… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Aku bukan anak bangsa Malaysia. Aku anak bangsa dunia!

Nak tau apakah masalah kerajaan Malaysia di bawah BN dulu, kini, dan selamanya? Teringin nak jadi hebat di mata dunia dengan meniru cara negara kapitalis barat. Pembaziran, kerugian, dan kebangangan. Semuanya dibuat atas nama “sales and marketing”. Mempromosikan negara. Meningkatkan imej negara di mata dunia melalui projek2 mega yang menelan belanja berjuta2.

Sifir ameno ialah Tanah Melayu ini hanya boleh diperkenalkan melalui siri marketing yang gung-ho. Siri pemasaran yang membazir. Siri projek2 mega yang memakan belanja berbilion wang negara dengan harapan dunia akan melihat kita dan berfikir “hmmm.. Malaysia! Kewl!”.

Sedangkan hakikatnya, sehingga sekarang Malaysia hanya dilihat, dan masih kekal dilihat sebagai negara dunia ketiga setaraf dengan Uganda, Zimbabwe, dan Tanzania. Kita berbangga bila dapat menandatangani MOU dengan negara2 Afrika, tetapi dengan negara2 maju?

Tidak adil kalau aku katakan bahawa Malaysia lansung tidak mendapat tempat di mata dunia. KLCC, Litar F1 Sepang, merupakan dua perkara yang telah membuka mata dunia. Sekarang ini, berbanding dengan dahulu, kita boleh tengok sekonyong2 minah saleh atau mat bangla bergambar tersengih di depan KLCC. Berebut2 beli key chain bangunan bekembaq tu. Dan di Sepang, setiap kali F1 start, akan melimpah manusia dari seluruh pelosok dunia untuk menyaksikan perlumbaan yang dikatakan sangat berprestij ini. Dan setiap kali kereta F1 melintasi papan iklan dengan logo Malaysia, atau Petronas, mungkin ada manusia di New York, atau London yang bersorak depan tivi “Wuuhuuu, checkit out, Malaysiaaa duddee, keewwll! Let’s spend our billion of dollar, or pound, depending where we are now, to this third world country and boost their economy now! Wuhuuhuu! Here, snort this…”

Izzit?

Litar Sepang mencatatkan kerugian hari ke hari. Setiap kali perlumbaan, tak pernah dengaq bunyi untung. Begitu juga dengan Menara Petronas. Sekarang ni dah hilang bisa sebab akan ada lagi dua tiga tiang yang akan siap untuk menandingi ketinggiannya. Sooner or later, syarikat2 yang menyewa (kalau ada) bangunan tu akan berpindah ke tiang2 baru yang lebih gah dan lebih tinggi pulak. Sedikit masa lagi, akan ada yang berlumba2 buat menara bekembar lapan hanya sekadar untuk menutup mulut mahadet yang tak habis2 juah dengan “yeah, but we have two”nya.

Adakah Malaysia tidak tahu bahawa kita rugi saban hari semata2 untuk menanggung biawak2 hidup ni (merujuk kepada projek mega)(dan juga pemimpin ameno)? Tahu. Tapi kenapa kita teruskan jugak? Sebab “marketing”. Pemasaran. Semua itu dilakukan untuk memasarkan Malaysia. Dan dalam teori kapitalis korporat yang bloated, kos pemasaran merupakan kos yang terbesar dalam perniagaan. Tidak boleh kompromi. Jika kompromi dengan kos pemasaran, maka ianya akan mengganggu kelansungan produk untuk sampai kepada semua golongan sasaran. Dan ini merugikan.

Ya, amat susah untuk mengira ROI pemasaran korporat. Tetapi ianya dihalalkan pembazirannya atas nama “product awareness”. How aware? Inilah masalah yang dihadapi Malaysia sekarang.

Projek mega merupakan marketing tools negara untuk menarik perhatian negara2 maju melihat kita – kata orang2 ameno. Sekurang2nya bila mereka dah start tengok kita, kita boleh aproach dan “menjual” negara kita kepada mereka – kata mereka lagi. Yang akhirnya akan menyumbang kepada pelaburan asing. ROI untuk segala pembaziran semasa memasarkan Malaysia melalui projek mega tidak perlu dirunsingkan sangatd. Dan bila satu dua konglomerat bersalaman dengan kita untuk membuka kilang, kita telah andaikan bahawa “segala hasil usaha dan pembaziran telah terbayar”.

