… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Germany : 2 awesome weeks!

Youth leaders yang sangat kool

Youth leaders yang sangat kool

Sapa yang tak pernah bercita2 nak merantau ke tempat mat saleh masa sekolah dulu? Kurang2 ada setengah dari kita yang jadikan “study oversea” sebagai motivasi untuk rajin belajaq. Nak fly. Duduk tempat sejuk. Tengok negara orang.

Masa aku sekolah dulu, aku tak pernah terfikir aku akan dapat jejak kaki ke negara mat saleh. Pertamanya, sebab aku tau mak ayah aku tak mampu untuk sara aku ke sana. Keduanya, sebab aku pun bukan rajin sangat mengaji waktu dulu. Dengaq orang yang dapat biasiswa semua terer2. Sekolah power2. Aku mengaji sekolah kat kola kedah saja. Tak pernah lagi sekolah aku break record pelajarnya dapat tajaan Petronas untuk study di luar negara. So, biarlah aku maintain rekod sekolah yang sedia ada.

Bila aku dapat tau nama aku sedang digosipkan untuk ditaja ke German selama 2 minggu pada April lalu, lepas balik dari lawatan seminggu ke Jakarta, aku buat derk. Sebab dalam waiting list aku, paling jauh aku akan sampai ialah ke Mekah. Itupun bukan tahun ni. So, German is too good to be true. Pulak tu aku dicalonkan untuk seminar dan dialog yang first time diadakan bersama orang2 penting. Seminar bersama pemimpin sayap pemuda parti politik dari seluruh dunia.

Aku boleh besembang dengan orang Guaq Napai, atau berdiskusi tanpa masalah dengan rakan2 di Aloq Ibuih dan Kerpan. Tadak masalah, sebab kami saling paham memahami. Tapi berdiskusi dan berdialog dengan pimpinan pemuda parti, dari seluruh dunia? Ayoyooo.

Bulan 9 aku dapat conformation untuk ke Gummersbach, German. Awal bulan 10, nama2 peserta dihantar. Seramai 20 negara termasuk aku akan berjumpa di sana. Pangkat sekoq2 bukan kecik. Paling lekeh, ketua media sayap pemuda parti masing2. Yang lain semua main presiden, pengerusi, naib presiden.

Dan aku pulak dari AIC. Yang tadak kena mengena dengan mana2 parti politik. Setakat ini.

Nampak diri besaq kuman. Haluih kecik cotet.

Melewati Amsterdam ke Cologne

Melewati Amsterdam ke Cologne

Sampai aku beli tiket aku masih belum rasa excited nak pergi German. Sedara mara dah bagi petua macam2. Bawak selimut la, jangan mandi malam la, tidoq jangan bukak kipaih la, ekon bagi selo la, sana sejuk la, salji dah turun la, tapau salji dalam taperware la. Camacam.

Aku cuma jawab sana mana ada ekon. Sejuk. Berdasarkan pengalaman aku cari ekon dalam bilik masa kat Cameron Highland dulu. Dengan orang kampung, pengalaman mau tunjuk. Baru up sikit standard.

17hb Oktober, aku berangkat ke German. Berbekalkan ilmu dari Malaysia yang dibawak untuk dikongsi bersama dengan wakil2 dari seluruh dunia. Atau mungkin menyedut ilmu2 orang lain untuk dibawak balik.

Masa atas kapalterbang barulah aku rasa excited. Selepas tengok kosyen depan tempat duduk aku ada tivi. Hahahah! International flight! Aku sudah mau terbang ke German!

Kalau cikgu sekolah aku dulu tau, mesti dia bangga ngan aku. Anak murid dia yang paling nakal dapat pi German free.

Tiba2 aku teringat cikgu kaunseling aku. :)

Seminar dan Dialog

Terjemahan melalui headphone

Terjemahan melalui headphone

Minggu pertama di International Akedemi of Leadership  (IAF) dihabiskan dengan sesi2 dialog, knowledge sharing, bengkel, dan meeting dengan orang2 penting dalam pemuda parti tempatan, terutama dari parti FDP.

