… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bila perasuah bercakap soal rasuah…

Utusan Malaysia… hari ni, najib ulas pasai rasuah.

aku tertarik dengan statement glokalnya yang berbunyi :

“…kerajaan tidak terpengaruh dengan sebarang kaji selidik yang menggambarkan indeks rasuah di negara ini semakin tinggi.”

alasannya cukup mudah :

“…indeks rasuah tersebut menggunakan metodologi yang tidak diketahui sedangkan kerajaan telah lama berusaha keras memerangi jenayah rasuah daripada berleluasa…”

ni.. kalau kat sekolah dulu, cikgu aku gunakan penyataan yang aku petik tadi untuk dicontohkan kepada perlakuan “bodoh sombong”. dia tak mengaku kata dia tak reti, dalam masa yang sama, dia tuduh kata orang lain pun tak reti. maka jadilah dia kelihatan sombong dalam keadaan yang amat bodoh.

contoh dia tak reti, dan dia kata orang lain tak reti

“Banyak perkhidmatan seperti ini ada dalam pasaran dan kita tidak tahu kaedah metodologi yang digunakan…”

kalau tadak kaedah metodologi, mana datang kesimpulan? nak pegang pada apa? kalau ada kaedah dan metodologi, takkan tak diberitahu untuk memperkemaskan fakta dan kesimpulan yang dibuat? kalau dah kata “ada dalam pasaran”, maksudnya kena beli. takkan kita cuma beli satu perenggan saja :

“Tun / Tan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Tuan,

Laporan penuh indeks prestasi rasuah di Malaysia

Adalah ini dilaporkan bahawa indeks rasuah di Malaysia semakin meningkat. Sekarang di tahap ke 7 daripada 10 tahap.

Sekian, Terima Kasih”

– HARGA RM40,000.00.

GILA KAA???

ni apa jenih manusia yang kelaku bangang sampai ke tahap ni? aku tak marah sangat si glokal ni nak buat statement hapa pun, tapi yang aku hangin bila dia jawab seolah2 manusia yang hidup di tanah melayu ni tadak kepala hotak lansung! dia ingat apa benda yang dia cakap semua rakyat akan telan bulat2.

hang jawab la bagi nampak terer sikit. bagi nampak kemaih sikit daripada pak lah nuh. jawabla bagi ada style sikit. bagi nampak glokal sikit. ni adaaa ka jawab lagutu?

atau mungkin dia pun dah tadak alasan apa kot? dengan rasuah semakin menjadi2… dengan pak lah dok gheja lena dalam miting, dengan pembangkang dok gheja cucuk altantuya keliling pinggang dia, dengan rosmah yang dah rasa jadi “first lady”, dengan kronisme dan nepotisme yang diamalkan oleh dia sendiri dalam kerajaan sekarang (lamaaa dah tak dengaq kronisme & nepotisme ni… rindu pulak nak sebut), dan dengan dia sendiri didoakan oleh semua manusia di atas tanah melayu ni sebagai pemimpin yang diharapkan tidak menjadi perdana menteri…. mungkin itu sajalah alasan paling selamat yang terfikir olehnya.

rasuah merupakan satu isu serius. kalau dia sendiri akui tengah melaksanakan langkah2 yang bersesuaian untuk menangani gejala rasuah, dan dalam masa yang sama ianya terus2an meningkat, dia seharusnya mempertimbangkan laporan dari pihak lain untuk meneliti dan menilai semula keberkesanan program “anti rasuah”nya. bukannya teghuih lempaq ke tepi semua laporan2 yang bukan datang dari dalam kerajaan. kalau dia tamau dengaq cakap pembangkang sebab katanya pembangkang hanya dok cari salah dia saja, apa halnya cakap2 dari orang yang lansung tadak kaitan dengan kerajaan tanah melayu ni?

kalau cakap semuuuuaaaa orang hang tamau dengaq, hang nak dengaq cakap sapa? cakap pak lah? bila masa paklah nak becakap kalau dia asyik dok lena? cakap rakyat? sapa nak dengaq? sami belu sendiri mengaku dia tak tau pun rakyat bantah kenaikan tol sunway sebelum dia “cadang”kan pada kabinet untuk menaikkan harga… sedangkan  ada rakyat yang kenyang makan but FRU membantah kenaikan tu!

nilah sindrom “denialisme” yang ada dalam kerajaan.. dan ia menjadi bertambah2 teruk dan memualkan rakyat bawahan macam aku. bukan setakat nak terjeluak saja.. tapi dah nak termuntah!

tapi dalam pada masa yang sama.. aku jugak pelik. ketika bukti mengenai penyelewengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pak2 menteri semakin hari semakin hebat diperkatakan, sokongan kepada mereka tak pernah nampak lunturnya. dalam mereka “memperhebatkan” serangan terhadap rasuah yang hasilnya bukan menurunkan, tapi menaikkan lagi indeks rasuah, “rakyat” masih lagi mengangguk membenarkan sebarang penyataan “denial” dari kerajaan. dan dalam lenanya pak lah dalam setiap mesyuarat, dan “saya tidak tahu menahu” dah meniti di bibir mulutnya setiap kali isu dibangkitkan, rakyat masih lagi yakin tentang kehebatan dan kegemilangan pemerintahannya sekarang.

aku tak tau nak kata sapa yang bangang sekarang ni. adakah rakyat? atau pak2 menteri? atau pembangkang yang tak pernah penat membetah?

tapi yang nyata tidak bangang sekarang ini ialah pak lah.. kerana dalam tidur pun dia masih boleh memerintah…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Bila perasuah bercakap soal rasuah…”

  1. justicecrewB says:

    assalammualaikum…
    ak nk tau cam na hang mskkn video kt blog hang?
    mksd ak, video yg autoplay kt ataih nu.bkn video yg kte kne klik…

  2. admin says:

    edit template wordpress bahagian sidebar. copy dan pastekan coding

  3. justicecrewB says:

    sori la…
    tp ak x brapa paham la…
    ok la,ksi sng keja hang skt…
    hang bg step by step ak nk copy video ANWAR tu kt page ak.
    ak right click kt hyperlink “LIHAT VIDEO” pstu copy die pye URL jadi ka?

Powered by the people for the people