… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

“Demi Melayu”, broker tanah pertahan pencuri sekerap?

TPM makin tersepit di PRK Permatang Pasir. Semalam dia samakan warning dan denda yang dikeluarkan oleh BAR Council kepada pencuri sekerap (Rohaizat) sama dengan saman parking, not an issue – small matters.

Broker tanah sekoq ni dah hilang akal agaknya? Pencuri sekerap sblm dilucutkan kelayakan guamannya, telah pernah didenda sebanyak 2 kali oleh BAR, menunjukkan calon ameno kali ni sangat tenat kelakunya!

Malam tadi juga broker tanah cadangkan pada pencuri sekerap untuk angkat sumpah kalau perlu. Kemarin aku dah cadangkan Masjid Kubang Semang. Tak sangka mereka begitu terdesak sampai mengcopy-paste cadangan aku! Hebat jugak matkeri. 😀

Anyway, aku sebenaqnya tidak bertujuan attack pencuri sekerap, sebab takdak pekdah. Aku sebenaqnya bengang kenapa, mengapa, dan why, ameno bodohkan aku dengan menganggap kita ni akan telan bulat2 apa yang ameno bagi? Ini style penjajah!

Broker tanah sekarang lebih banyak habiskan masa spin cerita pencuri sekerap, sebab baru dia sedaq rakyat makin cerdik. Banyak soal dan banyak tanya. Padan muka. Hahaha. Itulah kekuatan ilmu, ia menakutkan penjajah.

Sekarang ini dirasakan angin perkauman semakin ditiup secara halus. Broker tanah mempersoalkan kenapa BAR sibuk dengan pencuri sekerap? Cara dia tanya ‘kenapa’ tu seolah2 dia tau semua orang tau itu tugas BAR, tapi dia seolah2 cuba mencadangkan sesuatu perkara baru. ‘Kenapa’?

Adakah sebab dia peguam ameno, dan BAR tidak dikuasai oleh orang ameno?

Demi Melayu, curi getah sekerap pun tak apa!

Hahahaha… BTN is soooooo predictable. 😀

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people