… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Hotel Seri Malaysia, bilik kepam untuk sekeluarga!

Hotel Seri Malaysia. Sebut hotel tu, cukup untuk membayangkan keselesaan ala2 Melayu. Dengan juadah buffet eksotik Melayu, layanan mesra dan ramah dari para pekerja. Suasana nyaman dan selesa ala2 kampung merupakan harapan tertinggi untuk mereka yang belum pernah menginap di sini.

Dengan rangkaian hotelnya di seluruh Malaysia, hotel Seri Malaysia merupakan satu harapan baru kepada mereka yang inginkan kualiti Melayu dalam kata sebenar. Pastinya kualiti bilik, servis, dan makanannya top gitu. Kalau tidak, masakan mereka berani menggunakan nama “Seri Malaysia”. Malaysia. Namanya harus dijaga.

Itulah harapan kita semua. Sehinggalah kita tiba untuk “check-in” bilik. Impian itu terus berputar 180 darjah dalam masa yang singkat! Dan selepas “check-out”, meludah kaunter hotel itu dirasakan bagai satu perbuatan yang lebih berperi kemanusiaan daripada diberikan bilik yang kepam baunya semalaman!

Aku pernah menginap di Seri Malaysia Alor Setar, Seri Malaysia Pahang, Seri Malaysia Johor, dan semuanya tidak memberikan pengalaman manis pada aku. Secara jujurnya, aku pernah menginap dari hotel 5 bintang sampailah ke “hotel ayam” di Bukit Bintang. Kualiti Hotel Seri Malaysia merupakan satu penghinaan kepada Rumah Tumpangan Hock Aun jika disamatarafkan dengannya!

Bilik wajib bau kepam. Bilik air sempit dgn tola tangan dan lap kaki tadak. Pintu almari macam nak roboh. Perabot tak dijaga dengan terurus. Housekeeping? Ada nombonya, tapi call tak pernah ada orang jawab.

Makanan? Buffet? Seriously kualiti dan rasa makanan di Seri Malaysia hanya layak dihidang pada rumah terbuka Najib dan Rosmah sahaja. Yang boleh dimakan oleh sesiapa sahaja kalau ianya free.

Geram dan kecewa.

Maaflah kalau ada pekerja Hotel Seri Malaysia yang membaca blog aku dan tak puas hati dengan komplen aku. Rasa tak adil sebab bukan salah korang. Kepada korang, ingin aku jelaskan bahawa aku tak komplen servis korang sebagai pekerja hotel. Aku tak pernah bermasalah berurusan dengan pekerja mana2 syarikat, hotel, atau agensi sebab ianya jelas, bukan mereka yang harus disalahkan jika kita tak puas hati. Tapi sistem. Pekerja Hotel Seri Malaysia sama seperti pekerja hotel lain. They delivered. Tetapi yang aku komplen ialah kualiti Hotel Seri Malaysia.

Harga hotel Seri Malaysia ni bukan murah. Di JB, tarafnya ialah 2 bintang, tapi harganya dah macam 4 bintang! Tapi kualitinya lebih teruk daripada hotel ayam bukit bintang! Terkadang membuatkan aku terfikir, adakah Hotel Seri Malaysia ini modus operandinya ialah sebagai satu medium money laundering?

Bilik macam hamjadah. Kualiti macam (perkataan yang tidak sesuai untuk bacaan umum yang melibatkan huruf awalan c dan berakhir dengan i). Makanan rasa macam tongkang. Tapi harga macam world class! Macam Hotel Seri Malaysia ini tak pernah nak jaga kepuasan pelanggan, dan wujudnya hotel ini hanya untuk memastikan bahawa ada income masuk, dan aliran wang dari hotel ini ke dalam bank tidak dipersoalkan. Harga hotel yang mahal ni lansung tidak mencerminkan kualiti yang datang dengannya.

Aku pernah tido di hotel yang cuma sediakan towel good morning dan sabun lux besaq dua jari. Dan terus terang aku katakan bau bilik hotel itu lebih nikmat daripada bau bilik hotel Seri Malaysia. Dan jauh lebih murah!

