… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Catatan ke Jepun. Misi ‘kamikaze’.

Jepun, satu2nya tempat yang aku mengidam nak pergi, dan rasanya tak mungkin akan sampai selama hidup aku sebagai seorang matkeri. Ceritanya sana makan susah, kos hidup tinggi, bahasa pun pelik, tulisan pun pelik. Semua orang yang aku tanya, yang kebanyakannya tak pernah sampai ke sana, kata Jepun susah mau hidup. Mahal.  Itu hujah pertama. Bahasa. Itu hujah kedua. Dan hujah ketiga, memang aku takkan mampu, so, tapayah buang duit. Itulah kelebihan orang kita, walaupun takdak pengalaman, bab bagi nasihat nombor wahid. Terutama kalau nasihat tu ke arah tak menjadi.

Ada juga kawan yang baru balik melancong dari Jepun. Muka kelat juga. Macam nak cerita tanak cerita. Macam tak best jer. Yang balik sebab kerja atau kursus kat Jepun pun ada juga. Tadak cerita. Best ka sana? Susah ka sana?

Aku teringin nak tengok Jepun. Aku dah tengok Eropah. Aku dah jelajah beberapa negara di Asia. Tapi aku belum sampai Jepun. Katanya orang Jepun sopan. Jepun itu bersih. Sopan santun. Budi bahasa tinggi. Bijak. Cantik.

Oklah. Seriously, itu bukan sebab utama aku nak tengok. Kalau nak tengok semua benda2 tu tadi, aku boleh tengok cermin. :p

Yang membuatkan aku teringin sangat nak tengok Jepun ialah sebab ianya - dikatakan – pelik. Mereka itu pelik. Kata semua orang. Kalau korang taip kat Google start dengan “Japan is“, suggestion paling banyak sekali ialah “weird“. Sebab tu aku nak pegi tengok Jepun. Betulka diorang ni pelik?

So, bulan doblas tahun lepas, aku pun book tiket ke Tokyo. Dua tiket. Aku dan bini aku, Noi. Noi memang obses tentang Jepun sejak kecik lagi. Sekali jer pernah pijak Jepun, itupun masa pindah dari US balik ke Malaysia masa kecik2 dulu katanya. Nak rasa Jepun as a whole, katanya. Orait. Cari punya cari dapatla tiket paling murah. Singapore Airlines. Tiket basic sorang pegi balik RM1,000.00. Campo cukai rasuah pabala semua, 2 orang total RM3,600.00 gi balik Tokyo – Malaysia. Good bargain! Aku tengok MAS pun dah cecah RM5,000.00.

Persiapan

Sudah semestinyalah untuk pegi ke tempat yang “susah” ni, persiapan kena teratur. Kena teliti. Bahasa Jepun sikit sebanyak kena tau. So, aku pun belajar baca tulisan Jepun. Mula dengan Hiragana, kemudian Katakana. Kenji tak sempat sebab banyak sangat hurupnya. Lagipun daripada soksek orang, Jepun sendiri tak fasih Kenji. So aku stick dengan Hiragana saja dulu sebab signboard di sana banyak guna huruf ni – katanya. Katakana lebih ringkas dan selalunya 3 jenis hurup ni digabungkan. A I U E O, KA KI KU KE KO, SA SHI SU SE SO…

Tak cukup dengan tu, belajar pulak becakap guna Rosetta Stone. Belajar basic perkataan2 dan ayat2 ringkas. Buku Jepun jangan cakap la. Walaupun TripAdvisor dan LonelyPlanet tu boleh akses anytime, buku kena ada juga. Habuan rujukan last minit.

Tempat tinggal? Gila babas kalau cuba nak tido kat hotel. Harga satu bilik dah nak sama macam bilik VIP kat sini. Surfing lagi. Hostelworld. Jumpak website tu masa cari tempat murah. Dok kat hostel. Masa kat Cologne tuhari aku lepak tempat lebih kurang macam hostel jugak. So kali ni kena dapatkan hostel jugak. Gagah nak dok hotel, lapan tahun lagi la baru boleh pi Jepun. Bab ni aku bagi Noi cari. Cakap sensiang kat dia bilik tu habuan duduk sat untuk salin baju smayang mandi dan tidoq saja. Dari pagi sampai malam tadak sapa kat situ. Dia paham. Dia bookkan Khaosan Ninja Tokyo. Hostel paling murah yang berdekatan dengan LRT. Katil double decker. Bab2 tempat tidoq besalin semua ni kena bagi pompuan. Kalau aku, tidoq dalam kotak pun takpa. :p

LRT? Hah, ni satu masalah lagi ni. Katanya LRT di Jepun sangat efisyen. Masalahnya kalau semua tulisan Jepun, merangkak jugak nanti. Dan sebab kami berdua tadak sedara mara kat sana, mahupun sahabat handai, dan oleh sebab nak travel on budget, maka tourist guide pun tadak, ini merupakan masalah aku yang paling utama. Seminggu mai Jepun bejalan keliling hostel, gila namanya. Surf punya surf, ramai yang cadangkan guna Google Maps dan Hyperdia. Dari sinilah kami buat itenari, budget perjalanan, dan budget masa. 20 tahun dulu tatau la macamana…

Tiket kapal terbang setel. Tempat tidoq setel. Itenari dan LRT setel. Next? Visa.

VISA

Oleh sebab orang Malaysia ni baik2, maka Visa untuk ke Jepun adalah percuma. Cara nak apply mudah, just pegi ke kedutaan Jepun bersama Passport, potosted kad pengenalan, itenari kat sana, hostel / hotel yang dah dibook, surat nikah kawin (kalau pegi macam aku), dan statement bank yang dalamnya tak kurang dari RM12,000.00.

Yup. Korang nak pegi Jepun laki bini, bank statement, dalam satu akaun, wajib ada RM12,000.00 atau lebih. Dua belaih ribu! Nak pi sorang? Boleh. RM7,000.00. Tujuh ribu. Dalam akaun bank. Kena print statement bank dan bagi bank cop CTC (certified true copy). Kalau pi dengan travel agent, aku tatau. Tapi kawan cakap kena submit jugak bank statement.

So, mana aku nak cekau RM12,000.00? Kalau ada banyak tu, aku tapayah pi Jepun. Terus pi Mekah! Tapi sebab nak pi punya pasai, jalan tu ada. Berjaya juga submit bank statement ikut yang dia nak. 3 hari tinggal passport kat kedutaan Jepun. Hari ketiga Noi sms “Visa dah approved”. Yes!

Untuk pengetahuan, sebelum ini – kalau tak salah aku – itenari dari travel agent sahaja yang dibenarkan untuk submission. Tapi undang2 baru dah waive. Sesiapa saja boleh submit itenari. Mungkin sebab tu kot kena ada sampai beribu2 lemon dalam bank akaun. Dia takut kita pi tak balik. Dok jadi Melayu jual prepaid kat sana.

