar AMENO, sebap dengan pembekuan projek tersebut maka tak der lah duit masuk kat poket2 diorang, bila najip jadi PM mahadet masuk AMENO balik dan projek dipertimbangkan semula very simple!!! bebudak tahun 6 pun tau beb!
http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/kereta-ford-kereta-perdana-joe-jackson.html
ada cerita lawak gila babi sini
wukakakakakakkaaa