… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Antara Microsoft dan Alternatif.

aku tak tekejut kalau aku balik kampung kali ni, paklang aku yang menanam kat padang sanai atau toktam aku yang dok menoreh kat paya mengkuang memulakan perbualan dengan bertanyakan tentang Windows Vista. produk terbaru keluaran Microsoft untuk menggantikan sistem operasi komputer mereka yang ada sekarang – Windows XP. ini kerana keglemeran Windows dan kepesatan teknologi komputer telah berjaya menerobosi sempadan intelektual masyarakat di malaysia. komputer bukan lagi barangan mewah, tapi dah jadi barang keperluan seperti rumah, pakaian dan astro. semua orang dah ada dan semua orang yang takdak seolah2 berasa hidupnya tak cukup lengkap.

paklang dan toktam aku merupakan antara orang kampung yang tak terlepas daripada arus kemodenan teknologi ini. semuanya kerana mereka sedar bahawa anak2 mereka memerlukannya, dan dengan kemudahan internet maka maklumat yang boleh dicapai secara cepat. disamping untuk mereka mendonlod gambar2 porno.

tetapi yang lebih menariknya lagi ialah bilanama teknologi komputer ini disinonimkan tanpa prejudis dengan Microsoft Windows. sistem operasi komputer yang menjadi dominan di seluruh dunia. satu2nya produk yang menjadikan microsoft – bill gates terutamanya – seolah2 telah berjaya mengawal dunia. masyarakat melihat bahawa hanya Microsoft sahajalah yang mampu menggerakkan sistem komputer mereka. ramai lagi yang masih belum sedar dan tahu bahawa terdapat beberapa alternatif sistem pengoperasian selain daripada Microsoft Windows. sesetengahnya telah mula sedar dan mula mengambil tahu, terutama mereka yang berada di bandar2 yang mana pengenalan teknologinya lebih cepat dan hampir. tetapi pada paklang dan toktam, hanya Microsoft sajalah yang depa tau.

pengenalan windows vista di awal tahun ini menggegarkan lagi pentas komputer peribadi. dengan bermodalkan user interface yang dikatakan menarik, lain daripada sistemnya terdahulu, microsoft menjangkakan jualan sehebat windows xp semasa diperkenalkannya lima enam tahun dahulu. dan untuk memaksimumkan penggunaan vista, microsoft meletakkan keperluan minimum komputer pada tahap paling maksimum. apa maksudnya? maksudnya ialah untuk menggunakan windows vista dengan user interface seperti yang diiklankan, komputer anda mestilah mempunyai spesifikasi komputer yang sama dengan sebuah mainframe yang mana harganya tidak melebihi daripada 30 tahun pinjaman bank. (penggunaan akaun ke dua tidak dibenarkan.)

bukan sahaja user interface yang cantik, microsoft juga menjanjikan sistem keselamatan yang lebih ketat, penggunaan perkakasan yang lebih efisyen, lebih user friendly, dengan aplikasi2 sokongan standard yang tak mampu disediakan oleh sistem pengoperasiannya yang sedia ada – windows xp.

dan yang lebih penting, ianya akan menjadi lebih stabil daripada windows sebelumnya yang mana sebelum ini pengguna terpaksa format semula windows setiap enam bulan sebab ianya dah mula tak stabil, disamping serangan virus yang banyak. tetapi dengan vista, kemungkinan besar bukan lagi enam bulan, tetapi tujuh bulan. sebulan lebih untuk kestabilan sistem operasi anda! itulah kesungguhan microsoft.

untuk memudahkan semua orang memiliki windows vista, daripada golongan berpendapatan rendah seperti paklang dan toktam aku kat kampung, sehinggalah yang berpendapatan sama dengan bill gates seperti george soros, sultan brunei dan sammy vellu, microsoft memperkenalkan empat jenis vistanya: home basic, home premium, vista corporat, vista for pak lah. sorryla, aku tak ingat sangat apa versinya, tapi memang ada empat yang mana harga dan spesifikasinya berubah2. tapi semuanya menjanjikan satu benda yang sama : anda kena beli!

