… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Lapaq di gate C3

Sedang melepak2 di balai berlepas menunggu giliran untuk dipanggil masuk ke perut kapal. Seriously, aku tak tau pukul berapa waktu Malaysia aku akan sampai ke German. Tengok pada tiket, aku patut bertolak dari Amsterdam ke Cologne pulu 8.30pagi waktu di sana.

Geografi bukanlah subjek faveret aku masa kat sekolah dulu. Oleh itu aku tak tau nak kena tolak atau tambah berapa jam.

Ruang gate C3 sekarang dah dipenuhi dengan para penumpang. Nampaknya macam aku sorang saja dok telan ayaq lioq tahan lapaq. Setiap kali aku check in penerbangan international, aku akan tepok dahi sebab kat sini tadak kepsi dan mekdi. Yang ada semua kedai mahai2! Makan dalam kapaiteghebang la jawapnya.

Sambil2 tu dok kelebek blekberi tengok suhu Gummersbach berapa sejuk. Main satu angka, kadang2 ada tanda tolak. Harapnya tadakla orang gelak kat aku kalau aku bejalan kelumuih dari hujung kaki ke hujung kepala esok.

Mata kuyu. Perut lapaq. Nampak ramai gila orang kat C3 ni. Penuh kapai terbang nanti. Tadak can la aku nak angkat tangan mintak tambah satgi. Aiseymennn…

Orait. Esok sambung lagi. Kalau dapat internet free.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Lapaq di gate C3”

  1. LPPL says:

    hang tak buat kenduri mcm org pi mekah ka..

Powered by the people for the people