… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Pengguna yang bijak bermula dari kandang.

Tayar jimat petrol?

yang mana tak tau apa bendanya tu, suka aku terangkan bahawa ia adalah satu “tagline” sebuah iklan tayar dalam radio sekarang ni. iklan ni besungguh2 menerangkan kepada pendengar bahawa penggunaan tayarnya memang dijamin jimat petrol. bukannya sikit, tiga ghatuih lebih! aku tak tau la pulak sebulan ka, setahun ka, atau sumoq hidup, tapi jumlah dia tiga ghatuih! banyak tu!

mula2 aku dengaq iklan ni, dahi aku bekerut. tayar jimat minyak? ini konsep baru ni. besimpoi2 kepala aku lepaih tu pikiaq apa lagi aksesori kereta yang boleh jimat minyak? wiper? rim? stereng? ataupun tulisan2 gantung belakang cermin kereta yang dah jadi trend kat kl sekarang ni?

betoi ka tayar ni jimat minyak? mungkin betoi. sebab kalau tayar tu di”design” betoi2, kemungkinan cengkaman pada jalan lebih efisyen yang seterusnya dapat membantu kereta menambah lonjakan tanpa perlu menggunakan petrol yang lebih, sekaligus menjimatkan minyak. urmm.. logik.

kalau macamtu, aku rasa cuma tinggal beberapa hari lagi akan ada pulak iklan wiper jimat minyak. alasannya? design wiper yang aerodinamik akan memaksa aliran angin melalui bilah2nya yang kemudian membantu kereta bergerak lebih lancar sekaligus menjimatkan petrol!

wow! dan bayangkan pulak nanti pengeluar2 produk pewangi kereta juga menggunakan kaedah pengiklanan yang sama. pewangi kereta jimat minyak! rasionalnya mudah. pewangi kereta mereka akan mengeluarkan bau yang mengecas otak pemandu supaya memandu dengan lebih efisyen sekaligus menjimatkan minyak!

wuuhuuu!!!

kehebatan pengiklanan dan “marketing” dalam dunia sekarang ni dah sampai ke satu tahap yang mana intelektualiti pengguna bukan lagi menjadi satu sensitiviti. semuanya bermula dengan konsep air mineral. sapa penah terpikir air kosong boleh dijual dengan harga lebih mahal dari petrol? kalau tahun 60 dulu ada sapa2 dok pikiaq nak buat bisnes macam ni, nescaya percayalah dia akan mati kelemasan dalam percikan air liur masyarakat yang menggelakkannya siang dan malam! air ada di mana2. free of charge. pada masa tu kalau oder air suam kat kedai, tokey akan tarik muka masam sebab tak untung. tapi sekarang ni, air suam kat warung tepi jalan dah kena bayar dua kupang. bukannya pakai air suling ka air mineral ka… air yang sama yang depa pakai, dari kepala paip. tapi oleh sebab depa pikiaq kalau orang jual air sejuk dalam botoi bulih untung sampai lima ratus peratus, apa salahnya mereka ambik untung lapan ratus peratus?

of course la aku menambah2 saja bab peratus keuntungan tu. ia semestinyalah lebih dari tu. sapa boleh rugi jual air kosong?

berdetik dari situlah maka pengeluar2 produk telah dapat membuat satu kesimpulan yang jitu : pengguna akan membeli apa sahaja yang kita jual, sebab mereka bodoh.

konsep air mineral inilah yang merintis produk2 yang tak boleh ditermia dek akal, tapi mendapat sambutan yang menggalakkan. 

contohnya produk “air purifier” ka hapa bala tu, yang ada ayaq dalam mangkok duk pusing2 klip klap klip klap juai kat supermaket. katanya bulih mem”fresh”kan balik udara yang penuh dengan kuman2 sekarang ni. persoalannya :  bila masa udara tak penuh dengan kuman? apakah kita membuat kesimpulan bahawa di zaman dinaso dulu lansung tadak kuman sebab tu binatang2 masa tu boleh hidup sampai jadi besaq dinaso? adakah disebabkan tadak “air purifier” pada zaman dinaso dulu maka binatang tu pupus diserang oleh kuman-kuman dalam udara? dan kalau betoi alat ni bekesan, pasaipa tak pi pasang kat semua kandang2 ayam untuk elak selsema burung? sapa boleh habaq atau sukat peratusan kuman dalam udara sebelum dan selepas guna menatang tu? ada alat ka sukat kuman dalam udara yang boleh dibeli di kedai2 runcit atau kedai2 sensei? kalau kita pun tak tau camana nak sukat, paihtu jadah hapa yang kita dok pi beli natang ni?

