… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Ayah Yin.

Aku tak bulih nak tipu bahawa aku sedikit mengalirkan air mata bila baca statement berikut dalam Utusan Malaysia hari ini :

UTUSAN: Anak-anak kamu sukakan Yusof?

Noor Shida: Kelima-lima anak saya sukakan Yusof terutama yang bongsu tadi. Pagi ini, apabila bangun tidur, Shahida tanya ke mana Yusof pergi.

UTUSAN: Apa kamu jawab?

Noor Shida: Saya cakap ibu bapanya telah datang ambil.

UTUSAN: Apa permainan Yusof sepanjang di sini?

Noor Shida: Setiap hari, Yusof akan main pasir dan besi-besi buruk yang dibawa pulang oleh suami saya.

UTUSAN: Kamu rindukan Yusof?

Noor Shida: Rindu. Sebab saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.

Berita sorang budak hilang ni dah jadi isu nasional minggu lepas. daripada mat2 rempit, sampai la ke menteri2 dan pegawai2 atasan polis masing2 berganding bahu mencari dia pagi petang siang malam. habih kedai2 kopi dan tiang2 talipon ditampal dengan muka budak ni. tak kurang juga dermawan dan hartawan yang berganding bahu berlumba2 nak bagi duit kepada sapa2 yang berjaya pulangkan yin, nama budak yang hilang ni tadi, ke pangkuan mak ayahnya yang merinduinya.

first time aku dengaq berita ni, kepala hotak aku dah sedikit celaru dengan pertanyaan demi pertanyaan tentang perilaku mak ayahnya. dikatakan anaknya hilang kat sogo. untuk mereka yang tinggal dan menetap di kuala nerang atau hutan kampung dan tak pernah tengok pekan yang lebih besaq daripada pokok sena ataupun langgaq, ingin aku gambarkan bahawa sogo adalah sebuah pusat membeli belah yang terletak di tengah2 kotaraya kl yang mana kalau hari minggu – terutamanya kalau ada sales – kawasan tu kelihatan seperti sedang dikerumuni oleh manusia2 yang berpusu2 melarikan diri dari medan peperangan!

sogo. aku sendiri pun boleh hilang arah kalau tak kena gaya.

jadi, bila yin dilaporkan hilang di sogo, hati aku tesentap. apa punya jenih mak ayah yang boleh dok beshoping sampai lupa anak dia dok tang mana? budak tu bukannya hilang sekejap. dah keluaq dari sogo, dah nak lintas jalan! aku tatau bila pasangan ni sedaq anak dia hilang. mungkin dalam perjalan balik ke ipoh kot. atau masa dah sampai rumah dan dok punggah barang belian kemudian baru sedaq yang depa terlupa beli kasut baru kat yin, dan pada masa tu la depa baru terpikir “..eh, mana yin?”.

aku tatau time bila depa perasan. tapi aku rasa kurang selesa dengan situasi macam ni.

walaubagaimanapun aku tak tolak bahawa benda ni boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang teramat cuai. tetapi nasib ayah yin ni baik, kerana kecuaiannya berlaku ketika Malaysia sedang dilanda demam pilihanraya umum. jika tidak, mungkin mereka boleh melupakan terus masalah terlupa beli kasut baru kat yin tu tadi, kerana sepertimana masalah orang2 hilang yang lainnya, sudah pasti masalah mereka juga akan dijadikan kes2 terpencil dalam fail siasatan kerajaan.

aku mengikuti berita ayah yin ni dengan penuh minat. dan perkara yang aku tak boleh lupakan ialah bila dia berjanji depan rakyat malaysia bahawa dia akan memaafkan dan tidak akan mengambil apa2 tindakan kepada mereka yang memulangkan anaknya. dalam pada masa yang sama, dia juga mengumumkan bahawa terdapat individu2 yang berjanji untuk memberikan ganjaran duit kepada sesiapa yang memulangkan anaknya.

akhirnya yin diserahkan semula oleh pasangan myanmar. pasangan yang tinggal di tempat yang boleh dikategorikan sebagai stor simpanan barang itu tadi kini sedang mengikuti proses untuk dibicarakan berkaitan sendiket mengemis. atau lebih tepat lagi, mereka ini disyaki memaksa yin untuk mengemas, dan mempunyai mala fide dengan menyimpan yin.

sebelum tulisan ni diteruskan, aku nak bagi clear bahawa aku menentang segala bentuk perancangan terancang kumpulan peminta sedekah tak kira had umur dalam usaha mengaut keuntungan yang cepat. full stop.

setelah yin berada dipangkuan ayah yin, dan suluhan lampu kamera menerangi muka2 mak menteri dan jugak pegawai2 keselamatan atasan, nada ayah yin mula bertukar. daripada memaafkan kepada prejudis dan seterusnya membuka laporan untuk membenarkan siasatan terhadap keluarga myanmar tadi.