Adakah Hotel Seri Malaysia, terutama di JB akan diperbaiki? Aku rasa tak mungkin. Mereka seperti lansung seperti tidak mengendahkan kepuasan pengguna. Kenapa? Sebab aku tak nampak pun “kotak cadangan” atau borang kepuasan pelanggan yang boleh diisi untuk mereka mendapatkan kembali feedback dari pelanggan. None. Yilek. Atau mungkin sudah habis sebab dibuat tisu tandas? Wallahualam. Tapi aku lansung tak nampak. Tak seperti hotel2 lain. Even hotel murah dan “licik” macam Tune Hotel pun ada feedback form, inikan pulak hotel yang punyai rangkaian di seluruh Malaysia.

Aku sarankan kepada semua pekerja Hotel Seri Malaysia untuk bekerja di hotel lain. Janganlah korang associate diri dengan Hotel Seri Malaysia. Janganlah kebolehan korang, kesopanan, kesantunan, dan keramahan korang hilang dibawak bau kepam bilik2 hotel yang ada. Korang punya maruah yang lebih tinggi dan lebih baik daripada Hotel Seri Malaysia. Kalau boleh, tukar la kerja. Obviously pengurusan korang tidak mahu dan tidak akan berubah.

Kalaupun korang tak boleh berenti sebab tadak kerja, kerja susah, atau korang memang suka tido kat bilik yang bau masam, sekurang2nya korang tolonglah forwardkan tulisan blog aku ni pada management korang. Bukak mata diorang bahawa tak semua manusia yang sanggup bayar mahal untuk tido di bilik yang kualitinya macam peninggalan berek askar ni. Pelanggan tak puas hati dengan kualiti makanan yang dimasak separuh hati macam yang makan ni tak bayar duit, dan kelihatannya untuk dihidang kepada kem tahanan pendatang tanpa izin.

Korang tolong sampaikan. Sementara management nak ambik keputusan untuk berubah, jangan lupa bukak tingkap bilik aku nanti. Aku terpaksa basahkan kapet bilik sebab korang tak sediakan bilik air dengan kain pengelap kaki.

Owh, dalam masa yang sama, hati2 semasa buka pintu almari! :D

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

12 Responses to “Hotel Seri Malaysia, bilik kepam untuk sekeluarga!”

  1. TokJanggut says:

    Ni aku hangin ni….lu bayar ciput kemut nak layanan lima bintang…pooooorah shit.

    lu ada pilihan…..

  2. Sialcom Down says:

    cilaka lahabau ….lina sialcom down satu Malaysia….rugi aku juta-juta

  3. ishakateng says:

    Saya setuju agar Seri Malaysia diperbaiki mutu perkhidmatanya, saya juga kerap mjenginap di Seri Malaysia di Temerloh,PD,Alor Gajah dan Ipoh memang kurang dari hotel hotel bajet yang lain tapi oleh kerana nama Hotel orang melayu saya rela juga menginap disana.Harap dapatlah respon dari tokey Seri Malaysia.

  4. fiq84 says:

    hik3..teruk sgt ker hotel 2??????perghhh…klu dh teruk la kn, better harga kene murah la…lg murah lg bgus klu sebis x cm 5bintang…lg 1 kn, org malaysia mmg jenis xkisah…janji da, janji wt, janji siap….2 la malaysia…ala kadar…hahaha

    p/s: tok janggut, klu dh berjanggut bahasa kene la jg sial…ko tu tua tok berjanggut…ak xsuka bc komen ko klu da perkataan kuang aja….lu pk la sendri tua nk mampos….

  5. julia says:

    hurm….seharusnye jgn la mcm 2 kn…
    kne jge imej sbb hotel 2 nme seri malaysia…
    klu seri da xde xgune le kn
    mcm mne nk tarik pelancong kn?

  6. da witCh says:

    ala sbnrnyer slh pekerja hotel 2 gak…
    yela..da tentu la y bersihkn bilik 2 sume kje diorng..klau diorang wat kje diorang 2 btl2 xkn jd cmni de..manager2 hotel 2 pn kne la pntau kje pkrja2 die 2..ni klau setakat dok dlm pejabat je xgne ar jd manager..

  7. Aruz Nazfa says:

    Hmm.. memang tidak dinafikan Hotal Seri Malaysia kena buat perubahan. Cuma kita kat sini macam menyalak bukit.. Langsung tidak diendahkan…

    Kalau orang surat khabar masuk campur baru akan berkesan kot.. Ntah la.. Harap-harap Hotel Seri Malaysia dapat memulihkan tanggapan masyarakat terhadapnya… Terima kasih..

