… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Toilet, Obama, dan hutan

Empat hari keluaq dari Akedemi berjalan2 sambil bertemu dan berdiskusi dengan manusia2 penting di German merupakan satu pengalaman yang paling nikmat.

Perjalanan kami dari Gummersbach ke Berlin merentas kawasan2 menarik. Naik bas.

Pemandangannya sungguh cantik. 6 jam atas bas rasa macam tak puas. Walaupun ada kalanya terlena, tapi setiap kali jaga, mata dilunakkan oleh kehijauan padang dan pokok serta jernih sungai yang menyusuri perkampungan. Sambil telinga melayan lagu Broery dan Taman Astakona.

Sebab perjalanan terlalu jauh, singgah sat di R&R highway, yang mana aku masih tak nampak tolnya. Sebelum bertolak, masing2 dah makan pagi. Dan dibekalkan dengan buah2an, roti2an, dan air2an. So masa berenti di R&R, semua tak makan sebab masih kenyang, ataupun terpaksa kenyang bila tengok harga kat papan.

Seriously, kalau aku tak start berenti dari convert duit setiap kali tengok harga, hapah pun aku tak akan belik!

Weimar

Destinasi pertama singgah di bandar Weimar, bekas HQ Nazi di zaman kegemilangan Tun Hitler. Dengan berbantukan tourist guide dan alat wireless transiever, masing2 sibuk begambar kulu kilir sambil minah guide dok bercerita tentang itu dan ini sensorang.

“Well, here we can see…”, dia selalunya akan berkata, dan kemudian aku akan dengaq “Hey, take my picture please”,

“And here is where Hitler…”,

“Can you take our picture here?”,

“As you can see, his…”,

“Hey, come, take a group picture here! Come! Come!”,

Terkadang ada jugak yang menghampiri guide yang sedang bercakap, mendengar dengan tekun, dan selepas habis dia memberikan penerangan yang lengkap, terus ada yang bertanya dengan serius, “can you take us picture overhere, please?”, sambil hulur kamera.

Semua huru hara. Semua benda nak ambik gambaq. Kadang2 aku terasa orang2 kat sini mungkin terniat nak pakaikan spek hitam pada semua statue yang ada. Just to be cynical. Hahaha

Kami berjalan dan bergambar di sekeliling bandar Weimar, diiringi guide yang tak berhenti2 menerangkan butiran setiap tempat. Di sini terdapat tempat2 penting, tempat2 yang kritikal, dan tempat2 yang mana butiran dan faktanya boleh dilihat sendiri di sini.

Aku cuma ada gambaq. Dan kata orang ianya lebih bermakna dari seribu perkataan!

Kami bersiar2 hampir 2 jam di Weimar, dalam cuaca sejuk 4 darjah celcius. Terkadang angin dingin yang menyapa muka membuatkan hati rindukan kehangatan Malaysia.

Ada satu ketika, sewaktu guide sibuk menerangkan tempat2 penting yang berkaitan dengan sejarah Weimar dan Hitler, nak saja aku angkat tangan dan tanya “Excuse me mam, where is Hitler’s toilet?”.

Gila, sejuk!

Buchenwald Memorial

Dalam perjalan ke Dresden, kami singgah sebentar ke salah satu kem tahanan terbesar semasa zaman Nazi memerintah.

Kem besaq. Sangat besaq! Bermula dengan stesyen keretapi untuk angkut barang dan tahanan, berek2 dan kantin tahanan, tempat siksa, gantung, bunuh, bakaq, dan muzium. This will be the last place to make a joke about anything. Seriously! Cukup menyayat hati hanya dengan berada di sini.

Dengan berada di kem ini saja cukup untuk jiwa berasa tertekan. Di sini lebih 50 ribu nyawa terkorban dari tahun 1937 ke 1945. Jumlah tahanan di kem ini seramai 250 ribu. Semuanya ditahan, ditangkap, dan diseksa kerana tidak disukai oleh Nazi. Tahanan tanpa bicara. Lebih kurang ISA di Malaysia.

Kat sini tadak tourist guide. Maka kami terpaksa merujuk pada brochure yang diberi, yang mana kalau korang perasan, dari mana aku dapatkan fakta2 bernombor kat perenggan atas tadi.

Tak sempat melawat semua tempat, sebab kawasan ni sangat sangat sangat besaq. Di samping bateri kamera pun dah habis. Malas nak betekak dengan kawan2 yang tak pecaya kalau cerita balik nanti.

