… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bathista, Suharto, dan pemimpin ameno

Aku baru sudah nengok Majalah 3 kat tivitiga. Bukan sebab aku peminat setia rancangan ini. Bukan juga sebab aku nak bantu naikkan rating Media Prima, jauh sekali aku nak menyapot Johan Jaafar, tapi sebab Astro aku buat hal dekat seminggu dan aku dah talarat tengok movie dah. So, aku terpaksa lepas gian tengok tivitiga tadi.

Kebetulan time aku tengok adalah segemen sejarah ka hapa tatau, cerita tentang Fort Cornwells (mungkin salah eja), kat Pulau Pinang. Aku tertarik bila pengacara Melayu lelaki berpakaian askar British berlabun depan tugu anak si Francis Light. Kemudian ditunjukkan betapa hebatnya arkitektur binaan British dulu. Meriam dan bilik senjata dijaga rapi. Tempat mula2 Francis Light tidoq semasa mendarat pun ada lagi, siap ada meriam. Bangga kita menyimpan sejarah tempat bermulanya kita dijajah.

Bini aku selamba tanya kat aku, tu semua bukan meriam buat tembak orang Melayu yang datang nak halau depa ka? Aku tergelak kuat. Dia bangun masuk bilik study sambung kerja. Aku sambung layan labun tivitiga. Teringat cerita betapa askar Melayu yang sibuk diinterviu oleh gomen sekarang betapa marahnya mereka kepada komunis sebab bunuh kawan2 dan sedara mara mereka. Aku rasa kalau kita interviu cucu cicit pejuang kita dulu yang mati ditembak dek Francis Light ni, tentu mereka pun akan meludah2 tugu yang dibanggakan oleh kerajaan kita sekarang ni.

Sejarah menunjukkan bahawa betapa setiap sistem yang berjaya dijatuhkan, maka tugu dan apa jua tanda2 wujudnya keangkuhan mereka juga akan dihancurkan. Patung Saddam Hussein ditarik jatuh dan diheret selepas beliau digulingkan. Ingat lagi bila kesatuan Soviet hancur pada zaman Gorbachev? Beberapa patung kebanggaan Kremlin juga ditumbang dan dihancurkan. Begitu juga sewaktu Shah Iran digulingkan.

Masa aku ke Jakarta dulu, yang ada dan yang berdiri megah adalah patung2 pahlawan yang berjaya menghalau penjajah. Tak pulak aku nampak patung2 mat saleh Belanda yang tersergam indah di sana. Orang Indonesia bangga dapat menghalau Belanda dengan kuasa rakyat.

Aku pun baru balik dari Vietnam. Di sana langsung aku tak nampak tugu2 orang Perancis, apatah lagi Amerika. Kalaupun ada, semuanya dalam muzium tentera, atau muzium revolusi mereka, dipamerkan sebagai menunjukkan kekuatan bangsa mereka menghalau penjajah. Aku ingat lagi muzium tentera mereka, kelihatan longgokan bangkai pesawat perang amerika dipamerkan. Ada yang masih lagi kelihatan OK, seperti kapal terbang pejuang US dan juga kereta kebalnya. Tetapi semuanya menghala kepada satu rumusan : bahawa mereka telah berjaya menghalau penjajah, dan ini buktinya.

Singapura? Aku rasa rakyat mereka juga berbangga betapa bangsa mereka berjaya mendesak Malaya “membebaskan” mereka dengan desakan suara dan pemberontakan. Sekurang2nya mereka ingin merdeka kerana oppresi daripada kerajaan Melayu yang dilihat oleh mereka menindas bangsa lain. Akhirnya mereka merdeka. Setuju atau tidak, itu persepsi masing2.

