… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Akhirnya ameno akui mereka tolak Islam

Maka sudah tidak boleh ditipu tipu lagi bahawasanya parti alip tendang wau itu adalah parti yang maha rasis. Ianya telah diakui sendiri oleh maha thir.

Muhyidin juga tidak menolak bahawa ameno itu partinya rasis. Sebab dia cuma menegur nazri “tak baik cakap orang tua tu rasis”. Tak menolak bahawa orang tua tu rasis, dan juga tidak menolak bahawa partinya jugak rasis.

Malah suratkhabar rasis utusan jugak tidak menyiarkan berita rasis merasis ni. Yang siarkan cuma The Star, akhbar rasis MCA yang cuba mengkesampingkan aura jahat pergolakan parti mereka dengan melihat sarkas di kawasan pihak lain.

Semuanya bermula bilamana kumpulan pemuda Pakatan Rakyat di Selangor menggesa kerajaan Tan Sri Khalid berhenti hantaq stafnya ke BTN. Disusuli dengan Penang, dan semalam Nik Aziz juga bersetuju dengan saranan tersebut. Isu utamanya cuma satu : rasis.

nazri kemudiannya mengakui bahawa BTN tempat menyemai rasisme. Kemudian membuat pengakuan terbuka bahawa maha thir bapak rasis. Disusuli jawapan maha thir bahawa ameno itu rasis. Maka seluruh alam berlapang dada kerana tidak lagi perlu berkerut kening bila mendengar PM najib mengatakan bahawa ameno berjuang untuk semua bangsa. Sebab itu adalah pembohongan yang nyata.

Dengan itu jugak, aku boleh tesenyum gembira sebab selama ini aku sering bangkitkan tentang Malaya ini tidak ke mana sebab kita sibuk berebut harta di antara kaum. Melayu kata harta mereka, Cina pun kata harta mereka, dan India pulak nak harta mereka – dan kemudian dok berebut dalam kasta2 pulak. 50 tahun Tanah Melayu ke kiri pun tidak, ke kanan pun tidak, sebab teras perjuangan kerajaan BN selama ini ialah menyapu bersih harta untuk bangsa masing2. Sampai sekarang.

Dalam masa yang sama, mereka cover dengan slogan2 seperti 1Israel 1Malaysia, Perpaduan, Muhibbah dan sebagainya. Sedangkan realiti masing2 cuba memijak bangsa lain dalam usaha membolot harta negara, mengagih2kan pada kroni, dan mencetak besar2 sekerat dua itu sebagai petanda bahawa mereka telah berjaya membangunkan bangsa mereka! Ptttuuuuiiiiiihhhh!

Tulisan blog ni pendek. Cukup untuk aku raikan keseronokan melihat maha thir mengaku dirinya dan partinya rasis. Mereka sekaligus telah mengakui bahawa mereka memperjuangkan apa yang Islam – agama yang kononnya dianuti oleh mereka – tentang dan tolak sekeras2nya. Perjuangan rasis.

Selamat menonton. Aku nak keluaq gi kedai apek depan. Mau tambah stok kuaci.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people