… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bukti nyata Dato’ Azhar murtad?

Laporan kenyataan daripada Dato’ Azhar Mansor hari ini membuka ruang penyebaran fitnah besar terhadap dirinya, iaitu : Benarkah Dato’ Azhar dah murtad?

Berita Harian hari ni melaporkan pertemuan ‘sejam’ dengan Dato’ Azhar hanya berkisar tentang kesungguhan Dato’ Azhar untuk membenarkan kes ini disiasat pihak berkuasa. Dia juga dipetik sebagai berkata “Saya tidak sempat buat kerja seperti yang didakwa kerana saya sentiasa berada dan bekerja di marina kapal layar di Telaga Habour Park, Langkawi sejak empat tahun lalu.

Yang menariknya, Berita Harian, dalam pertemuan selama ‘sejam’ itu, lansung seolah2 seperti tidak bertanya benarkah samada beliau benar2 murtad seperti yang digembar-gemburkan? Apa agenda disebaliknya, aku tak tau, tapi Harian Metro hari ini, di perenggan terakhir laporannya pula menulis “Ketika ditanya mengenai dakwaan beliau murtad, Azhar berkata, biarlah polis menyiasat dakwaan terbabit“.

Orang Islam yang tidak mempertahankan akidahnya dikala dia berpeluang untuk mempertahankannya di media massa, sebaliknya membiarkan pihak lain membuktikan samada betul atau tidak dia masih berakidah Islam? Islam jenih hapakah ini? Islam Hadhari?

Tertarik jugak dengan penggunaan “Saya tidak sempat buat kerja seperti yang didakwa“. Apa maksud mamat ni? Bagi aku secara terang2 dia menyatakan bahawa “dia tak sempat“, bukannya “dia tak mau buat”! Aku tau kes ini agak kritikal dan KPN dah bagi warning bahawa sesiapa yang cuba mengapi2kan perkara ini boleh ditahan ISA. Tetapi kes Dato’ Azhar ni dah lama berlegar sampaikan ada laman web Kristian di luar negara yang mengakui kemurtadannya.

Aku, sebagai orang Islam, amat terkilan kalau benda ini betul. Bukannya sebab benda yang dia nak baptiskan penganut Kristian di Ipoh, tapi sebab kenapa dia enggan membuat kenyataan terbuka untuk mempertahankan akidah dia selama ini? Beliau ditanya secara berdepan oleh wartawan di Langkawi samada beliau murtad atau tidak, dan apa yang mampu dijawabnya ialah menyuruh polis menyiasat akidahnya! Islam jenih hapa ni?

Sekali lagi pada SB2 di luar sana, ingin aku tegaskan di sini bahawa aku tak campo dengan masalah SMS yang dikatakan memfitnah Dato’ Azhar Mansor. Aku tamau mengulas tentang hal itu, dan tulisan ini jugak tidak akan mengulas tentang hal itu. Aku menyokong dan menggesa supaya penyebarannya disekat, dan penyebarnya harus dihukum jika didapati bersalah.

Apa yang aku tekankan di sini ialah tindakan beliau menjawab wartawan dalam ketika orang Islam di Malaysia terus-terusan mempersoalkan akidah beliau. Kenapa dia, sebagai orang Melayu Islam, lansung tidak seperti mempunyai minat untuk mempertahankan akidahnya dari terus-terusan menjadi bahan fitnah orang ramai? Bukan setakat itu sahaja, beliau juga terus membuka pintu syak dengan lebih luas untuk lebih ramai lagi memfitnah beliau sebagai murtad, jika benar beliau masih lagi Islam.

Pemilihan penggunaan ayat sangat penting dalam ekspresi perasaan dan pandangan. “Tidak sempat” dan “tidak akan” adalah dua perkara yang berbeza. “Tidak sempat” bermaksud “jika ada kesempatan, ianya akan dilaksanakan”. Aku tak sempat makan tak bermaksud aku tak akan makan. Aku tak sempat menulis jugak bukan bermaksud aku tak akan menulis sebab kalau ada “kesempatan”, dah semestinya aku akan makan dan menulis. Perkataan tak sempat tak boleh diertikan sebagai “tak akan”, walaupun rata2 kita tahu bahawa “tak sempat sembahyang subuh” tu adalah ayat paling baik bagi menggantikan “tak pernah sembahyang subuh”. Tapi masih lagi berpegang teguh sebagai orang Islam, WAJIB sembahyang Subuh, sooner or later, tapi tak membawa maksud TAK AKAN.