laporan demi laporan ke atas keluarga myanmar tadi lebih berbaur prejudis. salah satu soalan menarik yang ditanyakan kepada keluarga ini tadi ialah kenapa mereka tidak melaporkan kepada polis, dan – memetik dari laporan um – mereka menjawab – dan aku quote directly – “Saya hendak hantar Yusof ke balai polis, tetapi tidak tahu caranya bagaimana”.

bagi aku itu adalah satu statement yang sangat jujur datang daripada warga asing. kenapa aku kata statement jujur? sebab kita sendiri pun tak tau kat mana balai polis yang berdekatan dengan rumah kita! kalau pun kita tau, sapa2 yang pernah pi buat report kat balai polis mesti tak pernah terlepas daripada pengalaman “disoal seperti orang salah”! rumah kena rompak? “kenapa encik tak kunci elok2? kenapa encik tak bukak lampu? kenapa encik tak beritahu jiran? kenapa encik nak menyusahkan saya tengah2 malam ni menulis report untuk encik sedangkan gaji saya tak penah naik?”

habis bab polis, ayah yin pulak dalam akhbar yang sama hari ni dok belek kaki anak dia. kudis katanya. syak yang kemungkinan anak dia dah start dijadikan pengemis. mintak siasat supaya tak jadi benda yang sama pada orang lain.

soalan aku : mana dia kemaafaan dari hang sewaktu hang tengah susah dulu? mandia sifat kemanusiaan yang ada pada diri hang ketika hang menyesal dengan kealpaan dan kecuaian hang semasa beshopping di sogo sampai hilang anak dulu? manadia janji hang sebagai orang Islam!

myanmar ni tadi ambik, bela, bagi makan dengan apa yang dia mampu. mereka tak mampu bersekolah, tak dihiraukan oleh sesiapa. dicampak dari bumi myanmar ke tanah melayu, merempat tanpa diberi pembelaan sewajarnya – tetapi masih berhati perut untuk menjaga, memandikan, memberikan makan sedang mereka sendiri tak mampu untuk menyediakan kemudahan ke atas diri dan keluarga mereka. dan apa yang ayah yin harapkan lagi pada keluarga seperti ini? menatang anak mereka dengan mandian dan wangi2an dan menjamu makanan berkhasiat untuk yin sedangkan mereka sendiri tidak tahu nasib mereka di esok hari? apakah ayah yin mengharapkan mereka ini akan memakaikan yin dengan pakaian2 berjenama dari sogo dan menyediakan permainan2 malah dari toys r us sepanjang yin di bawah penjagaan mereka?

MEREKA ADALAH PENGEMIS! dan pengemis ini – yang saban hari hidupnya dihina, diludah, dihalau, dilayan seperti kucing kurap – sanggup berkongsi rezeki yang tidak pernah cukup untuk mereka, demi untuk memastikan yin terus hidup, terjaga dan terpelihara. di mana hati perut hang, ayah yin, sehingga sanggup prejudis sebegitu rupa?

bukankah sekarang menjadi tanggungjawab hang membalas budi mereka menjaga yin dengan memastikan mereka pula mendapat pembelaan sewajarnya? sekurang2nya memastikan, kalau pun tidak keseluruhan komuniti myanmar yang ada di situ, paling tidak keluarga pengemis ini sahaja diberikan tempat di jabatan kebajikan masyarakat untuk mengubah nasib mereka. ataupun membantu menyekolahkan anak2 mereka nanti. atau paling tidak membetulkan stor usang yang menjadi tempat mereka berteduh.

mereka menjaga, memberi makan, dan membelai yin dengan seadanya, dan ini ucapan terima kasih hang terhadap mereka? memersampahkan mereka yang telah sedia disampahkan oleh masyarakat? menambah kehinaan mereka yang telah sedia dihina oleh masyarakat seperti hang?

ayah yin. hari ni hang gembira sebab telah berjumpa dengan anak hang yang hilang. kembalilah dia semula dalam keluarga yang begitu merindui dan menyayanginya. peluklah dia, dan belailah dia seadanya. jagalah dia dan jadikan ini iktibar supaya hang tak hilangkannya sekali lagi nanti.

bergembiralah dengan benda yang hang telah berjumpa. walaupun secara tak sedarnya hang lansung tak peduli dengan satu perkara lagi yang hang sengaja hilangkan.

hang telah hilang maruah dan harga diri ke atas janji seorang saudara kepada saudaranya yang lain. mungkin inilah kesannya jika terlalu banyak dilimpahi lampu kamera dan ucapan tahniah tangan2 lembut pak2 menteri yang hidup mereka tidak pernah merawat kudis di kaki anak yang terpaksa membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki demi untuk meneruskan hidup di kemudian hari.

