… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Aiman tak kisah. Mak bapak bagaimana?

“Aiman tak kisah”.. sapa yang tak pernah dengaq iklan ini di radio?

Untuk yang tak penah dengaq iklan ni, suka aku nak mengingatkan bahawa iklan “Aiman tak kisah” ni adalah iklan mesej AIDS yang menceritakan dari suara seorang budak betapa dia amat prihatin dengan rakannya yang HIV positif, tapi masih tak kisah untuk bermain dan bersahabat dengannya.

Keywordnya ialah: “Aiman tak kisah”. Dan moral daripada mesej iklan ini ialah “Jika budak sekecil Aiman tidak mendiskriminasikan pesakit AIDS, kenapa perlu kita?”.

Aku rasa sedikit terganggu dengan iklan ini. Masa bawak kereta menyusuri Bentong untuk balik ke Kota Bharu raya yang lepas, aku suarakan keresahan aku mengenai iklan ini pada bini aku yang dok kat sebelah. Aku kata, memang Aiman tak kisah. Yang kisah ialah mak bapak dia! Aku kata lagi, mak bapak jenih hapakah ini yang bagi anak2 dia main dengan pesakit AIDS?

Sebelum aku teruskan lagi tulisan ni, ingin aku perjelaskan bahawa pesakit AIDS tidak harus didiskriminasikan.

Ok, sambung balik. Bini aku tapaham. Dia cuba relatekan bahawa budak2 pun tahu dan tak diskriminasi, kenapa perlu orang tua macam kita? Aku jawab, Ya, memang betoi. Kalau kawan dia tu Cina, atau India, atau Iban, atau Mamak sekali pun, memang kita perlu contohi sikap mereka yang tak diskriminasi. Sebab kalau diorang begaul rapat, apa yang depa dapat hanyalah keakraban dan kebencian terhadap perkauman. Fine. Agreed.

Tapi ini pesakit AIDS! Pasaipa mak bapak kisah kalau anak2 dok main hujan kat luaq? Pasaipa mak bapak kisah kalau anak2 dok main pisau kat dalam rumah? Pasaipa mak bapak kisah kalau anak2 main lumpur dan selut dalam longkang? Kenapa mak bapak kisah kalau kat taman asuhan ramai budak2 yang ada kutu?

Pasaipa mak bapak tak perlu kisah kalau anak dia main dengan budak2 yang ada AIDS? Pasaipa mak bapak sendiri tak perlu kisah untuk bergaul bebas ala2 kanak2 dengan pesakit AIDS?

Satu iklan yang paling bangang yang pernah aku dengaq selama hayat aku menjadi matkeri! Aiman tu tau ka macamana AIDS bulih bejangkit? Budak2 ni kalau kita biaq dia main sekali, tak risau ka kita takut2 teluka tangan budak AIDS ni tadi terpalit pada luka Aiman? Bukankah kulit budak2 ni sensitif dan lembut, mudah luka. Memang la Aiman tak kisah, sebab yang perlu kisah MAK BAPAK DIA! Dan mak bapak Aiman ni patut ditangkap dan ditampaq bekali2 supaya tak bangang sangat dalam mendidik Aiman!

Berapa banyak duit Majlis AIDS yang Marina taboq untuk buat iklan bangang ni dalam Radio? Bukankah lebih baik diperjelaskan bagaimana untuk bergaul dengan pesakit AIDS dengan lebih selamat, instead of belagak bodoh macam budak baru nak belajaq becakap macam si Aiman? Ramai lagi yang masih takut2 dan was2 dengan pesakit2 AIDS ni. Nah, gunakanla dana media untuk menjelaskan cara yang selamat. Bukannya pi dok bagi contoh suruh main dengan orang yang ada AIDS macam Aiman dok main dengan kawan dia – bebas lepas!

Memang Aiman tak kisah. Mak bapak dia yang patut ambik kisah!

