… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Merah ka? Hijau ka? Biru ka?

“Ini Shell, International company, banyak pandai!”, sorang pekerja Shell tegoq aku masa aku tengah layan pam minyak. Aku kata dia pekerja sebab nampak dia pakai vest dan baju stesen minyak tu.

“Tengok, 30 ringgit, itu tangan boley dapat duit. Lagi banyak ringgit, lagi banyak boleh dapat itu duit”. Aku nganga sikit tak faham. Dia tunjuk kempen Shell pabenda tah kat papan sebelah gambaq orang nak tangkap duit. Aku sengeh. Brader tu tadi masih lagi bersungguh2 iklankan kat aku kebagusan peraduan tu, dan jugak kebijakan Shell.

Aku tengok dia agak susah untuk nak bercakap, tapi bahasa Melayu basicnya cukup buatkan aku paham apa yang nak disampaikan. “U sudah berapa lama kerja sini Malaysia? Bahasa Melayu u banyak bagus”, aku puji. “Sudah enam bulan abang”. Dia jawab. Aku angguk senyum.

Dia sambung lagi iklan dan aku cuma dengaq sambil angguk2. Lepas pam setel, aku pun ketatkan balik penutup. Macam dah tau, dia terus cakap “OK, abang”, angkat tangan dan blah ke pam lain.

Enam bulan datang ke Malaysia dan boleh buat iklan Shell kat aku dalam bahasa Melayu! Bahasa kita ni bukanlah susah sangat nak belajaq rupanya. Kalau mamat bangla kerja pam ni boleh lancar bahasa Melayunya dalam masa enam bulan, apa masalah kita untuk angkat bahasa Melayu ke pentas dunia?

Bukannya kita tak boleh bagi satu dunia faham bahasa kita. Kita cuma tak mau. Sebab apa?

Jangan tanya aku, tapi tanyalah sama semua “pejuang2 Melayu” yang tak pernah bangga dengan bahasa sendiri.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “Merah ka? Hijau ka? Biru ka?”

  1. chekamala says:

    aku kalo operator kol aje, x kire daripada Celcom, AStro, Citibank atau bank mane pun – dorg yg mulanya ckp BI, konfem akan cakap Bahasa Melayu dgn aku…

    sori, ini Malaysia, bukan Bangladesh nak ckp BI….

    er, kecuali pelanggan dari oversea spt Itali, sbb dorg belum ambik kelas BM….hihihiihhi…

  2. dua mata melihat,dua mata mendengar says:

    wei ramai cina gagap bahasa melayu…duduk malaysia dah brape lame??

Powered by the people for the people