… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bila lembu mengetuai gerombolan

Izinkan aku memulakan blog kalini dengan ketawa berdekah2:

Kah… Kah… Kah!

Tiba2 gerombolan kepala lembu yang berdemo Jumaat lepas bagaikan tesentot telo2 mereka selepas tindakan bangang mereka dikutuk secara sebulat suara oleh semua orang, baik ameno, mahupun PR.

Ketua gerombolan yang nak jadi ‘hero Islam’, yang kebetulan nama nak sama dengan TPM ‘hero Melayu’, berpusing2 menjawab dan menafikan soalan berkaitan siapa yang membawa kepala lembu pada hari tersebut.

Dia kata dia tak tau. Pada hari 50 orang penyokongnya berdemo, sms telah bertebaran, dan juga di Facebook menyatakan ada perhimpunan dianjurkan bersama kepala lembu. Pada waktu demo itu juga, ketua gerombolan ini menyatakan bahawa tidak akan berganjak walau seinci. Sanggup bermandi darah bagai.

Gambar2 di media2 juga memaparkan mereka mengusung kepala lembu, menyepak, dan menghina kepala lembu dengan kaki, meletakkannya di hadapan pejabat kerajaan, dan ‘mewakafkan’ kepala lembu yang masih berdarah tu kepada MB dan YB di situ.

Selepas sehari kejadian berlaku, dan kutukan serta kemarahan umat membara terhadap tindakan mereka ni, tiba2 semua peserta demo ni tak tau dari mana kepala lembu tu datang!

Kah… Kah… Kah…!!!

Ketua gerombolan cuba menaichi kepala lembu tu dengan mengatakan bahawa ianya ‘kerja orang luar’. Nak membuat kesimpulan bahawa himpunan mereka ‘disabotaj oleh kepala lembu’. Demo mereka yang tidak rasis dan anti-agama itu telah diganggu dan disalahtafsir disebabkan kepala lembu.

Aiseymen, encik lembu. Seluruh alam maya nampak berapa ramai yang datang demo encik lembu tuhari – lebih kurang 50 jer. Ada dalam youtube. Kepala lembu tu jadi macam simbol korang haritu. Kepala lembu tu lebih banyak dapat liputan daripada encik lembu sendiri. Takkan la encik lembu tak perasan ada kepala lembu? Kalau perasan, kenapa encik lembu tak tegur atau suruh buang? Adakah sebab encik lembu pun sukakan perkara tersebut? Adakah sebab encik lembu bersetuju dengan perkara tersebut? Adakah encik lembu tahu tentang perkara tersebut tetapi bertindak berdiam diri agar ianya boleh memprovok agama lain dan seterusnya menimbulkan huru hara, bergaduh sehingga menimbulkan MAGERAN di Selangor yang akhirnya menjatuhkan kerajaan PR dan inisiatif encik lembu akan dibayar dengan harga yang paling tinggi?

Sudah semestinya, kot?! Jika tidak, takkanla encik lembu terus menerus menyokong tindakan itu dengan membekap (backup) dalam statement kepada watawan bahawa kepala lembu itu sebagai simbol kebodohan. Encik lembu tidak membantah penggunaan kepala lembu tersebut. Encik lembu membantah bina kuil, biarkan kepala lembu yang menjadi binatang suci Hindu dipermainkan, dan kemudian menambah kedukaan Hindu dengan mengaitkan lembu dengan kebodohan pada hari kamu membantah pembinaan kuil. Semua dalam satu tajuk yang sama!

Encik lembu… Encik lembu….

*sigh*

Untuk makluman encik2 lembu sekalian, rakyat tidak lagi bangang sepertimana yang diharapkan. Mereka memilih PR di Selangor, dan sudah semestinya setiap perkara yang dibangkitkan akan dicari jawapannya oleh pengundi. Kenapa rakyat memilih PR? Sebab mereka memberi jawapan yang memuaskan untuk setiap tindakan mereka. BN tidak pernah menjawab soalan2 pengundi dengan baik, sebab itu mereka ditolak.

Dalam kes kuil, umum rakyat Selangor telah berjumpa dengan jawapan yang jelas, bahawa kuil2 baru tidak dibenarkan, dan kuil2 haram akan direlokasikan supaya memudahkan semua orang. Tidak timbul soal majoriti atau minoriti, sebab kalau nak difikirkan majoriti, AMENO KENA KELUAR DARI SABAH SERAWAK SEBAB MELAYU DI SANA HANYA MINORITI!

Mereka yang baru berjinak2 dengan demokrasi, terbodoh dengan fahaman mereka sendiri bahawa hak majoriti itu mengatasi segalanya sekaligus menafikan hak minoriti. Bangang ka hapa?

Oklah. Tapayah kita bersoal tentang hukum dan peranan demokrasi. Itu bukan isunya. Isunya di sini ialah encik lembu yang tidak berkata apa2 bila kepala lembu disepak tendang pada hari demo, bernada lain pada keesokan harinya.

Encik lembu dan gerombolan yang nak bermandi darah dan tak berganjak walau seinci pada hari demo telah berundur lapan tiang pada keesokan harinya apabila tindakan mereka itu dikutuk, bukan sahaja oleh orang Hindu dan bukan Islam, malahan dari orang2 kuat ameno sendiri!

Aku bukan nak provok, tapi sekadar nak memberikan gambaran jelas bahawa tindakan2 gerombolan ameno ini dari dulu, kini dan selamanya tidak pernah cerdik. Dan bila mereka tau bahawa tindakan mereka itu telah dikesan bodohnya, mereka cepat2 bertindak dengan memperbodohkan orang lain. Mereka ini tak pernah nak ambik tahu bahawa tahap kecerdikan orang di Tanah Melayu ini sudah meningkat berpuluh kali ganda selepas peristiwa ’98.

Mereka ini – manusia2 gerombolan – adalah terdiri dari golongan orang2 yang jahil, dan untuk itu, blog ini diwajibkan ke atas mereka.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

5 Responses to “Bila lembu mengetuai gerombolan”

  1. LPPL says:

    salam bro MK,

    TEPAT TERPACAK kena atas batang idung…tu semua jenih bodo bawak mati tuuu ,KARAT BIRU..REBUIH TAK HEMPOK

  2. admin says:

    “REBUIH TAK HEMPOK” – hahaha! lama tak dengaq pekataan ni. tk bro. :)

  3. Rahsia says:

    akum..

    hehe camni la baguih punya blog …kena tepacak … ayat sempoi ..tupun depa tak sedaq sebab depa tak baca ..hang send la artike ni kat depa …

  4. aman says:

    hheheeh bodoh piai betul orang yang berdemo tu…tahniah ketua demo anda telah membodohkan diri anda di khalayak umum…

  5. abang bart says:

    Betul. Betul.Betul.Inilah blog yang tepat dan padat. Ayat simple tapi TAJAM ! barulah kena batang idung puak puak “LEMBU UMNO” yang mengheret kepala LEMBU yang membawa maksud tersirat iatu mereka mengheret kepala mereka sendiri.Akhirnya mereka ditertawakan oleh orangramai termasuk ketua ketua mereka yang selalunya mempunyai tabiat berselindung.

    Sekarang jadi bahan ketawa di mana mana terutama di restoran2,tempat kerja dan dimana2.

    Thank u bro.

Powered by the people for the people