Di sini aku tau bahawa orang2 penting boleh jadik kewl dan rawk. Orang2 yang ditempat mereka terpaksa betertib dan bersopan, rupanya boleh berhuha macam aku jugak.

Di sini jugak aku kenal dengan dekat sikap dan sifat benua masing2, dan makin paham kenapa di sesetengah tempat, krisis tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Di sini jugak aku tau kenapa aku dipilih mewakili AIC. Mereka sangat kagum dengan kelebihan AIC di Malaysia dan semasa sessi pengenalan organisasi, mereka juga tak putus2 bertanya tentang bagaimana AIC boleh survive tanpa suntikan modal dari parti, atau sesiapa!

Aku tidak berasa sekecil kuman lagi. :)

Dialog bersama Nicaragua

Dialog bersama Nicaragua

Dan perjalanan dialog dan seminar lebih mudah bilamana kita dapat mengenalpasti kekuatan masing2.

Kalau tak pandai tentang sesuatu, tanya. Kalau dah pandai tentang sesuatu, sila kongsikan dengan semua. Itu peraturan ghaib yang difahami oleh semua peserta. Nak tau tentang cara melawan polis rahsia dan undang2 gila, sila tanya Russia, Ukraine, dan Moldova. Nak tau camana skill nak lawan perkauman, South Afrika dan Zimbabwe boleh tolong. Nak tau kenapa anak muda pilih kekerasan? Pakistan dan Indonesia boleh cerita.

Pendek kata, semua negara ada niche masing2, dan pengalaman itu dikongsi2kan dengan kami semua.
Di samping itu juga, pimpinan pemuda FDP – Julis, juga turut berkongsi pengalaman dan berdialog. Pemimpin belia liberal Eropah juga ada bersama.

Boleh dikatakan selama seminggu, siang hari dihabiskan dengan dialog strategi dan diskusi kumpulan2 kecil. Terkadang kami diberikan situasi politik, dan diarahkan untuk menyelesaikannya melalui pengalaman dan perkongsian strategi lokal.

Diskusi antara pimpinan Julis

Diskusi antara pimpinan Julis

Untuk nota, semua yang ada di sini adalah orang2 penting dari sayap pemuda parti masing2 – dan dari parti oposisi terbesar di negara mereka.

Ada antara mereka yang dah bosan diperhatikan dan diganggu oleh polis2 rahsia, akhirnya memilih untuk “whatever” saja.

Pada sebelah malam pula selalunya acara bebas. Ada yang menghabiskan masa lepak di bar. Di sini minum dan “minum” adalah percuma, melalui sistem token. Setiap orang diberikan 10 token yang boleh ditukarkan untuk minum atau “minum” di bar pada sebelah malam. Sewaktu token diedarkan, kami dicadangkan oleh pihak akedemi untuk memberikan kepada mereka yang “minum”, atau sesetengah peserta terdahulu, menjualnya.

Aku simpan. Sebab banana juicenya sedap bangat! Tukar token dengan banana juice dan keluar lepak kat lounge. Lebih releks. Terkadang turun ke pekan berdekatan pada sebelah malam untuk belik kebab Turki. Dagingnya halal. Aku konfiden sebab taukehnya muslim Lubnan, dan dia sendiri kata halal. 3€ per kebab. Boleh makan dua kali sebab besaq gilos.

Excursion

Kenapa aku kata pengalam di Gummersbach begitu bermakna? Pertama, kami tak dipenatkan dengan sessi meeting dan diskusi yang meleret sepanjang hari. Malam bebas buat acara masing2. Ada yang keluaq ke pekan pekena sisha. Ada yang lepak di bar melayan disko. Ada yang main pool. Main fusbal. Kalau bosan boleh begelak dengan kawan2 tengok James Bond cakap German.

Dalam bas. Perjalanan yang nyenak

Dalam bas. Perjalanan yang nyenak

Aku lebih suka join group yang tak reti dok di akedemi. Selalunya akan panjat bas, bayaq 1.60€ untuk ke bandar kecil Gummersbach untuk layan sisha. Well, depa layan sisha, aku layan malam di bandar.Dua kali aku panjat bas ke uptown.