Pencuri itu “tidak sempat” melarikan wang tunai kerana mendapat SMS bahawa Polis telah mengepung premis perniagaan tersebut. Bermaksud kalau dia tak dapat SMS dari kawannya yang mengatakan bahawa polis telah mengepung premis perniagaan tersebut, semestinya dia akan melarikan wang tunai tadi. (Ini hanyalah contoh yang langsung tiada kaitan dengan SMS fitnah terhadap Dato’ Azhar yang sedang disiasat polis)

Bila Azhar menggunakan ayat “tak sempat“, aku jadi terkilan. Bagaimana seorang Islam yang tak pernah mengishtiharkan kemurtadannya, terus membiarkan akidahnya dipertikai dan diperkotak katikkan dari masa ke semasa, dan bila diberi peluang untuk menjawab, terus2an membuka ruang untuk dirinya difitnah lagi? Sebagai seorang Islam, dia patut mempertahankan akidahnya bila diberi peluang, bukannya membiarkan dirinya difitnah dan berserah!

Penutup perenggan laporan Harian Metro juga amat2 mendukacitakan. Beliau sebenarnya tidak perlu menjawab soalan itu dengan terang dan panjang lebar, cukup sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah di depan semua wartawan untuk masing2 membuat kesimpulan sendiri dan melaporkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan lebih selamat. Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan akidah beliau! Sekali lagi aku nak tanya, Islam jenih hapakah ini yang membuang masa pihak berkuasa untuk menyiasat akidahnya? Sembahyang lima kali sehari, takkan tak boleh cakap terus terang yang dia masih Islam, dan bangga dengan ke Islamannya?

Hari ini adalah hari yang amat mendukacitakan Malaysia. Seorang Islam yang difitnah akidah Islamnya, dan digunakan namanya oleh gereja/pertubuhan Kristian di luar negara yang mengatakan beliau telah menganut Kristian, kemudiannya difitnah lagi tanpa bukti sebagai seorang Melayu yang dikatakan akan membaptiskan Melayu Islam yang lain di Ipoh, telah diberi ruang dan peluang yang amat besar untuk mempertahankan diri dan akidah Islamnya, sebaliknya mengambil pendekatan untuk terus2an membuka ruang untuk diri dan akidah Islamnya difitnah.

Aku masih dan akan terus berharap supaya dia dapat menjernihkan semula kekeruhan akidahnya dari pandangan umat Islam lain dengan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan media. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

matkeri

http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

78 Responses to “Bukti nyata Dato’ Azhar murtad?”

  1. Bakar says:

    Peringatan kepada Azhar Mansor jangan “TAK SEMPAT” MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADDAH.

  2. Rasional says:

    Hangatnya artikel ni dr 2006 smp 2009, sememangnya isu ni perlu di gembar gemburkan. Ini bukan kes nak jaga tepi kain org. Tapi kita sebagai khalifah Allah kena tau apa sebenarnya tugas kita di muka bumi ini. Disebabkan kes seperti ini tidak digembar gemburkan lah ia menjadi semakin berleluasa. Maksud digembar gemburkan itu bukannya kecoh seperti yg di bincangkan dalam blog ni. Sepatutnya kita kena membincangkan secara matang dan rasional. Kita sebagai khalifah ditugaskan melaksanakan perintah Allah, salah satunya menyeru umat manusia masuk islam. Jadi isu-isu begini perlu difikir2kan bukan untuk dijadikan bahan bergaduh. Jangan terlalu emosi dalam membincangkan hal seperti ini. Apa yang perlu, kita kena banyak ilmu dan berfikir rasional dalam membincangkannya. Saya xmahu komen berkenaan kes Dato’Azhar Mansor, sebab saya xcukup ilmu dan tidak mengikut perkembangan isu ini. Dan sebarang kenyataan yang diberikan oleh penulis dan komentar, saya tidak mempercayainya selagi saya tidak mencari punca dimana kenyataan dipetik. Jadi fikir2kanlah wahai saudara2 ku…….semoga kita diredhai senantiasa oleh ALLAH swt….