Di Malaysia? Kerajaan kita kelihatan masih lagi bangga dengan Kota A-Famosa. Fort Cornwalles (mungkin salah eja). Keberjayaan kerajaan British yang mulanya lari bercawat ekor ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, kembali menjajah dan memberikan kemerdekaan kepada negara tidak pernah lekang dari disebut bangga oleh kita. Nama2 penjajah dan pegawai2 penjajah disebut2 dan terus disanjung2. Pernah tengok dokumentari komunis di TV1? Siapa yang diangkat hero oleh dokumentari tersebut? Bukan Ahmad. Bukan Ah Kow. Bukan Muthu. Tapi mat saleh penjajah! Bunyinya kita sangat bersyukur tak terkira kerana penjajah inilah yang membantu kita “memerangi komunis”. Bukankah komunis merupakan satu lagi masalah yang ditinggalkan oleh penjajah selepas “disedekah”kan kemerdekaan kepada kita? Tengok2la dokumentari TV1 tu.

Aku anak merdeka. Ya, mungkin ada pak long yang akan kata aku tak pernah merasa susah melawan penjajah dulu. Aku dapat merdeka secara percuma. Semua dah selesai sewaktu aku diberanakkan. Kepada pak long, ingin aku bertanya, pak long tau dak ada lambang lain dari KATI kat atas kertas undi tu? Nah ambik baju t-shirt biru ni pi main jauh2.

Ok, apa yang aku nak sampaikan di sini ialah : di mana kita sebenarnya? Berbanding dengan kemerdekaan yang dikecap oleh Indonesia, Vietnam, dan Singapura (sekadar menyebut contoh2 negara yang aku penah lepak), apakah kita sebenarnya sudah merdeka? Atau adakah kita masih dijajah lagi? Bezanya mungkin sekarang, penjajah kita bukan mat saleh secara sosok tubuhnya, tetapi persamaan cara berfikir dan memerintahnya masih tetap sama! Devide and rule. ISA. Akta Mesin Cetak. Sistem yang menindas dan hanya memenangkan pihak pemerintah (baca penjajah). Masih lagi menganggap barat (baca penjajah) sebagai bangsa tertinggi. Bangga menggunakan bahasa Inggeris. Malu berbahasa Melayu walaupun mesyuarat dan majlisnya dihadiri oleh 100% orang Melayu!

Merdekakah kita ini? Kenapa masih lagi berbangga dengan tugu mat saleh penjajah. Kenapa masih menggeruni lagi meriam2 yang digunakan untuk menembak orang2 kita dulu? Kenapa masih mengkagumi lagi kota2 yang di bina oleh penjajah dalam menghalang serangan orang kita dalam menghalau mereka? Mana maruah dan kekuatan kita? Tujuan pelancongan? Apa yang ingin diceritakan kepada pelancong? Bahawa negara Tanah Melayu ini bacul penduduknya? Bahawa orang2 Melayu ini tidak mampu untuk melawan penjajah? Bahawa rakyat Malaysia ini masih terus2an ingin dan mahu terus berada di bawah ketiak dan dorongan orang barat sehingga mampos?

Maaf pak long, cucu cicit pak long masih merasakan bahawa mereka belum merdeka. Mungkin pak long menganggap Bathista dan Suharto itu pejuang kemerdekaan, tetapi cucu cicit pak long melihat mereka tidak lebih dari boneka. Dan kami juga melihat ameno dalam persepsi yang sama.

Malaysia masih belum merdeka.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “Bathista, Suharto, dan pemimpin ameno”

  1. Yong says:

    Yong dah lama komen pasal kejahilan orang Melayu dalam hal2 sejarah dan mengagungkan tinggalan penjajah. Yong sebut dalam bengkel dan seminar2 yang Yong turut serta. Peserta2 lain angguk2 je, tapi lepeh tu takde ape. Malahan ade yang bangga sebab dapat grant yang banyak untuk restore yang kononnya “tempat sejarah” lambang penghinaan Melayu. Pada masa yang sama orang Kampung Bharu nak dihalau ke tempat lain. Sedangkan Kampung Bharulah bermulanya sejarah Melayu menentang penjajah. Aktivis Melayu takde oomph, takde tenaga dan macam nak expire je. Mana Pekida, Pewaris dan sebagainya? Rata2 jadi tunggangan parti politik yang sebenarnya takde ajenda untuk Melayu. Jangan salahkan bangsa lain jika Melayu terpinggir!!!

  2. matkeri says:

    Yong, saya bersama anda.

Powered by the people for the people