… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Melayu itu makin kuat. Ameno yang makin lemah.

Harussani harini dipetik Utusan sebagai berkata bahawa Melayu dan Islam semakin lemah, dan hanya akan boleh kembali kuat kalau PAS dan ameno bergabung.

Aku terfikir pak syeikh ni mau lobi jadi calon Manik Urai ka? Heh.

Aku respek ulama’, dan oleh itu aku juga respek Harussani. Aku reserve komen aku pada beliau. Tapi aku cuma nak sentuh tentang Melayu dan Islam yang lemah.

Soalan : sejak bila Melayu gagah? Soalan tambahan : sejak bila Islam di bawah ameno ini semakin kuat dan disegani?

Seingat aku yang tak pernah tuang kelas sejarah masa kat sekolah dulu, Melayu ni kuat di zaman empayar Melaka saja. Kemudian akibat kebengongan para elitis dan oportunis, empayar itu retak dan kemudian hancur sehinga akhirnya meninggalkan Melaka sebesar titik noktah di atas peta Tanah Melayu.

Semasa sekelompok rakyat Tanah Melayu bersemangat melawan penjajah dan menghalau Jepun dulu, sekelompok elitis lain pula sibuk melutut depan British memujuk untuk datang dan terus menjajah bumi ini. Sewaktu sekumpulan rakyat yang terus berjuang mengangkat Islam di sini, golongan yang diberi kepercayaan untuk melaungkan Merdeka sibuk memaksa orang Melayu membuang kepiah dan tudung untuk bekerja di jabatan kerajaan.

Dan sewaktu ada sekumpulan rakyat yang begitu peka dan inginkin bahawa Melayu dan tulisan jawi terus dikekalkan, ameno inilah yang terus mengoyak dan membakar sebarang usaha untuk memartabatkan semula bahasa dan tulisan kita! Itu semua berlaku di zaman Pakatan Rakyat memerintah ka?!

Selama lebih 50 tahun kita merdeka, ameno terusan mengatakan bahawa orang Melayu masih mundur. Orang Melayu masih bodoh. Orang Melayu masih malas. Dan orang Melayu masih miskin. Selama itu juga gerakan Islam terus ditekan, dan gerakan Melayu yang melawan dasar kerajaan disenyapkan.

Selama 50 tahun ameno memerintah, berapa orang nama Melayu yang tersenarai oleh Forbes antara yang terkaya di Tanah Melayu? Kalaupun ada, adakah mereka ini boleh hidup jika menongkah arus melawan ameno?!

Kemudian sekarang sibuk memperkatakan melayu semakin lemah dan berpecah? Sejak bila Melayu kuat? Melayu ini tidak pernah kuat! Yang kuat dan bongkak hanyalah elitis ameno yang kekayaan dan kekuasaannya berputar di kalangan kaum kerabat mereka selama 50 tahun.

Selepas kebangkitan rakyat Mac08, kita telah saksikan bahawa Islam dan Melayu yang dibawa oleh PAS itu diterima oleh Cina dan India. Melayu yang dibawa oleh PAS itu boleh diterima oleh semua bangsa. Bukan Melayu menolak ameno dan menyokong PAS, tetapi sekarang kamu mengatakan bahawa Melayu itu lemah?

Bukan Melayu yang lemah. Tetapi ameno yang lemah! Melayu sekarang semakin kuat bersama PAS. Bukan setakat Melayu, Cina dan India juga semakin kuat menyokong PAS dengan dasar dan agenda Islamnya yang lebih terbuka dan berkesan berbanding konsep pecah perintah yang ditaja ameno.

Melayu ini bukan milik ameno! Tanah Melayu ini juga bukan milik ameno! Milik Allah yang melantik semua hambanya sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia tanggungjawab rakyat untuk memastikan bahawa ia dikelolakan dengan penuh amanah!

Rakyat semakin kuat bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Cina dan India tidak lagi takut dengan Islam lantas mereka menyokong PAS. Siapakah yang menakut2kan bangsa lain dengan Islam jika bukan ameno sendiri? Parti “melayu” yang malu berbahasa melayu, dan parti “Islam” yang melawan hukum Allah.

Melayu dan Islam semakin lemah sekarang? My #ss!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

10 Responses to “Melayu itu makin kuat. Ameno yang makin lemah.”

  1. dua mata melihat,dua mata mendengar says:

    Sumpah pun anwar susah nak buat…. dalam pakatan rakyat ada usaha nak kuatkan islam ke?? pigi dahh my ass utk kau

  2. dua mata melihat,dua mata mendengar says:

    kau ni menangsorak kampung tergadai…cuba fikir secara dalam sejenak…bukan lihat dan komen..lihat dan komen…cuba lah fikir…mesti ada drama dan muslihat…ini ghairah sikit wahhhh ghairahh sikit wahhhh…ada otak tapi tak boleh nak menilai…

  3. dua mata melihat,dua mata mendengar says:

    Umno pada aku tak lemah…yang lemah adalah pihak pembangkang itu sendiri…dan utk pengetahuan kau…Umno lebih kepada pelbagai kaum…jangan lihat pada sejarah…lihat sekarang… 1 malaysia.. so what my ass to you la bro..

  4. dua mata melihat,dua mata mendengar says:

    dan juga tanah melayu ini bukan hak rakyat atau milik rakyat atau pakatan rakyat or sesiapa.. Tanah melayu ini milik ALLAH dan pegi suruh datuk seri anwar kau bersumpah dahulu atas nama ALLAH baru aku percaya yang dia bersih… sampai sekarang kenapa takut? cari back up dengan amarika kah?

  5. dua mata melihat,dua mata mendengar says:

    lu pikir la sendiri..blog murahan macam ni melambak2

  6. kambing says:

    komen dari cybertrooper ker mykemut you ka?
    cakap macam pakai kepala lutut ja

  7. dua mata melihat,dua mata mendengar says:

    DUA2 SEKALI SALAH…
    CAKAP PAKAI MULUT JE? ASS TO YOU BRO.MANE ADE CAKAP PAKAI KEPALA LUTUT? BIOLL

  8. Ustaz, saya nak tanya ustaz sikit… ustaz suruh anwar sumpah? Boleh ustaz kemukakan hadis ataupun ayat Al-Qur’an yang menyuruh kita berbuat demikian? Kalau ustaz betul2 fasih hukum, kenapa perbicaraan tak di lakukan di mahkamah syariah?!? kenapa di buat di mahkamah sivil?!? Walau pun terdapat perkara 21 undang2 syariah tentang jenayah liwat, kenapa ke mahkamah sivil?!? atau sumpah secara “mahkamah sivil” jugak yang di maksudkan ustaz?!? 😀

  9. alienware says:

    “mana ade cakap pakai kepala lutut”?

    dia kata hang cakap guna kepala lutut mungkin ingat hang alien, sebab dengaq guna dua mata. :)

  10. zarul says:

    kalau dh idup sbagai pbangkang….mane penah nampak benda baik yg kerajaan buat…diorang ni slalunya tdiri drpd golongan org yg malas keje lebih…suka cakap kosong n sngt bkira…ko pklah sendiri tul ke tak…

Powered by the people for the people