… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Teknologi German yang meletihkan

Jet lag. Ingatkan hero, rupanya terjebak jugak dengan jet lag. Pukul empat pagi aku dah terkebil2 mata tengok siling. Tabulih lena dah. Mana daknya, badan rasa macam pukul 10pagi, perut dah gejut makan roti canai, tapi kat sini baru pukoi 4 pagi.

Telan ayaq lioq. Buka tivi. Semua bahasa Jerman. SEMUA, termasuk James Bond! Hahahah. Bab James Bond ni aku layan tengok sat. Kemain fasih cakap Jerman. Tegelak sorang2. Teringat Indonesia dan Vietnam.

Mata memang kompom takley lena dah. Tivi pulak memang tak reti cakap English. Ada dekat 30 channel kalau tak salah aku, dua channel saja yang aku paham. CNN dan BBC. Berita. Takat nak dengaq berita, BlackBerry aku bulih cerita.

BlackBerry. Layan twitter, update Facebook. Baca paper. Chat ngan kengkawan. Perut lapaq sunggoh. Malam tadi makan ubi hapa tah ngan sayoq. Ada daging, tapi konfiden tadak.

Pusing pi pusing mai, last2 masuk Subuh. BlackBerry aku azan. Masuk bilik ayaq. Perrghhh sejuknya lantai. Ada termostat, tapi panasnya cuma cukup untuk kaki semut melecup saja. Sembahyang Subuh. Senaman sikit. Mandi. Turun breakfast. Aku bayangkan nasik lemak dan telur separuh masak…

Teknologi German

Kami diingatkan semalam bahawa German dilihat serius orangnya. Walaupun sebenarnya mereka tidak, tetapi mereka begitu pentingkan seriusness. Maksudnya, mereka pastikan kerja mereka serius agar hasilnya jugak serius.

Aku angguk. Yup, sapa yang tak suka barang “made in German”? Teknologi German dikenali tip top.

Kami jugak diingatkan agar menepati masa sebab katanya orang2 German tak suka membazir masa. Aku senyum time tu. Bagi aku, bukan sahaja orang German, orang ameno pun tak suka membazir masa. Sebab tu mereka rasuah untuk cepatkan proses borang tender.

But that beside the point. Point yang penting yang mereka nak tekankan ialah : Orang German tak suka buang masa!

Selepas sarapan pagi makan spageti lagi, ramai2 pakat kalut masuk workshop. Takut dimarah orang German. Duduk, serkup alat penterjemah, dan tunggu arahan selanjutnya.

Dan arahan selanjutnya ialah “kita terpaksa berenti 20 minit sebab alat penterjemah rosak”. Arahan tu datang lepas 20 minit dihabiskan untuk membetulkan alat canggih buatan German nih. Hahaha! Aku jeling Fajar yang dok sebelah aku, “German Technology”. Dia gelak mengekek.

Karaoke

So, the whole session harini dipenuhi dengan tiga pat orang berdiri pegang maikropon dalam dewan dok terjemah. Kesian pulak tengok facee dok kulu kilir passing2 maikropon. Kadang2 terpaksa tukaq channel wireless sebab gangguan.

Sampai ke malam, teknologi German ni masih belum dapat direpair. Mungkin tukang repair tak mau datang sebab Akedemi call lewat. Tak tepat masa. Hahaha.

No, seriously, ianya satu pengalaman yang sangat kurang smooth. Sedang mereka bercakap tentang ‘ketepatan’, ‘tamau gangguan’, dan ‘teknologi German’, para peserta terpaksa membuang masa menunggu facee bergerak kulu kilir untuk maikropon dipas dari sorang peserta untuk terjemahan. Bukan sejam dua, tapi dari pagi sampai ke malam! Kalau opis aku, kena penendang dah sapa yang buat maintenance alat hamjadah ni. Hari Isnin, takkan tadak orang kerja kot? Alat ni pun “made in German”.

Lagi jet lag

Mata aku dan Fajar dah talarat angkat. Pukul 9 malam mata masih lagi melayan facee kulu kilir passing maikropon. Di Malaysia dah pukul 3 pagi, dan badan serta mata dan otak aku masih tamau bertukar ke masa German.

Program harini sangat best. Banyak perkara2 baru yang dikongsi dan didialogkan dari seluruh dunia. Pengalaman baru becakap dengan jurubahasa untuk bergebang dengan rakan2 dari Marocco, Egypt, Brazil, Russia memang melucukan.

Dan ironi ‘teknologi German’ dan ‘ketepatan masa’ juga melucukan. After all, ianya bukan sebab bangsa kamu jaguh, atau bangsa lain lemah, ianya hanyalah sebab kamu membuat andaian secara umum.

Teknologi German dan ketepatan mereka gagal disebabkan oleh mereka sendiri walaupun dunia melihat mereka superior dalam dua perkara ini. Begitu juga dengan rakan2 yang tidak mampu bertutur dengan bahasa Inggeris lansung, idea2 dari mereka sangat bernas dan lebih terbuka serta up to date daripada rakan2 yang fasih berbahasa penjajah seperti Tanzania, Afrika, Filipina dan India.

Indonesia dan Malaysia terkecuali. Sebab kami dua orang dok sibuk tengok jam pukul berapa sekarang di negara masing2. Kalau lagi sepuloh minit tak berenti, bilik ni akan bedengung dengan bunyi dengkuran pancasila dan rukun negara…

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Teknologi German yang meletihkan”

  1. LPPL says:

    salam bro…satu yg pasti..tak semua yg nampak GAH itu gah..tak semua yg CUN itu cantik…

Powered by the people for the people