Hari bertolak

Deklarasi kastam

Dengan persiapan yang rapi  bersama visa Jepun tersemat segak di passport, pastinya perjalanan akan lancar. Kan? Salah. Aku masuk ICU seminggu sebab denggi, dan recover balik dua minggu kemudian. Lepas recover aku terus ke Manila lagi seminggu untuk program Asian Reinassance 4.0. Balik Malaysia dari Manila, aku cuma ada 2 hari untuk bersiap ke Jepun.

Perlu diingatkan, aku cuma sempat belajar bahasa Jepun dalam masa 1 minggu saja. Yang lain semua terpaksa tangguh. Hurup bunyi hapa semua dah tak ingat. Yang aku ingat, aku memang buat kerja gila. 2 hari nak prepare beli bag dan ration semua. Noi goreng daging sampai kering. Bungkus biskut, sadin, milo, apa saja yang boleh bawak naik kapal terbang. Pendek kata kami tamau buang duit habis kat makan. Nak pakai duit untuk bejalan. Punya la bekira. Kalau boleh bawak ayam dua tiga ekoq dari sini, bawak! :p

Sampai hari bertolak, teksi datang ambik kat rumah dan terus ke KLIA. Dari KLIA naik Airbus untuk transit kat Changi Airport, Singapura. 2 jam melengu di Changi Airport, mujoq ada wifi free. Laki bini dok tonyoh blekberi layan facebook dan twitter sementara tunggu boarding. Masa tunggu nak boarding, ramai orang Jepun dalam tempat menunggu. Obviously. Semuanya dah tunjuk perangai ‘pelik’. Boleh kata majoriti dari mereka ni ada folder transparent yang dalamnya ada dokumen perjalanan. Semua nak sama. Teratur dengan semua passport kat depan. Aku? Dalam poket kanan ada, poket kiri ada, dalam bag galaih ada, dalam baju sejuk pun ada.

Yum! Dinner flight ke Narita.

Tiba masa nak naik, seperti biasa orang kurang upaya dulu. Kemudian penumpang kelas pertama. Kemudian kelas bisnes. Kemudian barulah orang tiket murah macam aku berasak2 naik. Airbus lagi. Besaq bapak. 2 tingkat. Dekat tempat letak tangan aku ada power plug! Huih! TV ada RGB input! Huih! Hebat. Kapai terbang besaq laguni, takkan jamu makan kacang goreng masin saja kot?

Perjalanan dari Singapore ke Tokyo ambik masa 6 jam. Hints : kalau korang nak makan cepat dari orang lain, masa booking tiket tu jangan lupa request for muslim meal. Nescaya korang punya makanan akan sampai lebih laju dan korang akan kenyang dulu. Movie selection dalam flight pun boleh tahan jugak. Oleh sebab flight kami dari Singapura bertolak pukul 11.00malam, aku cuma layan Jamal Abdillah saja. Takkk hillang cinta di duuniiaaaa…~ walaupunnn berriibuuu tahunnn.. zzzzz…~

Alih2 kena gerak. Ingatkan dah sampai. Rupanya makan malam. Atau pagi. Whatever. Dah belahak kenyang. Sambung balik. Takkk hillangg cinttaa diii dunniiaaa..~ zzzzz….~

Narita Aiport

Pukul 7.00 pagi tiba di Narita, Tokyo. Noi cuit tunjuk kat luar tingkap. Waahhh, berkemutih pandangan dari atas. Salji ka? Setau yang aku dok baca, Tokyo jarang salji. Walaupun antara golden dream aku ialah nak merasa main atas salji, tapi Tokyo bukanlah tempat yang aku expect dapat tengok salji. Makin dekat kapalterbang nak landing, makin nampak obvious. Wow! Yes. Tokyo salji! Hahahahah. Betapa gembiranya manusia dari Jalan Langgaq ni bila dapat tau dia boleh pegang salji sat lagi. Ini sudah kira bonus. Noi tau aku memang nak sangat rasa salji. Dia dah bosan main salji masa kat States dulu.

Airbus kitorang.

Lepaih kapalterbang parking, kepala aku masih lagi melekat kat tingkap. Tengok putih salji kat atas landasan. Excited? Yup. Selepas turun dan selesai urusan imigrasen, kami terus tolak troli ke luar dulu. Mau rasa cuaca dingin dan pegang salji. Aku tau aku akan seminggu lagi kat sini, tapi aku tak rasa salji akan turun lagi. So, sementara stok masih ada, jakun la kejap. Bukan kena bayaq pun. :p

Lepas puas terketaq2 kat luaq, tibalah siri pengembaraan sebenar. Mana mau pergi? Tolak troli masuk dalam airport dan cari arah untuk ke LRT. Semua tulisan jepun, kecuali gambaq keretapi. Nasib baik. Sampai kat tempat nak ambik tiket, hulllaammaaakkk, semua bahasa Jepun! Camana cerita nih. Kami tau nak pi mana, masalahnya kami tatau nak bunyi gumana baca natang hurup cengkoi2 nih. Aku ambik keputusan untuk teka. Kami patut ke Keisei Funabashi, dan transit Funabashi ke Bakurocho. Mujo sempat ambik gambaq dalam blekberi jadual perjalanan. So, tekan butang gambaq untuk dua orang, cari exact amount, bayaq. Fuhhh. Harap betoi la.

Good luck!

Turun ke LRT, arrggghhhhh, train mana satu nak ambik ni? Banyak kaler. Banyak track. Semua hurup Jepun. Punggahhhh. Dalam aku dok belek2 papan ‘lalulintas train’, ada mamat Jepun sorang tegoq aku. “Where are you going?”. Ahhh… lega. Aku senyum sambil jawab ringkas “Keisie Funabashi”. Dia senyum, tunjukkan kat kami kat mana, dan patut pergi ke mana. Basically, dia bagi tutorial ringkas nak paham sistem LRT kat sana. “Easy, it is all in color”,  dia cuba yakinkan kami. “All you have to do is follow this track line to here, and this one will stop here, and you take another train with this color, and you are there already”. Aku angguk2 senyum dan ‘excited’. “Kool. Thank you, sir! That was easy”. Dalam hati aku bebisik “hang senang la bulih baca Jepun, aku ni bagi hitam ngan putih pun belum tentu tau nak ambik kaler mana!”.

