… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Rakyat Bangkit! Pak Lah Menggelabah..

Belum pernah dirasai lagi semenjak era reformasi ketegangan yang melanda Malaysia khususnya ibu negara berikutan keghairahan Pak Lah menaikkan harga minyak ke paras yang tidak masuk akal. Belum pernah lagi Pak Lah rasai serangan bertubi-tubi hatta sewaktu BN menang dengan undi hantupun penentangannya tidak begini. Benarkah kebangkitan suara-suara rakyat ini telah membuatkan Pak Lah menggelabah?

Jawapannya: Memang benar! Tatkala awal perancangannya, beliau menjangkakan bahawa ia sudah pasti satu lagi episod “naik minyak”. Harga minyak naik, rakyat mengeluh. Kerajaan explain, rakyat angguk. Kerajaan alih perhatian, peniaga dan pengusaha jadi sasaran. Dua minggu kemudian rakyat akan kembali ke hidupan harian macam orang baru bangun dari pengsan, lupa segala…

Tetapi kali ini tidak begitu. Nampak gayanya rakyat kembali melepaskan rindu. Skil berdebat dikedai kopi, tepuk meja di pejabat, melayari internet kembali panas. Alasan-asalan lapuk dan tidak masuk akal oleh Pak Lah hanya menjadi bahan lawak jenaka yang tidak kering gusinya. Pak Najib yang cuba mencuri “pengaruh politik” dengan cuba kedepan untuk memberi jawapan pada malam kenaikan harga tepuk dahi kerana strategi tidak mengena. Senget duduk beliau jelas tidak selesa apabila menjawab skrip soalan bocor yang telah sedia beliau hafaz sejak petang tadi.

Balachi UMNO tenganga kerana sangka mereka yang tidak mengundi BN saja akan terkena tamparan kenaikan harga minyak itu. Hendak tidak hendak, seperti biasa angguk saja namun mulut tetap ternganga kerana kelabu matanya memikirkan bajet bulanan bagaikan nafas dihujung nyawa.

Rakyat Marhain memang geram apabila kabinet lama di”sambung kontrak” sekali lagi oleh Pak Lah yang tiada jati diri. Isu penghinaan jujungan besar pula dihukumnya diseberang sana, dimaafkannya si kroni. Rakyat geram lagi. Diperamnya lagi isu MRR2, banjir dibandaraya, kesesakan bagai neraka, air najis dimuara dan pelbagai lagi. Rakyat semakin geram meninggi. Nah, dihadiahkannya pula kenaikan harga minyak tidak berbelah bahagi. Rakyat kata, “potong gaji, mai turun isi minyak sendirilah Pak Menteri kalau berani…!!!

Selepas ini, rakyat marhain tahu lagi taktik lapuk-taktik basi akan dihidangkan lagi. Peniaga dan pengusaha akan diserang beberapa hari. Thailand, Singapore Filipina akan terus menjadi bandingan. Big Foot pula sudah pasti akan terkorban angkara cuba menyeludup minyak ke sempadan. Parti pembangkang bukan halangan demi pembangunan Pak Lah rela dia tidak dipopularkan….. chaittttttt peeeeeeeeegiiiiiidahhh!!!

“SalatinSaladeen”
http://jahilGoBlog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people