… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Rakyat zalimi negara

Ada rakan yg bergurau katanya aku kena badi Hj Hadi, sebab tu aku terlantar di wad dan ICU sepanjang minggu lepas. Kena denggi. Alhamdulillah dah stabil dan sekarang dalam recovery process.

Banyak benda yang terlepas. Antaranya kongress Pakatan Rakyat dan yang paling ralat sekali ialah nak berjumpa dengan Tuan Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Jemputan malam tadi ke Bukit Segambut pun terpaksa diabaikan sebab kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.

Aku belum pernah masuk hospital, jauh sekali sampai nak ke ICU. Tapi disebabkan nyamuk sekoq, seminggu membuatkan aku terpikir “kalau nyamuk kecik sekoq ni boleh buat satu badan huru hara sampai masuk ICU, apa cerita PM yang jaga satu Malaysia ni?”.

Seriously. Itu yang aku pikirkan sewaktu tiga hari dalam unit rawatan rapi sebab pletlet turun mendadak. Aku terpikir sebab berita enjin jet hilang diguraukan oleh nurse ward. Sebab tak boleh tidoq, aku terdengaq sorang nurse tanya apabenda tah kat sorang lagi. Yang dijawab dengan selamba “enjin jet yang besar pun boleh hilang, apela sangat benda kecik tu…”.

Nak saja aku terus tweet malam tu jugak. Tapi sebab badan penuh waya, dan blekberi ada kat bini, aku pendam dulu.

Waktu sampai di rumah, adik, abah, dan kakak dok buat lawak lagi tentang enjin jet yang hilang waktu di meja makan. Sambil kepala aku dok tebayang camana depa sorok enjin bawak keluaq?

Pakgad : Encik, boleh bukak boot kereta nak cek?

Pencuri : Errkk.. Aaa… OK.

Pakgad : Encik, ni enjin apa kat belakang ni?

Pencuri : Aaa… Enjin keta ni. Enjin memang kat belakang.

Pakgad : Waah! Body Wira, enjin macam VolksWagen! Ok, jalan.

Pakgad : Ehh, nanti dulu!

Pencuri : Erkk… Alamak…

Pakgad : Jangan lalu Jalan Duta. JPJ ada roadblock. Takut modified enjin macam ni kena saman.

Seriously! Enjin kapal terbang, camana depa bawak keluaq? Sembunyi dalam baju? How?

Dikhabarkan sekarang ni encik pat tahil katanya “susah dan rumit untuk siasat sebab melibatkan banyak pihak”. Camana dia tau melibatkan banyak pihak kalau belum siasat? Mesti siasatan dah dijalankan, maka kerumitan tu timbul. Dan kalau siasatan dah berjalan, takkan tak boleh teka punca dari mana? Motif dah jelas. Yang tadak motif bunuh Altantuya pun kes boleh setel, apa sangat enjin jet harga juta2 ni?

Aku tamau tuduh laki Rosmah walaupun kehilangan, keruntuhan, dan kehancuran tentera banyak berlaku di zamannya. Tak adil kalau kita kata laki Rosmah patut bertanggungjawab. Dia dah memang lagutu, marah pun tak guna. Umpama marah budak sepastik sebab bagi pecah pasu. Tadak pekdah. Dah memang budak tu mentalnya tak sempurna. Buat sakit tekak marah2 dan jerit2.

Yang patut kita marah ialah sapa yang bagi budak tu pi main dekat pasu? Kita patut marah sapa yang letak pasu mudah pecah sedangkan kita tau ada budak bermasalah mental dekat area tu. Kita patut seligi makhluk yang buat naya kat budak tu dengan berlaku zalim padanya : meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Enjin hilang. Pompuan meletup. Bini bomoh. Duit Petronas susut. Ni semua disebabkan oleh kita semua. Rakyat yang meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Kita, secara sedar atau tidak, berlaku zalim pada Tanah Melayu dengan meneruskan tradisi memilih pimpinan terencat untuk mengelola negara. Dan kita, rakyat Malaysia, terus berlaku zalim dengan mengutuk, mengeji, dan menghina pemimpin terencat yang merosakkan negara, sedang kita semua tahu sejarah dan kebolehan mereka.

Kemusnahan Malaysia sebenarnya lahir dari tangan rakyat sendiri.

Berentila menggelakkan kelaku pemimpin terencat yang mencacatkan negara. Pemimpin terencat ini harus dibawak turun dan dipindahkan ke ruang yang sesuai bagi mereka. Jangan lagi bagi mereka mudah mencapai benda2 yg senang pecah bersepai.

Takut lepas ni bukan setakat enjin saja yang hilang, tapi dengan geran tanah negara pun dia letgo buat langsai hutang. Kali ni baru “Malaysia Boleh”, negara tergadai tanpa perlu berperang!

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “Rakyat zalimi negara”

  1. Hamba says:

    Pemimpin terencat??? Betul!!!…Malaysia memang dipimpin oleh Si terencat akal dari dulu hingga kini..mudah2an orang melayu yg bangang dgn slogan “Dulu, Kini, Selamanya” tu sedar lah dari mabuk todi cap “Ketuanan Melayu ONMU”.

  2. PAK bijan says:

    betul tu….jadi PRU yang akan datang mari kita sebagai rakyat malaysia sepakat kita tukar saja kerajaan sekarang dengan parti yang lain…kita try pulak parti lain memerintah macam mana…

  3. sollehhuddin says:

    Pernah dengar perkataan manusia lupa asal usul dak???? kah kah.

    You salah sorang la. Mentang-mentang lah dah jadi alumni apa ke nama Jerman ke apa tu. tak payahlah la tolak ketuanan melayu ke apa.

    Ketuanan Cina di Uighur ok pulak no – Han bunuh islam Uighur.

    Ketuanan yahudi ok juga no – Yahudi bunuh Palestin.

    Ketuanan Amerika boleh pulak no. Amerika bunuh kalau boleh semua orang yang lain dengan depa.

    Yang hang dok cakap Freedom la apa.

    Ada ke Freedom atau keadilan lani dalam dunia la ni?????????

    Anwar dengan parti keadilannya untuk malaysia bagi adil kat dia aja nak jadi PM yang dia hampir capai.

    Tengok luar kepumpung sama. DI eropah orang islam nak bina menara masjid pun tak boleh. tapi di Malaysia, orang Kristian nak guna nama Allah pun orang Islam yang rasa freedom konon sokong juga.

    Itulah dunia.

  4. mujahid says:

    muahaha ada jugak pak pandir macam encik sollehuddin nih.. nama cantik dah.. tapi kalau solehuddin al-ayubi ada skang ni mesti dia suh hang tukaq nama.. hang ingat sangat ka asal usul hang?? yahudi bunuh palestin pasai memang dia yahudi.. yang kes memali tu apa cita? boleh tanya pulak ada ke x keadilan kat dunia ni.. sah hang tak tau apa erti adil dalam islam.. cakap bnyk pun x guna.. moga Allah bagi pemahaman kepada agama islam kepada kita semua (aku doa untuk hang dan jugak aku nih..xmau la aku jadi cam azazil..hang kenai dak azazil sapa????)

Powered by the people for the people