… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA

MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA
oleh

GABUNGAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG F.T.A

18hb September 2006

Kepada,
DATUK SERI RAFIDAH AZIZ MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

HENTIKAN PERUNDINGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FREE TRADE AGREEMENT) (F.T.A) DENGAN AMERIKA SYARIKAT!

Kami, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-parti Politik, Kesatuan-kesatuan Sekerja dan pelbagai pertubuhan kemasyarakatan yang
menandatangani Memorandum ini khuatir dan terancam terhadap cara perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat sedang dirunding oleh Yang
Berhormat dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Berdasarkan kenyataan akhbar tempatan, perjanjian antara Malaysia dan Amerika Syarikat mengenai Perjanjian ’’Free Trade Agreement’’
(FTA) yang bermula di Pulau Pinang pada Jun 2006 yang lalu, akan berterusan dengan pusingan ketiga pada 18 September 2006v dan dijangka
mencapai suatu persetujuan sebelum hujung tahun ini.

Kami berasa bimbang kerana rombongan perundingan dari Amerika Syarikat (AS) adalah jauh lebih bersedia berbanding rombongan Malaysia
kerana AS telah menjalankan perundingan dengan beberapa negara lain termasuk Mexico, Canada, Chile, Singapore, Thailand, Africa Selatan
dan lain.

Sepanjang pengetahuan kami, sampai sekarang kerajaan Malaysia belum menjalankan suatu analisa terperinci terhadap kebaikan dan keburukan
terma-terma FTA untuk tiap sektor ekonomi Malaysia.

Persetujuan FTA yang sedang dibincang dengan AS jauh lebih luas daripada perjanjian terhadap perdagangan barangan antara kita dan AS.
Perjanjian-perjanjian yang dikandungi dalam FTA dengan Amerika Starikat juga meliputi

1.Penglibatan syarikat AS dalam sektor perkhidmatan Malaysia;

2.Hak/Kebebasan pelabur AS;

3.Hak harta intelek.

4.Cara barangan dan perkhidmatan dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Jadi, persetujuan FTA dengan AS akan meliputi hampir segala aspek ekonomi negara kita. Malangnya, sampai sekarang kami, rakyat Malaysia
belum diberitahu apakah yang sedang dirunding. Semuanya dirahsiakan!

Perkara-Perkara yang harus diberitahu kepada rakyat Malaysia:-

A. Petani kita akan terjejas oleh persetujuan FTA! 1.8 juta petani Mexico kehilangan kerja selepas perjanjian FTA AS-Mexico kerana harga
jagung lebih murah dari AS telah membanjiri pasaran Mexico. Petani AS dapat menjual jagung dengan harga yang lebih rendah kerana petani
di AS menerim subsidi pertanian tinggi daripada kerajaan AS. Isu subsidi pertanian tidak diliputi oleh FTA! Malaysia mempunyai 296,000
petani yang menanam padi. Harga jualan beras AS adalah lebih rendah daripada beras tempatan (oleh kerana subsidi pertanian di AS).
Apakah nasib pesawah padi kita sekiranya FTA Malaysia-AS dipersetujui?

B. Harga ubat akan naik! Di bawah FTA dengan AS, tempoh “”patent”” untuk ubat akan dilanjutkan, dan kelonggaran untuk mengimport ubat
buatan “”generic”” ang jauh lebih murah akan diketatkan. Oleh itu, kos ubat untuk beberapa penyakit telah melambung 10 hingga 50 kali
ganda di negara-negara yang terpaksa mematuhi syarat-syarat pemilik harta intelek yang dikandungi dalam FTA dengan AS. Adakah kerajaan
Malaysia melakukan kajian terhadap inflasi kos rawatan untuk penyakit-penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, AIDS,
dan lain-lain? Apakah cadangan kerajaan Malaysia menangani kenaikan kos rawatan akibat perjanjian FTA?

C. Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat memberi status istimewa pada syarikat-syarikat AS! FTA AS dengan negara-negara lain
mengandungi syarat bahawa 1. Pelabur AS mesti diberikan layanan yang sekurang-kurangnya setaraf dengan pelabur Malaysia. 2. Kerajaan
negara ketiga harus membayar ganti rugi pada pelabur AS jika polisi kerajaan itu mengurangkan pendapatan pelabur AS itu Kami difahamkan
bahawa sebuah syarikat minyak AS telah menghadapkan kerajaan Kanada ke Mahkamah apabila kerajaan Kanada cuba mengharamkan sejenis petrol
yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Ekoran itu, jenis petrol yang telah diharamkan di AS masih dijual di Kanada kerana hak
syarikat AS diperagungkan dalam perjanjian FTA AS-Kanada. Jika negara maju seperti Kanada boleh dibuli oleh syarikat AS, apa lagi
Malaysia?

D. FTA AS-Malaysia ini memberi kelonggaran bagi syarikat AS untuk menguasai kemudahan asas seperti air, hospital, jalanraya, pembekalan
elektrik dan lain-lain! Syarat-syarat berkaitan hak pelabur seperti yang terdapat dalam FTA AS dengan negara-negara lain akan memberi
syarikat AS hak penuh untuk menguasai segala kemudahan asas negara kita. Adakah ini suatu perkembangan yang diingini oleh MITI dan Datuk
Seri Rafidah?

E.Rakyat Hilang Pekerjaan FTA membawa masuk modal besar AS menyebarkan industri tempatan terjejas sekaligus membawa dampak terhadap
pekerja termasuk hilang pekerjaan!

Hak Rakyat Malaysia Kami, rakyat Malaysia mempunyai hak mengetahui apakah cadangan yang disyorkan oleh pihak perunding AS. Kami juga
mahu diberi kesempatan meneliti dan membincang syor dan permintaan pihak AS supaya kami dapat memberi pandangan dan maklum balas kami.
Kami tidak mahu suatu perjanjian terburu-buru dipaksa ke atas negara kami kerana pihak AS mahu mencapai tarikh muktamad buatan sendiri.
Datuk, nenek serta ibu bapa kami telah berkorban untuk kemerdekaan negara ini. Janganlah menggadai kedaulatan negara kita dengan
menyerahkan terlalu banyak hak ekonomi ke syarikat asing yang hanya mementingkan keuntungannya. FTA AS dengan negara lain menyekat kuasa
kerajaan negara ketiga untuk menegur dan mengawal kegiatan syarikat asing. Berikan peluang bagi rakyat Malaysia untuk berbincang dan
memutuskan sama ada kami mahu memberi syarikat asing hak dan kuasa yang begitu luas.

Tuntutan Rakyat Malaysia adalah untuk segera MENGHENTIKAN PERUNDINGAN PERJANJIAN FTA sehingga kerajaan Malaysia :-

– Melaksanakan kajian terperinci terhadap kebaikan dan keburukan perjanjian FTA bagi setiap sektor ekonomi dan lapisan rakyat Malaysia.

– Memberitahu orang ramai hasil kajian tersebut dan memberi kesempatan untuk rakyat mengemukakan pandangan dan maklum balas.

– Sehingga kedua-dua tuntutan di atas dapat ditunaikan, hentikan semua perundingan FTA dengan Amerika Syarikat.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people