… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

‘Perang Siber’ gomen dan Reformis. H4ck3r$ dapat untung!

Aku cuba tamau tulis tentang perkara2 detail mengenai ‘cyberwar’, ‘hackers’, ‘phreakers’ (ada lagi ka?) dan yang seangkatan dengannya.  Tapi bila melihatkan ada dua tiga perkara yang berlaku semenjak dua menjak ni yang mencabar otak aku yang dah berkarat ni melalui ‘blog yang mempunyai komen yang melampau punya banyak’, dan ‘online2 polls’, aku rasa terpanggil untuk mencuit sedikit.

(Sebelum aku teruskan, suka aku ingatkan bahawa aku mempunyai autoriti untuk bercakap tentang perkara ini. Mereka yang tahu tentang background aku boleh mengesahkannya. Mereka yang tak tau, boleh bising2 kat komen bawah nun. :p)

Online polls dan komen2 blog yang melimpah ruah tu semua boley bikin sendiri. Masih ingatkah lagi ‘pejuang anti-yahudi’ kita satu masa awal tahun dulu pernah dihalau daripada blogspot.com kerana ‘spam’? Kepada yang tak tau, maka telanlah bulat2 kalian tentang ‘di flag oleh pengguna’ dan sebagainya. Kepada yang tau apa maksud ‘spam’ oleh blogspot.com, masing2 angkat kening sebab masing2 tau apa maksudnya. Bagaimana blogspot boleh label blognya sebagai spam? Jawapannya mungkin ada pada jumlah penulis komen 😉

Kemudian sekarang galak pulak dengan ‘online poll’. Undi atas talian. Selepas ‘pejuang Melayu yang pecahkan kawasan Melayu di Perak’ menjalankan pollnya mengenai PPSMI, sekarang diikuti pula oleh pejabat Isham Keris dengan undi ISAnya.

Apa persamaan mereka? Tidak mampu berhadapan dengan suara rakyat, maka diwujudkan undi online untuk ‘menunjukkan silent majoriti’. Apakah keputusan undian ini mudah untuk dimanipulasi? Ya, SANGAT mudah. Sebab itu aku tidak pernah bersetuju dengan rakan2 yang galak nak gunakan undi online untuk menunjukkan kekuatan suara. Aku lebih suka ke jalanraya sebab ianya pasti sukar untuk dimanipulasi. Lihat saja MAGARAN yang gagal. :)

So, bagaimana memanipulasi perkara2 dalam intenet ni? Mudah saja. Kepada yang tak faham IT, meh aku terangkan secara layman. Kamu ingin menunjukkan bahawa pendapat kamu betul, maka kamu jalankan online poll. Siapa yang boleh mengundi? ‘Sesiapa sahaja’. Apakah peraturannya? Orang yang sama tak boleh undi berkali2. Macamana nak tau orang yang sama? Guna cookies, sebab IP boleh berubah2. Apakah cookies? Cookies ialah satu maklumat yang diberikan kepada browser internet kamu setiap kali kamu melawat laman web. Cookies ini akan diperiksa setiap kali kamu melawat laman web yang sama. Jika cookies sudah wujud, bermakna kamu sudah datang dan sudah mengundi. Kalau kamu delete cookies tadi? :)

Online poll juga menggunakan pengundi hantu. Bagaimana caranya? Razak diupah untuk menaikkan rating poll di laman web kamu. Apa yang Razak perlu lakukan, sepertimana pengundi hantu yang lain, ialah menggunakan IP berlainan setiap kali membuat undian, dalam masa yang sama memastikan Cookies dipadam setiap kali Razak melawat laman web kamu. Jika di luar, Razak akan diberikan banyak kad pengenalan untuk pengesahan di pintu masuk bilik mengundi. Jika diinternet, Razak dibekalkan dengan begitu banyak IP untuk mengesahkan undinya.

Dari mana Razak mendapat begitu banyak IP? Jawapannya ialah : Open Proxy. Search Google anda anda akan dapat ketemu Open Proxy yang menyediakan IP untuk digunakan oleh sesiapa sahaja pada bila2 masa. :)

Apa yang Razak perlu lakukan sekarang ialah menulis program, atau skrip, untuk membuat undian secara automatik menggunakan beratus-ribu IP yang dikutipnya dari internet. Skrip ini boleh menyamarkan dirinya sebagai Internet Explorer, Firefox, Chrome, Konquerer, atau apa sahaja jenis web browser yang dihajatinya. Ia juga boleh menipu Operating System, cookies, dan apa sahaja maklumat2 yang dicari oleh pelayan web semasa Razak mengaksesnya. Razak boleh mengarahkan skripnya membuat undian setiap minit, atau setiap 3 minit, atau at random! Arahkan saja skripnya menanda jawapan yang diinginkan, sambung tido, biar skripnya buat kerja. 😀

Bagaimana dengan komen yang melimpah ruah sampai tak masuk akal? Kalau dah melimpah ruah kemudian ditanda sebagai ‘spam’ oleh blogspot.com, lagi mau cerita ka? Ha ha.

Oklah, cakap banyak tamau. Kita dah stop guna online poll sebab tahu tentang manipulasi yang boleh berlaku. Sebab tu kita turun ke jalanraya dan pilihanraya untuk menunjukkan kekuatan rakyat. Masakan logik dua tiga kerat saja yang turun sokong ISA, tiba2 pollnya mencanak naik dalam masa yang singkat? Dalam dunia teknologi ni cuma ada 0 dan 1. Kalau pegi ceramah, yang datangnya 0, mustahil kat online boleh jadik 1!

Selamat berkempen di Permatang Pasir!

(blog ni dicoret selepas tergerak membaca http://blog.ericlamb.net/2009/04/how-to-exploit-an-online-poll/)

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people