dan sekarang ni pulak dok sibuk dengan “teknologi nano”. semua benda dah start guna “nano” dalam “tagline” produk mereka. baru2 ni aku ada beli “water heater”. aku tak kisah sangat apa benda yang dia ada, sebab yang paling penting bagi aku air yang keluaq dari mulut “shower” tu mesti panaih, dan “water heater” tu sendiri, dari segi kualiti produk dan penjenamaannya, mestilah, tanpa sebarang kompromi, merupakan produk yang termurah dalam kedai tu. tapi sorang “salesman” ni dok tekan kat aku tentang teknologi nano yang ada. katanya bersih la, air keluaq berkualiti la, baik untuk kulit la, kesihatan terjamin la, kekayaan melimpah ruah, dapat zuriat yang beriman, keluarga akan dipandang mulia oleh masyarakat, dan sebagainya.

OK, aku melebih2 saja bab kelebihan tu, tapi kalau aku jadi “salesman” tadi, pastinya itu aku punya “selling point”. biasalah, harganya agak lebih sikit. aku pun beli jugaklah, try. mana tau kot2 air yang keluar dari “water heater” ni betul2 dapat mengubah nasib aku menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang! tapi selepas tiga bulan pakai, yang aku dapat cuma temberang!

itu belum masuk lagi bab2 produk2 kecantikan yang ada “tagline” paling tak logik, tapi dijual bekarung2 seperti “krim anti penuaan”, “merawat penyakit tua”, “menghalang uban”, “melambatkan kematian” dan sebagainya yang tidak dinafikan  semakin mendapat tempat di mata masyarakat pengguna sekarang ni. ditambah2 lagi kalau iklan2 bergambar tu diselitkan pula muka2 mat2 atau minah2 saleh. lagi la terasa gahnya! seolah2 mat/minah saleh ni manusia paling bijak dan sofistikated dalam dunia!

tapi yang jelas apa saja yang dilambakkan di hadapan kita, pengguna, kita tetap dan akan pasti membelinya. letak sajalah apa jenis “tagline” daripada logik, kepada yang paling tak masuk akal, kita tetap akan terus membeli.

sebab, sebagai pengguna, kita juga ada tagline kita sendiri. dan tagline kita berbunyi : “MMMmmmmoooooooooOOO”!!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

7 Responses to “Pengguna yang bijak bermula dari kandang.”

  1. sarip dol says:

    tak lama lagi akan ada ubat ketiak jimat petrol sebab bila pemandu tu boh ubat ketiak ni, dia akan kurang mandi sebab bila mandi, kereta kena berenti dan lagi banyak mandi, lagi banyak kena berenti dan lagi banyak keta tu guna minyak lepas start balik. Jadi ubat ketiak ni memang menjimatkan petrol.

  2. ainohikari says:

    haha, best best artikel yg menarik

  3. ainohikari says:

    bro matkeri, bleh ciplak entry bro punyer tk.
    onegaishimas

  4. justicecrewB says:

    mmg ak dak nafikn hang pya entry mmg ganas dan hebat!cuma stu ak dok pikiaq d dlu lg. hang pya entry ni hang bwt sindri ka, atau ad amek oghang lain pya? pasai ap,ak cm ad pnh bca kt mna2 entry hang yg tjk MOHAMAD YUNUIH tu…

  5. admin says:

    setiap artikel yang disiarkan di sini disertakan bersama penulis asal dan pautan kepada laman web asal. ini memudah dan menggalakkan pengunjung untuk menyalin dan menggunakannya di mana2 saja yang mereka suka (lihat “About Us”).

    artikel matkeri ditulis sendiri oleh beliau. jika ada persamaan dengan tempat lain, mungkin nama dan laman web ini telah dikeluarkan dari salinan artikel asal.

    sekian, untuk makluman.

  6. 2008 bmw coupe m3…

    ha-rd-po-rn-fu-ck 2667101 2008 bmw coupe m3 intro…

  7. mazda san francisco…

    ha-rd-po-rn-fu-ck 2667101 Value information about mazda san francisco…

Powered by the people for the people