… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

16€, Tanzania, Pakistan, dan India

Mesyuarat dan perbincangan makin hebat. Rata2 kami berkongsi satu pandangan yang sama : present goverment sucks!

Seriously.

Ramai yang merasakan bahawa di negara mereka, terutama Russia, Ukraine, Egypt, dan (maldives?), kekangan ke atas golongan muda begitu ketara sekali. Sementara negara2 yang lain terus bergelut dengan isu terrorisme dan general oppression terhadap rakyat.

Mereka semua ini muda2. Lebih muda dari aku. Kalau diikutkan, aku paling tua sebab paling banyak uban. Tapi belum start botak lagi seperti Fajar, hahaha.

Anyway, peserta di sini semuanya kepala kewl. Rawk. Walaupun masalah bahasa mengekang kami daripada bergossip panas di luar sessi, tetapi memek muka, dan bahasa isyarat cukup untuk buatkan aku terkadang tersenyum tahan gelak.

Dalam kewl dan rawknya mereka, sekali idea dilontar dan dibahaskan, masyaAllah! Terkadang membuatkan aku terfikir, kalau ada 4 orang lagi di negara mereka macam ni dan diberi ruang yang cukup untuk mereka bergerak, boleh tergoncang pemerintah!

Dan terkadang timbul juga rasa simpati kepada rakan2 di Tanzania dan Zimbabwe. Tekanan begitu kuat dan ketara sehingga menyebabkan orang muda lebih suka memilih senjata untuk menyelesaikan masalah. Sekaligus terjebak dalam kelompok ekstrimis dan terroris.

Sehari dua ini kami lebih banyak berkongsi background gerakan muda di negara masing2. Dan bunyinya seakan cliche. Oppresi. Depressi. Obsessi. Polussi. Macam lagu Hijau.

Aku cukup kagum dengan Egypt, seorang pompuan yang begitu kental semangat untuk mencuba apa sahaja asalkan perubahan datang ke negaranya. Dia begitu bersungguh untuk mengadakan e-vote, sebab baginya, oppresi begitu teruk sehinggakan anak2 muda enggan keluar mengundi. Dan lebih mudah jika diberi mereka peluang mengundi dari rumah saja! Minah ni petah dan lancar bercakap sampai ada satu ketika, kena marah oleh penterjemah sebab cakap laju sangat, tak sempat nak catch-up! Termengah2 makcik translator penat bercakap. Hehehe

Dan India terkadang menjadi bahan gelak sebab selalu mengkonfiuskan peserta dengan penerangannya, sehingga ada satu ketika, dia sendiri terkonfius dengan statementnya. Cliche? Nevermind. :p

Ohh, tidak seperti situasi tegang antara dua negara sekarang, di sini, India dan Pakistan semacam ingin kenal lebih mesra. Ada kalanya masing2 seperti malu2 untuk mula besembang. Dua2 belum kawin. :)

Terjemahan

Walaupun kami ada penterjemah untuk beberapa bahasa, tetapi nyata sekali terkadang bahasa Inggerisnya agak tinggi. Ataupun terlalu berfalsafah. Fajar, rakan dari Indonesia, dah ada penyelesaian. Brader ni bawak kamus elektronik. Sekali jeling, teringat Dr Fazli duta kamus elektronik kat Malaysia. Dua kali jeling, teringat Rosmah Mansor. Hehehe

Aku pulak lebih suka tanya terus. Falsafah ni banyak tersirat. Tanya direct. Bagi senang paham.

Para penterjemah pun baik2 semuanya. Ada satu masa aku nak bersembang dengan Argentina, aku main sauk jer mamat sorang ni waktu dia tengah makan kek. Dan dia selamba jer bawak kek melepak dengan kitorang. Layan kek, kopi, terjemah. Kalau tak buat macam tu, susah nak kongsi ilmu dengan mereka yang tak boleh bercakap Inggeris.

Meeting

Harini ada meeting dengan dengan ketua sayap pemuda FDP di Dusseldorf. Penganjur bertanyakan samada kami ingin lepak di Dusseldorf selepas itu atau ke Cologne?

Aku dan beberapa rakan lain pilih untuk stay di Dusseldorf atas alasan asalkan German, mana pun takpa. Yang lain2 pulak nak ke Cologne. Secara peribadi, aku ralat sikit ke Cologne sebab lepas program dua minggu ni, aku akan stay di Cologne 3 hari. Pekdah hapa aku gi Cologne bekali2!

Tapi sebab semua majoriti nak pi Cologne, aku pun angkat tangan sekali lagi selepas undian dibuat. “Sir, what is our right as a minority here?”. Satu dewan riuh gelak. Lawak untuk orang liberal. :p

Pertemuan dengan pemuda FDP, Mr Henning Hone, Junge Liberale North Rhine Westphalia atau singkatan Julis, perbincangan sangat menarik. Apa yang lebih menariknya ialah bagaimana kreatifnya mereka menggunakan icon “Che” – tokoh revolutionar sosialis Cuba – untuk menarik minat kepada liberal! Kreatif bangat!

Untuk makluman kepada yang tak pernah minum air mineral selain daripada cap Plus, kalau nak minum air mineral kat sini, sila goncang dulu botol. Takut nanti bila belahak, buih keluaq kot idong. Sekian dimaklumkan.