setakat tulisan ni ditaip, dah ramai yang aku jumpa mula berhasrat untuk bertukar kepada windows vista. cantik katanya. disamping keselamatan yang lebih ketat. ada juga yang nak upgrade sebab tamau dilihat ketinggalan walaupun komputernya hanya digunakan untuk main solitaire. pendek kata, microsoft berjaya sekali lagi untuk meyakinkan pengguna untuk membeli produk mereka sekali lagi.

tapi persoalan yang aku cuba nak bangkitkan dalam tulisan aku yang dah melalut ni ialah : adakah microsoft windows saja sistem operasi yang paling layak digunakan oleh pengguna? adakah kita sebagai pengguna tadak alternatif lain? adakah kita tak pernah sedar, atau sengaja tak mau sedar bahawa semenjak sistem operasi MS-DOS sehinggalah ke Windows 3.0, ke Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows XP masalah keselamatan terutamanya virus, worms dan trojan semakin meningkat? yang ironinya ialah setiap versi windows yang diperkenalkan oleh microsoft, ianya menjanjikan keselamatan yang lebih hebat, dan setiap kali itu jugalah ianya terpaksa memperkenalkan sistem windows terbaru untuk membaiki sistem keselamatan yang dikatakan hebat sebelumnya!

aku tau pasti yang ada pembaca yang menjawab “teknologi makin canggih, mestila kena update selalu”. aku setuju. tapi korang tau dak ada sistem operasi lain di luar yang tak perlu diupdate setiap lima tahun sekali semata2 untuk menjamin keselamatan? korang tau dak ada sistem operasi lain yang lebih murah kosnya, lebih stabil sistemnya dan lebih telus konsepnya? korang tau dak ada sistem operasi lain daripada microsoft yang semakin mendapat tempat kerana mampu melaksanakan tugas2 microsoft windows, dan melaksanakannya dengan lebih baik. korang tau dak ada sistem operasi kat luar sana yang boleh dikatakan lansung tadak virus!???

atau korang memang bengap tamau ambik tau sebab korang ingat semua orang tak tau?

sekarang ni terdapat banyak sistem operasi alternatif selain microsoft windows. Linux misalnya, merupakan sistem operasi termurah di pasaran. kos untuk memiliki linux ialah RM0.00! lebih stabil dan diakui oleh dunia bahawa sistemnya lebih telus dan boleh dipercayai. sistem keselamatannya lansung tidak boleh ditandingi hatta oleh microsoft windows enterprise server 2003! dan dengan menggunakan sistem alternatif seperti linux ini, kita tak perlu menjahanamkan duit poket untuk membeli pelbagai jenis versi untuk pelbagai jenis kegunaan. dengan satu versi saja kita mampu untuk menggunakannya untuk pelbagai jenis kemudahan – dan yang penting ianya percuma!

nah, ada yang kata Linux tu free, dan barang free mana mungkin elok. dan aku nak tanya udara yang hang sedut tu kena bayaq ka? kalau tak bayaq, pasaipa dok sedut juga? bukanka tak elok? dan kalau tak suka barang free, boleh beralih pada Apple. sistem operasi lengkap dengan perkakasan yang semakin mendapat tempat sekarang. user interfacenya bukan kepalang hebat sampai ditiru oleh microsoft sendiri. hebatnya Apple ni sampai si bill gates pun beli sahamnya.

dan balik semula kepada tujuan asal penggunaan komputer tu sendiri. tujuan utama kita guna komputer ialah sebagai medium untuk memproses input kita kepada output yang kita nak. selama mana outputnya menepati dengan kehendak kita, apasaja jenis prosesnya sepatutnya tidak menjadi persoalan. kerana cara memprosesnya banyak, dan pilihannya banyak. bukan microsoft windows sahaja yang mampu memproses input kita menjadi output sepertimana yang kita nak, tapi banyak lagi sistem lain, yang lebih stabil, yang lebih maju, dan yang paling penting, yang lebih selamat untuk digunakan bagi memproses input kepada output yang kita kehendaki. kita hanya perlu belajar untuk menggunakan media pemproses itu tadi, itu saja. dan segala2nya telah dipermudahkan untuk kita sekarang, biar apa jenispun sistem operasi yang kita gunakan, yang penting ialah keselamatan proses dan outputnya.

