… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Buluh runcing untuk kepala lembu

Nampaknya hubungan Malaysia dan Indonesia kembali tegang setelah relaks sekian lama. Selama ini kita hanya bertegang dengan Temasek. Tetapi selepas lawatan mantan PM negara itu, Encik Lee Kuan Yiew mengadap isteri Najib, kita kelihatan menukar tektik dalam hubungan luar pulak.

Sekarang, Temasek, negara “snobbish” dan “kiasu” yang dikompangkan oleh ameno selama ni dengan tuduhan2 rasis melampau seperti yang selalu dibuat mereka, kini sudah OK. Tak tau la pulak kenapa kita tiba2 boley steady dengan negara besaq kelemboi di hujung Malaya ni, tapi aku tak menolak kemungkinan bahawa ia ada kaitan dengan bayaran ansuran tanah yang dijual oleh Muhyidin pada mereka mungkin sudah dilunaskan. Jadinya, mungkin ameno sudah tidak perlu “menggertak” mereka lagi.

Sekarang ameno hala ke Indonesia pula. Isu yang mencetuskan kemarahan mereka, yang aku faham, ialah isu Manohara dan tarian mereka yang kita dok pi declare kata asalnya dari Tanah Melayu. Maka mengangatlah orang2 Indonesia kepada kita.

Dan selepas ketua pemuda ameno dan gerombolannya ke Indonesia dalam sebulan lepas, bertambah2lah jelasnya hangat mereka kepada kita. Sekarang isu gaji minima pembantu rumah Indonesia pula dibangkitkan. Indonesia tuntut RM800. Kita kata mahai. Depa tak setuju dengan alasan mahai.

Dalam isu gaji ni, aku setuju dengan Indonesia. Kalau aku jadi orang Indonesia pun aku akan kata RM800 tak mahai. Apa tidaknya, kita boleh beli kapai selam dan jet yang beratus2 juta, dan dapat lagi komisyen bebilion2 dalam masa yang sama! Dah dapat komisyen, boleh hantaq orang kita pi makan angin ke bulan. Dalam pada masa yang sama, kita boleh selamba wat tak paham kalau minyak naik. Tak pernah berontak macam Indonesia sampai contiang2 dinding dan demonstrasi ganas.

Malaysia ni kaya, relaks, dan kiasu – dari mata Indonesia. Maka selayaknyalah mereka mintak RM800 daripada kita. Kalau boleh hantaq orang naik ke bulan makan angin, apa sangatla bayaq gaji pembantu rumah, ye tak? Katanya la kot. Dan oleh kerana Malaya ni kaya, relaks, dan kiasu, sudah semestinyalah kita jugak dilihat sebagai snobbish macam Singapura. Kalau Singapura boleh declare buah rambutan tu sebagai “Singapore Laichee”, maka kita pulak dilihat secara sengaja mengaku tarian tu asal dari kita. Dan sebab kita kaya, maka kita dilihat sebagai boleh belasah sapa2 saja yang bekerja atau berkahwin dengan kita.

Persepsi. Nak salahkan sapa?

Aku rakyat Malaysia. Aku tak setuju dan benci kepada cara sekoq dua mangkaq yang melayan manusia macam tadak harga diri. Aku orang Malaysia dan aku tak setuju gomen buang duit hantaq orang kita pi makan angin ke bulan sedangkan ramai lagi rakyat yang merempat dan susah tak dapat belajar di sekolah yang lengkap prasarananya. Aku pengguna di Malaysia yang hangin satu badan dan perit poketnya setiap kali harga minyak dinaikkan. Yang bersama dengan ramai yang lain turut turun membantah.

Kami rakyat Malaysia juga tak puas hati dengan kerajaan BN yang sedia ada, sebab bukan sahaja mereka melayan segelintir rakan2 serumpun kami dari luar Malaysia seperti hamba abdi yang tiada nilai dan harga diri, mereka juga melayan rakyat mereka sendiri dengan cara yang sama! Masih terus ingin melayan kami seperti lembu yang dicucuk hidung, membelasah dan memenjarakan mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan. Merampas hak2 rakyat dengan cara zalim atas nama “ketuanan Melayu”!