Sama la jugak dengan iklan keselamatan jalan raya satu masa dulu. Kalau masih ingat dalam tivi dulu penah dok tunjuk masa iklan buletin utama ceita ayam melintaih jalan dan kena langgaq. Tagline dia ialah “Jangan melintas seperti ayam”. Sebab apa? Sebab ayam tak tengok kiri kanan. Main liiiiinnntaihhhh saja. MEMANG LA AYAM TAK TENGOK KIRI KANAN! MATA DIA DAH MEMANG DOK SEBELAH KIRI DAN SEBELAH KANAN! HAddduuuuuullaaahh jahannnaammm duit incometax aku!

Tapi yang menariknya, di zaman kemuncak iklan seperti ni, ianya disalin dan dicanang ke segenap penjuru alam. Aiman tak kisah dan Jangan melintas seperti ayam digunakan sebagai contoh yang mutlak dalam meyampaikan mesej masing2 walaupun hakikatnya ia adalah sangat bangang. Tapi yang mendengar terus mendengar, dan oleh kerana ianya disampaikan dalam media dan dipetik oleh orang2 yang terkenal, maka ianya dilihat dan didengar sebagai satu benda yang “cerdik” dan contoh yang “tepat” untuk menyampaikan mesej.

Dan yang lain menyalin dan me”nyontoh”kan perkara2 tersebut dalam ucapan dan tulisan mereka agar kelihatan lebih bijak dan mainstream. Walaupun terdetik rasa bangang di dalam hati, tapi demi untuk kelihatan sedikit cerdik, ianya harus digunakan.

Sama la jugak dengan cerita mahadet dan paklah sekarang. Yang melaung mengangkat mahadet dan yang bersungguh membela Pak Lah sekarang masing2 tahu bahawa kedua2 mereka membawa contoh “Aiman” dan “Ayam” dalam kritikan mereka. Tak perlu dinafikan lagi, dan harus dikerat dan disambung balik jari ini, masing2 manusia yang membela kedua2 manusia ini tadi sangat tahu bahawa contoh2 yang dibawa bunyinya bangang pada pendengar yang sebelah lagi.

Mahadet becakap tentang negara polis. Paklah kata mahadet lagi teruk. Bila paklah kata mahadet lagi teruk, mahadet bawak lagi contoh yang lebih teruk yang dilihat sangat baik pada penyokongnya tapi sangat bangang pada penyokong di sebelah paklah. Bila paklah jawab tuduhan mahadet dengan memberikan contoh2 yang dilihat sangat “bijak” dan “teliti” oleh penyokongnya, yang sebelah mahadet pulak dengaq paklah bagi point bangang2.

Dan bila dua2 dok becakap dan bertelagah menegakkan benang basah masing2, rakyat hina di bawah macam aku ni terasa macam dibangangkan pulak tanpa rela. Dan bila “tolok bangang” kita dah mencapai takat didih, terpaksa la kita luahkan juga ketidakpuasan hati kita walaupun kemungkinan besar di lihat sebagai bangang oleh orang2 yang bukan rakyat hina seperti kita nih.

Tapi apa nak diluahkan? Sebab alasan2 dan point2 bangang yang digunakan oleh dua puak yang bertelagah ini sangat sangat sangattt bangangnya, lebih bangang daripada Aiman, dan lebih bangang daripada pencipta iklan Ayam tadi, kita dah sampai satu tahap tepu yang mana dah tadak point lagi perlu ditulis selain daripada menjerit : DIAM!

Penyokong mahadet. Hangpa semua tadak pekdah dok angkat orang tua sorang ni sebab dia dah pencen dan TAK MUNGKIN dia boleh jadi PM balik. Hangpa pun tau yang dok sokong sangat bukan ikhlas pun tapi sekadar nak pastikan projek2 yang terlekat tak boleh nak telan dapat dijolok oleh mahadet andainya dia “mempunyai suara” semula. kalau tak masakan mahadet kata “dia akan berenti kalau jambatan sambung kembali”?

Penyokong paklah. Hangpa buat gheja hangpa. Rakyat bagi amanah suruh kelola harta negara dengan adil dan saksama. Buat. Yang salah, tangkap, yang betoi, dengaq! Tapayah banyak cakap!

Rakyat hina dina macam aku ni, pastikan perbalahan dua orang ini tak akan berlanjutan. Jangan biaqkan mereka tengok kita sebagai “Aiman tak kisah” sampai ke sudah. Pilihanraya ni pangkah lain dari kati. Biaq sengap sikit. Tak sakit hati.