  8. Aminah says:

    Dipendekkan cerita saya bersama 3 orang anak tiba di Terminal Bas Larkin pukul 12 mlm dlm keadaan letih dan mengantuk setelah 10 jam perjalanan. kami menaiki teksi dan memohon driver membawa kami ke hotel berdekatan. Driver tersebut membawa kami ke Hotel Seri Malaysia JB yang tak sampai 5 minit ( sebenarnya walking distance shj ) tanpa caj lebih dan hanya mengikut meter teksi. Satu petanda yg baik. Saya memang tiada membuat reservation awal dimana-mana hotel. Samapai di kaunter hotel, receptionist menyapa kami dgn senyum walaupun saya tak mampu membalas kerana penat. Dia memberitahu saya bilik penuh, saya sudah tergamam kerana saya tahu silap saya tak buat booking awal. Saya pujuk dia, apa-apa bilik pun tak apa sebab saya ‘desperate’ dan kesian anak-anak. Dgn baiknya dia kata ada bilik kosong tapi telefon line rosak tak boleh buat call out. Saya kata tak apa sebab saya tak memerlukannya. Setelah membuat pendaftaran dan membayar deposit saya ditolong oleh security hotel mengangkat beg-beg kami ketingkat atas (hotel 3 tingkat tiada lif ). Alhamdulilah tiada bau ‘kepam’ semasa melangkah masuk kebilik walaupun saya tahu bilik itu belum sepatutnya dijual. Saya call receptionist sebab saya agak housekeeping dah balik sebab dah pukul 12 lebih. Saya minta extra pillow,extra towel dan request wake up call 6.30pg. Tak lama, saya dah terima bantal dan tuala. Esoknya tepat pkl 6.30pg telefon dah berdering membangunkan saya. Walaupun facility bilik bukan 5 star tapi kami rasa selesa, ada mini bar sejuk, ada set buat air, ada sabun shampoo, ada aircond sejuk, TV clear, carpet baru & bersih, pintu almari slide ok, hanger ada. Sudah cukup uth kami.Pkl 8 kami bersarapan direstoran yg agak besar dan selesa. Saya dpt breakfast kupon utk 3 orang, so saya hanya byr RM5 utk anak saya yg 8 thn. Makanan sedap, ada set nasi lemak, ada mee goreng, nasi empit kuah lodeh, set bubur nasi, set roti bakar, set cornflakes, air panas, & oren. Cukup kenyang, Semasa c/out saya hanya bayar RM140 nett. Disebabkan lokasinya dekat bas stand, tak sampai 5 minit teksi yang dipanggil dah tiba utk bawa saya ke hospital. Walaupun JB asing bagi saya, tetapi layanan baik yg saya terima mengurangkan keresahan hati. Saya pasti akan jadikan Hotel Seri Malaysia JB sebagai pilihan akan datang.

  9. arape says:

    lu dh biasa msk hotel ayam pn lu kata wangi..aku duk hotal sri malaysia x ada msalah pun…rasanye bgus gak lu dpt blik bau kepam.sbbnye klau dh biasa duk hotel ayam..kat dahi lu dah tetulis kot..2 yg dapt bilik cm reban ayam…mcm ne bangsa nk maju ada org cm lu…p/s pelangan ayam memeng lyak duk cm ayam

  10. Joe ok jer says:

    1.1.2010 .. Aku gi melaka … Tp tido kat Seri Malaysia Air Keroh .. Jauh skit tak per .. Ok jer .. Segala2 nyer ok .. Bau sedap jer … semua ok jer .. Bersih , mkanan sedap .. Anak2 n family aku hepi .. Walaupun itu bilik standard kerana yg lain dah penuh …

    Kira ko nasib tak baik ler .. Maybe ada yg tertumpah air sblum chek out …

  11. Adia Laila says:

    Laaa…apa susah kalau dah tak jumpa form untuk complaint tulis je surat kat management dia, jangan la tulis kat hotel tu, tulis terus ke HQ dia…tp nasib kau kot yang tak baik…aku gi penang, kepala batas, bagan lalang, melaka ok jekkk…JB pun penah aku pegi siap tido 2 malam, bilik connection room lagi, tak la pulak berbau mcm kau cakap tu…aku rasa la, kau tak bernasib baik hari tu…seri m’sia yg paling best aku pegi, makan pun sedap kat penang dan kepala batas, fuhhh…layannn…

  12. asfaga says:

    kerana nila setitik,
    rosak susu sebelanga.

Powered by the people for the people