Train sampai. Kami masuk dan duduk. Nasib baik banyak lagi tempat duduk. Dok ingat jadi sadin dah. Sepanjang perjalanan ke Funabashi, salji putih menyelimuti pemandangan. Enak sekali. Perjalanan ambik masa dekat 40 minit. Sekali sekala terasa jugak nak turun beguling atas salji jap sebelum sambung balik perjalanan. Narita ke Tokyo rentas kawasan pendalaman. Lihat rumah2 kecik2 comel dan tersusun. Aku sengih sepanjang perjalanan. Jepun. Ahhh…

Funabashi ke Bakurocho

Sampai di stesyen Kesei Funabashi. Lega. Sebab ada translation dalam tulisan rumi kat stesyen perhentian (“Kesei-Funabashi”). Turun. Toleh kiri toleh kanan. Sekali lagi. Mana mau pigi? Arrgggh. Kembali hadap tulisan Jepun. Nampak sorang lagi mamat Jepun pakaian seragam hitam dengan topi macam polis. Aku approach. “Excuse me, sir”, dia tekejut “Haitt Haitt”. Alamak. Urmm.. “Funabashi station. How to go?”. Di sini, broken English sangat hebat bunyiknya. :p

“Aaa… (jepun jepun) rigghttoo (jepun jepun).. noo straightto ..(jepun) lefto. Yaaa. You leffto (jepun)”. Aku tengok dia bekerut nak terangkan kat kami. “Haitt. Straight and left? Another building? Building (isyarat tangan building)”, aku kompomkan. “Aa.. hait (jepun)”, dia jawab sambil hangguk2 satu badan. “Arigato gozaimas”, aku jawab balik tunduk. Dia tunduk. Aku tunduk balik. Dia tunduk skali lagi. Noi tarik aku pergi sebelum kami dua pakat jadi burung belatuk. Baik sungguh orang Jepun.

Gian nak pegang salji

Kami jalan ke luar bangunan untuk ke bangunan sebelah. Stesyen Funabashi. Aku stop jap sebab nampak salji sepanjang kaki lima. Jap, mau pegang. Ada rasa macam ais kacang dak. Orang lalu lalang tengok aku pelik pegang salji. Hahahaha. So what? Noi senyum. Ok, cargas. Bukan sebab aku puas tengok salji, tapi sebab sejuk tok ayah! Cuaca sekitar 0 ke -2 celcius. Hidung macam nak lekang. Sampai stesyen Funabashi, mau beli tiket. Arrgghhh.. cabaran unchan dan nanchan skali lagi. Aku cakap kat Noi, kalau kita nak main gamble tengok mesin tiket ni, silap2 boleh sampai ke Taiwan. Aku nak tanya orang. Nampak ada satu office macam bank. Aku masuk. Tadak orang beratoq. Aku terus ke kaunter. “Excuse me, I wanna go here from here”. Aku tunjuk gambaq dalam blekberi aku kat dia. Dia tengok. “Aaaa.. hait”. Dia tekan kalkulator tunjuk kat aku jumlah. Aku tanya “how to buy?”. Dia jawab “here”. Ciss.. pejabat jualan tiket rupanya. Aku bayaq untuk dua orang. Sekali lagi dia lukis peta macamana nak bejalan dari pejabat ke platform selepas aku puas tanya ulang kali dan dia tak boleh terang dengan jelas dalam English. “Arigato gozaimas”. Dia tunduk. Kami keluaq, ikut peta yang dilukis, untuk ke platform yang jaraknya dari pejabat mengambil masa kurang 15 kaki. Hahahahah. I should learn Japanese.

Bakurocho dan Khaosan Ninja

Dari Funabashi ke Bakurocho ambil masa lagi 30 minit. Perjalanan merentas kawasan bandar pula kali ini. Salji nampak semakin berkurangan. Dalam hati dok bisik “sib baik sempat pegang sket tadi…”. Train tak sesesak yang digambarkan. LRT kali ni ada tulisan rumi untuk setiap stesyen dan ada pengumuman dalam English. Ahhh.. lega. Sampai di Bakurocho, aku semak balik map yang diprint untuk ke hostel kami di Khaosan Ninja. Katanya ambik exit “C4″. Heh.. mudah nak ingat. Terus ambik exit C4, muncul dari underground dan ternganga sekejap sebab dah berada di kota Tokyo. Berjalan dalam 10 kaki dan terus nampak hostel. Dekatnyaaaa. Stesyen Bakurocho adalah stesyen LRT yang paling dekat dengan hostel kami. Bejalan tak sampai 3 minit.

Toilet hostel. Bekilat!

Sampai di hostel, Noi setelkan urusan check in. Kami ambik bilik ‘twin’ dengan katil betingkat. Bilik air kena kongsi. Satu level ada 4 bilik, kongsi 1 bilik air. Harapnya kualiti bilik air kat sini tak la seteruk hostel kat Malaysia.

Panjat tangga ke tingkat dua untuk masuk bilik. Pertama sekali aku jengah ialah bilik air. Fuhhhh.. Putih bekilat bersih berseri2! Shared summore! Lega. Tandas duduk dengan sistem air dan pemanasan elektronik canggih yang aku rasa kalau salah tekan punat boleh transfer jadi robot.

Jam baru pukul 10 pagi. Perut keroncong sebab belum breakfast. Tadi makan dalam kapalterbang dah tukar jadi tenaga ngusung bag dalam cuaca sejuk. Kami letak bag dalam bilik comel. Keluarkan sumber makanan dari Malaya, dan terus turun ke tingkat bawah – kitchen dan tempat lepak – untuk breakfast. Selesai makan, kembali besiap2 untuk keluar. Soalan, mana mau pigi? Noi yang buat itenari. Aku ikut saja. As long as dia tak bawak aku tengok benda2 yang memang dah ada kat Malaysia, aku OK.

Asakusa dan Akihabara

Asakusa market

Hari pertama ke mana? Asakusa. Bukan melawat kuil yang tersohor, tetapi nak menikmati rasa pekan yang terletak bersebelahan sungai Sumida. Plus, ini memang tempat nak beli buah tangan cenderamata pabala semua. Dari pintu masuk hingga ke kuil, kena rentas Nakamise – semacam Petaling Street, cuma lebih bersih, sopan, teratur, dan mahal (berbanding Ringgit, of course). Dari hostel ke Asakusa, kami naik LRT di stesyen Asakusabashi. Semua perjalanan kami dari hostel untuk hari2 berikutnya bermula dari Asakusabashi. Sebab Bakurocho sangat mahal. Berjalan dari hostel ke LRT Asakusabashi cuma ambik masa 10 minit.