Seriously, walaupun banyak kedai tutup, tapi bagi aku cukup best bejalan2 tengok lampu dalam dingin suhu single digit German. Semuanya baru bagi aku. Lorong2 kecil. Binaan2 bangunan lama. Suluhan lampu. Patung2 dan arca yang berselerakan. Aloq setaq mana ada. 😀

Minggu ke dua kami dibawak keluaq dari IAF. Dari Dusseldorf, merentas Bunchenwald, terus ke Berlin dan lepak di Dresden. Kalau tengok peta, dah hampir separuh German kami rentas. Dengan bas.

German memang cantik. Padang hijau saujana mata. Dengan kincir angin moden di beberapa tempat.Tambah2 time sekarang ialah musim luruh. Pokok2 cukup meriah dengan warna perang, merah dan kuning. Daun2 yang penuh atas jalan pun nampak cantik sebab warnanya kontra dengan hitam tar.

Semasa excursion ini, hanya beberapa siri perbincangan kecil, tapi serius, berlansung. Selainnya adalah masa untuk bejalan2 memahami German dengan lebih dekat.

Misi di Berlin : Cari Tandas.

Misi di Berlin : Cari Tandas.

Seperti dalam coretan blog yang lalu, excersion adalah masa yang paling menyeronokkan. Sessi breaking the ice, mungkin.Dari satu tempat ke satu tempat, kami di bawa berjalan bersama tour guide yang bercakap dalam bahasa Inggeris. Bagusnya tour guide ini ialah kami diberikan alat wireless transciever setiap sorang. So, masa dia tengah seronok becakap menerangkan itu dan ini, masing2 boleh dok sibok begaya toya ambik gambaq sambil telinga masih lagi mendengar apa yang diterangkan. Kalau tak, semua nak kena menganga depan dia sampai habis becakap baru boleh ambik gambaq.

Tetapi yang slacknya berjalan di German pada waktu sekarang ialah cuacanya yang sejuk. Cepat nak gi toilet. Dan toiletnya pulak tah kat mana letaknya. Nak tanya, tak reti cakap German, tak tanya, pundi kencing dah nak jadik ketoi ais. So, bila kali kedua nak keluaq tour bejalan2, dah make sure tak minum dan pi toilet puas2. Pastu jangan dok belagak macam beranak dalam salji. Pakai baju tebal2. Kita tu besaq kat Bukit Tembaga, bukannya besaq kat Munich.

Anyway, yang paling utama sekali program excersion ini mendekatkan aku dengan German. Masa banyak dihabiskan untuk bertanya kenapa itu dan kenapa ini bila terlihat sesuatu yang tak paham. Dan seriously, ada banyak benda yang aku tak paham tentang German. Excersion membukak mata dan kepala hotak aku untuk bertanya dan untuk memahami German dari luar dewan seminar.

Hari terakhir

The last supper?

The last supper?

Selepas pulang dari Dresden untuk kembali ke Gummersbach, suasana agak muram dan suram. Satu, sebab semuanya dah malas nak berbincang2 dan berdialog2. Semuanya dah hilang mood sebab seronok bergumbira selama 4 hari di Dresden. Macam budak2 baru bukak sekolah, atau macam pekerja masuk opis setiap hari Isnin. Keduanya, masing2 tahu tinggal berapa hari saja lagi kami semua akan berpisah dan kembali ke negara masing2 – tahu sangat2 bahawa kami tak tahu bila lagi akan berjumpak macam ni.

Program di hari2 terakhir pula lebih tertumpu kepada strategi politik. Empat hari berseronok di Dresden menyebabkan kami lebih terbuka dalam meluahkan pendapat dan pandangan.

