… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Malaysia yang memalukan.

Berita Harian 11-12-2006Tertarik dengan laporan berita harian hari ni (11-12-06), Muhammad Yunus dari bangla, sebuah negara yang dok jadi mainan tohmahan dan cacian terhadap rakyatnya yang mencari rezeki di sini, menang nobel dengan cara yang begitu mudah : menguruskan wang dengan bijak.

aku tak tau la kaya mana si mat yunuih ni, tapi mengikut laporannya dah ada bank. Bank Grameen. kaya la kot. aku penah tengok cerita dia ni di astro satu masa dulu sebelum menang nobel prize. humble saja orangnya. targetnya bukan nak kaya, tapi gunakan pengetahuan dia untuk betul2 bantu orang2 susah di bangla untuk memulakan kehidupan. ideanya mudah – orang miskin ada skill, orang kaya ada duit – gunakan kaedah mikrokredit untuk bagi bantuan. aku tatau sangat pasai mikrokredit ni. mungkin akauntan2 handalan kat sini boleh mentafsir sampai bebuih2 mulut. tapi konsep mikrokredit ni lah antara perkara yang dapat membantu penduduk2 miskin bangla untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

yang aku ingat, masa aku dok tengok rencana dia dalam astro, hati aku sebak. demi Allah masih ada lagi manusia yang sememangnya hidup bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi untuk masyarakat sejagat. yang menyebabkan aku lebih sebak ialah aku tak nampak sekoq manusia pun di Malaysia ni yang kaya, yang ada duit lebih banyak daripada mat yunuih ni, menang anugerah nobel sebab pandai menguruskan kewangan seperti mat yunuih.

yang kita ada di malaysia ialah pinjaman pelajaran, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan, pinjaman itu, pinjaman ini, yang secara mutlaknya adalah konvensional yang mana akhirnya nanti yang mendapat keuntungan ialah pihak yang dipinjam. ada MARA, tapi yang dok nampak UNDUR. ada bank pembangunan, tapi kertas kerjanya macam haram jadah. selagi tak bejanji dengan dakwat darah kat pegawai bank tu yang kalau pinjaman lulus, kita  bersumpah di atas kubur mak kita bahawa kita akan bayar balik – dengan segera – kat dia 10%, maka sampai ke sudah la tak dapat!

maaf kalau ada yang tesentuh di sini, tapi amat bodohlah segala bankers2 dan akauntan2 kita yang ada di malaysia ni, yang gah dengan ekonomi dan pendapatan perkapitanya, tapi haram sekoq pun tak pernah dapat anugerah nobel! bukan susah sangat. bukan suruh jadi miskin. bukannya akan rugi bejuta2 ringgit. orang mintak buat perkara yang paling asas saja. basic. saksamakan hak dan harta negara secara menyeluruh. tu saja! apa yang hangpa dok buat selama ni? pebesaq rumah? pebesaq kereta? pebesaq perut? pebesaq bini? yang haluih kuruih kering kat baling dengan sik nuh sapa peduli? Bersamamu? Tijarah Ramadhan?

aku tau ada bankers2 dan akauntan2 yang dah pikir perkara2 sebegini. kalau tak takkan la wujud MARA, bank pembangunan, bank pertanian, dan segala macam yayasan untuk membantu rakyat terpinggir. benda2 ni kalau dilihat dari sudut matlamat penubuhan memang sangat baik. dan kalau dibandingkan dengan matlamat penubuhan Bank Grameen, rasanya kita dah boleh menang nobel tahun 70 nuh lagi. tapi di mana kita sekarang? atau soalan lebih tepat – di mana duit2 tu disalurkan? jurang miskin kaya makin melebar dan malaysia masih tak ke mana. bak kata sorang penulis ostolia – orang sibuk kelola ekonomi, kita dok kalut berebut harta.

tapi bila ditanya balik pada menteri2, yang disalahkan semula ialah orang2 kita – melayu secara spesifik. dituduhnya kita kurang berusaha. pemalas. mengharapkan sabsidi. mentaliti tak kuat. dan seribu satu alasan yang memungkinkan mereka dilihat sebagai juara untuk mengubah perkara2 yang mereka sendiri cipta. hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa – pembahagian harta negara dibuat secara tidak adil. mengkayakan sekumpulan puak sehingga sangat2 kaya yang akhirnya meninggalkan yang miskin tercari2 haknya. kemudian dicampakkan angan2 pada simiskin bahawa merekalah yang boleh merubah nasib simiskin menjadi kaya seperti yang mereka2 telah dikayakan dahulu. dan hanya pada merekalah tempat simiskin patut mengadu.

hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa!

mereka sangat2 takut jika perkara seperti mat yunuih buat menjadi satu realiti. jurang miskin kaya dapat dirapatkan. jika ini berlaku, maka perjuangan mereka sudah tidak relevan lagi. maka kemanakah perginya orang2 yang sudah tidak relevan lagi? berehat di sri kembangan mungkin? mereka tidak mahu perkara ini berlaku, dan tidak mahu dilihat sebagai satu entiti yang tidak relevan. sebab tu yang dah pencen dok menyibuk dalam urusan kerajaan dengan mengondem apa yang boleh dikondem – hanya untuk dilihat sebagai masih relevan. dan yang kerajaan terus2an merompak harta negara secara diam2 hanya untuk terus2an membuktikan bahawa melayu masih merempat dan memerlukan bantuan – yang akhirnya menjadikan mereka masih relevan!

sebuah negara yang merempat di mata dunia berjaya diangkat martabatnya melebihi kita hanya kerena mereka membenarkan orang seperti mat yunuih ini untuk buat apa yang sepatutnya semua orang buat – berlaku adil.

dan sekarang ni aku jadi malu bila berselisih bahu dengan pekerja2 bangla. mereka sekarang boleh berbangga kerana walaupun mereka merempat rata, ternyata dalam kedaifan yang mereka hadapi, kerajaan mereka bersungguh2 untuk mengubah nasib mereka.

aduhai malaysia. malunya kita. lebih hina dari bangla!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Malaysia yang memalukan.”

  1. ainohikari says:

    blog ni nmpk cm kurang pengomennye tp sy rase pembacanye ramai..jd harap bleh truskan lg menulis.
    jazakallah

Powered by the people for the people