“Ya ka?! Mana gambaq? Seeemmmbanngg. Takat cerita, tok tam aku pun reti Google!”.

Berlin

Aku rasa bertuah. Sangat2 bertuah sebab kebetulan parti FDP, yang baru2 ni memenangi kerusi kedua terbanyak, atau ketiga, atau keempat – aku tak ingat, tapi aku pasti ianya melibatkan salah satu nombor ganjil atau genap – akan bergabung dengan parti pemerintah yang namanya akan aku ingat lepas Google sekali lagi nanti.

Kami dijemput sebagai pemerhati ke Berlin untuk menyertai kongress khas parti FDP. Kalau di Malaysia, kita panggil MCA EGM. FDP akan meluluskan usul2 penting, terutamanya pakatan dengan parti pemerintah.

Aku sempat bersalam dan bergambar dengan Presiden parti dan bakal kawan Musa Aman. Priceless. :)

Terus terang aku cakap, walaupun aku sepatah haram tak paham bahasa German, cuma dengaq dari mulut penterjemah, ucapannya cukup berkarisma. Ada satu masa tu aku terbangun dengan yang lain2 bertepuk tangan ketika dia lantang mempertahankan hak pendidikan terbaik untuk semua tanpa kompromi pada kualiti. Semuanya ini diucapkan oleh beliau dengan spontan tanpa bantuan teleprompter.

Teringat di Malaysia, Najib dan Pak Lah. Dedua ni kena pakai teks, dan kena ada orang bagi que untuk tepuk tangan. Macam Azwan Ali waktu jadi host anugerah pabenda tah, “tepuk tepuk tepuk tepuk…”. Boring nak mampos!

Lawatan ke Berlin tak lengkap tanpa melawat ke tembok yang paling terkenal dulunya yang memisahkan German Barat dan Timur. Atau Utara dan Selatan?

Anyway, tahun 2009, genap 20 tahun tembok ini diruntuhkan dan German bergabung.

Oleh sebab Berlin ni glamour, kami tour city dalam bas dengan tourist guide bercerita untuk mengelakkan pembaziran masa.

“On your right, we can see..”,

Dan semua akan bergegas ke kanan dengan kamera. Klik klik klik. Penuh flash dari dalam bas.

“And on you left, there was…”,

Semua pakat ramai2 ke kiri pulak. Klik klik klik klik. Bekelip flash macam botol penuh kunang2. Motto kami : “ambik gambaq dulu, tanya kenapa kemudian”.

Macam tu la sepanjang tour di Berlin. Kirii, yooonngg pakat ke kiri, silau flash. Kanan, yyooonnggg pakat ke kanan silau flash.

Kalau di tengok dari luaq, bas ni dah nampak macam kunang2 sakit, kiri, klip, kanan, klip, kiri, klip, kanan, klip…

Sampai depan bangunan yang agak penting yang aku masih belum bejaya untuk ingat sekarang, kami tour berjalan kaki.

Tembok dah runtuh, yang tinggal cuma kawasannya saja yang ditanda dengan plat besi. Ramai tourist kat sini, dan kami diingatkan untuk jangan layan sapa2 yang menyapa dan bertanya “excuse me, can you speak English”, sebab itu pemula kepada pukau dan menyeluk saku.

Dan memang betul. Ramai yang akan approach, kebanyakannya bukan tempatan, yang cuba memulakan bicara tanyakan samada kami boleh bercakap Inggeris atau dak.

Aku tak mau layan. Walaupun kadang2 terfikir jugak mungkin salah seorang daripada mereka dari group Akedemi dulu yang lost dan tak berjumpa group, dan akhirnya terpaksa bertanya jalan pulang dalam bahasa Inggeris dan terus tak dilayan sampai sekarang.

Dalam cuaca sejuk macamni, mungkin agak selamat kalau aku balas balik dengan pertanyaan “yes, and where is the toilet?”.

Dresden

Dresden merupakan bandar lama yang sangat unik dan cantik. Di bina di sebelah sungai yang merentas luas. Di sini terdapat banyak bangunan2 lama dan gereja2 besar dan kecik.

Kami bermalam selama 4 hari 3 malam di sini dengan mesyuarat dan dialog diatur di sekitar kota.

Aku diberikan bilik yang menghadap sungai jernih yang airnya mengalir tenang dengan desiran bayu dingin kota Dresden menyapa lembut langsir bilik. Itulah pemandangan indah dari bilik mewah di tingkat 8. Aku di tingkat 1. Nampak bumbung restoran saja.