  3. salam sumerrrr……… doh lew baloh2 nyorr.. gape hak kite dpt kalu dok baloh2 sesamo sdiri beb! umat Rasulullah ko gni kwn?? Rasulullah x ajar aow! doh2 erh kwn2 sume? aku pn konpius gok aow sal datok A nih. tp lantok pale ltut die ah.. bengang 2 meme bengang.. yo ar kn kalu bab2 murtad ni aku panah kit. yg aku heran nyerrrrrr kan,dorang x pk ko akhirat nati gano??uuuhhhhhhhh! moral of da stori yolah jange sesekali men2 bab2 aqidah n pk lu lum wt kptsan n sesuatu!!

  4. HAMBA ALLAH says:

    TOLONG LAH SAUDARA-SAUDARA DAN PARA SHABAT SEMUA, EKONOMI DAH KENA RAMPAS MASIH KITA TAK SEDAR, KUASA POLITIK DAH TERHAKIS KITA MASIH BERCAKARAN, APAKAH APABILA KITA SENASIB PALESTIN KITA MASIH BERCAKARAN SEPERTI MEREKA ?. SAYA AMAT BIMBANG, APAKAH NASIB ANAK-ANAK MELAYU NANTI.

    HASIL DAN KEKAYAAN BEREBUT2
    KUASA DAN POLITIK BEREBUT2
    TETAPI APABILA DIMINTA BELIA2 MEREKA UNTUK MENJADI TENTERA DIPUJUK RAYU MASIH TAK GERAK , KENAPA ?

    RENUNGKANLAH SAHABAT
    ASSALAMUALAIKUM

  5. ManusiaSejagat says:

    Sudara sejagatku!

    Tuhan mencipta pelbagai bukan saja di dunia, tapi di luar cakerawala ini pun ada pelbagai. Di dunia Tuhan cipta pelbagai jenis tumbuhan, haiwan dan manusia. Pelbagai jenis manusia di dunia, pelbagai jenis bangsa di dunia. Maka Tuhan pun mempelbagaikan kepercayaan, adat resam, budaya dan agama di dunia. Semuanya datang dari Tuhan, dan Dia mahu pelbagai agama ini mempercayai kewujudanNya, menyembahNya walaupun dengan KEPELBAGAIAN cara tetapi semua menuju kepadaNya akhirnya. Jika agama itu meyuruh untuk melakukan kemudaratan, kejahatan, dosa dan lain-lain, itu pasti bukan dariNya yang sebenar, sebab Dia tak mungkin ciptakan suatu dan dimudaratkan. Sebab sebelum Dia mencipta sesuatu, Dia tahu apa akan terjadi dan berlaku.

    Manusia diberikan kebebasan. Sedangkan mailaikat juga ciptaanNya yang terawal dari segala ciptaan, pun ada yang menentangNya sendiri atas dasar kebebasan dan keadilanNya, sehinggakan kumpulan mereka ini dihukum dan digelar Syaitan. Kerana syaitan dihukum dan dibuang, maka merekapun berikrar untuk membalas dendam dengan cara menghuru-harakan manusia dan ciptaanNYA di dunia ini, sehinggalah wujudlah kepercayaan atau agama yang sesat menyuruh penganutnya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak sebenar Tuhan. Terjadilah agama syaitan. Oleh itu, mana-mana agama di dunia ini yang menyerupai agama syaitan itu, maka ianya agama syaitan juga sebab menentang yang ESA..

    Piramid adalah ciptaan manusia yang terawal. Salah satu Kurnia Tuhan kepada manusia iaitu kebebasan dan kepandaian. Piramid diibaratkan simbol kepada kewujudan Tuhan. 4 penjuru/permukaannya akan berakhir pada satu titik penghujung menuju ke atas ke satu titik. Tuhan membenarkan pelbagai agama kepada pelbagai bangsa manusia dari pelbagai sudut dan permukaan di dunia ini,namun semua akan menuju ke arahNya (puncak pyramid yang menuju dan menunjuk ke satu titik) walaupun dari pelbagai cara beribadat dan pelbagai persepsi terhadap kewujudNya.

