… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Ameno itu celaka permainannya

Nazri telah umumkan bahawa di sebelah Sabah dan Sarawak, Allah dibenar guna untuk Kristian. Tetapi di Semenanjung, ianya tidak dibenarkan.

1986, telah diputuskan bahawa isu nama Allah ini tidak boleh digunakan oleh selain Islam. Hanya beberapa negeri sahaja yang ‘taat’ pada perintah tersebut, manakala Penang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak (atau mungkin ada lagi) tidak mengambik endah ‘tuntutan’ tersebut.

Fast forward pada dua tiga menjak ini, KDN mengharamkan Herald menggunakan ‘Allah’ dalam penerbitan mereka yang dicetak BUKAN dia Semenanjung. Ianya dicetak di negeri yang TIDAK menggunapakai perkara yang telah diputuskan pada 1986. Herald mengheret perkara ini ke mahkamah atas alasan tidak munasabah, atau munasarawak, dan mereka menang. Obviously.

Dan tiba2 ameno dan seluruh juak2 mereka termasuk kumpulan yang begitu anti dengan kolget mengamuk dan memberontak dengan meluahkan iman mereka di demo2 yang tak mendapat sambutan. Pelbagai tuduhan ditundingkan pada Kristian, dan bermacam ketakutan dizahirkan pada orang ramai tentang kekalutan yang bakal timbul jika Malaysia benarkan ‘Allah’ digunakan oleh orang bukan Islam.

Semuanya ini membuatkan aku menggaru kening sambil khayal melayan mood cuti hujung tahun yang melimpah ke awal tahun.

Ada dua perkara kaum mujahideen ameno dan juak2nya bangkitkan dalam isu ini. Pertama, takut orang Islam kompius. Dan yang kedua, kenapa Herald bawa perkara ini ke Mahkamah, dan bukannya cara lain?

Kedua2nya membuatkan aku terasa sangat meluat dan benci kepada diri aku sendiri sebab satu masa dulu aku pernah terasa ameno ni sebagai parti yang bijak laksana bulan. Kenapa? Sebab dua perkara itu membuatkan aku berasa bahawa kebodohan mereka ini bukan dibuat2, sebaliknya adalah kecacatan otak yang melampau. Samada mereka bodoh, atau aku yang bodoh.

Kalau aku bodoh, efeknya cuma kepada dua tiga kerat yang terbaca blog ini. Tapi kalau mereka yang bodoh, efeknya adalah ke atas sekandang rakyat Malaysia!

Pertamanya ialah isu kompius. Telah dijamin dalam undang2, dan tidak dicabar atau diisukan oleh sesiapa pun dalam Tanah Melayu ini, bahawa agama selain dari Islam tidak dibenar untuk didakyahkan. Ini bermakna, hanya agama Islam mempunyai hak 100% untuk didakyah dan didakwahkan sesuka hati di mana2 saja pelusuk muka bumi Malaya ini tanpa dibatasi oleh undang2. Hindu, Budha, Kristian, malahan Atheis juga tak dibenarkan untuk menikmati keindahan dakwah seperti Islam dalam Malaysia.

Kita boleh dakwah dalam TV, dalam radio, dalam suratkhabar, dalam majalah, dalam bangunan, dalam kereta, dalam bas. Mana saja yang kita teringin nak dakwah, silakan. Tiada siapa nak buat kacauganggu pada kita.

Kita boleh petik firman Allah dari Quran dan sebarkan di segenap penjuru Tanah Melayu. Allah dalam TV, Allah dalam radio, Allah kat billboard, Allah kat atas dinding setiap bangunan kerajaan. Allah kita ada di mana2.

Dan kita takut kita kompius?

KITA KOMPIUS? Hah?! Aku rasa kita mungkin akan kompius kalau tiba2 kita terpaksa rujuk Isa sebagai Yesus. Celah mana kita nak kompius? Jahil tara mana sangat kalau kita terbaca petikan yang disudahi dengan sumber seperti “Paulus” dan sebagainya instead of “Al Baqarah”, dan kita dah jadi kelam mata tatau Allah mana satu yang diutarakan! Bangang sangat ka kita ni woii!!!

Sapa yang patut kompius dalam negara yang kuasa dakwah adalah milik mutlak orang Islam? Teringin nak jadi mujahideen pun, biaq la logik. Kalau isu ni pun dah kalut tergoyang iman, tapayah nak becakap pasai nak baling batu kat Israel la. Buat digelak dek mahadet jaa..

Keduanya ialah isu peraturan dan undang2. Kerajaan dan KDN sendiri tau bahawa Herald tak langgar apa2 undang2. Kenapa KDN guna undang2 untuk sekat Herald? Setelah Herald bawa ke mahkamah, iaitu landasan undang2 yang dipelawa oleh KDN dulu, apakah itu salah Herald?

Jika KDN ikhlas, Herald harus dijemput berbincang. Biar sama2 pakar berbincang dan berdialog isu ini, dan bukan buat cengei tapi bangang. Dah nyata salah kita, alih isu kata Kristian pelampau. Walhal hang yang mula guna undang2 sedangkan jelas Herald tak melanggar apa2 peraturan. (Kes masih dalam peringkat rayuan)

Soal yang perlu ditanya sekarang, apakah ameno lakukan pada negeri2 yang masih belum menggazetkan keputusan 1986 ini? Ataupun depa sendiri tak tau punca pangkal? Main seronok riuh sebab nak tunjuk kita tu pun ada iman? Suruh baca doa Qunut kang…

Dua benda yang tak masuk dek akal, tapi seronok dikompangkan oleh ameno dan juak2nya, termasuk kumpulan anti kolget.

Ameno takut ‘Allah’ dipermain dan dipersalahgunakan. Apakah mereka tak sedar bahawa merekalah yang mempermain dan mempersendakan Allah dan RasulNya dengan memomok undang2 Hudud dan sunnah? Sampai sekarang!

Ameno tak puas hati sebab Herald tak berbincang dan terus membawa perkara ini ke mahkamah. Apakah ameno buat2 tak tau dengan sejarah Memali bilamana tanpa berbincang, kerajaan mereka menyerang, menembak, dan membunuh orang kampung Memali yang tidak bersalah? Yang masih ada ruang perbincangan? Apakah ameno ini celaka perilakunya?!

Nazri hanya mengekalkan status-quo. Ia bukan penyelesaian, tetapi sekadar helah politik untuk melihatkannya bijak mengambil jalan tengah. Penang dan Kuala Lumpur masih bebas menggunakan nama ‘Allah’ oleh agama lain. Adakah ini jerangkap samar yang sengaja ditanam oleh mereka?

Isu ‘Allah’ sebenarnya satu helah untuk menarik minat orang muda dengan membangkitkan rasa ‘stim’ berdemo dan ber’jihad’ setelah isu perpecahan Melayunya tidak dipedulikan oleh sesiapa, kecuali sekumpulan dua mereka yang gilakan projek dan pangkat serta kuasa.

Ameno menunggu masa kehancurannya.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Ameno itu celaka permainannya”

  1. PUTRA says:

    Slm ikhwan bro, ayat lu memang sdap, pedas berapi gitu, puas aku baca, banyak fakta dr auta nye, kan bagus kalu majoriti remaja b’fikiran kritikal spt ni, moga sihat & sukses slalu bro…

Powered by the people for the people