… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Kumpul juta2, yang dapat cuma hamper.

Agak kurang paham kenapa Utusan Malaysia hari ni melaporkan yang Pak Lah mengarahkan MB menggunakan wang zakat untuk membasmi kemiskininan. Seingat aku masa belajaq pendidikan Islam di tingkatan 1 dulu, ada 8 asnaf yang dibolehkan untuk menerima zakat, dan dua golongan teratas tu adalah Fakir dan Miskin. 

Ini membuatkan haku tepikir… mana pi duit zakat selama ni kalau semalam Pak Lah baru keluaq arahan guna duit zakat untuk basmi kemiskinan?? 

Kalau kat aloq staq, mungkin pi kat golongan ketiga kot.. Amil. Sebab bangunan zakatnya boleh tahan jugak besaq kalau mengikut standard aloq staq. Penah jugak dulu bising2 kat kampung aku bila depa becadang nak bina bangunan ni sedangkan orang2 yang tinggal di setinggan2 kampung kilat dan kampung piu masih lagi dok kais pagi makan pagi kais petang makan esok pagi. 

Ataupun pi kat golongan yang ke enam, Gharmin. Geng yang berutang banyak yang perlu di bail out macam peniaga2 kapal di zaman mahadet dulu? 

Dalam pada tu jugak aku dengaq duit zakat di KL dan Selangor makan tak habis. Bejuta2 dalam simpanan. Dari setahun ke setahun bertambah. Bunyi macam dah tadak orang yang mampu menerima zakat dah di dua negeri ni. Betoi ka? Bila tengok Bersamamu dengan Tijarah Ramadhan, rata2 dok keliling Selangor jugak. Yang bestnya, tak penah lagi aku dengaq depa ni dapat bantuan zakat bulanan. Yang ada cuma dari walfare.. tu pun 200 sebulan. Untuk satu keluarga. 

Penah jugak sekali dua aku dengaq kata bekas orang kuat PAS yang penah jadi panel debat olok2 pas-ameno satu masa dulu, menggunakan duit baitulmal untuk cetak buku yang tak laku sekupang habuk pun. Katanya duit yang ada harus diniagakan untuk mencambahkan lagi. Aku kata kepala hotak. Nak beniaga tu duit lebih. Duit lebih tu adalah duit baitulmal yang tinggal selepas SEMUA fakir dan miskin telah diuruskan! Ni yang dok makan ikan temenung sekoq share enam sekeluarga dapat beras dengan gula sekampit, yang hangpa dok jaga duit perabih buat meniaga. Menatang jenih apa ni? 

Kalau betul la duit zakat ni memang banyak, dan telah digunakan seperti yang aku dengar tadi, maka memang tepatlah saranan Pak Lah untuk gunakan duit zakat tadi untuk tujuan asal. Dan bila saranan tu ditujukan pada MB2, maka mungkin tepatlah tanggapan orang2 aloq staq bahawa amil zakat di Kedah mendahulukan perkara yang terkemudian. 

Cuma satu perkara yang aku paling musykil lagi. Zakat yang aku rasa sangat banyak sekarang dalam kantung amil kenapa tak diselaraskan dan dibahagi2kan mengikut keperluan setiap negeri instead of setiap negeri pikir negerinya sahaja? Kalau Pak Lah boleh cadangkan konsep zakat OIC, kenapa tak mulakan dulu dengan konsep zakat Malaysia? Apa masalahnya kalau Pak Lah tunjuk dulu betapa konsep ni boleh diterima pakai sebab kita mampu membahagikan kekayaan sama rata dan merapatkan jurang susah-senang dengan menggunakan konsep zakat seMalaysia, instead of konsep zakat negeri yang dok guna sekarang ni? 

Ka Pak Lah sekadar nak menjadi jaguh OIC sebelum letak jawatan Pengerusi? Sebab kalau dikira daripada jaguh becakap ni, aku ingat mahadet lagi hebat dengan kritikan dan kutukan terhadap golongan Yahudi pada zaman gawat dulu, tapi dalam masa yang sama memberi kepercayaan kepada Solomon & Barnes menjaga harta negara! Lagi hebat! Berani dan bergaya! 