    Persoalannya, agama manakah dari 2 kategori agama (agama Tuhan dan agama Syaitan) yang kita anuti. Tuhan tidak mencipta sesuatu dengan tujuan memudaratkan diriNya sendiri. Kalau agama menyuruh berbuat baik, sembahyang, jangan mencuri, merompak, membunuh, memfitnah, jangan merogoll, berzina, membenci sesama manusia, dsbnya sudah pasti tidak akan memudaratkan, malah mengekalkan kesejahteraan mahkluk manusia ciptaanNya. Jika ada agama yang bertentangan dengan perakara di atas sudah tentu bukan dariNya sebab yang menentang kehendakNya sudah tentu bukan dariNya

    Siapakah kita ini di mata Tuhan? Apa bezanya? Kita manusia sama walaupun apa jenis warna kulit, rambut. Tuhan bagi kita roh, hati, fikiran, makanan minum, dsbnya tanpa mengira apa aliran agama. Manusia atau bangsa mana di dunia ini yang tidak dikurniakan hati, fikiran dan keperluan-keperluan lain?

    Adahkan kita persalahkan Tuhan kerana memberikan kita roh, hati dan kebijaksanaan berfikir? Sehinggakan manusia di dunia ini terlalu pintar dan akhirnya manusia bersengketa dengan manusia, bangsa dengan bangsa lain, agama dengan agama lain dsb. Permasalahan dunia sekarang lebih mengaibkan sebab manusia sesama manusia ciptaan Tuhan menggunakan agamanya bersengketa dengan agama lain. Ini seolah-olah piramid tidak wujud lagi dan masing-masing ada mempunyai 1 hujung yang bertentangan, dan seolah-olah wujud lah banyak Tuhan. Masing-masing mengatakan Tuhan agama ini yang betul, Tuhan agama itu yang tak betul. Akibatnya, kalau ikut logik tuhan agama syaitan menang menentang Tuhan yang Esa dan memerintah duniawi.

    Dari persolahan memilih agama, sebenarnya jika manusia masih berpegang kepada asas kewujudannya, mana-mana 4 permukaan piramid itu dia bebas berada kerana semua menuju ke 1 puncak yang sama dan dari dasar yang sama. Begitulah sepatutnya manusia boleh memilih agama sendiri walaupun dengan ibadat yang berlainan tetapi menuju ke 1 tujuan yang sama iaitu SANG PENCIPTA yang ESA. Cara beribadat yang berbeza cuma pada permukaan mana kita di atas piramid itu, sama ada dari arah timur, utara, barat atau selatan . Kita bebas bergerak ke permukaan yang lain selagi kita di atas piramid yang sama dan mempunyai puncak dan dan tujuan yang sama.

    Manusia wajar berfikiran waras. Kita daripada asal yang sama (CiptaanNya). Kita diberikan kebebasan berfikir dan hati terbuka. Perkara memilih agama tidak baik dijadikan peruntuh kepada maksud simbol piramid tersebut. Kita dikurniakanNya hati dan fikiran untuk mengolah kehidupan kita.

    Yang penting, kita berurusan dengan PENCIPTA KITA dengan AMAL kita di muka bumi ini. Tidak semestinya saya beragama ini, tiada penganutnya yang lain tidak melakukan dosa atau adakah saya tak berbuat dosa. Begitu juga dengan agama itu. Jadi apa bezanya kita di mataNYA. Kalau kita di aliran agama masing, kita cuma lakukan ibadat apa yang dituntut oleh aliran agama itu. Adakah seseorang itu keluar dari agamanya dan dengan otomatiknya dia jadi penjenayah, perompak, perogol, pembunuh dan kelaknatan2 lain?

    Manusia yang waras mesti menggunakan HATI dan FIKIRAN, sebab itulah kurnianNya yang UTAMA. Kalau kita gunakan hati dan fikiran terbuka dengan baik, baiklah jadinya, tak baik….jahatlah jadinya. Sebab di akhirat Sang Pencipta mengadili dengan adil, berdasarkan amalan manusia semasa di bumi, bukan dari aliran agama apa. Agama bukan menjamin keselamatan kita di akhirat, ia cuma PANDUAN kita untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat demi kebaikan dan ketidakmudaratan sejagat. HATI manusialah yang mengolah kehidupan di dunia. Dari hati barulah ke fikiran, dan dari fikiran terciptalah pelbagai babak manusia.

