… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Pilihanraya sopan. Belon percuma untuk semua!

“Kempen Mesra”. Itulah strategi kempen BN di Manek Urai sekarang ni. Penuh dengan sopan santun dan tata susila. Penuh dengan budi bahasa dan bersenda gurau seperti adik abang antara PAS dan ameno. Kempen calon ameno juga dikabarkan sebagai yang paling mesra dan ramah sepanjang hayat ameno wujud di bumi Malaya ni.

Pendek kata, kempen pilihanraya kali ini, merupakan yang paling akrab. Paling bersih. Paling selesa. Dan paling suci, murni, luhur lagi tulus, datang daripada hati yang jernih, terbit dari cahaya nur yang menyinar di muka calon BN.

Aku tampaq jugak tivitiga ni satgi!

Gila punya laporan. Cuma bebeza gila dari dulu, menuduh PAS ekstrimis, sesat, dan ingin mengudung dan mensuptulangkan semua tangan2 orang Cina dek kerana Hudud, kali ni gila mereka menggambarkan betapa akrabnya mereka dengan PAS. Betapa mulianya orang2 dan penyokong2 PAS. Betapa bergelak ketawa dan bertepuk tamparnya mereka dalam kempen dua penjuru kali ini antara mereka dan PAS. Pendek kata, kalau dilihat daripada laporan berita sekarang, pilihanraya di Manek Urai tak lebih daripada acara sukaneka tahunan yang disertai oleh budak2 Taski. Seronok, riang dan gembira. Sampai ada satu masa tu aku terbayangkan belon2 beraneka warna berterbangan di sana sani, dan badut2 bergurau ketawa menghiburkan rakyat2 di sana. Sungguh indahnya pilihanraya kali ini.

Aku, of course la meluat. Satunya sebab dah kompom tivitiga media BN. Sebab masa election kat Penang haritu, haram tak lapor apa pun. Bedenyit pun dak. Manek urai ni tiba2 ada slot khas. Bukan dedua tu bahan berita jugak ka? Keduanya, sebab aku tadak kat sana untuk bersama menikmati atmosfera kedamaian dan ketenangan berkempen yang pertama kali diwujudkan.

Anyway, kempen pilihanraya kalini nampaknya bertukar corak dan rupa. Dengan gaya “kempen mesra” yang dikompangkan ameno melalui media massanya, aku harapkan tadak lagi keluaq berita2 dalam Harakah marah2 tak dapat permit, atau bising2 sebab dihalau oleh FRU ketika berceramah di tempat yang ADA permit. Dan harapannya kita tak lagi akan mendengar berita dan cerita tentang dua tiga orang penyokong PAS cedera ditembak dek kerana “mengganas” di ceramah atau merusuh melawan pihak keselamatan.

Kalaupun ada, mungkin sebab digeletek pekerja parti ameno sampai pengsan.

Meh kita tengok sama2. 😀

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people