… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Cerita ‘WikiLeaks’. Realiti atau hoax?

Satu Malaya sudah gempaq dengan ‘pendedahan’ sebuah laman berita tabloid di Australia – The Sun-Herald – mengenai siri perbualan antara Temasek dan Australia. Seluruh media di Tanah Melayu ini, terutamanya TV3 dan Utusan memetik berita dari akhbar tabloid tersebut dan dengan bangganya mengulang2 part yang diorang seronok nak ulang – which is aku malas nak ulang.

Aku, sepertimana manusia2 lain yang banyak masa daripada buat kerja nih, mengikuti perkembangan WikiLeaks dengan penuh tekun sekali. Setiap pagi mesti bukak CNN untuk dengar latest news dari WikiLeaks. Yang paling terakhir sekali ialah tentang skandal Vatican yang seperti melobi EU untuk tidak menerima Turki sebagai negara anggota.

Terkini, semalam, kecoh sekali lagi. Kali ni bukan di CNN, atau Al-Jazeera, atau BBC, tapi sebaliknya dari sebuah akhbar tabloid di Australia yang memetik dari sumber ‘wikileaks’. Sumber ini pula dikatakan ‘released exclusively to The Sun-Herald by WikiLeaks‘. Seperti orang Melayu pemalas yang lain, of course la aku pun melompat. Tuduh sana tuduh sini tadan nak pikiaq habih. Sampai la aku terpikir nak pegi jengok kat WikiLeaks sendiri. Baca berita2 ‘dipetik’ ni susah. WikiLeaks dah ada sumber asal. Kena baca yang asal, baru puas hati. Baru boleh tengok semua angle dan paham.

So, apa lagi. Capai iPad *ehem*, Google WikiLeaks (aku tak ingat IP). Sesampainya aku di WikiLeaks, yang ada cuma satu dokumen dari Singapura. Itupun yang dah aku baca dulu. Tadak menarik. Tadak yang baru! Ait??!!  How come?

Setahu aku yang dok follow WikiLeaks ni, mereka akan release sumber terbaru setiap hari, kemudian akan diedar kepada media2 yang telah dipilih untuk dapatkan perhatian awam. Setiap kali aku dengaq berita dari CNN, atau BBC, kompom kat WikiLeaks dah ada. Boleh cross check. Dan itu yang ditekankan oleh WikiLeaks dalam modus operandi (item 2.4 ..We then link from the news piece to the original submission) mereka. Tapi, ini cerita ‘wikileaks’ sudah lain macam. Sudah dua hari masih belum ada update cable terbaru. Sepatutnya 12/12 sudah ada yang terkini dari Singapura, jika ia memang sumber dari WikiLeaks. Tapi tadak. How come?

Berpusing2 jugak la aku cari cable2 yg related. Australia memang tadak lansung. Singapore cuma ada satu. US punya not related. Hmmm…

Harini tergerak hati untuk taip ‘wikileaks hoax‘ kat Google. Hah! Tudia! Terkini, Pakistan sudah kena! Sudah ada rupanya negara2 dalam dunia ni yang jadi mangsa kepada wikileaks hoax. Akupun kerut dahi. Teringat semula cerita ‘wikileaks’ dari media tabloid Australia semalam. Hmmm…

So, apa kesimpulan ‘wikileaks’ yang sibuk diperhuhahuhakan sekarang ini? Aku? Senang saja. Kamu quote dari ‘wikileaks’, kamu kena tunjukkan dokumen asal di WikiLeaks. Itu standard operating procedure WikiLeaks. Kalau dokumen tersebut tak boleh diperolehi dari website WikiLeaks, yang dikemaskini setiap hari, dan mempunyai lebih dari 1800 mirrors itu, maka aku klasifikasikan perkara ini sebagai hoax. Perbincangan2 tentang perkara ini, serta apa2 penafian dan pengakuan tidak memberi apa2 makna kerana sumber asalnya tidak dapat dirujuk. Dan WikiLeaks diwujudkan untuk membolehkan orang awam merujuk sumber asal.

Setakat ini, media tabloid tersebut hanya menyatakan mereka mendapat ‘exclusive release’ dari ‘wikileaks’. Kenapa ‘exclusive’ itu diberikan kepada media tabloid, dan bukannya media yang punya kredibiliti lebih tinggi seperti The Guardian atau BBC, is beyond me.

Aku masih mengharap ada yang dapat buktikan bahawa cerita ‘wikileaks’ ini adalah realiti dengan memberikan sumber asal di laman webnya. Ini adalah lebih baik daripada mengomen cerita yang disiarkan oleh sebuah akhbar tabloid dari Australia.

* update : ini adalah penjelasan dari pihak media mengapa mereka mendapat leaks ekslusif dari WikiLeaks. Dikatakan Australia mendapat tempat utama dalam leaks2 yang terkini. Mungkin sebab Assange, orang kuat WikiLeaks adalah warganegara Australia. Mungkin The Guardian boleh mengesahkan cable2 yang disiarkan kerana mereka mempunyai keseluruhan arkib.

Dokumen asal dari WikiLeaks amat diperlukan bagi mendapatkan gambaran sebenar laporan yang dibocorkan melalui kabel rasmi.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people