… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

AIC ke Gummersbach, Germany

Aku dedicate kan 2 minggu blog ini untuk coretan sepanjang pengalaman di International Academy of Leadership, Gummersbach, Germany.

Sepertimana orang lain yang tak pernah menyangka dirinya akan diberi penghormatan dan peluang sebaik ini, aku amat bersyukur dan bertengkiu kepada Friedrich Naumann Foundation sebab memilih matkeri mewakili Malaysia ke sana. Ke tempat di mana para pimpinan dan aktivis terkenal dari seluruh dunia bermesyuarat, berdiskusi dan berkongsi pengalaman di antara negara.

Berita aku terpilih untuk bersama 24 wakil negara2 lain dari seluruh dunia ke German ni dikhabar anginkan semenjak dari bulan 4 lagi. Tapi aku tak pernah ambik pot sangat. Sebab aku rasa diri masih belum layak, dan projek2 yang dilaksanakan masih belum cukup untuk aku kongsikan dengan yang lain.

Rupa2nya aku salah. Definasi layak atau tidak tu bukan aku yang tentukan. Tetapi komiti Akedemi yang tentukan. Pada mereka, projek2 dan pengalaman2 yang aku coretkan dalam CV untuk program ini mempunyai nilai untuk dikongsi bersama. Sedikit flattered.

Aku ke Gummersbach di atas kapasiti sebagai Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC). AIC mendapat perhatian dunia dan dunia ingin aku kongsikan pengalaman pengurusan dan perjalanan AIC bersama di sana nanti. Terima kasih kepada semua exco AIC yang membantu mengangkat AIC sehingga kemampuannya dibincangkan sampai ke German. Kita berada di landasan yang betul.

Mata sudah mengantuk. Flight esok mungkin tak mampu merehatkan aku. Perjalanan dari Malaysia ke Cologne bukan dekat. So, nite2 semua! InsyaAllah aku cuba coretkan setiap hari pengalaman di sana ke blog ini untuk tatapan bersama.

Gudnait. :)

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “AIC ke Gummersbach, Germany”

  1. Truckster says:

    Okeh cool…….keep on updated!

Powered by the people for the people