… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

C4 Productions terbang ke German?!

Sedang syoq melayan cerita “Che” kat skrin kusyen depan, tiba2 keluaq gambaq Rosmah Penguin duduk!!

Alamakkk!! Geng C4 Productions naik satu kapai terbang ngan aku ka? Mana la tau kot2 RPK hantaq hacker utk hack system dan keluarkan video “Perempuan Puaka” untuk tontonan semua penumpang pesawat luar negara.

Selang lima menet kemudian keluaq pengumuman. Sistem media bermasalah dan mereka terpaksa mereboot system semula. Ciss. Bosan katak la aku atas flight nih. Guan Sin bukan ada nak tulong repair server media center linux nih. Dah dua kali reboot, last2 tutup terus.

Pelan2 aku keluaqkan balik Zen dari bawah kerusi. Kembalik melayan “Lie To Me” di skrin haluih.

Adoilaa….

Terlelap

Terjaga balik entah pukul berapa. Lengoh kaki tangan pinggang leher semua complete. Aku kat tepi tingkap. Dua kerusi lagi couple mat salleh western yang luvy duvy dan terkadang menjengkelkan sebab at random interval akan menari2 mengikut alunan lagu hapatah dari headset mereka. Kerusi aku pun turut beringgut sama. Sebagai denda, aku potong stim depa dan bangun pi tandas. “Excuse me.. Excuse me…”. Hehehhe

Tadi makan spagheti ka makaroni ka ravioli ka apa tah ngan ikan. Bukan makanan melayu yang pastinya. Kalau naik MAS boleh kenyang makan nasik beriani ngan satey. Ke toilet. Kemudian besenam sket kat blakang kasik kendur urat2. 12 jam dok merekot. Intai dapoq. Macam2 ada. Megi dalam cawan pun ada. “Excuse me.. Excuse me..”. Benda free. Kanna?!

Balik seat, media center dah ok, layan Valkyrie. Seriously cerita ni wajib tonton. Ini first time aku tengok. Cerita internal coup oleh golongan yang dah bosan berperang di zaman Hitler, 9 bulan sebelum German kalah perang dan Hitler bunuh diri.

Masa di Amsterdam dah pukul 5 pagi. Di Malaysia, kalau tengok kat skrin ni dah 11 pagi. Walaupun aku ambik seat sebelah tingkap yang jauh dari sayap, apa yang aku nampak cuma gelap. Dan muka mamat hensem mana tah dok perhatikan aku dari cermin. No komen.

Cabin krew dah beletiaq suruh off semua benda. Nak touch down. At last, gua dah sampai Europe! Hahaha.

Erkk… Bila nak gi haji? :p

Amsterdam

Touchdown around 5pagi. Alhamdulillah nasib baik sampai on time. Ketaq jugak bila terbayang kot2 pilot kat depan dok gelabah tadi sebab skrin kokpit pun keluar gambaq penguin linux. Kena hard disk takbley mount, jahanam kami. Takat nak suruh install Ubuntu dengan setup Midnight Commander aku tau la. Nak mount /dev/autopilot, nak donlod driver kat mana?

Schiphol Airport. Pengalaman berjalan2 dan melawat negara2 Asia membuatkan aku tak sabaq nak cepat2 turun flight, on Blackberry, on WiFi, check email. Tapi itu di Asia la. Di Europe ni, terutama kat Schiphol Airport ni, internetnya dicaj. Setengah jam tak mahal, dalam 4 Euro saja. Kalau convert duit Malaysia, boleh la belanja aku dan bini aku makan chicken rice shop dua pinggan dengan pai tee bersama ayaq dua cawan.

Masa nak check in passport pulak, kena soal dengan pegawai imigresen. Teringat aku cerita Border War ka hapa kat Astro. Tanya aku macam2. Nasib baik print semua details. Nak pi mana? Dok berapa lama? Surat jemputan mana? Hotel booking kat mana? Tidoq dengan sapa? Orang tua sihat ka dak? Macam2 tanya. Last2 dia cop paspot, uloq balik kat aku, senyum. “Terima kassieeh”, katanya.

Sedang tunggu Fokker KLM, datang sorang sahabat kulit sawo matang macam aku. Dia senyum teragak2. Aku terus sapa, “Gummersbach?”, ya ya, dia jawab. Dia nak keluarkan fail. “FNS?”, aku tanya. Dia nampak lega. Aku pun rasa lega. Ada jugak kawan nak menyembang.

Fajar. Dia soh panggil Fajar. Orang Indonesia. Ketua sayap youth PDI-P, parti Megawati. Aku terus tanya, BENDERA apa cita? Dia wat2 tapaham. Erkk. Jangan dia bawak buluh runcing jugak sudah la. Tau la kami la no dok kat Belanda!

Fokker

Aku dah lama mengidam nak becakap bagi keluaq asap kot mulut. Macam dalam tivi. Ya, aku memang kampung pun. Ada dua benda saja yang aku nak sangat. Satu becakap keluaq asap, nombo dua, tidoq atas salji. Keleboq selut semua cemuih dah.

Kebetulan pulak fokker yang nak bawak kami ke Cologne kena naik bas. Dak. Kami yang naik bas, bukan fokker tu yang naik bas. So, kena keluaq untuk naik bas. Peergghhhh. Sejjuknyaa! Nasib baik Ahan bagi pinjam baju, kalau dak mau biru aku macam ni.

Time ni aku rasa hajat yang pertama dah sampai. Tapayah hisap rokok, aku boleh belajaq buat “o” guna wap sejuk. Hahahah.

Fajar pulak, kesian aku tengok. Pakai selipar, baju tebal tadak. Teketaq2.

Cologne

Sampai juwa akhirnya ke Cologne, German. Naik fokker. First time naik kapai terbang bulih tengok taya keluaq masuk. :p

Rupanya dah ada rakan2 dari Tanzania dan Maghribi dok tunggu. Kabus tebal gila. Camana pilot tadi boleh landing pun aku tatau.

Wakil dari FNS dah menunggu. Aku tanya dia, sini troli kena bayaq ka? Sebab tadi aku nak ambik troli sebelah tu ada mesin. 1 Euro. Dia jawap balik sambil senyum, “Welcome to Germany. Here, nobody gonna serve you”.

Dalam sejuk peluh dah start menitik. Dalam poket ada 300 Euro saja ni. Kalau semua kena bayaq, bulih berdarah poket laguni.

Nevermind la.

Sampai di Gummersbach pukul 10.30pagi. Malaysia dah 4ptg kot. On WiFi. Connect. Yahuu!!

Masih ada lagi tempat yang baik hati rupanya. Maka terpost la blog ini. 😀

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “C4 Productions terbang ke German?!”

  1. mai says:

    bos,gambaq bos takdak ka?

  2. LPPL says:

    bro..kat tempat org tu jgn rebah merempuh dah laaaa

Powered by the people for the people