Cologne

Selepas Dusseldorf, kami terus bergegas ke Cologne. Semuanya gila nak tengok gereja terbesaq kat German ni. Pakistan dan India yang dok sebelah menyebelah dalam bas nampaknya macam ada keterujaan lain melebihi Cologne. :/

Perjalanan dari Dusseldorf ke Cologne ambik masa lebih stengah jam daripada perjalanan Gummersbach ke Dusseldorf. Tapi pemandangan along the way sangat2 cantik. Padang rumput luas saujana mata. Rumah2 di lereng2 bukit. Cuns.

Bila tengok sesetengah dinding dan kawasan di sini, teringat aku pada Jakarta. Mural dan contengan menghiasi kawasan2 kecil. Ada satu tu bertulis “Fuck the comfort we have now”. Bayangan Che dan Julis nampak jelas. Revolusi ada di mana2. :)

Sampai di Cologne, semua terus celapak ke gereja besaq. Aku melayan saja. Kurang2 nanti pi sekali lagi tak perak buih sangat.

Memang besaq gereja ni. Besaq sungguh. Aku bayangkan, kalau gereja macam ni nak dibina di Selangor, bukan takat kepala lembu, habih dengan kerbau, seladang, dan selembu kena heret dek geng ameno nanti! :p

Untuk makluman jugak, Cologne bakal tertegak sebuah masjid terbesar di Eropah. Pembinaan dan plan arkiteknya dah diluluskan tahun lepas selepas mendapat bantahan – yang tidak melibatkan bahagian badan mana2 binatang – oleh warga tempatan. Arkitek masjid ialah seorang Kristian yang mahir dalam selok belok membina gereja. Ianya ditaja oleh organisasi Islam Turki.

Selepas acara bergambaq macam orang Kuala Nerang turun Aloq Setaq berpossing depan City Point, kami bergerak untuk berjalan2 dalam cuaca sejuk. Sejuk sunggoh! Cuaca 2 celcius. Kalau bulih kelumuih denga selimut, aku sanggup bejalan kelumuih saja. Buat dua lubang tang mata.

Oleh sebab kami tak disediakan dinner di akedemi, kami diberikan sorang 16€ untuk makan sendiri di Cologne. Lebih kurang RM80 hengget. Untuk makan malam. Sorang!

Tanzania bisik kat aku sebelum bertolak tadi. Dia kata dia tengok jadual dan kira ada 6 kali akan keluaq. Kalau 16€ darab 6, dia boleh balik Tanzania beli kereta! Masa lunch sebelum bertolak ke Dusseldorf, aku nampak dia makan lebih dari biasa. :D

Makan

Masa di Cologne ramai yang berbeza pendapat tempat mana nak pi. Kat mana nak makan. Apa yang patut kita tengok. Macam UN. Semua betelagah. Aku dan Indonesia dok kunyah biskut sambil tunggu mereka bertekak. Asean maleh campoq….

Masing2 tak setuju dengan cadangan semua orang. Alasannya, semua patut try makanan German, dan lihat keunikan German. Sebab tu mereka pilih untuk ke Cologne. Kalau tak, lebih baik dok kat Dusseldorf.

Akhirnya semua ambik haluan masing2. Aku dan Fajar layan geng Lubnan dan Egypt. Nak makan senang, sebab masing2 nak makan halal saja. Dalam dok bejalan, Egypt nak ke tandas. Aku kata tandas awam mahal kot. Dia gagah jugak, ketegaq, sebab dia tanya aku mana lagi ada tandas? Aku nak jawab, tapi kenangkan orang Arab memang tak bulih betah, aku sengih.

Dia kena bayaq 1€ sekali masuk tandas. Lepas keluaq tandas, kami terus jenjalan cari tempat makan. Pusing punya pusing, Lubnan cadangkan tempat yang paling murah dan cermat. Pizza Hut! Kat luaq tulih kat banner “Eat all you can! 9,99€!!”.

Kami masuk, Lubnan order. Macam ayam cakap dengan katak. Lubnan mintak 2 small vegetarian pizza. Last2 sampai 2 large pizza vagetarian. Aku dengan Fajar memang tamau makan. Mungkin kami masih menimbang secara serius idea Tanzania…

Daripada 9,99€, kena bayaq 32€! Bukan setakat tu, si Egypt pulak tak habih2 menyumpah diri sendiri sebab bayaq 1€ untuk kencing sedangkan kat Pizza Hut boleh kencing free! Dia kata kalau kat negara dia, 1€ boleh beli coke 4 tin. Aku gelak. Aku kata dia pi kencing tadi tak sampai setengah tin. Hahahah

Harini paling pack dan best. Pukul 8.30 malam kami pulang ke Gummersbach. Dalam bas, masing2 masih kecoh berborak tentang pengalaman di Cologne dan tempat masing2. Ukraine dan Argentina pun teringin berkongsi cerita dengan semua. Bising betul.

Tapi di seat Pakistan, sunyi sepi. Dok sensorang. Eh, mana India?

Hmm….

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “16€, Tanzania, Pakistan, dan India”

  1. LPPL says:

    salam bro..lama tak dengarq PERAK BUIH…senyum sorang2 bila terbaca..mmg kampung..masa melawat/meronda2 jagan perembang tempat lain dah leee

Powered by the people for the people