Nakamisenya besar. Puas bejalan tengok cenderamata dan kuih2 tempatan. Seperti biasa, otak masih dalam mode kalkulatif. Semua harga yang nampak terus auto-convert. Ini biasa. Mode ni akan pulih pada hari2 terakhir bila poket mula rasa berat sebab duit tak digunakan lagi. :D

Pekan Asakusa ni nyaman sekali. Tambah nyaman dalam cuaca sejuk gedi. Di sini ada orang ambik upah tarik beca. Ini betul2 punya tarik. Bukan macam cerita “Penarik Beca”, tapi sebenenarnya kayuh beca. Sini mamat2 gagah akan tarik sambil berlari bawak beca dan penumpang kulu kilir. Sesiapa nak balas dendam terhadap penjajah Jepun di Malaya dulu bolehla bayar diorang untuk belari bawak korang atas beca sambil gelakkan mereka yang tecungap2. Bannzaaiii! :p

Akihabara

Asakusa ni, bagi pelancong, cuma terkenal dengan kuil dan Nakamise. Oleh kerana kami tak berminat dengan kuil, dan masihberada dalam mode kalkulatif, maka kami ambik keputusan untuk cargas ke tempat lain pulak. Selepas puas melilau2 dan bergambar di sekeliling pekan, destinasi selanjutnya ialah Akihabara.

Aku ngan Noi memang kaki gadget. Akihabara adalah ‘syurga’ untuk orang macam kami. Dok baca dalam internet dan buku2, inilah tempat tumpuan Otaku. Tempat yang mana kalau korang carik tak jumpak kat sini, tapayah susah payah cari kat tempat lain. Kompom tadak. Stesyen LRT kat sini pun antara yang tersibuk. By the way, LRT kat tengah2 dalam Tokyo ni dah tak takut sangat sebab banyak English dan tulisan rumi. Selama mana kita tau mana kita nak pi, dan dengan track mana yang kita patut ikut, itu dah cukup. Yang penting ialah berani dan sanggup tidoq dalam cuaca minus zero kalau sesat. Ha ha!

Oleh kerana badan sangat letih sebab tak cukup tido dalam flight malam tadi, jalan2 di Akihabara cuma untuk ‘riki line’ saja. Mark the spot. Tak teliti sepenuhnya lagi. Sebenaqnya memang nak teliti, tapi kenot-go. Letih bedo’oh. Pukul 5 petang Jepun dah gelap. Mengheret kaki balik ke hostel. Kami buat keputusan, Akihabara tak boleh habis dalam masa satu hari. Besaq gila dan sangat menarik!

Sampai hostel, wash up, dinner, setel apa yang patut dan bum. Power recharge kasik hijau. Esok mau guna max.

Ueno Park dan Muzium

Spisis serangga. Detail.

Entah kenapa setiap kali bejalan tempat orang, aku mesti nak tengok muzium. Wajib. Awal pagi kami ke Ueno Park, mau ke National Museum of Nature and Science. Sampai di stesyen Ueno dah sesat hampir 30 minit. Tak tau nak keluaq kot mana, nak tuju ke mana. Hampehs. Pusing punya pusing, tanya punya tanya, last2 jumpak jugak. Sebenarnya Ueno Park tu depan dengan LRT stesyen. Beradap, betentang muka. Lintaih jalan dah sampai. Tapi kami keluaq belah tepi. Patut keluaq belah depan. Signboard semua bahasa Jepun. Pening. Sib baik cuaca sejuk, tadak la panas dalam keluaq sampai berasap kat kepala.

Lagipun mana aku tau belah tepi belah depan. Ada pintu keluaq, keluaq jer la. :p

Ueno Park ni ada empat muzium dan satu zoo. Hajat di hati nak rentas semua sekaligus dalam satu hari. Mula dengan muzium sains seawal 10 pagi. Tiket masuk lebih kurang RM20.00 sorang. Percaya atau tidak, pukul 4 petang kami masih belum habis bejalan lagi. Punya la besaq! Pameran2 dalam muzium ni memang detail tok ayah. Ada 4 tingkat, dan setiap tingkat ada theme tersendiri. Dari dinasour ke kalkulator pertama hinggalah ke serangga dan spisis semut!

Detail? Toksah dok cakap la. Bersih? Tadak nampak sekelumit habuk dan karat! Replika dibuat dengan begitu kemas dan teliti, dan bersih, dan tersusun. Ada sekali tu kami lalu di satu kawasan dan Noi tarik baju aku sambil tunjuk ke satu bahagian. Kami dua tenganga. Beratus2 jenis spisis serangga kecik yang disusun berderet2, dipacak dengan jarum peniti. Huh…

Lighting? Macam nak buat filem. Hanya sekadar nak bangkitkan ambiance dalam hutan, lampu disusun dan dihalakan ke pelbagai sudut.

Tarikan muzium ini ialah pentas 360. Kami sempat masuk ke pentas 360. Satu kawasan semacam globe, dan kita berdiri atas pelantar yang merentasi globe. Seluruh globe tu adalah skrin. Lampu padam dan pelantar rasa macam bergerak bila movie ditayangkan dalam 360 darjah. Superb.

Ramai golongan tua yang jadi volunteer di muzium ni. Aku teringat lagi waktu dok main skrin info. Lepas aku bangun, cepat2 sorang pakcik ni datang dan lap. Perghh. Mereka ni juga akan bantu bagi penerangan kepada kanak2 dan pelajar sekolah kalau ada masalah. Kami pun ada masalah jugak, tapi kami tau kalau mintak depa bagi penerangan, lebih banyak masalah yang timbul kemudian. Jadi biarlah kami tenganga2 sendirian.

Seriously bila jam dah sampai pukul 3, badan dah tak larat dah nak bejalan. Kami terpaksa bergegas untuk habiskan jugak muzium dengan menggunakan kaedah ‘touch-n-go’. Lalu, tekan2 kalau ada benda boleh tekan, dan belah. Talarat. RM20.00 bukan harga untuk muzium ni. Kalau kat Malaysia, mau RM200.00 ni.

Ueno Park

Keluar dan macam biasa cari kedai souvinier. Ralat. Di sini tak jual souvinier muzium. Hanya barang2 general. Kenapa? Tak tau. Nak jugak cari baju ka keychain ka yang tulis muzium. Tadak.

So, lepak kat cafe, bukak bag dan ngapppp lunch. Pukul 4 baru lunch. Mana tak ketaqq bejalan. Power kuning dah nak masuk merah. Kalau main Street Fighter, tapayah abugit, sekali gadaih ja terus KO.

Lepas recharge battery, langkah keluar dari muzium. Batalkan hajat ke tempat lain dan berjalan menikmati pemandangan Ueno Park. Cantik. Nyaman. Tenteram. Bersih.

Kat tengah2 park ni ada semacam kolam. Bersih. Ada sekawan itik berenang2. Cuaca dah semakin gelap. Kami bergegas pulang. Semasa nak sampai ke LRT station, ternampak satu kawasan semacam ada pasar malam. Ameyoko! Sini terkenal dengan pelbagai jenis barangan. Harganya pun murah2, walaupun selepas diconvert. Terutama pakaian. Peniaga2 di sini baik2 dan sopan.

