… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Taik cicak atas sejadah

Oklah, kepada yang datang ke sini mencari semula di manakah letaknya telekan aku berkaitan rahimi osman pada tahun 2008 dulu, boleh terus klik di sini.

Untuk makluman, aku telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Pernah menyuarakan kegusaran ini. Ada pihak yang ambil pedulik, dan ada pihak yang terpaksa pejamkan mata atas alasan2 tertentu. Yang penting bagi aku, perkara tersebut telah disampaikan. Bukan masanya sekarang untuk menyalahkan sesiapa untuk bertindak, tidak bertindak, atau lewat bertindak.

Kalau nak diikutkan, nak saja aku karang sekitab lagi perihal rahimi yang aku kenal. Nak saja aku hamburkan apa yang terpendam dalam jantung, paru2, limpa, buah pinggang, dan pundi kencing aku ni. Nak saja aku londehkan rahimi agar semua boleh tengok adakah ini manusia, ataupun Chewbaca. Tapi tadak guna.

Sebab? Senang. Bercerita tentang rahimi samalah seperti bercerita tentang taik cicak di atas tikaq sejadah. Semua orang tau, semua orang nampak, semua orang tau nak buat apa. Dok besembang panjang pun tak guna. Sapu, tauk buang, start sembahyang. Selesai masalah.

Tak payah buang masa dok becakap tentang taik cicak.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Taik cicak atas sejadah”

  1. mat says:

    Ini bukan cerita taik cicak sheikh, ini dah masuk cerita taik babi!! Implikasinya berat sheikh – kena faham sifir orang-orang yang hati nya busuk; hanyalah syaitan yang perlihatkan bertapa eloknya tindakan orang-orang pemfitnah ini dan kita mesti terima kenyataan Allah swt bahawa Allah maha pemurah dan jika dunia yang kamu cari Allah akan beri segala-galanya; tapi akhirat lain cerita lah.

Powered by the people for the people