jadi kepada pengguna2 komputer di luar sana. adakah korang akan terkinja2 berlari ke kedai komputer untuk menjahanamkan duit kalian dengan membeli sistem pengoperasian yang baru ini, yang kemudiannya akan mendatangkan masalah kepada kalian di kemudian hari seperti sitem2 operasinya terdahulu, atau mula berfikir untuk mendapatkan sistem alternatif yang lebih murah, telus dan paling penting, selamat untuk digunakan?

microsoft memperkenalkan sistem pengoperasian terbarunya setiap lima tahun sekali. dan setiap kali itulah kita terpaksa menjahanamkan duit untuk mengupgrade komputer hanya untuk kelihatan seperti kita mengikuti peredaran zaman. dan setiap kali itulah pemilik microsoft – bill gates – menjadi bertambah kaya hasil daripada jualan sistem operasinya yang tak pernahnya selamat dari dulu sehinggalah sekarang – tetapi terus2an melambakkan janji2 kosong yang harganya dibayar dengan duit dari titik peluh kita.

kita gembira untuk terus bersama microsoft selama ini kerana dijanjikan user interface yang baru walaupun secara dasarnya masih lagi bergantung kepada aplikasi2 lama seperti notepad, wordpad, paint, calculator dan sebagainya sebagai “hadiah aplikasi percuma” dengan sistem operasinya yang “baru”. kita gembira kerana microsoft tidak pernah lekang dari janjinya untuk menyediakan sistem operasi dengan keselamatan yang lebih baik daripada yang terdahulu, walaupun kita tahu, sebulan selepas itu sistem kita akan kembali semula merangkak2 dan hang setiap lima minit – kembali seperti asal.

kita cukup gembira untuk mengkayakan bill gates ni, hanya kerana untuk terus bersama2 tidak ketinggalan dalam dunia komputer.

sedangkan kita tak mahu sedar bahawa alternatif kepada microsoft sedang mendapat tempat di hati pengguna2 komputer yang lebih celik hatinya dan lebih pintar akalnya.

kita tak akan sedar kerana setiap sistem operasi yang disediakan oleh microsoft, kita telah dilalaikan oleh hiburan yang tak boleh kita elak, dan tak dinafikan sangat asyik dan melalaikan.

dan hiburan tu ialah : solitaire.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Antara Microsoft dan Alternatif.”

  1. justicecrewB says:

    bagoss…
    hang mmg baguih…
    masalahnye aku cukup yakin,amat yakin,mengalahkan HAKAN YAKIN (ap ni?) bahawa amatlah sikit orang yang bace hang punye post…pasai apa aku cakap camni? sebab da belambak post hang kat tempat laen, orang laen baca dan tak sorang pon tau yang originalnye adalah hang punya writing…tapi takpa, aku tolong hang sampaikan kat malaon luaq sana yang dok sebok ngan frenster dan myspace biaq depa bukak mata,pasang telinga pasai keadaan donia la ni!kalau aku x copy hang punya, aku habaq kat oran laen suroh depa bukak blog hang ni. atau cagha yang lebeh mudah lagi, aku sendiri ceghita kat depa isi blog hang ni. apa1 pon, tulih blog hang lebeh kerap lagi.

  2. GLid says:

    Suatu msg yang bagus..saya sendiri memilih alternatif. sila lawat blog saya untuk mendapatkan maklumat mengenai Apple di mana saya memberikan maklumat mengenai apple dan perisian yang digunakan oleh Apple

  3. zack72 says:

    CIKGU…oh..CIKGU..
    Aku minat gak nak tau pasai linux ni.Tapi maklumla aku kenai komputer terus kenai window.Banyak soalan pasai linux ni sampai jadi celaru nak mula kut mana.so dalam bebanyak soalan aku hang tolong la jawab soalan bodo kat bawah nie dulu la.
    KALAU AKU PAKAI LINUX BOLEHKA AKU:-
    1. MAIN COMMAND N CONQUER KANE EDITION.
    2. PAKAI MICROSOFT OPIS (MICROSOFT LAGI)
    3. PHOTO EDITING CAM PHOTOSHOP,PICASA
    4. VIDEO EDITING CAM VEGAS,PREMIER,PINACLE
    5. 2D N 3D DRAFTING CAM MAYA,3D STUDIO,AUTOCAD
    Aku dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
    aku search jugala. Linux ni, masalahnya cikgu english aku mati cepat. so aku x khatam. So aku nak juga cari cikgu melayu senang cakap.

Powered by the people for the people