… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

salatMK dan gesaan henti pembodohan

Dah lama aku ngidam nak create app dalam henpon. Sejak aku mula2 guna henpon yang boleh install app, Dopod. Pernah try, tapi gagal sebab nak kena belajar language baru – bahasa komputer baru.

Bukanla aku nak masuk lif dan tekan butang sendiri, tapi aku boleh program dalam banyak bahasa. Bermula dari QBasic, ke Pascal, Visual Basic, C++, Perl hingga ke PHP dan Javascript. Bak kata orang Kedah, gejut tengah malam pun bulih mangkit tekan kibod lagi. Dah banyak projek disiapkan. No problem. InsyaAllah boleh. *riak mode* :p

Tapi bila mai ke mobile app, aku jadi meluat. Sebab apa? Ni semua bermula dari sejarah di unibesti dulu. Belajaq OOP – object oriented programming. Sebelum aku masuk unibesti, sudah banyak projek programming yang aku buat. Semua senang, semua sempoi. Cepat. Straight forward. Dok depan monitor, kerut kenin sikit, tekan2, compile, setel.

Tapi bila mai tang OOP, aku jadi sikit bingung. Ada object, ada inherit, ada extends, ada throws, ada class, ada macam2 benda pelik yang aku tak pernah dan tak perlu guna untuk aku buat projek yang sama. Tiba2 programming jadi semacam ilmu falsafah. “Adalah bahawa jika objek itu tidak digunakan, maka berselerakanlah data2 di muka bumi ini tanpa tuan”, lebih kurang macam tu la falsafahnya.

Aku sangat biasa dengan ‘structured programming’. Start ataih, habis kat bawah. Buat function, buat procedures. Senang. Tak perlu declare apa2 sangat (kecuali C++ dan Pascal), nak assign variable ke variable pun mudah. Tapi dalam OOP, banyak sangat benda2 ‘pelik’ yang kena buat untuk perkara yang sama dalam structured.

Contohnya, aku boleh assign nilai ‘string’ pada integer, dan interpreter akan faham dan tukarkan sesiap sebelum compile. Dalam OOP, aku tak boleh! Aku kena convert dulu string tadi pada integer, dan kemudian baru boleh buat math function. Kemudian tukaq balik pada string untuk diguna dalam method atau class lain.

Tak faham? Jangan bimbang, ramai lagi dalam dunia ni yang tak faham pasaipa. Ada jalan mudah, bagi jadi payah. Anyway, aku tamau melalut sangat pasai teknikal2 ni. Lagipun latest research tunjukkan bahawa Java – bapak OOP – dah makin kurang dapat sambutan, dan semakin ramai mula beralih kepada C. Puncanya? Lambat untuk sudahkan projek. Dalam bisnes, lambat tu lembab. Customer tak suka yang lembab2.

Fast forward, dalam sebulan dua ni aku intai2 balik Java. Sebabnya aku hangin setiap kali travel dalam atau obersi, susah untuk dapatkan waktu sembahyang. Aku guna BlackBerry, dan app yang paparkan waktu tak macam yang aku nak. Dan pengembaraan pun bermula.

Baca Java for Dummies, baca BlackBerry Javadoc manual (yang mana sampai harini aku masih tak paham), lepak di forum2, dan sebulan kemudian terhasilah salatMK. BlackBerry app untuk dapatkan waktu solat tempatan dengan guna GPS atau celltower.

Ada banyak app yang tunjuk waktu sembahyang, tapi kena pilih bandar, negara. Kadang2 takdak dalam list. Why not guna internal GPS dalam BlackBerry? Atau kalau nak cepat, guna celltower. Dalam rumah pun boleh update. After all yang diperlukan cuma ‘kat mana kita sekarang’. Formula becambah2 dalam internet. 😀

I love internet.

SalatMK dah release untuk pengguna BlackBerry. Untuk download, terus ke matkeri.net. Ianya percuma, sebab ilmu yang aku dapat pun percuma. :)

Kepada Rais Yatim, ini mesej aku pada hang : pastikan semua IPT dalam Malaysia tidak mengekang penggunaan internet pada pelajar. Aku dah lama tamat mengaji, tapi sebab minat, aku cari masa untuk siapkan salatMK. Bayangkan pelajar2 yang banyak masa di IPT, yang juga punya capaian tanpa had kepada ilmu. Mereka ini adalah bakal tenaga mahir untuk memajukan negara!

Dan pada Menteri Pendidikan. Tolong kembalikan cuti penggal 3 bulan pada IPT. Masa di unibesti dulu, aku gunakan cuti tu untuk buat projek di iKonboard, yang memberi keyakinan untuk aku grad, keluar bekerja dengan potfolio projek personal. Pelajar harus punya projek peribadi mereka yang boleh disandarkan dalam resume nanti. Cuti 3 bulan adalah masa yang cukup untuk mereka berkreatif dan berinovasi.

Hentikan pembodohan. Dan jangan lupa sembahyang.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people