Teringat ada sekali tu aku dok tengah layan tengok ikan2 segar, terdengar orang dok bebisik belakang aku. Hah? Aku toleh. Ada mamat ni teketaq2 pegang ikan kat tangan dok becakap bahasa jepun dengan aku sambil tunduk2. Alamak, gua dah halang laluan dia nak masuk ke kedai! Aku tunduk mintak maaf dan cepat2 ke tepi. Dia tunduk semula sebelum masuk ke dalam letak ikan atas ais.

Kalau di Petaling Street, kompom 4 bulan kat ICU. 3 bulan saja mesyuarat panel doktor macamana nak cabut kapak kat atas kepala aku. :p

Selesai Ameyoko, kami beransur pulang ke hostel. 2nd day yang penat, tapi best.

Meguro dan Shinjuku

Muzium parasit di Meguro

Masa Noi buat itenari, aku cuma kata aku nak pegi ke satu tempat ni saja. Mintak dia selitkan. Parasitological Museum. Hahaha. Alang2 nak tengok benda pelik kat Jepun, biar pelik betul! So, hari ketiga kami ke Meguro dan Shinjuku.

Masalah dengan museum yang satu ni ialah ia tergolong dalam kumpulan muzeum2 tak glamour. Bila sampai Meguro, melilau la pulak kami dua orang nak cari muzeum ni. Tanya orang tempatan pun tak tau. Map pulak tak bawak. Yang ada, out of date. Blekberi data memang off untuk mengelakkan kemuflisan bila balik Malaysia nanti. So, how?

The best thing about sesat di Jepun ni ialah : tak panik, dan enjoy. Sebab Jepun adalah negara paling selamat di dunia. Bayangkan kalau sesat di Tanzania, Somalia, atau Malaysia?

Hampir sejam melilau di Meguro tak tau mana nak pi. Last kami berenti kat depan office ape tah. Aku bukak blekberi dan scan wifi. Yess! Ada open wifi. Bukak netbook, connect wifi, masuk google maps, carik muzium tadi. Jumpak, ambik gambaq guna blekberi. Switch off dan jalan lagi :D

Sampai ke Koban. Koban ni kalau kat Malaysia kita panggil pondok polis. Oleh kerana polis kat Jepun ni banyak bantu pelancong sesat daripada tangkap pencuri, aku pun konfiden tanya. Aku tunjuk gambaq dalam blekberi yang aku ambik tadi dari netbook. Dia tahu! Beria2 dia tunjukkan kat kami camana nak pegi. Still broken English. Tapi both of us can speak broken English fluently. So, we speak the same language la! Hahaha.

Sampai di muzium, masuknya free. Kalau korang jenis tak tahan tengok benda2 dalam perut, tapayah datang. Skip. Macam2 jenis parasit dalam badan manusia ditunjukkan. Di susun dengan teratur dalam botol2 kecik. Urggghh. Muzium ni dua tingkat. Last skali ada jual souvinier. Tapi mahal bedo’oh. Ini mahal jenis nak cover free enterance fee punya nih. Skip.

Tour muzium ni pendek jer. Dalam 2 jam dah habis. So, where to go? Jenjalan tengok pekan Meguro. Sempat jugak masuk mini marketnya. Mak ai sayur dan buah2 yang jual kat sini hijau dan segarnya tahap gaban! Tak pernah lagi aku belek sayur kat market sama seperti aku belek sayur kat sini. Bungkusan teliti dan kemas. Sayur gemuk2 dan hijau. Buah bekilat2. Harga masih mahal :(

Mau lunch kat mana? Kami beli sushi dari kedai ni. Tampura sama sushi sahaja. Sini kalau bayar di kaunter, dia akan beritahu harga dahulu, kita angguk, dia ambik duit, dia cakap dia ambik berapa, kita angguk, dia bagi baki duit kertas dan cakap berapa dia bagi, kita ambik, dia bagi baki duit siling dan cakap berapa dia bagi, kita angguk. Aku angguk saja la sebab itu saja yang aku tau. Aku assume itu la kot yang dia cakap. Hahahaha. Seriously, setiap pelanggan akan tempuhi perkara yang sama. Memang lambat. Tapi itulah Jepun. Teliti.

Lepas beli, cari tempat nak makan. Masalah di Jepun ni ialah tiada tong sampah di merata tempat. Dan tiada sampah. Pelik? Yup. Kalau korang makan atau minum sambil bejalan, pegang la bekas tu sampai jumpak tong sampah. Kalau jumpak! Di Jepun, yang aku perhatikan, mereka tak makan, minum, atau merokok sambil berjalan. Mereka akan makan, minum, dan merokok di tempat yang disediakan. Di kedai makan, atau di tempat merokok.

So, kami mau makan kat mana? Jalan punya jalan, nampak satu park di tepi sungai. Orait. Makan kat situ. Ok, masalah yang lain pulak ialah orang tak makan kat park musim2 sejuk. Sebab SEJUK! Apakan daya, belasah jugak la. Enjoy makan dan pemandangan sambil teketaq2 dagu. Aku tengok sekumpulan itik dok berenang dalam sungai depan aku. Mungkin mengejek sebab dalam cuaca sejuk, dia boleh bejalan kat luaq tak pakai baju, dan berenang summore! Ciss punya itik.

Selesai lunch di tepi park dalam keadaan sejuk gedi, kami beransur ke tempat lain. Bejalan perlahan2 tengok suasana pekan. Masa masih panjang. Terus ke LRT untuk ke destinasi seterusnya. Shinjuku.

Takasimaya

Kenapa nak gi Shinjuku? Menurut Noi, ada shopping complex yang glemer. Pompuan.. Anyway, shopping complex tu namanya Takasimaya. 15 tingkat. Tapi korang jangan takut, sebab kalau korang bawak duit Malaysia 15 bag pun, belum tentu mampu nak beli stokin kat sini. Rasanya RM kat sini diorang buat lap salji kat kasut kot.

Takasimaya ni dikenali juga dengan nama orang putihnya sebagai Times Square. Kitorang naik lalu2 tengok2 jengok2 jer sambil jeling2 harga. Kemudian terus ke Kinokuniya di bangunan sebelah. Banyak tingkat jugak kedai buku yang tersohor di KLCC ni. Besar. Sayangnya, cuma suku tingkat jer yang aku paham. Yang lain semua dalam bahasa alien.

