… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Sushi. A Tokyo Drift for my stomach.

Kalau nak becakap tentang Jepun, bukanlah aku nak angkat diri sendiri, tapi pengalaman makan sushi beberapa kali di restoran2 jepun dicampur dengan lebih 4 jam merayau2 di Matta Fair survey tiket untuk melancong ke Jepun cukup untuk melayakkan aku untuk menjawap pertanyaan global kenapa bangsa Jepun boleh berjaya.

Jawapan aku ialah : Sushi.

Untuk pengetahuan, sushi berasal daripada dua sukukata bahasa Sanskrit yang membawa maksud “Su” iaitu ikan dan “shi” iaitu yang boleh dimakan walaupun, secara teknikalnya, masih meronta2 untuk melepaskan diri . Ia merupakan makanan yang cukup sinonim dengan orang Jepun. Di Malaysia pula, ianya sudah menjadi kegilaan ramai pada masa sekarang.
 
Bila aku sebut “ramai”, sudah pastinya aku merujuk secara direct kepada orang perempuan. Sebabnya mudah. Tak pernah lagi aku dengaq kawan2 aku ajak makan tengahari meratah belut goreng atau cicah ikan mentah dengan wasabi dekat mana2 restoran Jepun. Setiap kali aku jengah ke restoran Jepun mesti kaum pompuan ni melebihi kaum lelaki. Kalaupun ada lelaki, sekadar peneman pasangannya, macam aku, untuk mengelakkan daripada bermasam muka sepanjang hari.

Seriously, aku memang tak paham kenapa kaum pompuan yang memang cukup terkenal dengan gelinya mereka kepada benda2 hanyir dan mentah ni boleh enjoy makan makanan yang aku rasa beruang kutub pun pikir dua tiga kali nak telan. Mereka ni akan buat muka macam dah kena keracunan makanan kalau temakan ayam KFC yang masih ada saki baki merah darah lagi dalam Original Recipe, tapi boleh selamba tok ayah menghirup tiram hanyir sampai bedozen2!

Aku jadi lagi tak paham macamana kaum pompuan ni sanggup bejalan kulu kilir membelek dan membandingkan harga dengan setiap supemaket yang tercapai dek minyak keretanya tapi boleh selamba buat tak paham menghabiskan bepuluh2 ringgit makan tiga empat gulung nasik kepal yang besaqnya sama besaq dengan ibu jari aku ni.

Dahla mahai, tak sedap, hanyir, busuk masam, tak masak. Apa yang orang pompuan hadapkan sangat dengan sushi ni? Aku tak paham sungguh.

Pompuan ni memang pelik2. Sampai sekarang dah bekawin pun aku tak paham. Aku masih ingat dulu masa dok bekawan2 dulu, kalau keluaq biasanya laki ni akan tanya “You nak makan kat mana?”, pompuan ni akan dengan sepantas kilat jawap “Mana2 je.. I tak kisah”. Laki ni pun akan bagi la suggestion “Kita makan laksa naa?”, dan dengan sepantas kilat pompuan ni akan jawap “Laksa? Alaa.. lain takde ke bang?”. Laki yang memang dah taram nak makan laksa ni tadi terpaksa bertindak gentelmen dan mencadangkan menu lain pulak “Aaa.. kita makan bihun sup ok? Kat Ampang Point”, dia akan jawap balik “alaaa.. bihun sup lagi…”. Tak mengalah, “Ok laa.. kita pegi KFC?”, “KFC lagi.. dua bulan lepas kan dah makan.. ayam tu kolestrol..”, dan akan berlakulah tawar menawar sampai last sekali pompuan tu sendiri akan cakap “I ingat nak makan McDonalds la bang..”.

KAN SENANG KALAU HANG CAKAP AWAI2 TADI!!!

Sama la jugak dengan spisis yang suka jawap “I apa pun tak kisah, cumaa….”, “I apa pun takpa, tapi…”, “Apa2 pun I boleh, kecuali…”.. for God sake.. MAKE UP YOUR MIND LA WOI!

Kalau bawak kereta pun lebih kurang macam tu jugak. Simpang masuk rumah dekat 20 kilometer lagi, signalnya dah siap menyala masa dok tengah panas enjin! Gelabah tak tentu kalu. Kejap masuk kanan, kejap masuk kiri. Kalau yang jenih ikut peraturan tu pulak, bawak 110 ataih highway dok lorong kanan sampai kesudah. LORONG KANAN TU UNTUK ORANG NAK POTONG! NAK BAWAK IKUT HALAJU, BUAT NEGARA SENDIRI LA WOI! Kalau kita dah potong cilok, mula la keluaq jari tengah kot tepi tingkap. Membebel2 kata kita ni kurang ajaq. Cik adik oiii.. kami lelaki yang kurang ajaq ni kalau eksiden pun habih kuat lari, tadak dok tehegeh2 teriyak tepi jalan buat jam jalan orang!

Yang sakit hatinya lagi tu kalau kat supemaket. Orang beratoq kat ‘fast lane’ sebab nak cepat. Dah tetulis besaq2 kata barang2 bawah daripada 10 saja boleh guna fast lane. Dok beratoq jugak kat situ dengan anak branak dia pakat pegang sorang sikit! 10 BARANG SAJA LA! Dan walaupun minyak masak dan gula tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu benda2 dapor.. TAPI DIA DIKIRA DUA BARANG BERASINGAN!!! PI BERATOQ KAT LAIN LA WOI!