Walaupun pada hakikatnya hutang kita membiayai projek2 mega ini semakin meningkat bunganya. Dan tidak selari dengan jumlah keuntungan yang dibawa masuk oleh FDI. Tapi takpa. Sebab sistem kapitalis membenarkan perkara ni. Dan kapitalis berkata memang ada perkara2 yang tidak boleh diukur dengan pulangan moniteri. Maka segala pembaziran tersebut secara automatiknya telah dihalalkan.

Ameno marah kalau kita kata semua ini pembaziran. Akan merah telapak tangan mereka menampaq meja mempertahankan tektik projek2 mega sebagai “projek yang berjaya memperkenalkan negara di mata dunia”. Mereka bangga sebab bangsa Melayu juga telah dikenali oleh semua bangsa sekarang. Kata mereka, jika kita nak jadi sehebat Amerika, Britain, dan negara2 maju yang lainnya, kita harus berbelanja seperti mereka. Sebab itu mereka maju, sebab mereka berbelanja besar!

Aku tamau betah, takut merah tapak tangan mereka tu berpindah pada pipi aku. Abah aku pun penah pesan, orang bodoh sombong jangan dibetah. Kelak bodoh jugak kita akhirnya.

Apakah akhirnya semua ini? Negara terperangkap dengan sistem kapitalis yang menggalakkan pembaziran atas nama marketing. ROI tidak dilihat lagi kepada pulangan moniteri, tetapi kepada perkara2 yang vague, yang samar. Rakyat terusan tidak mendapat faedah lansung. Atau tidak lansung. Yang untung masih lagi kontraktor2 yang dapat projek “mempromosikan” negara.

Setakat hari ini, dengan dua mega projek yang dibuat oleh negara, KLCC dan Litar Sepang, Malaysia masih lagi berada dalam rumpun dunia ketiga. Atas nama “bangsa Melayu”, kita buat apa saja yang dihalalkan oleh kapitalis untuk menjadi bangsa yang boleh berbangga2. Atas nama “bangsa Malaysia”, kita buat apa saja yang dihalalkan oleh kapitalis untuk membolehkan kita berasa bangga dengan pembaziran yang dilakukan oleh Malaysia. Tetapi kita masih juga tak ke mana. Orang kata “Roman tidak di bina dalam masa satu hari”. Malaysia baru 50 tahun. Kita mesti berusaha keras, dan lebih banyak membazirkan wang untuk mempromosikan negara – kata ameno.

Tidak jauh dari negara kita, seorang manusia dengan bermodalkan ikhlas dan iltizam yang kuat untuk membantu rakyat negaranya keluar dari garis kemiskinan telah berjaya memperkenalkan negaranya dengan melalui hadiah Nobel Prize. Dengan modal yang sangat sedikit, tetapi hasil yang sangat besar, Muhammad Yunus berjaya membuka mata dunia bahawa negara tidak perlu membazir untuk mempromosikan negara, tetapi cukup sekadar menyediakan penyelesaian ringkas untuk masalah yang dihadapi oleh semua bangsa di seluruh dunia. Bangladesh telah mempromosikan dirinya sebagai sebuah negara miskin yang berjaya menghasilkan produk sedunia. Mikrokedit.

Bangladesh, melalui Grameen Bank dan skim mikrokredit yang diiktiraf dunia, berjaya mempromosikan negara dengan membantu rakyatnya secara lansung. Skimnya juga berjaya membantu negara2 dan bangsa2 lain di seluruh dunia untuk membantu mereka keluar dari garis kemiskinan.

Kenapa Muhammad Yunus boleh berjaya membuka mata dunia melihat Bangladesh? Jawapannya mudah, kerana kapitalis harus seiring dengan sosial. Jika produk yang dibawa oleh kapitalis membantu membaiki masalah sosial, maka ianya akan dipromosi secara automatik tanpa perlu Litar F1 dan KLCC. Produk Bangladesh ialah mikrokredit, dan dunia berkerumun untuk bersama Grameen Bank mencari penyelesaian bersama ke atas masalah sosial. Dalam masa yang sama ekonomi Bangladesh bertambah subur dengan pelaburan melalui “sosial business” yang semakin mengambil tempat di sana.