Semua ini tidak dizahirkan dalam media massa di Malaysia. Semua ini tidak dilaporkan oleh kerajaan. Maka rakyat Malaysia dilihat sebagai memang snobbish. Walhal yang snobbishnya adalah kerajaan Barisan Nasional!

Semalam dilaporkan lagi bahawa pelajar2 Malaysia di Indonesia diarahkan untuk berjaga2 dari serangan buluh runcing sekerat dua orang Indonesia yang ekstrim. Dan apa Malaysia buat dalam hal ini?

Bacalah blog2 picisan ameno dan komen2 mereka di Facebook dan laman2 sosial yang lain. Penuh dengan kebencian dan rasisme yang melampau. Untuk apa? Untuk apa dihangatkan lagi benda yang boleh ditenangkan?

Jawapan aku : untuk 1Malaysia. Supaya ameno dilihat sebagai juara dan hero dalam krisis ini. Biarlah rakyat kita hidup dalam keresahan yang tak sepatutnya, asalkan ameno boleh mendapat mileage dari isu ini.

Tetapi adakah orang ameno berani berhadapan dengan semangat orang Indonesia yang menghalau penjajah dengan darah dan keringat, berbanding dengan ameno yang mengampu dan menjilat?

Baru tanya sapa bawak kepala lembu, habih satu dunia dituduhnya.

Heh. Dasar samseng kampung dusun. Tak habih2 menyusahkan rakyat.

matkeri
JahilGoBlog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

6 Responses to “Buluh runcing untuk kepala lembu”

  1. LPPL says:

    dulu,kini dan selamanya mangkarq, jenih suruh sekolah, lari…masuk jerumun, bila besarq akai pun tak boleh pakai

  2. jon says:

    xkn nk letaq gaji amah 8ratus sbulan pn hang nk stuju..pada2 la bg pndapat tu..had tu aku mmg xleh stuju ngn hang..

  3. admin says:

    “Dalam isu gaji ni, aku setuju dengan Indonesia. Kalau aku jadi orang Indonesia pun aku akan kata RM800 tak mahai. Apa tidaknya, kita boleh beli kapai selam dan jet yang beratus2 juta, dan dapat lagi komisyen bebilion2 dalam masa yang sama! Dah dapat komisyen, boleh hantaq orang kita pi makan angin ke bulan. Dalam pada masa yang sama, kita boleh selamba wat tak paham kalau minyak naik. Tak pernah berontak macam Indonesia sampai contiang2 dinding dan demonstrasi ganas.”

    Setuju dalam konteks Indonesia. Baca lagi di perenggan dekat2 nak akhir, tidak setuju dalam konteks Malaysia.

    Read between the lines. 😉

  4. sawan babi says:

    ade x bukti muyidin jual tanah??nape x bentangkan bukti-bukti tuh supaya semeorg tahu??ke men cakap je..men cakap sama ngan khabar angin je lah..tp,walo xde bukti,kite leh nilai ngan ape yg ade..

  5. AFANDI84 says:

    Aku rasa masa kau buat comment ini kau tengah datang haid. sebab tu kau emosi sangat. hehehe kalau kau setuju dengan alasan Indonesia, kau jadila orang Indon. Kat sana nak makan nasi pun susah. Isu tarian Pendet tu kan PM dah bagi tau Discovery Channel yang salah fakta, diorang tak buat research yang betul. Macam kau jugakla beri statement tak buat research, jadi kau samalah macam sampah, atau cerita orang kat kedai kopi. macam lagu kedai kopi ‘tiada hakim tiada saksi cerita sensasi di kedai kopi’ tuiii hehehehe. Kau pi balik kerjakan sawah lagi baik

  6. Fender Strat says:

    Kalau indon attack Malaysia, elok ko duduk depan. Bia ko kene rodok dulu. Ko punye ayat mcm bagus je.. Ko tau ke x sbnrnya tntg isu skrg? Ini membabitkan maruah negara.. Patutnya ko bina semangat orang2 Malaysia supaya bersatu, tapi ko jenis yang lbh pntgkn duit dlm poket la, hape la.. klu ko sembang dgn aku face 2 face dh lama dah aku humban ko dlm sungai.. Sampah la katakan.. Marah? Lu pk la sendiri!

Powered by the people for the people