Senja dan malam dihabiskan sekali lagi dengan melilau2 tengok bangunan yang begermalapan dengan lampu neon. Jepun sungguh terkenal dengan keunikan lampu2 neon di bangunan2 sepanjang jalan. Kebanyakannya mengiklankan mesin2 permainan seperti Taito dan Sega. Kami jengah ke satu tempat permainan video. Nak jugak tengok teknologi apa yang terbaru dalam permainan video yang masih belum sampai ke Tanah Melayu.

Masa study dulu ada sorang dua housemate aku yang gila main mesin kuda. Diorang gi kedai, dok depan PC, tengok skrin komputer, betting kuda mana yang nak menang, atau nak kalah, atau whatever. Bagaimana main mesin kuda di Jepun? Aku tak boleh ambik gambar, tapi cukupla aku ceritakan bahawa sungguh unik. Ada skrin besar macam wayang kat depan, dan susunan kerusi sandar yang selesa siap ada touchscreen dan entah butang apa lagi kat situ. Ternganga kejap aku ngan Noi. Kalau yang tak minat virtual, ada meja sebesaq meja pingpong, dengan patung kuda dan joki, siap dengan pokok dan set miniature. Boleh rewind. Yup. Kalau korang tak puas hati, korang boleh rewind dan patung2 kuda tu akan gostan dan, dalam gerak perlahan, menghampiri garisan penamat, dan boleh stop untuk menghayati saat2 kemenangan, atau kekalahan, atau whatever.

Huh. Jepun ni memang pelik.

Sekitar jam lapan, lampu merah oltromen dah bekelip2 merah. Masa untuk pulang. Panjat subway dan terus ke Asakusabashi, untuk menapak balik ke Khaosan Ninja. Recharge untuk esok.

Disneyland Tokyo

Ingat masa kecik2 dulu dok tengok Donald Duck dan Mickey Mouse dalam tivi. Di samping dengaq cerita2 kawan yang sedara kepada sedara kepada anak sedara kepada jiran sebelah rumah kepada nenek sedara dia punya sepupu pernah sampai ke Disneyland. Satu perkara yang rasanya tak mungkin berlaku pada aku sebab 1) aku ingat hanya anak2 orang kaya saja yang mampu pegi Disneyland, waktu kecik2 dulu dan 2) bila aku dah besar, aku ingat hanya anak2 MB Selangor saja boleh pi (*drum roll*).

Hari ke tiga kami ke Disneyland. Bangun awal2 pagi macam budak2 excited nak pi mandi laut. Memang excited sungguh. Menapak dari hostel ke stesyen Asakusabashi untuk terus ke stesyen Maihama. Disneyland bukak 9.30pagi, tapi kami keluar seawal 8.00pagi untuk elak kesesakan beratur. Tiket dah booking sesiap melalui online.

Tiket masuk ke Disneyland Tokyo

Sampai di Maihama, nampak manusia dah mulai ramai, semua nak ke Disneyland. Kami cuma ikut arus ramai2 bejalan. Dalam otak dok tepikir jugak, tiket nak ambik kat mana? Yerla, memang dah booking, tapi tiket kena ambik. Nak ambik kat mana? Dah sampai depan gate, diorang tanya tiket. Aku tunjuk slip booking. Dah macam ayam ngan itik pulak bagi instruction suruh ambik tiket. Melilalu lagi. Orang dah makin ramai. Kami keluar awal nak elak orang ramai. Sekarang tak boleh masuk sebab tiket tadak. Tatau nak ambik kat mana sebab tak paham instruction. Argghhh!

Last2 jumpak jugak tempat nak ambik tiket. Welcome Center namanya. Keluar dari stesyen sepatutnya ke kiri dulu, baru ke kanan. Haduuhhhhh, menapak pulak ke Welcome Center kutip tiket. Nasib baik kat situ tak payah beratur untuk yang dah buat tempahan. Ambik tiket, dan bejalan semula ke gate untuk masuk. Akhirnya dapat masuk. Yes! Cuma ada sikit masalah. Tripod tak boleh bawak masuk. Kena tinggal kat luar. Ada locker. RM30.00 satu hari. Tripod yang aku bawak ni, aku dapat free. Dilemma.

Oklah, simpan la tripod percuma dalam locker yang beharga RM30.00 nih. Sumbat semua apa yang ada. Disneyland, here we are!!

Saat yang paling best masa tengok castle tu tesergam depan mata. Ni dok tengok dalam tivi saja. Aku bediri depan tu tengok sambil senyum puas. Noi pun sengih. Tapi sengih dia ngan sengih aku lain. Dia pernah masuk masa kat Florida dulu. Aku haram tak pernah tepikir nak dapat masuk.

Selepas puas hati tengok castle, kami cari tempat duduk yang agak terperosok dari orang ramai. Mau breakfast maa.. segan. :p

Noi dah bungkuskan daging goreng dan roti dari hostel. Ada flask penuh milo panas. Kami bedua dok teketaq2 di satu penjuru menikmati breakfast dengan tenang, sambil tiga kaki di belakang penuh dengan manusia dok belek papan kenyataan. Hampeh. Tak perasan.

Tapi nasib baik jugak bukan kami saja yang sengkek. Ramai lagi rupanya. Dalam beberapa minit saja bangku2 taman dah dipenuhi oleh backpackers macam kitorang, breakfast. Heh. Kool. Nak tahu apa yang lebih kool? Minum milo panas. Tak pernah rasa nikmat minum milo panas. Kena time2 sejuk gedi macam ni, subhanahu punya nikmat dok ada.

Selesai upacara breakfast, kami mengadap papan kenyataan kat belakang untuk tengok ride apa yang tutup dan bukak. Nak atoq masa. Banyak yang tutup sebab musim sejuk. Bagi aku, itu semua kurang penting. Yang penting, aku dah sampai Disneyland. Oleh sebab kepentingan tu tadak, so kami decided untuk bejalan dan kalau rasa nak try, just join the line.

I'm here! Woot!

Disneyland Tokyo ni besaq. Aku rasa satu hari tak cukup untuk bejalan tengok semua bahagian. Ada bahagian tropika dengan sungai, buaya dan haiwan2 macam dalam safari, ada bahagian koboi dengan lombong bijih dan roller coster merentas gua dan bukit bukau, ada bahagian dwarf dengan rumah2 kecik comel, ada bahagian Tom Sawyer, ada bahagian Alice in Wonderland, ToonTown, Space Town, Star Wars, Monster Inc, dan tah hapa lagi yang aku tak sempat lalu tengok.

Semua ada ride tersendiri. Semuanya dengan pengalaman beratur yang tidak kurang daripada satu setengah jam. Yup. Minimum beratur untuk nak masuk ke satu2 bahagian tu ialah satu setengah jam. Perlu diingatkan aku pi bukan cuti sekolah, musim sejuk, dan tengah minggu! Bayangkan azab beratur nak naik ride yang tak sampai 5 minit tu, masa yang perlu dijahanamkan menggigil2 di luaq ialah SATU SETENGAH JAM, MINIMUM!

