… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Isley ‘Palestin’ dan bungo palestik

Mulanya depa tak paham ‘ultra vires’. Dikatanya menghina Sultan. Kemdian depa tatau Karpal Singh parti apa, maka ditulis sesedap rasa.

Terkini mereka melaporkan Nik Aziz (TGNA) kata Islam Palestin adalah Islam Palsu. Semalam TGNA buat statement pelik kenapa paper spin sampai bunyi dia kata ‘Islam Palestin’. ‘Nak lagokey sayo dengey Palestin pulok’, kata TGNA dalam interviu di TV PAS.

Tadi kat tibitiga main lagi isu ni. Kemudian, demi membuktikan bahawa tibitiga tidak menipu, maka dimainkan balik keratan TGNA.

Aku tegelak kuat. Ya Allah! Dia kata ‘amalkey Isley palestik, Isley tipu’. Hahahaha!!! Noi kat dapoq pun gelak sakan! Ya ammmpunnnn.

Bungo palestik, Isley palestik, tok original la! Bakpo demo bengong gitumorrr?

Yang lebih menyayat hati sekali bila teringatkan rakan2 totok penyokong ameno yang mengadap media2 bengong mereka ni dan pecaya bulat2. Padanla tak cerdik2 sampai sekarang…

Ni jenih kalau bejalan bukan nak tanya orang, biaq sesat takpa, jangan orang kata kita tak tau!

Woooo, natey bengong.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Isley ‘Palestin’ dan bungo palestik”

  1. LPPL says:

    bro..gua dah tak layan tb3..abih boreh

Powered by the people for the people