Dan kalau betul lah sebenarnya duit zakat dan baitulmal melimpah ruah dan dibazirkan sesedap rasa oleh Amil, maka mungkin ada juga kebenaran laporan ASLI yang mengatakan bumiputera sebenarnya dah capai 45% pegangan ekuiti. Cumanya ia hanya berlegar di sekeliling pinggang kelompok tertentu sahaja. 

Rakyat biasa macam kita? Menjadi betambah miskin sebab dok habiskan duit bersedekah di rancangan Bersamamu dan Tijarah Ramadhan.. sedangkan mereka yang dapat hanyalah sebuah hamper sebesar monitor dan sekampit beras untuk dikongsi sekeluarga enam beranak sehingga episod baru di tahun hadapan… 

matkeri 
http://www.jahilgoblog.net/ 

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Kumpul juta2, yang dapat cuma hamper.”

  1. x_treme1975 says:

    Assalamualaikum Tuan

    Betoi la ckp tuan tu, duit banyak2 apa yg depa buat tak tau la. Yang miskin dok miskin gak, yang melayu dok “ME LAYU” aja. Saya ingat kata arwah bapak saya orang melayu ni kalu bagi duit dia cepat gelap mata. Betoi ka? Dulu ada tabung rakyat termiskin, last2 rakyat yg dok miskin jugak yg kaya org yg jaga tabung tu..Amanah org dipermainkan, lepas tu dah dituduh kesalahan pecah amanah, boleh tunjuk muka lagi siap bagitau selagi mahkamah tak jatuhkan kesalahan selagi tu aku tak salah. Mahkamah pun dah boleh di beli nak takut apa, duit songlap makan tak habis. Mana maruah kita tuan, bukan cina yg buat bukan india yg buat tapi MELAYU kita yg konon ISLAM ni. Ingat dulu masa kecik kat kampung kalau kena tuduh mencuri ajer ( walaupun amik kangkung kat tali air , bukan sapa punya pun cuma tak mintak izin tuan tanah ) dah orang panggil KAWAQ ( pencuri la) sanggup pi melutut kat tuan tanah mintak halal, yg peliknya tuan tanah tak kata apa pun tapi sekampung org dok ngata. Melayu kita ni pantang senang, susah kita tgok sekeliling bila senang buat rumah pagaq sekeliling dan tak mau amik tau org susah.

    Berbalik kes zakat ni, pening jugak. Macam tuan kata la, depa buat meniaga dulu, aduhhh..yg jaga zakat kita ni rasa2 saya agama mesti A punya, tp awat yg tak berapa bijak sgt. Tapi tak tau la kot2 ada strategi ker apa ker tapi kalut2. Nak dapat duit zakat bukan senang tuan kena isi borang tu isi borang ni jumpa org tu jumpa org ni, nak kemaih lagi dptkan surat rekomen dr YB. Dah la depa ni miskin dok suruh naik turun pejabat tak kan la depa ada duit. Yang hak tak dapat haknya yg tak dak hak tak amanah pulak.

    Ini hanya luahan saya, maaf la sekiranya tak betui.

    x_treme1975

  2. AmirHusnie says:

    Assalammu’alaikum WHT
    Dalam bulan Oktober ari tu, ada keluar dlm Utusan Malaysia tentang pecahan agihan wang zakat Malaysia, yang saya ingat, ada dalam +/- RM2.8Juta ke Fakir, +/-RM2.6Juta ke Miskin (kalau ada yang boleh menjelaskan perbezaan Fakir dan Miskin, di lain2kan) yang paling menarik dalam agihan tu, agihan kepada Amil adalah +/-RM5 Juta. Yang terbanyak adalah Fissabillillah (Derma? ke sape)

  3. pak polisi says:

    kembali kpd islam…
    “sesiapa yg nmpk kemungkaran,ubahlah ia dgn tangan (kuasa), jika tdk mmpu, ubahlah ia dgn lisan (nasihat), jika tdk mmpu, ubahlah ia dgn hati (membenci perkara mungkar itu). sesungguhnya, ia adalah selemah-lemah iman…”
    igt pesan nabi ni,hang selamat punya!

Powered by the people for the people