Tetapi kita di Malaysia? Grameen Bank adalah bank dan sistem baru jika nak dibandingkan dengan Mara. Ianya tidak direalisasikan oleh kerajaan, malah mendapat tentangan pada mulanya. Sebaliknya Mara mendapat 100% support dari kerajaan. Tetapi di mana Mara sekarang? Sibuk membantu Melayu, sedangkan bangsa lain ditindas. Maka sistem Mara tidak diiktiraf kerana rasisnya sistem tersebut. Akhirnya, sebab salah kira politikus, maka kita ditinggalkan oleh sistem yang lebih baik.

Dunia telah mengiktiraf bahawa negara yang menyediakan penyelesaian global adalah negara yang mempunyai “sosial value”. Secara automatik promosi dan marketingnya akan dilakukan oleh pihak lain tanpa memerlukan pelaburan sebesar KLCC. Tetapi, dengan kerajaan Barisan Nasional dan modus operandi kebangsaannya, mana mungkin mereka akan menyediakan satu sistem global yang akan membawa keuntungan pada semua bangsa? Bangsa Melayu harus menjadi bangsa yang terbaik, kata ameno. Bangsa Cina harus menjadi bangsa yang kaya, kata MCA, dan bangsa India harus terus ditindas, kat Sammy Velu.

Dan kalaupun mereka berjaya menyediakan penyelesaian untuk semua bangsa di bawah payung 1Malaysianya sekarang, mana mungkin mereka akan dapat menyediakan penyelesaian global untuk seluruh dunia, sebab kita takut kehilangan niche dan hilanglah identiti kita sebagai bangsa Malaysia!

Selama kita masih lagi terikat dengan bangsa dan negara, sampai bila kita tidak akan mampu menyediakan penyelesaian yang ada niche untuk kegunaan dunia. Sistem pasaran mesti cepat bergerak, untuk cepat sampai, dan hasilnya dapat dilihat, supaya kebaikannya dapat disampaikan tanpa memerlukan kos pemasaran yang banyak.

Grameen Bank “memasarkan” Bangladesh ke seluruh dunia dengan “menjual” produk yang membawa kebaikan kepada semua bangsa, dan semua negara. Manusia suka kepada kebaikan, dan kebaikan akan diceritakan dengan cepat tanpa perlu promosi yang membazirkan.

Tetapi Malaysia tidak akan dan tidak mampu berbuat seperti Muhammad Yunus di Bangladesh. Kerana solusi kita sentiasa rasis dan kebangsaan. Maka kita sentiasa berpusing2 dalam perangkap kapitalis.

Untuk keluar dari perangkap ini, kita harus fikirkan penyelesaian kapital yang membawa kebaikan sosial global. Hanya dengan itu, kita mampu keluar daripada perangkap kapitalis jumud.

Tetapi ianya hanya boleh dilakukan jika kita berfikir ke arah kebaikan global. Biarlah, untuk rekod, blog ini menjadi pemangkin kepada idea persaudaraan yang lebih luas. Biarlah aku dituduh terlampau idealis dan tidak realis kerana menyeru kepada kebaikan global dengan memikirkan tentang dunia instead of negara dan bangsa sendiri sahaja. Kerana aku yakin ianya boleh dilakukan.

Ayuh, kita katakan sekarang bahawa aku bukan anak bangsa Melayu. Aku bukan anak bangsa Malaysia. Tetapi aku anak bangsa Dunia! Hanya dengan menyuburkan semangat kebangsaan dunia kita mampu melihat masalah sosial dengan lebih besar, mencari penyelesaian, dan menggunakan sistem kapitalis secara lansung untuk kemajuan bersama.

Dalam masa yang sama membantu ekonomi negara, dan bangsa.

Dan bila ini dilakukan, maka tidak ada lagi pembaziran untuk mempromosikan negara, sebaliknya yang ada hanyalah modal untuk memperbaiki masalah sosial untuk pasaran yang lebih luas : dunia.

Jika Bangladesh melalui Grameen Banknya mampu melakukan semua ini, apa lagi alasan kita untuk membuat perubahan?

Aku pasti dan optimis bahawa ianya boleh dilakukan. Dan ianya boleh bermula di Bagan Pinang.

Selamat mengundi. :)

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people