Ni tak kira lagi yang jenih pakai seluaq dengan baju singkat2. Pakai singkat2 paihtu marah kalau orang tengok seluaq ngan baju dalam depa. Bila orang tegoq, mula menjawab “I ni pakai untuk keselesaan I. Bukan untuk nak tayang2 kat U..”. Kalau macam tu hawat yang hang tak telanjang bulat saja tengah2 jalan tu? Kan lagi selesa?!

Adoila pompuan.. pompuan..

Kompleksnya orang pompuan ni lah yang membawa aku untuk membicarakan tajuk, yang kalau korang masih ingat lagi, mengapa bangsa Jepun boleh maju. Makanan lah sebenarnya yang membuatkan bangsa mereka maju melebihi bangsa kita.

Lihat sahaja penyediaan makan mereka, simple, bersahaja, dan tidak membuang masa untuk dimasak terlalu lama. Berbanding dengan makanan dan masakan kita yang memerlukan pelbagai rempah ratus. Rempah ratus, beratus2 rempah baru siap satu hidangan. Maka masa kita dibazirkan dengan menyediakan makanan, sebaliknya suri2 rumah di Jepun tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan makanan kepada keluarga mereka. Tengok saja sajian enak yang dimasak cara kita yang mengambil masa yang lama untuk disediakan hanya untuk bersarapan.

Kita ambik contoh Nasik lemak. Kompleksnya untuk menyediakan nasik lemak dengan nak kena perah santan, giling cabai nak buat sambal, buang kepala ikan bilis, dan seribu satu macam prosedur. Ia akan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyediakan sepinggan nasik lemak yang sedap. Sebaliknya Jepun pula hanya besiang ikan dan letak di atas pinggan untuk hidangan sarapan. Mudah dan ringkas.

Maka sebab itulah, mengikut teori aku, orang2 lelaki Jepun bekerja kuat pegi kerja pagi2 dan balik kerja lewat2 malam. Kerana makanan yang disediakan oleh orang rumah mereka sangat cepat dan ringkas, maka lelaki2 Jepun ini akan tergincat2 keluar dari rumah sebelum isteri mereka bangun dan berlari memanjat pagar rumah dan terus ke tempat kerja untuk bersarapan dengan Big Mc! Ha ha ha.

Aku tak tau la tekak korang, tapi tekak aku memang muntah kalau makan ikan mentah pagi2! Jangan kata pagi, bila2 pun aku tak boleh nak telan. Tekak kita orang jantan ni bab makan memilih jugak. Macam tu jugak kot dengan kawan2 kita kat Jepun. Selama berabad2 lamanya mereka cuba mengelakkan diri daripada makan kat rumah. Sebab tu diorang balik lewat2 malam. Dengan harapan supaya dapat skip dinner. Jadi balik pun bini tak la kecik hati sangat kalau jawab ‘dah makan kat office tadi’, sebab bini dok sangka laki dia kerja kuat kat opis, walhal geng laki malam2 pakat dok pikiaq nak letak kamera kat celah mana pulak untuk mengendap pompuan kat supemaket esok.

Dan kalau ada yang kena buang kerja, diorang sanggup bunuh diri daripada merengkok di rumah mengadap sushi dan tiram hanyir tetiap hari sementara nak dapat kerja baru! Ha ha ha.

Ok, serious. Aku tau memang ada kaitan dengan makanan menyebabkan bangsa Jepun ni maju. Tapi aku tak tau apa sebabnya secara jelas. Mungkin korang boleh perjelaskan dan bagitau kat aku sementara aku cuba pikirkan alasan paling baik untuk nak bagi kat bini aku malam ni. Dia nak belanja bebuka kat Sushi King.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

5 Responses to “Sushi. A Tokyo Drift for my stomach.”

  1. ainohikari says:

    salamun alaik,
    sy slh sorg student yg blaja kt jpn tp sy jgk jns spesies cm matkeri,tksuka makan sushi..namun tkdinafikan ramai jgk student kt sini suka makan sushi..tktahulh sbb ape..padahal bnde cmtu buat sendri pn bleh rasenye.

    btw,ape yg matkeri tulis kt atas tu mmg menarik..
    tergelak jgk sy keseorangan.
    harap blehla truskn menulis artikel yg menarik cmni.
    jazakallah

  2. Daniel says:

    Link…

    A pessimist thinks everybody is as nasty as himself, and hates them for it…

  3. ikram says:

    nie ceq aku nak tau senarai trek drift kat dunia nie….x kira la kat mana pon…jji ada dah…kalu dapat email kat zazakky@aol.com/budak_comei01@yahoo.com/cutez_boyz01@yahoo.co.uk/nak lagi call aku 0174156335 atau masuk dalam mimpi aku…
    arios amigos

  4. gurlz gocha says:

    mkn sushi ek..
    mmg sedap, sye bnyk kali jgk mkn..
    tp sushi sbnarnye bleh wt sndri kn..
    kdg2 xtau pe k’istimewaan nyer kan..
    awak sme ar ngan sye..
    sye ni kdg2 jd gian nk mkn sushi..

  5. beee says:

    pity for ur wife….everybody do typing,blogging..difrent is, sum type wit brain, sum type wit nothing…zero minded..dlam bahasa Melayunya…syok sendiri,macam bagus…

Powered by the people for the people