… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Isa Samad, icon sebenar “Robin Hood” Melayu?

Apa pandangan aku pasai keputusan PRK BP hari Ahad lepas?

Pandangan aku untuk masa depan Malaysia agak kabur. Pertama, sebab signal “biar rasuah, janji baik” dah berjaya dihantar oleh ameno kepada semua rakyat. Sekurang2nya rakyat di BP.

Ini adalah susulan kepada manifesto mereka yang lebih besar iaitu “biar jahat, asal Melayu” yang selama ini dipertahankan “demi Negara, Bangsa, dan Agama” mereka.

Signal “orang jahat boleh jadi pemimpin” ini cukup aku tak bekenan. Aku tak kata Isa Samad tu seluruhannya jahat. Sebab tu dalam blog dan twitter, aku tak pernah serang peribadi Isa Samad. Aku cuma gusarkan mesej yang ameno nak sampaikan. Dan mesej itu telah sampai dan diterima secara majoriti oleh penduduk berbilang kaum di BP.

Kedua, sebab bloggers sendiri tidak faham dengan isu induk yang ingin dibicarakan sehingga terbawa2 kepada serangan peribadi. Termasuk aku sendiri. :)

Kenapa PAS kalah teruk dalam election BP?

Attack individu. Sebagai sebuah organisasi, individu bukan matlamat kita, tetapi sistem. Di Permatang Pasir ituhari, aku dah tegur pimpinan jangan serang peribadi calon pembangkang (ameno adalah pembangkang di Penang), tapi highlightkan pada mesej berkenaan “menghalalkan kejahatan demi kemenangan”. Aku bantah bila kita serang isu bini nombor dua beliau. Biar apa saja alasan yang diberikan, dalam kelambu tetap dalam kelambu!

Ketika aku di Jakarta memantau proses pilihanraya di sana, rata2 media massanya yang terbuka membuat ulasan berkenaan sistem yang dikritik, dan penyelesaian ke atas sistem oleh parti2 yang bertanding. Jarang ada serangan peribadi di media massa ke atas parti, ataupun individu.

Mereka hidup dalam demokrasi baru 10 tahun, tetapi kematangan mereka melebihi kita di sini!

Biarkan bloggers membuat serangan mengikut firasat mereka, tetapi kamu sebagai organisasi, jangan terlibat. Kerana bukan bloggers ini yang ingin diundi, tetapi organisasi kamu. Dan terkadang, bloggers ini dipandu oleh strategi umum kamu.

Bagi aku, PAS tak pernah attack peribadi calon untuk tujuan memalukannya. Tetapi ianya selalu disalaheksploit oleh sesetengah pihak yang tidak faham mesej sebenar. Akhirnya mesej asal tenggelam dalam kegalakan menyerang di salah tempat.

Apa yang perlu PR buat?

Buat bodoh. Seriously. BP is not worth mentioning in public. Kubu kuat ameno. Isa memang mereka sayang. Dan harus diakui kita sekadar mencuba beberapa formula baru di BP sebab kita tahu kita tidak rugi apa2.

Admit it. Kita kalah sebab kita belum bersedia untuk menang di sana. Apakah kita boleh menang? Ya. Tapi bukan hari Ahad lepas.

PR tidak akan berjaya memenangi mana2 kawasan yang dikawal oleh perasuah yang dilihat sebagai “Robin Hood” oleh rakyat di kawasan mereka. Perasuah ini dihalalkan kegiatan mereka hanya kerana telah dikelabui oleh kebaikan yang sedikit.

Dan selagi Melayu itu masih kuat berpegang kepada motto “biar bodoh, asal Melayu“, semua perkara2 yang tak masuk dek akal yang dilakukan oleh ameno akan di”ya”kan oleh penyokong mereka atas nama “Melayu – Negara, Bangsa, dan Agama”.

Keputusan PRK BP bukan salah PR. Bukan juga salah BN. Tetapi salah aku yang kerdil ini, yang gagal menjadikan kegiatan “Robin Hood” itu sebagai satu jenayah.

Aku sebagai blogger kecik ini gagal memberi isyarat dan pengajaran yang jelas kepada pembaca bahawa jenayah, tetap jenayah, biarpun niatnya semurni “Robin Hood”.

Kerana kalau sikap “Robin Hood” ini terus dijadikan teladan yang baik oleh ameno selepas ini, percayalah, negara Malaysia ini akan terus terjajah oleh mereka yang mencuri dan merampas harta negara hanya dengan tujuan “membantu orang Melayu yang susah”.

Dan Melayu akan terus susah. Jika tidak, Robin Hood tidak relevan lagi!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people