… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

salatMK – misi utama selesai

Setelah dua bulan mengadap Eclipse, dengan beribu2 lines of code, dan berat badan yang makin bertambah, salatMK akhirnya telah berjaya mencapai objektif utamanya : applikasi BlackBerry percuma untuk mengingatkan solat, dan penunjuk arah kiblat.

Jumlah download keseluruhan salatMK sepanjang bulan Mei 2010 ialah sebanyak 30,000 lebih. Majoriti download dari Mobihand.com dan matkeri.net selain dari Getjar, Pocketgear, dan Mobango. salatMK juga telah diedar dan diriviu oleh beberapa website terkenal seperi BlackBerryCool dan CrackBerry. Juga telah dipilih sebagai Freebies of the Week oleh Crackberry. Alhamdulillah.

Tapi yang paling best ialah pengalaman membangunkan salatMK bersendirian, meraba2 sebab tak pernah menggunakan Java. Juga cabaran untuk mengira sudut arah kiblat. Masa study dulu, aku tak pernah terpikir satu masa nanti aku kena mengadap semula trigonometri, Sin, Cos, Tan, dan pai J kuasa dua!

Sebelum bulan lepas aku tak pernah guna Java, dan selamanya matematik merupakan satu kecacatan dalam DNA aku. Dua bulan selepas tu, salatMK – aplikasi pengiraan kompleks kedudukan matahari dan bulan untuk mendapatkan waktu solat dan arah kiblat – dihasilkan!

Aku sendiri impress dengan diri aku sendiri! :p

Anyway, itu gempak saja. 😀

Formula pengiraan sebenar diadaptasi daripada projek Arabeye’s. Aku cuma mempermudahkan capaian untuk diguna oleh umum.

Semoga salatMK memberi manfaat kepada pengguna BlackBerry, seperti mana ia memberi manfaat kepada aku sepanjang membinanya.

Akhir kata, jangan tinggal sembahyang. Dan doakan kesejahteraan ke atas semua umat Islam.

Nak lebih afdal, doakan jugak agar kezaliman BN terus tenggelam.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people