Dan bila berdiskusi tentang strategi politik dalam kumpulan masing2, ianya lebih kritis dan berani berbeza daripada minggu sebelumnya. Kali ini masing2 lebih daring dalam mengkritik strategi orang lain, dalam masa yang sama lebih terbuka menerima kritikan dan sindiran orang lain. Hasilnya, kemuncak kepada seminar ini ialah satu strategi yang mantap yang boleh digunakan oleh setiap peserta di negara masing2. Pandai2la ubah nanti.

Malam terakhir pulak kami diraikan oleh pengarah IAF dalam acara yang agak meriah. Suasana agak sedih becampur gembira. Sedih sebab nak tinggalkan rakan2 yang baru kenal rapat. Gembira sebab boleh balik makan makanan sedap2 kat rumah nanti.

Ramai rupa2nya yang tak balik terus. Ada yang makan angin di Eropah, dan ada yang teruskan mesyuarat di negara lain. Aku pulak akan stay di Cologne selama 3 hari lagi. Mau rasa Eropah sendirian.

Cologne 3 hari

Aku ambik keputusan untuk tinggal di Cologne selama tiga hari selepas 2 minggu di Gummersbach. Ramai rakan2 yang pernah ke German menasihatkan aku supaya jangan ke Cologne. Katanya tadak apa. Aku tak paham maksud “tadak apa” tu. Sebab bagi aku, selama mana ianya bukan Malaysia, semuanya adalah baru bagi aku. Dan benda baru seharusnya di explore. Campak aku ke ulu German sekalipun aku tetap boleh appriciate kehidupan di sana.

Kalau orang cakap di Aloq Staq tu tadak apa, pahamla aku.

Small. Simple. Clean.

Small. Simple. Clean.

So, sebelum datang ke German, aku carik hotel paling murah. Cari punya carik, dapatla Hotel im Kupferkessel, waktu tu semalam dalam RM180.00 semalam. Aku booking 2 malam. 15 minit berjalan ke pusat bandar.

Masa balik dari Gummersbach, driver akedemi tolong hantarkan. Sampai awal, 10.00 pagi. Check in pukul 2.00 petang. Tauke hotel ni baik betul, kelam kabut dia carik bilik yang dah clear. Sebab katanya bilik banyak tak siap lagi. Aku paham. Aku pun awai sangat. Hotel ni diuruskan oleh keluarga. Macam rumah kedai. Dia beli satu lot, anak beranak dok tingkat 1, office tingkat bawah, yang lain2 dia jadikan hotel. Bilik ayaq kena share, dan bilik tak la luas mana. Ada breakfast.

Aku cakap awal2, aku tak makan babi. Dan aku vagetarian. Nak bagi senang paham. Cakap halal haram satgi, ada yang kena tangkap ingat geng Osama pulak. Dan dia paham. Esok pagi tu, aku disajikan vagetarian. Walaupun dalam pinggan ada kepingan2 daging. Tapi dia besungguh2 cakap bukan babi, cuma turkey dan ayam. Tak perlu makan kalau tanak. Saja nak pancing aku la tu.

Masa aku pada hari pertama di Cologne dihabiskan di Gestapo Prison. Tiket orang dewasa ialah 3.60. Di sini terpapar sejarah gerakan Nasionalis dan Nazi dari mula hingga akhir di bandar Cologne. Di tingkat bawah pulak ialah bekas lokap tahanan gestapo. Lokap kecik memuatkan sehingga hampir 24 orang pada satu2 masa. Sungguh menyayat hati.

Dan lebih menyayat hati ialah semuanya dalam bahasa German! Hampeh. Aku nasib baik dapat join dengan satu group budak2 muda dari Amerika. Menempel. Depa pun OK. Kalau dak, habis masa dok tengok gambaq dan bekerut kening la.

Dekat 4 jam aku dalam muzium gestapo. Aku tak suka masuk muzium dengan kawan2, atau berteman. Sebab aku dikatakan suka “buang masa” belek satu2 benda. So, bila dapat peluang

24 orrang dalam bilik ni.

