… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bukan masalah GST. Masalahnya ialah korupsi!

Telah diwar2kan bahawa harga minyak akan naik lagi. Bersama itu juga, cukai barangan dan service (GST) akan diperkenalkan kepada seluruh rakyat tanah Melayu. Semuanya ini, kata ameno-BN, untuk ekonomi rakyat, yang akhirnya rakyat juga akan mengecapi kenikmatannya nanti. Disamping itu juga, dua perkara tadi perlu untuk Malaysia terus kompetatif di arena antarabangsa.

Here is the best part. Rakyat tak pernah peduli part “sebab” ke atas setiap perkara yang cuba mencarikkan poket mereka. Rakyat dengar apa yang nak naik, dan itu saja. Kenapa, awat, pasaipa, sebenaqnya, itu semua depa dah tak peduli. Yang depa tau, ameno-BN nak perah lagi keringat rakyat.

Kenapa benda ni berlaku? Maksud aku, kenapa rakyat tak mau dengaq penjelasan ameno-BN? Kenapa rakyat perlu terus marah tanpa, apa yang dikatakan oleh ameno-BN, berasional dahulu?

Aku salah seorang dari rakyat, dan biaq aku jawab. Jawapannya ialah kerajaan ameno-BN adalah kerajaan yang korup, yang mana hasil mahsul bumi Malaya ini dihangkut secara pukal lebih 50 tahun dan rakyat hanya mendapat nikmat yang sedikit!

Semenjak dua kebelakangan ini, korupsi itu lebih berani bentuknya dengan dibaluti oleh cerita2 pembunuhan ala2 Cha Ho Nam. Altantuya. Dan Monggolia.

Kenaikan minyak. Adakah kita pernah lupa tentang janji Najib sebagai TPM untuk memperbaiki infrastruktur pengangkutan awam ketika minyak dinaikkan dulu? Kemudian bila ditanya semula, katanya pembaikan tersebut tidak dapat dilaksanakan sebab harga minyak terus naik. Najib sekarang adalah PM Malaysia, dan manusia inilah yang bermuka kering berbohong kepada semua umat Malaysia tentang rasional kenaikan minyak! Apa cerita RON 97 dan RON 95? Harga RON97 tak dinaikkan, cuma standardnya dinaikkan, maka secara automatik harganya “terpaksa” diadjust mengikut tangga kualitinya. Sapa suruh naikkan standard? Tatau. Yang rakyat tau, minyak naik!

Sebab tu rakyat tak mau dengaq “sebab” selepas diwartakan kenaikan. Rakyat tak bodoh! Dan rakyat tak mau kena bodoh sekali lagi.

Anyway, kalau kerajaan bersungguh2 naik baiki infra pengangkutan awam sebab tanak bebankan rakyat dengan isu minyak, pastinya kerajaan akan TIDAK menggalakkan pembelian kenderaan. Pastinya kerajaan AKAN mencari 1001 helah untuk rakyat sebolehnya menggunakan LRT dan bas. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beli LRT baru, tapi laluan yang ditambah cuma sehasta. Proton masih dibiarkan hidup gagah dengan kereta murahnya. Macam mana?

Kerajaan ameno-BN harini nampaknya lebih suka menggunakan minyak sebagai dadah dan ganja kepada rakyat. Bagi kereta murah, road tax murah, insurans murah, kemudian naikkan harga minyak. Pengangkutan awam tidak ditambah baik. Bagaikan orang ketagih candu, rakyat terus membeli minyak untuk meneruskan hidup.

Semalam ada kenyataan dari kerajaan yang cuba membetulkan minda rakyat. Katanya, harga minyak tidak dinaikkan, cuma subsidinya dikurangkan. Ini ulaq namanya. Rakyat semua tau bahawa harga minyak tidak dikekalkan, sebab kerajaan nak kutip lebih banyak keuntungan!

Sama seperti pengenalan pada GST nanti. Nak kutip lebih banyak duit dari rakyat. Alasan? Untuk jadi lebih kompetatif. Nak kompetatif dengan siapa? Malawi dan Zimbabwe?

Rakyat akan percaya dan terus bagi duit pada kerajaan kalau kerajaannya tidak korup dan tidak rasuah. Kita senang bagi duit kat tabung mesjid sebab kita tau tok siak dan tok imamnya jujur dan ikhlas dalam pengurusan. Tapi bagi duit kat ameno-BN? Dengan kapal terbang yang tadak enjin, dengan kapal selam yang tak bulih selam, dengan indeks persepsi rasuah yang merudum, dengan jenayah yang makin meningkat, FDI lari lintang pukang, dan isu Anwar untuk ameno-BN terus berkuasa. Sapa nak harap ameno-BN perlukan duit untuk “kesejahteraan rakyat”?!

GILA! Bagi duit kepada ameno-BN sekarang ni sama seperti bagi duit pada budak umoq 8 bulan. Dia ambik, terus masuk mulut. Tanya dak, apa pun dak. Ngap terus!

Aku tak nafikan bahawa mana2 kerajaan dalam dunia ni harus kompetatif. Cukai adalah sebahagian dari cara hidup rakyat. Rakyat bagi duit pada kerajaan, kerajaan uruskan dengan jujur, telus, dan amanah untuk keuntungan kepada rakyat. Fair and square. Kita tak bantah itu. Kita faham dan sedar akan tanggungjawab rakyat.

Tetapi bukan di Malaysia. Duit cukai kita dihanguskan dengan komisyen pembelian benda2 second hand dan recond dengan harga yang tak munasabah. Wang cukai kita digunakan untuk membina mahligai, bangunan, lapangan, yang akhirnya terusan ditanggung oleh rakyat kembali untuk urusan penyelenggaraannya. Wang minyak Petronas digunakan oleh parti pemerintah tanpa ada audit yang telus. Duit rakyat diperah dan disedut atas nama ‘kompetatif’ sedangkan Malaysia masih terus tidak mampu bersaing dengan Singapura – jiran paling dekat – dalam isu korupsi, sedangkan ameno-BN terusan menuduh mereka jahat dan menindas! Siapa penindas sebenarnya!

Ini bukan soal rakyat tidak faham fungsi cukai. Ini bukan soal rakyat tidak faham fungsi subsidi. Ini bukan soal rakyat tidak faham tanggungjawab terhadap negara. Ini adalah soal kerajaan yang pecah amanah, yang rasuah, yang korup, yang mana negara ini terus dipandang sepi oleh pelabur asing apabila mereka melihat CPI kita!

So, kita nak kompetatif dengan siapa sebenarnya ni? Dengan Singapura dan Turki , atau Zimbabwe dan Malawi?

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Bukan masalah GST. Masalahnya ialah korupsi!”

  1. wadilis b. mohamed sharif says:

    salam… aku dah tak tau nak komen apa, selain dari meluat yg teramat sangat… dasat betul tektik umat akhir zaman…
    batil yg tersusun mengalah kan yg hak..

Powered by the people for the people