    Salam.

  6. AL MURTADDIN says:

    Apa nak kecoh-kecoh,kalau orang Kristian masuk Islam dihebohkan oleh media massa, kalau orang Islam murtad dan masuk Kristian senyap je.. kena ISA pula.. mana kebebasan beragama..tapi aku sedar mana yang dahulu dan mana yang akhir..renung-renungkan dan selamat murtad..

  7. shah says:

    buatpe la nak murtad . bodoh betulla, buat ape nak sembah manusia. kalu jesus tuhan mengapa dia dibunuh jews, mengapa dia perlu mengorbankan diri untu kesalahan manusia. Ampunkan je lah manusia yg buat dosa,x perlula sampai mati.

    kalau aku kristian aku akan rogol 1000 perempuan . lepas tu minta la ampun dari pastor yang baik dengan aku. lepas tu aku dapat masuk syurga walaupun dah rogol 1000 orang wanita. dah la bayi yang mati akan masuk neraka, bodoh punya agama, bayi yg tak bersalah masuk neraka.

  8. lala says:

    shah,semua agama akan di angp bodoh bila kita tak faham tntg ajarannya so sesiapa pn tidak LYK MNGELARKN satu2 agama itu bodoh..sy pn blh anggap islam bodoh sbb sy tak faham ajaran agama islam kn? think abt it bro? god bless u!

  9. shahbandar says:

    Jesus tuh bukan manusia lahhhh….klu nak berdebat pun takde gune jgk.Apalah betol 2x sempit pikiran korang klu bab psl agama lain.Kuat sembahyang sekalipun kalo ko suka ulang dosa ko lg adakah betul tuhhhh.adakah ko tuhan nak menilai manusia lain.

  10. mohd hamdan says:

    tak tau nak cakap apa …kang cakap lebih kita pulak yang kena …kepada sesiapa yang berkenaan tolong la kembali ke pangkal jalan …dan kepada sesiapa yang berkenaan jugak tolong bawa kembali sahabat kita ni ke pangkal jalan

  11. A TruE WoRshippEr says:

    Shallom..Salam semua..salam satu maalaysia…kepada semua yang memberikan comment.janganlah sesekali menyebutkan hal- hal yang berkaitan isu agama.. disini kita menceritakan tentang “adakah benar orang tu murtad agama asalnya???” di harap jangan menyentuh isu2 sensitivity agama lain.. menurut ajaran Christian (catholic) Jesus(Yesus)(nabi Isa-menurut agama ISlam) merupakan manusia biasa yang dilahirkan oleh Bunda Maria (mariam) di atas kuasa yang diperturunkan Tuhan (yA! tuhan yang SAtu yang kita semua sama2 agung2kan tidak kiralah dari umat Islam atau umat Kristian lain- Anglican dll) beliau nabi telah melakukan “perkara pelik” yang meunjukkan dia meurpakan anak Allah yang lahir untuk menyelamat umat dunia. tanpa mengira dari agama mana2 pun…

    To,
    Shah..jangan sesekali menyebut perkara yang sebegitu kerana kita tidak mahu agama berkenaan terasa akan pahitnya ketibenaran…tidak semudah itu untuk mengampunkan dosa manusia hanya dengan berjumpa PAstor( agama mana Yang guna?) bagi katolik- Confession dilakukan 2 kali setahun itu hanya untuk mendapatkan keberkatan dan semua pengampunan dosa akan di hakimi semasa dunia akhirat..tidak semudah itu ye…

    >>lala<< thank you for the comment..GOD BLESS YOU ALWAYS!

  12. sinim_sabah says:

    salam 1malaysia,

    tukar agamaka kepercayaan itu adalah hak individu… antara dia dengan ALLAH TUHAN YANG MAHAKUASA…
    tepuk dada tanya selera… “janganlah menghakimi agar engkau tidak dihakimi”
    amen. 8/8/2010

