… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Hakim flip flop dan penyelamat ummah

Salam bahagia. :)

Ada yang bahagia. Ada yang kecewa. Dan ada yang meroyan.

Aku, pada waktu keputusan diumumkan, masih lagi sengal2 otak sebab pengaruh antibiotik dan ubat selsema. Bepeluh pun ada. Macam tak percaya. Dalam masa yang sama takut juga pada efek halusinasi dek ubat2 yang ditelan menyebabkan aku tesalah dengaq dan baca. Anwar dibebas dan dilepaskan. Tok hakim tak baca keseluruhan penghakiman, tapi sekadar ambik bab klimaks saja. Kemudian blah.

Aku rasa time tu semua otak2 manusia macam ada delay dalam dua tiga second. Blank. Tatau nak compute.

Kemudian seluruh mahkamah bersorak. Yang kat luaq pun bersorak. Dalam twitter pun bersorak. Geng Perkasa dalam masjid, mungkin terberak. Tapi takpa. Yang penting keputusan menunjukkan pada ketika itu bahawa tok hakim tak tau nak pusing lagumana. Walaupun pada hakikatnya dia boleh saja menggunakan trik yang sama seperti yang pernah digunakan dalam kes Azizan, iaitu hanya bersandarkan pada kata2 Saiful dengan tidak perlu merujuk kepada bukti2 lain, tetapi tok hakim menggunakan alasan bahawa dia tak boleh terima bukti2 yang diberikan.

Aku panggil dia tok hakim flip flop.

Ingatkah kita bahawa tok hakim inilah yang mengatakan, ada kot dekat sejam stengah dalam mahkamah, membacakan alasannya betapa Saiful adalah seolah2 seperti seorang manusia yang maksum, yang bersih tuturnya, yang jujur jiwanya, yang murni hatinya, dan yang tinggi akhlaknya yang menjadikan kes ini mempunyai prima facie untuk didengar dalam mahkamahnya.

Kita bantah dengan sekeras2nya statement dia. Sebab dengan bersandarkan kesimpulan itu sahaja sebenarnya hakim boleh terus membuat keputusan, dan sebenarnya telahpun merumuskan keputusan, tanpa perlu mendengar atau melihat sebarang bukti2 yang lain. Sama seperti kes Azizan dahulu.

Ingatkah lagi kita bahawa tok hakim yang sama ini jugaklah yang telah menolak bukti yang diambil secara tidak sah daripada Anwar ketika beliau di lokap? Dengan penolakan bukti DNA yang diambil secara tidak sah, secara logiknya, kes ini hanya bergantung kepada keterangan Saiful semata2. Sekali lagi, tok hakim memberi gambaran bahawa tanpa DNA, kes masih boleh didengar kerana Saiful, baginya, adalah sejernih2 manusia yang pernah diciptakan oleh Tuhan kepada hambaNya.

Dan kemudian, masih ingatkah kita di mana, buat pertama kalinya hakim ini menolak keputusannya sendiri dan membenarkan bukti DNA tersebut digunakan dalam mahkamah. Tok hakim flip flop ini dengan selambanya bersetuju dengan pendakwaraya bahawa DNA diambil secara sah, setelah sebelum ini bersetuju dengan peguambela bahawa DNA diambil secara tidak sah.

Begitu juga proses2 mahkamah yang berkaitan, di mana satu flip keputusan membenarkan semua dokumen2 penting perlu diberikan kepada peguambela, dan keputusan flop yang lain pula membatalkan keputusan tersebut.

Flip flop ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang aneh sedang berlaku dalam mahkamah negara.

Fast forward pada hari keputusan. Tok hakim flip flop ini tiba2 mengumumkan bahawa Anwar dilepas dan dibebaskan sebab, katanya, bukti DNA yang diberikan dalam mahkamah boleh dicemari dan tiada saksi lain kecuali Saiful sekoq sahaja. Sedangkan dia boleh saja menggunakan alasan si Saiful seorang saksi yang jujur dan Anwar boleh disabitkan hanya dengan keterangan dari mamat jahanam sekoq ni. Kenapa tok hakim tak sabitkan Anwar hanya dengan keterangan Saiful? Adakah dia tak percaya pada Saiful yang pada mulanya dikatakan sebagai saksi yang sangat jujur? Adakah hakim bersetuju bahawa Saiful menipu?

Atau keputusan 901 adalah satu tindakan flip dari seorang hakim yang hanya makan gaji dengan gomen sementara keputusan flop akan diumumkan nanti setelah rayuan dibuat? Mungkin oleh dirinya sendiri?

Inilah Malaysia. Kalau kita fikir sistem kehakiman kita sudah bebas hanya bersandarkan pada keputusan hakim flip flop ini, maka kita juga boleh berfikir bahawa Rosmah adalah seorang ibu yang diutuskan ke atas umat manusia bagi menyelamatkan kita dari siksa kubur dan azab api neraka.

matkeri

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people