24 orang dalam bilik ni.

untuk berseorangan dalam muzium ni, semua benda aku dapat teliti. Rasa puas. :)

Bila keluaq muzium, kaki nak bejalan2 di bandar. Menapak terus ke gereja terbesar. Di sekeliling gereja penuh dengan lorong2 kecil yang dikiri kanannya dipenuhi kedai2 jualan. Perut lapaq sebab belum makan tengahari, manakala di sini pukul 4 petang dah rasa mula nak gelap. Malam panjang. Cari kedai kebab lagi.

Untuk mereka yang tak paham kenapa aku nak ke Cologne. Jawapannya ialah di sini ramai muslim. Paling ramai dalam German. Aku nak makan mudah di samping menikmati suasana German. So, kedai kebab di kiri dan kanan jalan. Pilih saja. Semuanya pada harga yang sama. 3 euro. Aku bungkus dan balik makan kat hotel. Sambil layan cerita kartun bahasa German.

Hari kedua aku keluaq awal pagi. Pukul 9 pagi. Sejuk gilos. Macam dalam peti ais. Hari Sabtu. Jalan lapang. Kalau sibuk pun, mengelak orang yang berbasikal di kawasan pejalan kaki. Moto susah nak jumpak. Basikal banyak. Aku jalan menyusuri sungai Cologne untuk ke destinasi seterusnya, Muzium Coklat! Tiket beharga 7.50 euro. Bukak 10 pagi.

Mesin 3D Lego. Kewl gilos!

Mesin 3D Lego. Kewl gilos!

Di sini semua cerita pasai coklat. Dari proses koko, sampai ke “cult culture” yang membicarakan tentang brand power oleh jenama2 coklat terkini. Yang aku paling suka ialah lawatn ke kilang coklat. Fuhh.. masuk saja kawasan kilang, bau coklat terus menusuk perut. Sedap sungguh bau! Aku boleh tengok proses buat coklat daripada bancuh sampai ke bungkus. Macam dalam siri “How It’s Made” kat Astro. Boleh rasa. Wafer celup dalam belanga coklat. Aduss… sedap. Pastu baru teringat halal ka dak nih? Aduss… bengong.

German menunjukkan teknologinya di sini. Semuanya interaktif. Smart. Permainan kreatif untuk budak2. Touchscreen merata2. Pendek kata, kalau kat Malaysia, inilah tempat yang Rosmah bangga2kan, sebab uptodate dan pintar. :p

Hari kedua aku habiskan dengan bershopping di kedai Lego. Lego sini murah. Dah convert still murah lagi. Sebab penat, aku beli sikit. Niat di hati, esok lepas checkout hotel, singgah sekali lagi untuk beli souvinier dengan lain2 barang.

Balik hotel berbekalkan kebab 3 euro untuk malam kedua di Cologne.

Coklat ni memang sedap!

Coklat ni memang sedap!

Hari terakhir, aku checkout. Buat muka kesian kat tokey hotel untuk print boarding pass. Dia selamba kasik pakai PC dan monitor untuk print. Yahoo. Keluar dari hotel mengusung bag untuk ke bandar. Nak beli souvinier bawak balik Malaysia.

Pukul 9 pagi kedai belum bukak. 10 pagi belum nampak nak bukak. 11 pagi tak nampak macam nak bukak. 12 tengahari aku tanya orang. “Sunday closed”. Aiyoo!! Sini kedai hari Ahad semua tutup! SEMUUAAA tutup! Aduss. Banyak souvinier penting tak beli lagi. Balik orang kampung buat muka bebai, nak jawab apa. Depa bukan pecaya sini Ahad kedai tutup. Takkan la kedai juai keychain pun katup. Tak masuk akal. Tapi itulah German. Barat, dan masih tebal dengan semangat kegerejaan.

Kalau buat macam tu kat Kelantan, mau Nik Aziz kena hamboq maki dengan kompoak yang mengaku diri mereka “western” dan moden. Sedangkan di German, malahan boleh dikatakan kebanyakan tempat di Eropah, hari Ahad adalah hari untuk keluarga dan agama. Mereka tutup perniagaan, dan bercuti untuk releks2 dan lepak2.