Kalau dak, jadilah kita “macam ayam melintas jalan”, walaupun mata nampak jelas kiri dan kanan… masih tetap jadi bangkai di tengah jalan…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

10 Responses to “Aiman tak kisah. Mak bapak bagaimana?”

  1. pak ali says:

    Aku tergerak nak komen pasal iklan “Aiman tak kisah”. apa yang cik matkeri kata tuhh tak berapa kena. Iklan tersebut merujuk kepada sikap prejudis masyarakat dalam menangani pesakit Aids. Dalam erti kata lain, kita dengaq saja ada orang kena Aids dah fikir macam-macam. Apa yang iklan tersebut sampaikan, bukan bermaksud nak bagi mak bapak tak kisah. Walau macam mana pun “Aiman tak kisah, but ibu bapa akan kisah. We are talking about Aids. iklan tersebut perlu diinterpretasikan secara am.

    Aku antara menyokong dan tidak menyokong matkeri dalam konteks “iklan paling bangang”. Kalau kita tengok directly, maksud tersurat dia “Aiman tak kisah dan mak bapak tak perlu kisah. Tetapi kalau indirectly, maksud tersirat dia, “Aiman still tak kisah but masyarakat akan “take note” apa perlu dibuat dan apa yang tak boleh buat.

    Betul, masyarakat masih lagi naif dalam bergaul dengan pesakit Aids ni, tapi relevannya, kalau dibuat iklan pergaulan dengan orang yang ada aids, orang tak akan ingat. Dan tak akan ada quot “Aiman tak kisah”.

    Lebih kurang sama dengan iklan Petronas waktu hari raya tempoh hari. Iklan tu, touching dan kita akan ingat iklan tersebut. Itu yang ditekankan dalam dua dua iklan ni. Tapi bagi aku sendiri iklan “Aiman tak kisah tak touching sangat, cuma quot dia yang aku boleh ingat.

    Terima Kasih.

  2. SakaiSakti says:

    dalam tulisan ni ada disentuh “Bini aku tapaham. Dia cuba relatekan bahawa budak2 pun tahu dan tak diskriminasi, kenapa perlu orang tua macam kita?”, dan dia sendiri menyokong supaya pesakit AIDS tidak didiskriminasikan.

    bagi aku, yang cuba ditekankan bukan mesej, tetapi cara menyampaikan mesej. tepikir jugak kalau aku ada anak nanti, dan anak aku mendengar iklan seperti ini saban hari, dan kebetulan jiran aku ada anak yang mengidap AIDS. nak aku biarkan dia “tak kisah” membuta tuli bermain dengan anak jiran aku?

    sebab itu rasanya perlu diperluaskan melalui media2 tentang cara bergaul, supaya semua orang faham dan betul2 peduli. sekarang ni rata2 tak tahu bagaimana cara untuk bergaul dengan betul. dalam orang tak tahu macamana nak bergaul dengan betul, dihabiskan duit untuk menggalakkan orang bergaul dengan pesakit AIDS?

    pikirkan. rasanya bukan mesej, tapi cara penyampaian mesej. aku kurang setuju juga dengan perkataan bangang kerana mesejnya adalah jelas. tapi aku setuju bahawa menggunakan budak2 untuk menyampaikan mesej ini agak keterlaluan bunyinya. AIDS bukanlah satu penyakit yang boleh diambil mudah dengan menggunakan budak2 sebagai penyampai mesej.

  3. katak says:

    the proble is, iklan tu melibatkan budak kecik..
    macam nie, sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan otak serta akal fikiran, haruslah kita berfikir yang mana baik dan yang mana buruk…
    sebab tue la mase kat sekolah dlu, kite blaja Bahasa Malaysia(BM)..ade tak blaja tentang “maksud yang tersurat dan yagn tersirat???”
    ha, kalau sape yang blaja kat sekolah dlu, and prektikkan ape yang dah blaja bile dengar iklan atau terbaca sesuatu kat mane2 risalah, pasti orang tu takkan tersalah anggap..
    kalaulah sume orang kat dunia nie, tahu cari maksud tersirat n tersurat, taklah sampai kite boleh kate sesuatu tu like ‘bangang’ or some words like that la…
    so, kite ade akal tuk berfikir..
    jangan kite sempit kan fikiran kite tuk sesuatu prob yang memang kite sndiri nampak jalan penyelesaian nye…
    aku kat sini bukan nak blame sesape…tapi tuk peringatan kat sume n tuk aku gak…
    nobody perfect in this world…
    so, maafkanlah seseorang tu selagi kita boleh…
    n doakan die jadi yang terbaik…
    bukan dengan melepas geram dengan mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnye..
    kita lihat, dengar apa yang berlaku di sekeliling kite.
    kita boleh menilai sume..pk baik2 sape yang slah.
    nabi pun penah pesan…
    ade 3 cara kita nak menegur seseorang
    FIRST, kita tegur dengan perbuatan
    SECOND, kite tegur dengan percakapan
    LAST, kite tegur dengan hati, (yakni, berdoa kepada Allah meminta dari-Nya tuk orang tersebut)
    k, gunakan kurniaan Allah sebaiknye…

  4. pak polisi says:

    ak mmg ghasa yg hang ni baguih dlm bab mmberi pndgn.cuma,ak ghasa hang ni trlalu EKSTREM la…hang kena bebaik sket nk suarakan pndpt hang tu…
    ap-ap pn…all the best kt hang!

  5. puntung garhama says:

    Pd pendapat aku yg tak berapa cerdik ni…iklan “aiman tak kisah” tak seharusnye ada.Iklan ni menunjukan seolah olah2 penyakit aids adalah penyakit yang biasa2..walhal penyakit ini asalnye dari hubungan zina seperti di afrika (klau tak silap aku),dan ade jugak yang tak sengaja mendapatnye kerana pemindahan darah.tapi kes akibat pemindahan darah amat sedikit..yang paling byk kerana zina..perkongsian jarum dadah juga berasal dari pembawa yang berzina..senang cite ZINA punca penyakit ini.
    Iklan “aiman tak kisah” mempunyai maksud jahat iaitu bersangka baik terhadap pelaku ZINA. Sesiapa yang ada berzina samada guna kondom atau tidak,tunggulah balasan Allah di dunia ini dalam bentuk AIDS.Jika benar orng yang mengelolakan iklan ini berniat untuk memuliakan pelaku ZINA secara tersirat…mohon Allah laknat dia di dunia ini lagi…. Astaghafirullah

  6. lingerie model porn…

    Modern view of lingerie model porn….

  7. car napoleon ohio used…

    ha-rd-po-rn-fu-ck 3224724 car napoleon ohio used author…

  8. aimantakkisah says:

    eh aku lah aiman tak kisah tak percaya sudah

  9. ecadalca says:

    awak tau kami adik beradik aiman tak kisah

  10. p says:

    bro. jgn bg anak2 atau siapa2 saja tua atau muda tiru mcm aiman.

    aids is sure death.

    diskriminasi towards them is a must and proper things to do, bukan kita sombong. MMG ada ubat, tapi bapak mahal nak mampos, RM1400 sebulan.
    Dan ubat itu bukan cure aids, ia just memanjangkan nyawa si pembawa aids ni. Ubat ini just memburukkan lagi keadaan yang memang dah sedia buruk iaitu menambahramaikan lagi orang yang ada aids. What the hell.

    Diorang ni x akan melahirkan anak yg xda aids. kalaupun baby tu lahir tanpa aids(itupun probability rendah), tp dalam waktu dia bersama ngn ibu ayah dia, siapa jamin anak ni leh x tkena aids. Jadi keturunan aids pulak.

    Salasilah begini kita kena stopkan. Keluarga pembunuh ni kena dihabiskan, kalau boleh sebelum dia sempat berkeluarga lagi. Sebab tu kita kena isolatekan diorang, diskriminasikan.

    Sampai cure dia dijumpai,
    Stop it one at a time.

    Jgn jd Aiman dan Kerajaan Malaysia yg bangang. Kesian pun ada hadnya.

    Untuk survival manusia

Powered by the people for the people