Tapi, inilah Disneyland. Walaupun tahu masa beratur tu panjang dan lama, dan ride tu sekejap jer, tapi pengalaman setiap ride tu yang buatkan kita teringin nak cuba ride lain pulak. Memang worth it! Kecuali bahagian It’s a Small World, jauhkan ride ini kalau line tu lebih dari 2 minit. Percayalah.

Nak begambar dengan Mickey Mouse atau aktor2 utama Walt Disney? Boleh. Beratur. Berrratttuuurrrrr. Apa korang ingat diorang nak datang tekinja2 kat korang? Jangan harap. Karekter2 tempelan boleh lah. Main characters ikut line brother. Nasib baik kami tak minat diorang. Aku pulak cuma minat Roger Rabbit. Dan masa kat ToonTown, dia tadak. So, masa kami bejalan, mana2 karekter yang tak glamer dok menempel, kami tarik jer ambik gambar. Tak ambik karang kecik ati pulak. :p

Orang2 dalam Disneyland ni semua peramah dan murah senyuman. Urmm.. Oklah, murah senyuman tu bukan ayat yang betul. Nampak macam senyuman tu adalah salah satu daripada perkara2 yang perlu dilakukan dalam job description mereka. Mungkin iklan jawatan kosong di Disneyland ni termasuk ‘Kebolehan boleh bertutur bahasa Jepun dengan lancar, mengendalikan alat2 elektronik, dan senyum‘. Agaknya la. Penerangan? Dia akan bagi penerangan pada setiap orang dengan lancar, jelas, dan penuh senyuman. Masalahnya ialah kami tak faham. So, kami akan angguk2. Mungkin dia akan kata sambil senyum riang ‘ride ini akan menyebabkan anda muntah darah dan tertukar jantina jika anda ketawa berlebihan, anda OK?‘, dan kami dengan happy akan angguk dan jawab, ‘OK!‘.

Anywy, Disneyland ni sama macam muzeum kat Ueno. Bila dah nak gelap, kitorang pakai sistem Touch’nGo jugak. Talarat beb. Cumanya bila makin gelap, orang yang beratur makin kurang. So ride yang terakhir sekali kitorang masuk Toy’s Story. Kat luar lengang. Kami pun nyelit. Sengih. Takpa, ini last. Cepat2 beratur, dah habis pasnih, balik.

2 jam beratur. Normal.

2 jam beratur kat situ. 2 JAM! Hampehs! Ingatkan kat luar ni tadak orang, masuk kat dalam tu tinggal seminit dua jer lagi. Humangg aiiii! Barisan belingkar macam ular sawa! Lampu oltromen dah nak nyala dah ni. Telan jer air liur dan layan jer. Ada sesetengah ride, perjalanan dalam barisan sementara nak sampai turn tu menyeronokkan. Dengan detailing yang dibuat pada dinding, siling, props, lantai dan sebagainya. Contohnya macam Star Wars. Barisan akan lalu ‘workshop’, gudang, main controller, robot2, kapal2 perang yang rosak, sebelum sampai turn. Masa tu tak rasa lama sebab seronok tengok detailing. Toy’s Story ni pulak dalam hall. Adduuyaaiiii. Punya la bosan. Sebijik maca hall dalam movie, cuma sini lebih ramai orang.

Habis Toy’s Story, keluaq dan that’s it. Tamau dah. Tengok jadual katanya ada pertunjukan finale. Bunga api. Selalunya ada perarakan penamat, tapi sebab cuaca mungkin sejuk gedi sangat, maka yang ada cuma bunga api. Sementara tunggu bunga api, aku beranikan diri cari jalan nak ke castle. Takkan tak boleh pi? Teringin nak masuk dalam. Ada apa? Pusing punya pusing, last2 jumpak jugak jalan masuk. Ehh, boleh masuk rupanya. Dulu kecik2 aku dok ingat dalam ni cuma pompuan kecik yang terbang ada sayap dan tongkat bintang saja boleh masuk. Apa ada dalam tu? Tadak apa. Kedai cenderamata yang mahal, macam biasa.

Selepas grand finale, kami melangkah lesu menyusuri laluan keluar dari Disneyland. Satu hari suntuk di Disneyland. Belum puast, tapi cukup untuk mengutip pengalaman dan melihat karenah di sini.

Pukul 8.30 malam, panjat LRT di Maihama untuk kembali ke bilik sempit di Khaosan Ninja. Recharge semula untuk bangun awal pagi esok ke Tsukiji fish market. Mau tengok peraih ikan cara Jepun. Pukul 3.00 pagi harus ke sana.

Tsukiji Fish Market

Kitorang tetido, overshoot sampai pukul 10 pagi dek keletihan berjalan dan beratur di Disneyland semalam. MasyaAllah. Ikan ke mana hapah ke mana. Korang kalau sampai Jepun dan berkesempatan nanti, jangan lupa ceritakan kat aku. :p

Akihabara

Sebab tak sempat ke Tsukiji Fish Market, kitorang terus ke Akihabara. Yeargghh! Satu hari akan berada di sini. Jarak Akihabara dari hostel takder la jauh mana. Jalan kaki dalam 15 minit dah boleh sampai. Kalau kami tahu jalan la. Sebab tak tahu, maka memanjat la jugak LRT. Asakusabashi ke Akihabara cuma satu stesyen saja.

Sampai di sini, dah tak tahu nak gi mana. Nak tengok apa? Nak beli apa? Ada ke orang pegi melancong melawat supemaket? Ada! Kitorang. Hahahaha. Lepas satu gedung ke satu gedung kami panjat. Akihabara sungguh unik. Nak cari keyboard? Ada kedai yang semata2 jual keyboard saja. Gila miniature? 7 tingkat kedai khusus untuk miniature. Hobi buat model Tamiya? Dari badan kereta, sampai ke batu jalan, semua ada!

Kamera? Elektronik? Games? Miniature? Manga? Anime? Semua barang2 keperluan otaku ada kat sini.

Kebab halal di Akihabara

Harga? Boleh tahan murah. Pelancong memang dapat tax free. Tunjuk passport dan terus akan dapat rebet. Kat sini la banyak duit dihabiskan. Beli kamera dan barang2 Tamiya.