Anyway, aktiviti siang di sini dipenuhi dengan meeting dan dialog dengan pimpinan muda tempatan. Bertukar2 pendapat, dan berkongsi2 cerita dengan mereka merupakan peluang yang cukup beharga.

Kami cuma ada masa berhuha pada waktu malam saja. Berjalan2 melayan sesat dan suspen kota memang best. Bangunan2nya disuluhi lampu dan pemandangannya sangat cantik!

Malam kedua di sini, geng Timur Tengah, dengan deligasi diketuai oleh penterjemah mereka, mencadangkan untuk ke tempat yang paling happening sekali di kota Dresden. Kelompok Balkan dan Russia tak bantah. Asia turut saja. Maka kami pun merayap hampir sejam sebelum tiba ke tempat yang dikatakan.

Sisha. Restoran Lubnan, pekena sisha! Dajei. Mai punya jauh, ingatkan nak bawak pi kilang keju ka, disko gestapo ka hapa ka. Sisshaaa?!

Sisha pun sisha la. Daripada aku dok terinjat2 dari tingkap bilik nak tengok sungai, lebih baik layan sisha. Betul2 punya happy malam tu. Semua pakat menari alunan timur tengah. Aku tak join, sebab teringat Anwar. Karang ada jadik bahan kempen lagi kot. Lagipun cukupla seronok tengok orang seronok. Sebab itu lebih seronok. :)

Kemuncak dialog kami ialah bersama delegasi muda Demokrat Amerika dan Canada. Paling muda sekali ialah wakil Iowa, tempat paling kritikal untuk Obama masa election dulu, umo 28 tahun.

Perlu diingatkan dengan jelas dan terang bahawa pertemuan ini tidak melibatkan jutaan ringgit wang dibazirkan untuk membayar pelobi yahudi. Sekian.

Dogma dan taboo terhadap Amerika nyata sekali tak dapat disorok. Ramai mula mengkritik dan menyoal dasar2 Obama yang masih gagal dipraktikkan. Russia dan Moldova lebih kritikal dalam soal ini. Manakala timur tengah masih lagi sangsi pada kejujuran Obama pada masyarakat Islam.

Oleh sebab ramai sangat bertanya soalan, dan masa yang singkat, aku tak sempat nak tanyakan soalan aku. Ianya satu kerugian sebab aku rasa soalan aku lebih mustahak dan mempunyai nilai2 kritikal diplomatik dan dasar luar serta keterbukaan ekonomi Amerika.

Aku nak tanya sebab apa Amerika perlu kayakan Canada dengan promot Blackberry melalui Obama. iPhone kan ada. :p

Sauna

Malam terakhir di Dresden, Egypt ajak aku ke sauna. Aku telan ayaq lioq.

Di sini, Eropah secara amnya, dan German secara khususnya, kami diterangkan bahawa sauna merupakan sebuah kawasan yang terbuka. Bila mereka kata terbuka, mereka maksudkan tadak seurat benangpun akan dipakai oleh lelaki, ataupun pompuan dalam bilik sauna dan kawasan sekitarnya, yang mana, demi liberal, kedua2 jantina harus berkongsi tempat yang sama.

Aku teringat lagi waktu dalam bas, Martin, kitorang punya caretaker, mengimbau sejarah pertemuan Gorbachev dan menteri German pada masa itu di dalam bilik sauna. Hasil daripada pertemuan togel tersebut, German akhirnya bergabung pada tahun 89.

Tiba2 India bersuara, “perhaps, maybe India and Pakistan should also meet in sauna!”.

Semua riuh rendah sokong dan gelak. Pakistan yang kebetulan dok sebelah India terus blushing. Hahaha.

Anyway, bila Egypt ajak aku ke sauna, aku terpaksa tolak dengan baik dan jujur. Apa yang berlaku selepas itu, biarlah rahsia.

Cukuplah sekadar aku bagitau jika berlaku peperangan antara Egypt dan Malaysia nanti, aku cukup yakin bahawa kita mempunyai senjata yang lebih baik dari mereka.

Dan memiliki hutan yang tebal merupakan kelebihan mutlak pada pihak kita…





delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “Toilet, Obama, dan hutan”

  1. LPPL says:

    salm bro…waa betoii punya syok ronda2,

  2. Truckster says:

    wow agak menarik pengalaman dan panjang mcm kesah penglipulara…mungkin boleh di publish di blog AIC

Powered by the people for the people