Tapi sampai kedai souvinier pun tutup, ini tak masuk akal. Takkan la tempat tourist trap macam kat Cathederal ni pun tutup kot? Dah pukul doblas tengahari. Flight aku ke Malaysia pukul 6.20 petang. Terus aku mengheret bag ke Hauptbahnhof, stesyen LRT ala2 KL Sentral kita kat sini, untuk ke Cologne/Bonn Airport. Satu problem pulak aku nak beli tiket. Beratoq dah satu hal, nak cari menu untuk English dah satu hal lagi. Dah dapat English, nak guna pulak tak reti. Nak tekan mana satu ni? Gambaq kapal terbang tadak lansung.

Mengheret bag 1km

Mengheret bag 1km

Orang yang beratoq kat belakang dah mula buat bunyi. Sepuloh minit aku dok tekan2 tatau nak cari apa. Last2 aku pi balik kat informasi, mintak tolong dia tekan. Baik sungguh orang kat sini. Dia bangun tinggalkan kaunter dia dan bawak aku ke mesin sekali lagi. Tunjuk aku step by step sampai keluaq tiket. Aduus.. Lega. “Platform four” katanya. “Now”. Orait.

Train sampai dalam masa 10 minit, aku begegas jugak ke platform 4. Naik eskeletor. Sampai ke atas, tak nampak tempat nak sumbat tiket. Kalau LRT kita, dah wajib sumbat tiket dalam mesin sebelum naik. Kat sini tadak. Pakai sistem inpsektor tiket macam zaman aku naik baih kola warna hijau dulu. Sampai di Platform 4, aku masih kompius. Sebab aku nampak gambaq kapal terbang kat platform 5, platform belakang aku. Tapi dia kata platform 4. LRT dah sampai kat platform 5. Aduss. Camana ni? Tanya orang kiri kanan, semua tatau. Last2 aku tengok dua orang pompuan mat saleh dok tengok aku. Ahhh.. tanya jer la. Lepas tanya dia pun suruh aku naik platform 5. Itu pegi airport. Hampehs punya info. Samada dia tersalah, atau saja balas dendam nyusahkan dia menekan tiket aku tadi.

Sampai di airport, melilau2 lagi. Kat luaq tadak kedai souvinier. Mungkin lepas check-in ada kot. Lepas melepak kat airport hampir 4 jam, aku pun check-in. Masuk cepat2 nak beli

2 awesome weeks!

2 awesome weeks!

souvinier, tengok2 tutup jugak! Arrgghh. Pasaipa yang nak tutup ni kedai souvinier? Yang kedai lucah kaler merah kat luaq nuh tadak pulak rasa nak tutup hari Ahad. Kedai nak beli barang bawak balik kat orang kampung jugak yang dia nak tutup. Telan ayaq lioq, redha jer la.

Pukul 6.50 aku naik flight untuk ke Amsterdam sebelum ke KL. Di Amsterdam barula aku nampak ramai muka2 Melayu. Kebanyakannya dari Indonesia. Nampak jugak sorang mamat dari pakai bag “ameno marang”. Check-in bahagian 1st class. Hebat. Si KJ pun dok tweet pi Indonesia dan Thailand naik AirAsia saja.

Sekali lagi, 12 jam aku merengkok atas kerusi flight dari Amsterdam ke KL. Sekali lagi media center dalam pesawat keluaq gambaq penguin linux sebanyak 3 kali. Dan sekali lagi rasa rindu pada rakan2 di IAF timbul kembali. Aku biarkan semuanya hilang dalam lelap lena bertemankan lagu jazz dari headphone pesawat. Aku dah nak balik Malaysia. Bila aku tiba di sana nanti, satu saja pintaku pada saudara mara dan rakan taulan. Aku cuma mintak depa paham bahawa aku bukan sengaja tak beli keychain dan t-shirt German pada mereka sewaktu di sana dulu. Aku bukan sengaja, tapi aku tak tau bahawa di negara barat yang sekular dan liberal itu, mereka masih kuat menghormati hari Ahad lebih dari kita di sini menghormati hari Jumaat…

Hotel im Kupferkessel

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people