… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Me”Melayu”kan PAS

Koalisi antara parti untuk mempercukupkan korum bagi merealisasikan sebuah kerajaan bukanla satu benda baru. Di Indonesia, Golkar terpaksa berkoalisi dengan Demokrat pada pada pilihanraya dua pemilu lepas.
Di Thailand pun camtu jugak. Abhisit tentu tak berpeluang jadi Perdana Menteri jika tidak berlaku koalisi di antara parti2 pembangkang untuk membentuk kerajaan.

Oktober lalu, aku berkesempatan diundang sebagai pemerhati EGM parti FDP di Berlin. EGM dibuat antara lainnya untuk mengusulkan persetujuan koalisi dengan parti pemerintah sebelum itu yang tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

Koalisi kerajaan yang gagal mendapat majoriti dalam pilihanraya, sekali lagi, bukanlah satu benda baru. Telah, sedang, dan akan terus dibuat. Tadak apa yang salah. Itulah demokrasi.

Di Tanah Melayu ni pulak, ameno nampaknya semakin galak untuk berkoalisi dengan PAS. Kenapa? Sedangkan mereka sudah menang PRU lepas, sudah boleh memerintah, dan masih terus boleh membuli Kelantan. Tapi kenapa ameno sekarang galak untuk memujuk PAS berkoalisi dengan mereka?

Ya, aku tak mengaji di Universiti Bangsar. Jauh sekali ada master atau PhD dalam bidang politik atau hubungan antarabangsa. Tapi itu tak membuktikan aku tak becampoq orang, tak bejalan tengok manusia di laut seberang, dan tak bulih membaca, mengkaji, dan membuat kesimpulan. Politik ni bukan benda susah, duduk dalam dunia pengurusan koperat, kena gadaih dua tiga kali dengan rakan2 dalam pejabat, paham la politik. 😀

So, kenapa ameno galak sangat dok pancing PAS untuk berkoalisi? Mungkin perkataan koalisi pada waktu ini agak awal untuk digunakan. Tapi approach mereka itu tak boleh dinafikan bahawa harapan utama ialah berkoalisi. Koalisi BN dan PAS itu adalah agenda utama. Tapi untuk apa sekarang ini? Mungkin ada yang bertanya.

Sebenaqnya bukan untuk sekarang. Tetapi untuk PRU yang akan datang. Sepertimana pemerintah2 negara lain yang telah lama memerintah dan akhirnya gagal mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan, ameno sekarang bersedia untuk kemungkinan itu. Ameno telah mengesan di radarnya bahawa majoriti mereka akan terus merosot sehingga ke tahap gagal untuk membentuk kerajaan. PAS merupakan pelampung terakhir untuk menyelamatkan mereka dari terus tenggelam dan menjadi pembangkang.

Melalui perang saraf, ameno berusaha secara maksimum untuk “menukarkan” PAS daripada parti Islam kepada parti “Melayu yang didominasi oleh orang Islam”. Ameno berterusan memainkan sentimen “demi Melayu”, “demi Raja dan Agama”, “Melayu semakin berpecah”, “PAS alternatif ameno untuk Melayu”, dan seumpamanya untuk mengasak perspektif ke atas PAS, penyokong PAS, dan para simpati PAS bahawa PAS adalah parti “Melayu yang didominasi oleh orang Islam”.

Yang akhirnya menyamakan PAS dan ameno sebagai dua buah parti yang berjuang untuk orang Melayu, tetapi terpecah disebabkan fahaman agama yang “liberal dan taliban”. Bila masyarakat, atau paling kokak, penyokong2 PAS berjaya disimpulkan bahawa PAS juga seperti ameno, maka kesatuan itu perlu wujud untuk menguatkan semula “bangsa Melayu”.

Ini sekaligus akan memberi tekanan kepada PAS bila pemimpin yang sudah konfius dan penyokong yang sudah celaru dalam membezakan Islam dan Melayu, bercakap tentang kesatuan atas nama bangsa. Tekanan ini akan diteruskan dari dalam dan luar (baca media BN). Tekanan ini, jika gagal ditangani, akan menjadi kuat sehingga menjadikan PAS sebagai sebuah parti “Islam orang Melayu” dalam pemikiran ahli dan pimpinan.

Akhirnya? Bila ameno gagal mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan pada PRU nanti, idea koalisi antara ameno yang menerajui BN, dan PAS bukanlah satu idea yang susah untuk dijual dan dibeli oleh ahli dan pimpinan PAS. Demi Melayu, demi Agama, dan demi Negara.

Aku paranoid? Banyak sangat tengok politik tempat orang? Tadak kerja nak buat kat opis? Mungkin. Tapi adakah aku salah? Mungkin jugak. Aku mungkin salah kalau ameno tahu triknya dah diketahui umum dan menukar cara lain. Aku mungkin tak betul kalau PAS ambik serius perkara ini dan teruskan agenda “Islam for All”nya dalam erti kata sebenar dengan meninggalkan idea Melayu ameno kesejukan. Aku mungkin syok sendiri kalau semua orang faham apa yang aku sampaikan dan terus menekan PAS agar berada di landasan yang telah membuatkan mereka mendapat sokongan dari pelbagai bangsa dan agama, instead of mengharapkan undi dari satu bangsa.

Biar apapun, PAS dan ahli2nya serta sekerat dua pimpinan yang telah terjerat dengan perangkap me”Melayu”kan PAS ini harus kembali faham kepada asas perjuangan mereka. Harus faham bahawa bangsa dan agama lain menyokong PAS bukan kerana PAS itu “Melayu”. Mereka menyokong PAS kerana PAS membawa mesej yang lebih baik daripada mesej rasis oleh parti2 komponen BN.

Terpulang kepada PAS sekarang. Adakah mereka inginkan parti mereka dicap sebagai “alternatif Melayu” sekaligus membuka tekanan yang berterusan untuk “berbincang2″ dengan ameno atas nama “kekuatan bangsa”, atau teruskan agenda “Islam for All” dalam koalisi Pakatan Rakyat yang lebih mudah diterima masyarakat.

Pada aku, apalah sangat untuk membudak2kan PAS dalam BN sekali lagi bila sudah berjaya membentuk koalisi kerajaan selepas PRU nanti. Dan apalah sangat untuk memekakkan telinga pada permintaan2 PAS yang telah diberikan satu dua kerusi menteri nanti.

Rasis akan kekal rasis selamanya. Soalnya sekarang, apakah PAS juga ingin bertukar menjadi rasis juga?

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people