… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Zionis APCO dan video lucah

Tadak pembuka kata, straight to the point, apa cerita video lucah yang dok heboh dikompangkan oleh laman2 web tukang sorak ameno semenjak duamenjak ni?

Semalam, satu laman web picisan ameno menyiarkan sedikit klip yang memaparkan video yang dikatakan mirip musuh ketat mereka yang paling mereka geruni. Dan gegak gempitalah sekejap Tanah Melayu berbicara perihal video ini – dari yang bekerja dengan swasta yang baru habis enjoy duit bonus sehinggalah yang bekerja dengan kerajaan yang sudah bertahun tak dapat bonus.

Dan semalam jugak rakan2 call. Bertalu2. Tanya dah tengok belum? Aku tengah bawak kereta. Aku jawab ringkas “tak tengok. tak dak pekdah”.

Seriously, video2 lucah sebelum ni pun aku tak berminat nak tengok. Untuk apa?

Masa dok tengok teater Lat the Musical malam tadi pun mesej masuk bertalu2. Tanya pandangan. Aku off henpon. Senang. Tweet apa pun dak. Bagi aku, mudah, itu bukan dia dan no point untuk aku buang masa tengok.

Sebab dah banyak sangat tanya, pagi ni aku rasa nak tengok. Sebab kawan kata ada dua part. Satu part tak lucah. Satu part saja yang melucah. Dan yang melucah dah kena remove dari Youtube. So, oklah. Aku pun bukak internet. Tengok. Bukan nak pastikan itu dia, tapi nak tengok apa sangat yang orang dok melompat pasai video ni.

Lepaih tengok, aku tediam. Kening berkerut.

Dan aku tertanya sendiri. “Apa yang samanya?”

Ok, muka ada iras2. Tapi tu sebab minda aku dah set nak cari benda yang seiras dalam video tu. So bila nampak ada yang sama seolah2 seperti, sedikit sebanyak dah nak buat conclusion. Tapi gambaq tak clear. Part yang nampak nak sama tu pulak tak lama. Dan tak jelas sangat pun. Macam aku cakap tadi, kepala hotak dah memang nak set cari benda yang seiras, maka apa saja yang nampak, akan cuba dibandingkan.

Aku teringat siri tivi yang tengah rancak di RTM1 sekarang ni. Azwan Ali pengacaranya. Siri cari manusia yang muka seiras dengan artis2 di Malaysia. Tajuk Tiada Lama Tiada Baru ka hapa ka.

Anyway, bebalik kepada video tadi. Ini kesimpulan yang aku dapat, dibuat dalam bentuk point form ala2 doktor dalam rumah:

