… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

salatMK ke semi final! Alhamdulillah.

Bulan April haritu aku terpanggil untuk belajar J2ME sebab tiada applikasi solat yang percuma dalam BlackBerry, dan kedua, Celcom kata nak buat pertandingan BlackBerry Apps. Ambik masa dua bulan untuk siapkan salatMK, applikasi solat untuk semua pengguna BlackBerry. Dalam masa dok bangunkan app tu, rata jugak aku contact orang dalam Celcom tanya camana nak submit app untuk pertandingan? Jawapan yang aku terima : “Pertandingan apa?”. Like they don’t have any clue tentang pengumuman pertandingan oleh Celcom dalam paper.

Yang aku tanya ni pun bukan orang kecik2, Senior Manager yang jaga perihal BlackBerry untuk Corporate customer.

Then aku buat kesimpulan : 1) Celcom buat announcement untuk syok sendiri, atau 2) Aku bukan dalam inner circle tertentu, so aku tak tau maklumat lanjut. Habis aku Google, tak jumpak2.

Agak terkilan, aku go solo. Submit ke Mobango, Mobireach, Getjar, dan laman2 web lain untuk distribution. Aku cuba bisik2 kat telco tempatan tentang salatMK untuk distribusi dalam Malaysia, tapi mereka macam tak layan. Menariknya, wakil Telkomsel dari Indonesia pula yang bersungguh2 contact aku untuk minta kebenaran letakkan salatMK untuk distribusi di laman appnya. Siap bagi banner dan iklan percuma untuk mereka promot salatMK semasa bulan puasa lepas.

Selepas aku submit salatMK ke BlackBerry App World (koyak $200 USD, tapi ditampung semula oleh para penderma) sebagai vendor, RIM, melalui BlackBerry Partner Fund, hantar invitation untuk bertanding dalam “BlackBerry Super Apps Developer Challenge 2010“. Dia hantar kepada semua vendor (yang berjumlah 100,000 apps rasanya) untuk ambil bahagian.

Reaksi spontan aku? Hantar jer la. Aku tak tengok pun hadiah. Aku tak tengok apa yang akan dapat. Aku tak peduli apa sangat pun. salatMK ialah app pertama yang aku bina untuk BlackBerry, hasil dari language yang aku belajar sambil bangunkan, Java. What do you expect? Diterima masuk pertandingan pun kira dah  out meter dah. :D

Bulan September, aku terima email dari BlackBerry mengucapkan tahniah sebab terpilih sebagai “Regional Selection Winner“. 400 apps mewakili 4 benua (seratus setiap benua), dan salatMK terpilih dalam 100 tersebut. Hadiahnya? BlackBerry Torch! Alhamdulillah.

Selepas terpilih sebagai top 100 bagi Asia Pacific, BlackBerry akan memilih tujuh apps dari setiap benua untuk ke semi final. Kat sini aku dah boh full stop. Titik. Noktah. No way.

Kenapa? Ya, walaupun salatMK dibangunkan dengan penuh teliti oleh aku (masuk bakul), dengan mengambil kira komen, komplen, cadangan, dan ulasan dari pengguna, pengkritik, dan peleceh yang aku terima setiap hari (ya, aku terima email untuk salatMK setiap hari), dan memastikan ciri2 SuperApp itu wujud, aku akur bahawa ianya dibangunkan oleh orang Malaysia yang dikatakan TIADA TALENT oleh pemerintah. Dipilih top 100 tu mungkin, bagi aku, macam main pilih guli dalam balang. Pejam mata, gaul2, cabut sebiji. Yeaa… salatMK!

Jadinya, selepas dapat Torch free dari RIM pada Oktober lepas, aku tutup kes. Ok la niih. Alhamdulillah. Ini saja la kot talent yang Malaysia ada. Tujuh daripada 100 untuk ke semi final tu dah kategori melampau. Malaysia mana ada talent. Menteri sendiri yang kata. Bukan aku kata.

Sedang dok seronok ciwi dengan Torch, 1 November, aku dapat email dari Erin Lucuik, wakil BlackBerry Partners Fund:

“Dear Vendor,

Congratulations!  You have been selected as a Regional Semi-Finalist in the 2010 BlackBerry Partners Fund Super Apps Developer Challenge.”

Subhanallah! salatMK? Semi final? Torch free lagi? Alhamdulillah. :)

Tujuh apps terbaik dipilih daripada 100 apps yang layak. salatMK adalah satu2nya app dari Malaysia. Kali ni aku tak rasa juri pejam mata gaul guli dalam balang lagi.

Selepas ini, tiga apps daripada tujuh yang layak akan dipilih untuk ke Final, sebelum satu dari setiap region dipilih sebagai pemenang 2010 BlackBerry Partners Fund Super Apps Developer Challenge.

Saingan akan menjadi bertambah sengit. Tujuh apps dari Asia Pacific, enam darinya adalah daripada syarikat dan individu yang aku rasa telah lama membangunkan apps untuk BlackBerry. matkeri hanya membangunkan app kerdil bernama salatMK yang mengambil masa tak lebih dari tiga bulan – sewaktu belajar bahasa pengaturcaraan Java. Dibina untuk menyenangkan orang ramai mendapatkan waktu solat di mana saja mereka berada, secara percuma. Semi final dalam Asia Pacific merupakan penghargaan yang sangat tinggi kepada sumbangan yang sangat kecil ini.

Terima kasih semua!

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “salatMK ke semi final! Alhamdulillah.”

  1. Truckster says:

    kerajaan kata tiada talent? mungkin perlu masuk skolah permata bikmama utk build talent

  2. mudin001 says:

    Tahniah bro. Downloading it now for my BB.

  3. roslanali says:

    Tahniah … biasa la kalau tak dak persen mana nak ada talent

  4. [...] yat Malaysia “takde talent”?… nak tau lebih lanjut ceritanya? klik sini…. SINILAH…. dan kepada sesiapa yang nak donload perisian aplikasi ni… bole laa terus ke “BB apps [...]

Powered by the people for the people