  13. org sabah ba says:

    makluman kpda org indon bahawa Anik Mugianti yg berasal dr semerang Jawa tengah telah murtad iaitu menukar agamanya,dia bagi tau org di kudat bahawa sejak kecil di memang beragama keristian kerana mengikut agama ayahnya padahal ayahnya org muslim,dia memang jelek sangup memburukkan ayah sendiri.Si Anik ni kira boleh tahan jg bila balik ke kg mentua dia di tangkarason time ada keramaian mesti ada hidangan daging babi saya tengok di makan juga tp tak apalah diakan bukan beragama islam lg.klu nak cerita keburukan si Anik ni memang banyak mentua dia sendiri sebenarnya meluat tengok perangai dia yg mcm sundal Jawa apa tdknya si Anik ni klu di rumah memang suka pakai seluar pendek nampak bontot dia yg hitam tu bila dia baring diruang tamu rumah dia sangat suka mengangkang depan orang,yg peliknya pasal si Anik ni lg di suka pakai baju yg ketat sehingga nampak jelas lemak
    bertingkat-tingkat dibadan tp dia tak sedar badan dia tu mcm badak sumbu tua dr sumetera dan dia tetap memuji yg badan di tu cantik, saya sebenarnya bukan sengaja nak memburuk-burukkan si Anik tapi saya betul sakit hati dgn si Anik kerana selepas dia gaduh dgn mentua dia di kg dia dan suami tinggal menumpang beberapa bulan di rumah saya dan masa tu suami di belum ada kerja kerana kesiankan diorg makan dan minum saya tanggung dan ketika dia beranak bil-bil hospital pun saya tlg bayar tp selepas suami di dapat kerja dimilimewah dan mereka pindah tinggal sendiri, dia memfitnah bahawa selama mereka tinggal di rumah saya kami suami isteri tdk bagi diorg makan dan mcm2 fitnah lglah di sebarkan. Si Anik ni memang tak sedar diri apa tdknya periuk,kuali,gelas dan piring yg diguna sekarang ni pun kami punya bagi di pinjam semasa mereka pindah rumah dia ni memang manusia tak pandai malu apa tidaknya barang2 yg dia pinjam tu kami da minta balik tapi dia ni buat tak tau ja mcmlah harta datuk dia.si Anik ni sebenarnya suka cari gaduh dengan org,sebangsa dgn dia pun ramai yg benci dgn dia ni kerana perangai dia yg suka memfitnah tu, memang sahlah si Anik atau nama glamornya yani tak sedar diri dan tak pandai mengenang budi dahlah perut boroi manusia paling temberang saya pernah jumpa adalah Anik Mugianti berasal dr semerang jawa tengah, sesiapa yg kenal dgn ibu bapa si badak sumbu ni tlg sampaikan cerita ni.

  14. orgsabahkini says:

    janganlah kita menghina agama itu dan ini. Bagi yg islm mugkin kamu menganut islam krna mmg orgtua dah Islam smasa kamu dlahirkan dan begitu jg sbaliknya. klu pgtahuan agama secput sj tk prlulah mburuk2kan agama lain. cuba selami, selidiki dan hayati btul2 manakah yg lbih benar. bandingkan alquran dgn alkitab sambil berdoa kpd Tuhan agar dapat menemui jwpannya. jgan terlalu emosi bila dgr org islam murtad dn mengatakan mrk dguna2, dsogok wang dsb. Setahu saya d tmpt saya org islam yg sllu mberi wang, barang2 dsb utk mnarik phatian org kg yg hidup serba serbi kekurangan spaya masuk islam. So fikir2kan sdra

  15. embun pagi says:

