… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Polis diperbudakkan lagi oleh rakyat

Suasana di sekitar KL telah mula tegang bermula dari lepas Zohor tadi. Kawasan yang paling gamat ialah sekitar Sogo, yang merupakan ground zero peserta perhimpunan GMI.

Yang menariknya setiap kali himpunan besar begini, Unit Amal dan pengurusan perhimpunan nyata sekali tidak pernah gagal mengawal situasi. Aku kagum. Betoi. Cekap. Taatnya mereka pd arahan, seolah2 mereka ni boleh ganti polis pasni.

Himpunan kali ini gagal ke Istana disebabkan polis telah menutup laluan ke sana seawal pagi lagi, tidak spt dahulu. Tetapi. Ada tetapi. Polis bagaikan kepenatan diperbudakkan oleh Unit Amal yang mengatur perarakan dari segenap sudut. Yang Sogo akan ke Dataran. Dataran akan ke Sogo. Yang dari HQ akan ke Sogo, kemudian semua ke Dataran, kemudian ke Sogo, Masjid Jamik ke Sogo, kemudian ke HQ, kemudian semua ke Masjid Negara, pening kepala polis dibuatnya! Haha.

Ada rakan yang sampaikan keluhan polis tu pada aku tadi. Katanya penat. Memang penat pun aku tengok. Ada satu masa tu, alih2 diorang kena kepung dari depan dan belakang. Ada yang cuak tak tau nak react. Nasib baik perhimpunan aman. Masing2 bagi peluang diorang pulak bersurai!

Anwar, Hj Hadi dan Lim Kit Siang terperangkap dalam Pertama kompleks ketika semua peserta menghala ke HQ PAS. Tembakan pemedih mata bertalu2 di keliling bangunan. Alhamdulillah, ketika semua leka, kami berjaya jugak keluarkan ketiga2 pimpinan keluar untuk menuju ke HQ. Dalam pada tu, sempat lagi FRU tembak dari belakang kitorang. Selebet betul.

Masa di HQ, dah ribuan yang menunggu. Semua pemimpin PR mengambil giliran menyampaikan amanat anti ISA. Laungan bersemangat bergema di tengah nadi kota. Sekali lagi Unit Amal bijak bilamana mereka menggunakan kenderaan atas jalan yang melekat sebagai perisai melambatkan FRU untuk sampai. Dalam pimpinan berucap, polis masih terpinga2 tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Nak bertindak camana, kereta melekat kiri kanan, kitorang ribuan kat tengah2 jalan. Sekali lagi, salut!

Ketika aku menulis blog ni, KL masih lagi dikejutkan dengan semburan water cannon dan gas pemedih mata. Aku dan rakan2 berada di tengah2 tempat kejadian. Semuanya berlaku di sekeliling kami. FRU dan polis bagaikan menggila memukul dan menangkap orang ramai yang nyata sekali dok menganga tengok keadaan.

Setakat ini, diberitakan polis tengah mencari jalan untuk merempuh bangunan PAS untuk menangkap pimpinan Pakatan Rakyat di sana.

Bersamalah kita mendoakan keselamatan mereka.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people