… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Kelambu untuk ameno. Denggi untuk PAS

ameno sekarang dalam mode berusaha bersungguh2 untuk menggulingkan Nik Aziz dalam usaha menjadikan projek “kerajaan perpaduan” tidak mendapat halangan yang besar. Dibantu dengan setompok dua manusia2 rasis dalam PAS yang mengidam untuk bersekelambu dengan ameno, perkara ini kelihatan semakin mudah untuk mereka.

Justifikasi mereka yang ingin Nik Aziz ditamatkan perkhidmatan ini cukup mudah dipahami. Mereka ingin “menguatkan Melayu”. Ironinya, mereka ingin bersama mengutkan Melayu bersama musuh numero uno mereka, dan juga musuh kepada akidah orang Islam, iaitu Israel ameno.

Kita tak payah becakap tentang penafian royalti minyak, wang ehsan yang disalurkan BUKAN kepada rakyat, sebaliknya kepada JKKKKKKKKKKP yang dilantik oleh pusat. Tapayah cerita tentang pembelotan Perikatan semasa zaman Dato’ Asri. Tapayah dok ungkit isu “Amanat Hadi” dan “Hudud sup tangan” yang dikompangkan setiap election. Tu semua orang dah tau.

Apa yang setompok dua dalam PAS cari dengan bersekelambu dengan ameno? Janji2 manis versi terbaru? Kalau ada, aku taktau, dan aku tak mau tau. Tapi melihat kepada rekod buruk ameno dalam menunaikan janji, itu yang membuatkan aku garu kening. Sedangkan tidak menunaikan janji itu adalah salah satu manifesto BN dan ameno.

Contoh terkini boleh dilihat sekarang. Isu Chin Peng yang dinafikan haknya untuk pulang ke Tanah Melayu. Walhal kerajaan ameno-BN pada 1989 telah pun menandatangani perjanjian untuk membenarkan SEMUA bekas komunis kembali ke Malaysia.

Hanif Omaq, bekas KPN yang sama2 berada di Haatyai menyaksikan tandatangan tersebut mengimbau kembali bahawa kerajaan ameno-BN telah bersetuju untuk membenarkan bekas ahli komunis kembali ke Malaya. Dalam masa 12 bulan, jika ada permohonan, mereka boleh kembali dan menetap di negara ini. Dan kalau selepas itu, mereka masih lagi boleh datang guna pas sosial.

Tetapi kerajaan ameno-BN menafikan hak ini ke atas Chin Peng. Argumennya bukan Chin Peng kembali ke Malaya atas kapasiti pemastautin, atau sekadar lawatan sosial, tetapi argumennya ialah Chin Peng musuh kerajaan. Itu saja. Kalau Chin Peng musuh kerajaan, dan sebab itu dia tidak dibenarkan pulang, kenapa Abdullah CD boleh? Dia pun musuh jugak, dulu.

Sebelum tulisan aku dicop oleh KDN sebagai “menghasut”, ingin aku klarifaikan (hehehe) bahawa aku bukan penganut ajaran komunis. Sekian.

Bebalik kepada keengganan ameno-BN membenarkan Chin Peng kembali ke Tanah Melayu walaupun perjanjian hitam putih telah dibuat, ini mengingatkan aku pada Israel. Punca kegagalan perjanjian damai Israel-Palestin, antara lainnya, ialah bilamana Israel tidak menghormati perjanjian tersebut. Penempatan haram diteruskan, dinding pemisah tidak dirobohkan, hak rakyat Palestin tidak diberikan. Pencabulan demi pencabulan perjanjian dilakukan saban saat oleh Israel. Justifikasi mereka? Palestin adalah musuh.

Justifikasi ameno-BN terhadap isu Chin Peng? Dia adalah musuh. Maka dengan itu, sebarang perjanjian yang dibuat, boleh dihalaibalaikan saja oleh kerajaan taghut ini. Diungkapkan saban hari bahawa komunis membunuh rakyat. Komunis menyusahkan rakyat. Komunis membuatkan rakyat tak tenang. Siap ada pameran komunis kat muzium dalam dua tiga bulan lepas untuk menunjukkan pada rakyat bahawa kerajaan bertindak benar dengan tidak membenarkan Chin Peng masuk ke Tanah Melayu.

Apa yang kerajaan tidak pernah sebut ialah tentang perkampungan bekas ahli komunis di Thailand, yang sentiasa dipantau oleh risikan kita, dan tidak ada ciri2 untuk menyuburkan semula fahaman itu.

Yang kerajaan tidak pernah sentuh ialah Perjanjian Haatyai 1989 yang membenarkan kepulangan bekas ahli komunis ke Malaya, kalau mereka mahu, dan mereka masih terus bebas untuk datang ke Malaysia atas pass sosial pada bila2 masa.

Yang ameno-BN tak pernah cerita ialah kenapa Raja Thailand membenarkan bekas ahli komunis ini berkampung di atas tanahnya sedangkan komunis adalah musuh demokrasi, yang juga diamalkan di Thailand.

Bila perjanjian damai ditandatangani, dan Hanif Omaq sendiri mengaku bahawa pihak Chin Peng telah melaksanakan setiap satu butiran perjanjian yang dikenakan ke atas mereka, ameno-BN terus mengelat untuk tidak membenarkan Chin Peng menjijak negara Malaysia yang merdeka ini. Alasan yang terus dikompangkan ialah, Chin Peng pernah menjadi musuh negara, maka dengan itu, hak ke atas perjanjian boleh dicabul dengan sewenangnya.

Begitu juga justifikasi Israel setiap kali mencabul perjanjian damai yang ditandatangani. Bahawa Palestin adalah musuh Israel, dan Israel tidak akan berdamai dengan musuhnya kerana ia akan membahayakan nyawa dan keselamatan negara Israel.

Tetapi pada hakikatnya kedua2 mereka ini tahu bahawa jika damai diteruskan, maka kebenaran akan teserlah. Pekung mereka akan terbuka. Dan Malaysia serta dunia dapat melihat sendiri siapa sebenarnya yang cuba menjadi hero dengan menindas orang lain demi untuk memastikan maklumat sebenar tidak sampai kepada rakyat.

Begitulah jugak yang bakal terjadi pada PAS jika setompok dua ini dibenarkan untuk meneruskan agenda bersekelambu dengan ameno. ameno akan teruskan trik musuh, trik “serangan PAS”, trik Memali, trik komunis dan trik Israel apabila mereka berjaya memecah belahkan Pakatan Rakyat nanti.

Sepertimana British dan komunis, tujuan utama mereka ialah menyahkan semangat kebangkitan rakyat agar fahaman penjajah dan proksinya terus dapat dipertahankan.

Sepertimana Israel dan Palestin, tujuan utama mereka ialah menyenyapkan dunia daripada terus menekan Israel asalkan tanah Palestin dapat dirompak secara perlahan2.

Dan begitu jugalah ameno. Tujuan mereka hanya untuk terus berkuasa agar golongan elitis ini dapat terus lena atas empukan harta rakyat dan berbantalkan khazanah negara. Sedangkan PAS selepas itu akan terus dibiarkan tidur di luar kelambu, diketit nyamuk aedis, dan diseksa demam denggi yang akhirnya mati sebatang kara.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people