    Haruskah kamu tinggalkan agamamu?
    MENGAPA TIDAK, jika ATAS ALASAN APAPUN AGAMAMU mengajarkan ;
    1. kebencian
    2. balas dendam
    3. pembunuhan
    4. peperangan
    5. perampokan
    6. penipuan
    7. fitnah
    8. pemutarbalikan fakta
    9. penghinaan tetapi tidak boleh dihina
    10. nikah agar tak zinah
    11. gila sex
    12. Tuhan yang penghukum kejam
    13. kedzaliman pada pemeluk agama lain
    14. pedophilia
    15. kebohongan demi pembenaran
    16. boleh memukul isteri / perempuan
    17. kemunafikan (tidak harus bilang puasa demi agama)
    18. diskriminasi atas dasar iman
    19. terorisme
    20. kesombongan (merasa lebih hebat dari orang lain)
    MAKA CARILAH AGAMA LAIN yang mengajarkan :
    1. adanya Tuhan yang sejati yang mencintai kehidupan
    2. kasih kepada sesamanya tanpa pandang SARA
    3. maaf dan ampunan kepada yang bersalah
    4. kesabaran dalam menghadapi segala pencobaan
    5. cinta pada kehidupan, karena Dia adalah Tuhan yang hidup
    6. kedamaian dalam kehidupan manusia
    7. kejujuran sepahit apapun
    8. perbedaan cinta lawan jenis dan cinta pada anak2
    9. pengendalian nafsu daging dengan keinginan roh.
    10. kelemahlembutan penuh kesantunan
    11. pujian pada orang lain, bukan yang suka memuji diri sendiri.
    12. pernikahan itu kudus, suci dan sakral bukan hanya urusan seks
    13. menyembah dengan kepasrahan
    14. sifat rendah hati
    15. cinta sejati diantara suami isteri, bukan suami yang berkuasa atas isteri.
    16. kesetaraan atas dasar iman masing-masing
    17. kesederhanaan apa adanya tanpa mengada-ada
    18. tidak boleh mengucap sumpah demi apapun karena risikonya berat
    19. Sikap dan tindakan yang menyukakan hati Tuhan
    20. sikap bijak laksana nabi yang mendatangkan kesejukan

  16. ai ling says:

    islam itu indah..kau blm memahami apa itu islam tp kau sudah mahu tinggalkannya. islam agama yg indah tp tegas..islam tidak pernah memaksa sesapa pn utk peluk islam.saat beliau melafazkan syahadah bermkna beliau mengaku dgn rela hati bhwa Allah tuhannya dan mengakui nabi muhammad saw pesuruh Allah. siapa yg memaksamu masuk islam??tidak ada kan.tidakkah kau tahu jika kau islam, kau punya tnggungjwb mnjadi muslim yg sejati.islam bkn utk dipermainkan..hari kau masuk esok kau keluar sbb itu kalau menurut al-quran, si murtad harus dipancung.betapa berat hukuman kerana islam itu bkn utk dipersendakan.

  17. inipilihansa says:

    islam itu indah???????????????,,k baikah,tp agama lain lg indah(krisitian)…..tdk memaksa????orang keluar islam kena ISA@keluar masuk mahkamah…utk apa?????
    mengaku suci…adakah mana2 manusia yg tidak berdosa???????????
    buat baik selamat????buat baik dengan niat peribadi mcm mna?????
    bukan manusia yg boleh menyelamatkan manusia….Tuhan Yesus yg telah memberikan keselamatan kepada manusia…….tidak ada manusia yg cukup sempurna yg boleh selamat jika hanya bersandarkan kepada kebaikan diri sendiri yg pada zahirnya adalah penuh dengan dosa……beruntung sebab Yesus telah menawarkan keselamatan kepada semua umat manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit…persoalannya cuma bergantung kepada manusia sendiri sama ada mahu menerima keselamatan yang telah Yesus tawarkan atau tidak…..
    dalam blog ini,adakalh wajar untuk kita mempersoalkan apa saja tindakan Datuk Azhar M????siapa kah diri anda dan cukup baikkah anda untuk berkata kata mengenai beliau…p la beli cermin kat mana2 kedai sebelum mengata orang lain….taikkkkkkk mata di mata sendiri tak nampak tapi mengata orang paling kuat@lebih2……….yes……….
    God bless u all…..cari la kebenaran untuk diri sendiri……

  18. Hola... says:

    masing2 dinsini mennyatakan tengtang kepercayaan kalian. Bagi sya semua kalina tidak layak untuk membahaskan sesuatu agama tersebut. Ini kerana kalian membahas kan nya dengan emosi, bukan nya dengan kajian yang mutlak.. Semua agama mengajar kita untuk berdamai. tapai cara kalian membahaskan agama masing2 adalah untuk mengeruhkan lagi kaedaan. adakah ini contoh dari agama kamu masing2…huhuh.