Kalau korang malas nak bejalan keliling Akihabara ni, cukuplah dengan lepak di Yodabashi. Gedung gadget terbesar di sini. Macam Sungai Wang dan Low Yat digabungkan, cuma lebih bersih, kemas, tersusun, besar, dan tanpa muzik hiphop fengtau. Setiap tingkat dikhususkan untuk kategori produk. Satu tingkat untuk kamera. Satu tingkat untuk audio video. Satu tingkat untuk computer games. Satu tingkat untuk phone dan aksesori. Satu tingkat untuk komputer. Satu tingkat untuk tah la aku dah tak ingat. Tak sempat bejalan habis. Luas.

Bagi aku, Akihabara ni semacam bentuk muzeum. Semua benda aku belek satu2. Tengok harga, tengok kualiti, tengok jenama, tengok fungsi. Menarik. Dan oleh kerana Akihabara ni dikatakan ‘syurga otaku’, maka ‘syurga’ itu tidak lengkap tanpa ‘bidadari’. Di sini banyak wanita2 muda berpakaian seperti maid mengiklankan ‘produk’2 mereka. Aku tak berkesempatan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat sebab aku datang dengan bini aku kekangan masa. Mereka berada di seluruh pelosok bangunan, dan tidak membenarkan gambar mereka di ambil.

Cukuplah untuk aku simpulkan Akihabara sebagai tempat yang paling awesome untuk mamat dan minah gadget. Kalau korang datang Jepun dan hanya melawat kawasan ini sejam dua, baik korang jangan datang. Buat sakit hati.

Pukul 7 petang banyak kedai2 dah mula nak tutup. Sini pukul 7 petang dah gelap gulita. Lagipun hanya pelancong blur macam kami saja keluaq bejalan malam2 dalam cuaca beku ni. Dengan tangan sarat dengan barang2an dari Akihabara, lompat naik LRT untuk balik hostel.

Sumida Gawa dan balik ke Malaya

Hari terakhir di Tokyo, aku dan Noi decided untuk berjalan2 sekeliling area Asakusabashi. Tengok dalam map, ada sungai Sumida yang sangat glamour. Kebetulan hostel berdekatan dengan sungai. Selepas selesai urusan2 pagi, terus berjalan perlahan2 menyusuri kota Tokyo melalui jalan2 sempit di belakang rumah2 dan pejabat2.

Takut kena pau? Takut kena rompak? Takdak lansung. Anjing liar pun tak kelihatan.

Sekali lagi nak aku tekankan secara jelas bahawa Jepun ni bersih dan selamat!

Bejalan kaki dalam beberapa kilometer, jumpa jambatan besar merentasi sungai. Yes, Sumida Gawa. Merentasi kota Tokyo sepanjang 27 kilometer, dan menyusuri di bawah 26 jambatan. Di sepanjang sungai inilah Tokyo dibina. Kami releks kat bawah jambatan. Laluan pejalan kakinya bersih dan sangat nyaman.

Sungai Sumida. Di sini Tokyo bermula.

Di sepanjang dinding, mural2 yang menceritakan sejarah sungai Sumida menghiasi dinding. Macam biasa, aku tak faham sangat. So, lebih banyak ambik gambar dan merenung sungai. Tiada bangkai biawak, tiada lampin budak. Bersih sungainya. Aku rasa kalau nak mandi pun boleh ni. Berbanding dengan Sungai Kelang kat KL. Bukan setakat mandi, tepercik airnya saja aku rasa dah boleh tumbuh cendawan kat badan.

Selesai lepak dan ambik2 gambaq, terus sambung berjalan. Mau cari kedai makan. Yen banyak lagi dalam poket. Hari last, tamau jimat2 dah. Puas pusing keliling, last2 balik ke area berdekatan hostel. Pekena unagi sama apabenda tah. Ok la. Sorang around RM50.00. Bagi Jepun, ini kira normal. Kalau kat Malaysia, silap2 kena jatuh fatwa kufur nikmat.

Flight kitorang around 7.00ptg. Jadinya banyak masa dan tak kelam kabut sangat. Check out dan terus ambil LRT ke Narita. Sepanjang perjalanan pulang, kemutih salji dah tadak lagi. Cair barangkali. Dah tak topap. Masa balik terasa satu perasaan yang sangat tak best. Masa ke German dulu, tak sabar rasanya nak balik Malaysia. Begitu jugak di Manila, Jakarta, Vietnam, Thai, dan lain2. Tadak rasa ‘tak best’ untuk balik Malaysia.

Tapi Jepun lain macam. Rasa sangat berat untuk melangkah balik. 8 hari bercuti memang tak cukup. Semasa di Narita Airport, Noi dah bercita2 untuk datang semula. Aku cakap no hal. This time kita lepak 2 minggu. Kasi betul2 puas sampai tahap meluat. Kitorang sengih dan dok pasang angan2 untuk kembali semula ke Tokyo, Akihabara, dan mungkin sempat untuk mendengar jerit pekik peniaga ikan di Tsukiji market. Mungkin kali ni dapat merasa naik Shinkansen ke Osaka untuk melawat Universal Studio pulak. Sengih. Berangan. InsyaAllah.

Dalam flight, keletihan. Masing2 terus terlelap. Kepala kosong. Satu kepuasan bagi aku dan Noi sebab diberikan ruang oleh Allah untuk melawat kota Tokyo dengan selamat.

Keesokannya kami tiba di Changi airport sebelum transit ke KLIA, untuk pulang semula ke KL. Walau seburuk dan seteruk mana pun KL, aku masih rindukan nasik lemak dan karipap sadinnya. :)

Tapi bab pelik, Jepun masih ranking nombor wahid.

* nota : Noi pregnet. So harapan untuk ke Tokyo dalam masa terdekat terpaksa ditangguhkan. Mungkin nanti, insyaAllah, dapat bawak pulak si kecik untuk beratur sekali lagi di Disneyland.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “Catatan ke Jepun. Misi ‘kamikaze’.”

  1. miza says:

    salam, nak tanya….pergi ke tokyo dlm bln 10 bru2 ni ke? anyway saya plan nk ke jepun jg…dh survey tiket smua, cuma nk tau psl visa la…dgr crita kata visa nk ke jepun ssh ye nk apply if tak complete ape yg dia minta ek…

  2. zaki says:

    pengalaman yg best..baca blog ko ni buat aku kecut plak nak pegi jepun 13 feb ni…bole share pengalaman?

  3. marzukhi says:

    saya brcdg nak ke jepun jg dalam bulan jun ni harap dpt berkongsi itenary yg nak di hantar ke duta.
    Saya pun org kedah juga dok di Alor Setar

  4. ikimono gakari fan says:

    best cerita hang ni, matkeri. Syukur hang diberikan oleh Allah rezeki utk sampai ke sana dn byk negara2 lain. Kebanyakan kita org M’sia, cuti2 dlm negara pun kena hitung2 duit, cukup ke x…:-)

    by the way, aku pun org jln langgaq!

Powered by the people for the people