… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

I’m stupidddd!!

Nyata sekali budak2 muda di sini, selain daripada berminat dengan dialog, idea2 baru, perjumpaan dengan pimpinan dari German, mereka jugak sangat berminat dengan Ukraine, Georgia, dan Afrika Selatan.

Kalau orang kampung aku, depa kata “macam dalam tivi!”.

Big bos youth dari Afrika Selatan macam model iklan Walls. Georgia dan Ukraine pulak masing2 macam model catwalk baju keluaran Paris. Mamaaamiiiaaa!

Aku dah kawin. Tapi masa siri introduction, sewaktu memperkenalkan diri, aku cakap aku dah kawin. Then aku wat lawak sikit, since aku muslim, aku ada lagi tiga quota kosong. Dalam ramai2 dok gelak, aku kembali serius. Aku kata walaupun aku ada tiga lagi quota, aku cuma setia pada yang satu.

Pompuan suka orang yang jujur dan setia…

Sisha

Malam tadi follow rakan2 lain makan kebab. Dekat seminggu jadik pemayur, rasa lemau badan. Nasib baik ada restoran halal Turki dekat dengan akedemi. Geng2 muslim turun untuk dapatkan bekalan daging untuk badan masing2.

Lepas makan, kami naik bas, bayar nam kupang (euro) untuk ke bandar. Kemudia ke restoran Turki, lagi, untuk pekena sisha. Aku tak laya, sekadar menghabiskan masa bejalan2 kat luaq yang suhunya membuatkan hidung aku rasa macam nak tercabut.

Hari Jumaat, Tanzania mengetuai khutbah dan menjadi imam. Alhamdulillah. Sedap betul mamat ni baca ayat dan bagi khutbah!

I’m stupid

Ada dua tiga orang yang jatuh sakit sebab perubahan cuaca mendadak di sini. Aku, alhamdulillah masih maintain. Sri Lanka hari kedua dah sakit tekak. Mujo aku bawak bekal ubat – kongsi ubat dengan dia sebab kat sini tak dak penadol.

Semalam, waktu aku tengah makan sensorang, Egypt datang dekat. Egypt ni budak muda umur 22 tahun. Bahasa Inggerisnya kurang baik, tapi suka nak becampo orang. “I’m stupid”, katanya. Hah?!

Today, I’m stupid. Why? I feel sick 2 days. Nobody know. I cannot eat. I don’t eat for 2 days. Only today’s lunch.

So, I go and tell Martin. Martin ni responsible dalam urusan kami. I told Martin I’m sick. Martin ask me to drink lots of juice. So I drink loooottt of juice. Everyday. I don’t eat. Only juice.

Last nite I go to toilet. I don’t know whether it is blood, or petrol. I stand up, see, petrol? I flush. Sit down, stand up, see, petrol?

Aku tahan gelak.

So after that I want to ask someone, but I don’t want to ask Doaa. Doaa ni pompuan translator Arab kami. I ashamed because she is woman. This is man problem. I don’t want her to tell her friends. Majoriti translator di sini pompuan.

So I go and ask Khaled. Khaled ni pun translator Arab kitorang. I told Khaled everything. Discuss with Khaled.

And Khaled told Martin. Martin told Doaa. Doaa told Pablo. Pablo told Maria. Everybody know!

This morning when I walk in the lobby, the receptionist ask me “how are you, are you OK?”! How are you? What do you mean are you OK?

“I’m stupid!!”, katanya geram. Aku memang tak tahan bantai gelak terus!

Mamat Egypt yang masuk toilet bayaq 1€…

Jenjalan

Harini akan keluar dari akedemi dan tinggal di Dresden selama 4 hari. Perjalanan ambil masa 5 jam dari Gummersbach.

Dalam perjalanan, katanya akan singgah di Weimar dan kemudian akan melawat salah sebuah concentration camp di Bunchenwald.

Hari berikutnya akan ke Berlin untuk mengikuti konvensyen parti FDP yang menang besar, dan menyaksikan sejarah samada mereka ingin bergabung atau tidak dengan parti konservatif. Ini merupakan peluang yang julung2 kali dapat dirasa oleh peserta, katanya.

Hari Selasa akan kembali ke Akedemi.

So, aku mungkin tak akan update sepanjang tempoh di sana, sebab harga internet yang dicajnya ialah 8€ sejam. Kalau convert, boleh makan buffet untuk sorang.

Oh ya, Tanzania senyum besar lagi. Sebab dapat another 16€.

Pakistan dan India makin hambar. Mungkin sebab tarikan kepada Georgia dan Ukraine menyebabkan Pakistan kurang mendapat sambutan.

Malaysia dan Indonesia masih lagi berkira2 untuk membeli kereta…

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “I’m stupidddd!!”

  1. mourinho says:

    memang best… satu pengalaman yang menyeronokkan untuk dibaca.. apatah lagi mengalaminya sendiri.

Powered by the people for the people