  19. ad-din says:

    hmm…andai sy di tempat dato’ azhar,n sy masih islam,sy akn pertahankan akidah sy tanpa teragak2…sy tak kan menyuruh polis or sesape untuk menyiasat akidah sy..nak tau sebab pe???sebab sy tak rela sedikit pun orang memfitnah n memperkotak-katikkan akidah sy…inna qolbi haqqullah…inni akhafullah…walaupun sy msh belum melaksanakan keseluruhan tuntutannye,tapi,insyaallah,hati sy tetap pd allah…ya allah…peliharalah iman kami ini…bukakanlah pintu hidayah & taubatMu kpd diriku & orang yang telah terpesong akidahnye…aminnn

  20. peace says:

    salam semua..
    bayangkan jika anda mengalami situasi di mana anda menerima satu petunjuk dari satu kuasa yg anda tidak bolah halang..dan akhirnya anda keluar dari agama asal anda tanpa didorong oleh mana2 pihak lain..patutkAH anda dipersalahkan?renung2kanlah…

  21. hamba allah says:

    sesiapa murtad akan dibunuh !!!!!!!!!

    ???? ????

  22. Geadley says:

    Saya telah mengkaji selok belok islam & saya dapati bahawa islam tidak bersifat terbuka kpd penganutnya yg dah convert,berbeza dari kristian yg mengamalkan sikap terbuka terhadap penganutnya.Saya pernah mendengar kesaksian benjamin iaitu seorang melayu kristian yg mengatakan bahawa islam adalah sebuah agama penyembah berhala & mereka berada terlalu jauh dari Allah serta tidak boleh memanggil Allah sebagai bapa,sedangkan kristian boleh memanggil Allah sebagai bapa.Ramai anak2 melayu yg masuk kristian kerana banyak tanda tanya dalam islam yg tidak terjawabkan oleh para ulama sehinggakan mereka dengan rela hatinya berjumpa para rastor & mereka menemukan jawapan,tidak ada sesiapapun yg memaksa/menyuruh.
    To hamba allah: mengambil nyawa manusia itu adalah dosa dalam kristian walaupun berbeza kepercayaan,masing2 memiliki hak utk memilih.

  23. Geadley says:

    Marilah kita semua bersikap terbuka terhadap apa yg terjadi & kita sendiri tahu bahawa malaysia ni sebuah negara demokrasi.Nah….kalo terjadi macam ni,takkan pla nak marah dengan dia,tuan punya badan……

  24. indie says:

    halo…jangan lah berdebat pasal agama…dua2 agama tu sembah tuhan la…cuma cara kita menyembahnya saja lain….pikir kan lah balik…harmoni lah sikit….

  25. Insan biasa says:

    wahai sahabat2 smue..setahu sya, gereja tidak pernah mengajar orang untuk mengadali kesalahan ataupun menghukum orang..
    dalam kes Dato A’ buat kajian dari awal ‘kenapa’…

  26. razif says:

    Korang semua x tau pasal agama jangan bicara, belajar agama masing2 dalami dan jadi manusia yang bertaraf insan sebab manusia yang bertaraf manusia tiada beza nya dengan haiwan.

  27. puteri says:

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. islam dan kristian tidak sama. walaupun kristian menyembah tuhan juga. Aku tak suka org samakan islam dan kristian. Islam bukan penyembah berhala. penganut mana yg cakap tu? menabur fitnah tu baik ke dalam agama kamu. datuk A baru di uji sedikit tapi telah bergoyang imannnya. Iman yang nipis kerana lupa akan suruhanya atau mungkin takut akan mati.hanya datuk A yang tahu jawapan tersebut.Sebagai umat islam kita doakan agar datuk A tersebut kembali ke pangkal jalan. Semoga beliau sempat bertaubat sebelum hari kiamat.

  28. Orang percaya says:

    syabas!!!…diucapkan kepada Datuk A kerana telah memilih jalan kebenaran..janganlah berpaling balik menuju jalan yang lama..teruskan melangkah ke jalan kebenaran tersebut…cuba kita fikir secara matang..cuba kamu semua senaraikan ajaran agama yang ada mengatakan bahawa tuhan yang mereka sembah itu jalan kebenaran dan kehidupan??..hanya Yesus saja yang mengatakan “Akulah jalan kebenaran dan kehidupan…”..oleh itu, insaflah wahai umat “…” yang masih tercari2 jalan kebenaran…Tuhan Yesus sentiasa menanti untuk menerimamu dengan tangan terbuka..Jesus is the way, the truth n the life…AMEN!!!…

Powered by the people for the people