  1. Kamera. Ia dibuat dalam keadaan hitam putih untuk kelihatan seolah2 seperti diintip dalam gelap atau cahaya kurang. Kamera dibuat seolah2 mampu berfungsi dalam keadaan gelap. Ini memerlukan kamera infrared. Tetapi dari pemerhatian aku, ia bukan kamera infrared. Kerana tiada bayang2 dibelakang aktor. Bayang2 yang wujud dalam video tersebut datang dari cahaya yang dipercayai TV. Mustahil kamera tu ada night vision, sebab warnanya tak hijau. Kesimpulan : kamera memang hitam putih, bukan infrared. Sengaja dibuat hitam putih untuk kurangkan kejelasan.
  2. Bentuk Badan. Pagi tadi Dato Seri Wan Azizah dan anak2nya telah menafikan orang tersebut sebagai yang dituduh. Mereka lebih arif tentang bentuk tubuh yang dituduh. Dan terus terang aku cakap, aku antara yang selalu bekerja dekat dengan yang dituduh, dan aku rasa aku lebih boroi dari yang dituduh, walaupun aku mengketegorikan diri aku sebagai seorang yang slim shady. :p
  3. Jalan Cerita. Ini yang menarik. Dato Eskey, dalam sidang medianya kata dia pi umrah dan mekah diminta petunjuk. Dalam masa yang sama, pada 21 Februari TAHUN INI jugak, dia masih bawak yang dituduh untuk melanggan pelacur, seperti selalu. Dia dapat instruction, selepas kejadian, untuk kembali ke bilik dapatkan jam Omega yang tertinggal. Sampai di bilik, dia cari, selongkaq habih semua tempat, dan dia bukak laci jumpak DVR dan kamera pabala semua.
  4. Ok, follow me closely here. Dia kata dia kawan baik yang dituduh. Dia baru pi mekah mintak hidayah. Dok bawak jumpa langgan pelacoq like nobody business. Dalam video tu pun dia mengaku dia dok ada. Dia tau yang dituduh memang dok buat kerja tu. Kejadian tu menurut Dato’ Johari Abdul berlaku di KL, 21 Februari TAHUN INI. Tertuduh, yang juga katanya kawan baik dok buat gheja tak senonoh ni, suruh dia pi ambik jam Omega selepas dia dengan tertuduh dok beryak yak ye dalam bilik. Dia tak jumpak, selongkaq laci, jumpak DVR yang ada rekod gambaq kawan baik dia tadi ni, dan dia bawak pi jumpak Rahim Tambi Chik. Dalam sidang media dia kata dia perlu tunjukkan kebenaran dan tidak mahu lagi dipergunakan oleh yang tertuduh.
  5. Kat mana yang hangpa tak paham?
  6. Ok, aku peringkas balik. Dia pi Mekah mintak kat Tuhan tunjuk hidayah. 21 Februari TAHUN INI dia bawak member dia langgan pelacoq, macam selalu. Masih belum dapat hidayah. Member dia suruh dia pi ambik jam Omega dalam bilik. Masih belum temu hidayah. Dia selongkaq laci meja, jumpak DVR, ada gambaq member dia dok main dengan pelacoq, yang dia sendiri supply tadi, dan tiba2 dia dapat hidayah? Dan siapakah yang dia rujuk rakaman tersebut untuk membawanya ke jalan kebenaran yang penuh cahaya keimanan? Dato Rahim Tambi Chik.
  7. Paham dah?
  8. Dalam sidang medianya, dia berkali2 bercakap tentang menunjukkan kebenaran. Video ini telah memberikannya petunjuk bahawa selama ini dia dipermain2kan.
  9. Dipermain2kan? Apa maksudnya? Adakah dia rasa macam macai yang dipermain2kan selepas yang dituduh suruh dia pi cari jam sedangkan sepatutnya dia dah boleh balik berehat? Atau yang dituduh blah meninggalkan dia sorang2 cari jam selepas dia turun, dan dia kena balik naik LRT? Atau adakah selama ini dia percaya bahawa pelacoq perempuan yang disupplynya selama ini hanya untuk mengurut pinggang yang tertuduh dan tidak lebih dari itu? Dan bila didapati service melebihi dari apa yang ditetapkan, maka dia rasa sangat marah sebab akhirnya dia tau kenapa invois yang dibayar olehnya selalu terlebih bajet sebab ada VO – variation order?
  10. Gambaq video tersebut dan cara cerita Eskay jelas menunjukkan bahawa perlakuan itu boleh diulang2 beberapa kali. Maksudnya mereka tidak mempunyai masalah untuk melanggan pelacoq. Kenapakah, selepas dia mendapat ‘hidayah’, dia tidak lagi cuba untuk memerangkap tertuduh dengan menggunakan kamera yang lebih jelas kualitinya?
  11. Eskay dalam sidang media berulang2 kali menyatakan bahawa dia enggan memberikan video ini kepada awam kerana enggan mendedahkan aib yang tertuduh. Maka dia panggil editor media untuk tulis dan buat kesimpulan sendiri. Part ni aku teringat iklan Astro time budak pompuan comel tu cakap “burung unta otak dia keciiiiiiikkk jer sama besar dengan matanya”.
  12. Dulu, Pakatan Rakyat tak perlu mengeluarkan modal sesen pun untuk membuat Chua Soi Lek mengaku bahawa dia adalah pelakon dalam video lucah yang disekat tayangannya oleh Polis dan kerajaan. Dia sendiri tahu dia dah kantoi, dan rakyat pun tahu dia dah kantoi. Tak banyak blogger yang perlu acah isu ni. Tak sampai sebulan, dia letak jawatan.
  13. Isu video lucah kali ni berbeza. Ameno terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk tujuan promosi dan marketing. Buat media gimmick. Media perdana diharus melapor. Laman2 blog upahan terpaksa habis2an menyerang menggunakan video ini.

Jadi, kesimpulannya ialah, berapa banyakkah tanah di negeri2 PR yang telah tergadai kepada negara asing? Tadak. Di bawah ameno, apa cerita Kampung Baru sekarang?

Berapa banyakkah syarikat2 zionis yang datang membuka perniagaan di Selangor selepas Anwar menjadi penasihat ekonomi? Tadak. Berapa banyakkah yang ameno bayar kepada syarikat perunding imej zionis bernama APCO?

Berapa banyakkah ulama terkenal dunia yang menentang ‘idea pluralisme’ Anwar bin Ibrahim? Tadak. Berapa banyak anak luar nikah yang dibuang dalam tong sampah sekarang di bawah pemerintahan ameno yang dikatakan sangat Islam itu?

Mereka tak boleh jawab dengan fakta, mereka lempar nista. Pun begitu, kita masih boleh jawab dengan selamba. :)

matkeri

http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Zionis APCO dan video lucah”

  1. klaka says:

    hidup matkeri!!=)) =))

  2. anwar says:

    come on mat keri, team dekat korea selatan dah sahkan pelaku. hang nak pening apa lagi?

    dengaq kata depa sengaja takmo tayang video penuh nak tengok juak2 pkr defend macamana dulu.

    tapi aku senang ja dengan hangpa ni. esok kalau dia dah mengaku depan tv pun, hangpa akan kata itu bukan dia jugak tapi orang lain menyamar.

Powered by the people for the people