… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Nama “Allah” Bukan Isu Perkauman

Kenyataan Media Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
12 Januari 2010

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius akan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagaimana yang disiarkan di bawah tajuk Hishamuddin: Police Probing Further Into Church Attacks dalam akhbar The Sun edisi atas talian bertarikh 12 Januari 2010.

Ia berikutan beliau merujuk satu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara lain menyebut:

much of the blame for the attacks can be placed at the doorstep of the Umno-led Barisan Nasional government..

Respon Hishamuddin bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak, termasuk Anwar atau dirinya sendiri, sekiranya terbukti wujud usaha untuk mengancam keselamatan negara dengan isu-isu perkauman, dilihat sebagai satu respon yang sangat mengelirukan.

AIC melihat isunya ialah kelesuan instrumen kerajaan bertindak mengekang siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat yang kelihatan semakin menggusarkan dari hari ke hari. Ini disokong dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihak polis kekurangan anggota untuk mengawal kawasan gereja daripada sebarang ancaman.

Jika dibandingkan dengan demonstrasi BERSIH dan Anti-ISA yang pernah dianjurkan dahulu, pihak berkuasa begitu proaktif di dalam menjalankan usaha-usaha pencegahan termasuklah mengerah ribuan polis untuk melakukan tangkapan rawak,sekatan jalanraya dan juga mengekang para demonstran di ibu kota dengan menggunakan gas pemedih mata. Tetapi kenapa tindakan sebegini proaktif gagal diambil dalam mengekang ancaman ke atas rumah-rumah ibadat yang jelas beroperasi dengan hak Perlembagaan sebagaimana yang dijamin melalui Artikel 11? Inilah yang patut dipersoalkan ke atas instrumen kerajaan yang bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri bawah seliaan Hishamuddin.

Apakah Hishamuddin secara terbuka mengakui bahawa Umno berdiri sebagai sebuah parti perkauman di sebalik kenyataan Anwar tersebut? Sekiranya benar, maka jelaslah ia bercanggah sama sekali dengan semangat “Umno Juara Rakyat” yang sedang dicanang di seluruh negara mutakhir ini di mana Umno ditonjolkan sebagai parti untuk rakyat pelbagai agama dan bangsa.

Isunya sama sekali bukan persoalan perkauman.Ia melangkaui sempadan perkauman di mana rakyat tercari-cari apakah inisiatif kerajaan untuk mengawal keadaan seumpama ini?

AIC juga mempersoalkan apakah kenyataan Hishamuddin itu boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menahan Anwar sekali lagi dengan menggunakan apa cara sekalipun?

AIC yakin dan percaya bahawa Hishamuddin harus memfokuskan kepada usaha untuk menghentikan segala bentuk ancaman ke atas gereja-gereja dan dalam masa yang sama menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah yang telahpun menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas sehingga ia disemak semula di peringkat Mahkamah Rayuan kelak.

Rakyat tidak mahu melihat isu ini berpanjangan lagi tanpa penyelesaian pintar.Rakyat menantikan penyelesaian, bukannya mengancam mana-mana pihak yang memberikan pandangan, yang akhirnya akan dijadikan satu ‘saham’ untuk menghalalkan mereka bertindak secara salah. Usah hilangkan keyakinan rakyat kepada kredibiliti instrumen kerajaan.

Muhammad Shukri Md Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Nama “Allah” Bukan Isu Perkauman”

  1. Poksoh says:

    My dear Friend Please take note. The issue here is not only on the name of Allah. To make things simple for every one, here is an example.

    You can call DOG to a DOG with four legs and dog always barking, (auk,auk,aukkkkk)or any such sound, you know.

    BUT if any one say DOG is something like crocodile leaving in the river of SARAWAK, eating fish surely that’s not DOG, it must be Croc and that’s where the issue started. To make thing worse is the issue even more than just a dog and a Croc, with can’t even eaten. It is about FAITH!!

    We the Muslim should agree and are always agreed if any one say ALLAH is the One and the ONLY GOD, Allah the creator and lord of the Universe, the Evolver, the Bestower of Forms (and Colors) and nothing like him. Kindly be informed that’s what we the Muslim believe.

    BUT if the Christian say Allah is the god which means God the Mother, Son and Holly Ghost. God having son the Jesus.

    We don’t believe Allah having a son, that is not Allah!!. AND sincerely… of course we will put a strong objection. Simply because obviously it will damage the faith of a Muslim. Same things If the Hindus say Allah is having four hand with red eyes and things like that. We’re surely very sad and will also put a strong objection.

    bye

    Poksoh

Powered by the people for the people