inilah realiti…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

57 Responses to “Ayah Yin.”

  1. MarcosSakos says:

    kalau mereka ini pengemis, tentu mereka perayau jalanan dan naiflah anda kalau percaya mereka tak tahu mana balai polis. sesiapapun tidak boleh menyimpan anak orang sehingga 15 hari tanpa di ragui niat dan motif sebaliknya. walau pun mereka pengemis dan mungkin kurang cerdik tapi mereka pasti punya perasaan. anak ini bukan bayi terbuang pasti ada ibu dan ayahnya yang mencari dan merinduinya. 15 hari itu terlalu lama untuk tidak berbuat apa-apa. ini mungkin crime of opportunity, jumpa budak bawah umur berpeleseran keseorangan, simpan dan bawa balik. kalau tiada sebarang kekecohan luar biasa, jadikan saja pengemis. ini satu kemungkinan yang harus di siasat bukan mereka di lepas begitu saja dengan alasan harus berprasangka baik dsb.

  2. oKLAh…saya ni buka nak bela sangat ayah yin…cuma prejudis tentang org myanmar itu.
    1. kenapa dibotak kepala-mungkin tak nak bagi org kenal kot…katanya ada demam campak…pastu hantar klinik..tapi tak berapa ingat klinik tu…(bukannya apa kalau beritahu klinik ..org akan pergi tanya doktor )..pastu beritahu pulak doktor itu dah balik myanmmar. Jawapan yang tak lojik
    2. Kenapa hampir 2 minggu baru nak kembali…oklah gadis itu tinggal di malaysia usianya sejak 4 tahun…pastu besar..dan berkahwin..takkan tak tahu.. balai polis.
    3. kata TV tak ada..tak kan dok lama di Msia…TV tak dok..TV sekarang murah RM 200 dah dapat dah..
    4, Kenapa kaki mengelupas…
    5. Sekarang polis siasat anaknya…kalau bukan anaknya..bermakna memang ada tujuan disebaliknua
    6. Lakinya selalu keluar untuk cari besi buruk..tak tak terpandang poster.
    7. Kalau kita jumpa anak orang..dan melebihi 3 hari kita berasa kurang senang…pastu mungkin kita akan tanya pendapat orang, dan mungkin orang akan suruh kita serahkan kepada polis. Lainlah kalau kita memang nak anak itu..kita bawa lari aje.

    Ginilah… kalau perempuan itu ada sindiket tentang budak2…maka ini mungkin satu pengajaran daripada Allah untuk dia menginsafinya.

  3. Saya pun bukan nak bela sangat ayah yin..tu

    Ayah yin…memang tak ambil tindakan…tapi polis…menahan dia kerana soalan2 yang dikemukakan…jawapan meragukan..dan banyak jawapan yang tak logik

  4. chubby says:

    Saya juga agak ragu dengan niat pasangan mynmar ini, alasan yg diberikan tidak dapat saya terima, pun begitu saya kira wajib, ayah kepada yin ini menunaikan janji yang telah diwarkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan kenyataan (yang tidak saya ingat secara tepat) lebih kurangnya membawa maksud ‘dia sanggup memaafkan tidak kira apa jua niat’ sekiranya yin dikembalikan.
    Dengan statement itu, keraguan mengenai ‘hal-hal’ lain tidak sepatutnya dibangkitkan.Kalau selepas ini pasangan ini diambil tindakan atau sepertinya, mungkin akan terlintas dalam fikiran ‘org lain’ kalau jumpa budak, samada ‘simpan senyap’ atau ‘bersihkan’ walalupun dijanjikan kemaafan/ pengampunan dan sebagainya.. dengan andaian semua itu hanyalah propa.
    As the police procedure, i reserved my comment kerana saya rakyat yg masih kelabu …

  5. ruffian says:

    1. media suke mensensasikan cerite.
    2. polis, dah ditekan2 org awam+media, barulah nmpk mcm nk buat keje (terpakse)
    3. melayu mmg biasenye sgt prejudis pade bangse lain (dan sebaliknye)
    4. aku? malas nk pk dah bende ni.

    tutup je lah cite ni mcm cite altantuya. tak penting. betul tak wahai media malaysia?

  6. Hai Ruffian..kalau malas nak fikir…jangan bagi komen dok diam2 habis crita

  7. Ayah Fayyad says:

    Aku tak kisah la apa yg digembar-gemburkan oleh pihak media.
    Hampa nak kata kepala botak ka, kudis buta ka, itu hampa punya suka.

    Yang aku kisah sangat apasai janji bagai nak rak, bila dah jumpa dakwa macam- macam. Menitis ayaq mata aku bila pasangan Myanmar tu disoal-siasat, dituduh macam-macam. Mentang-mentangla depa ni orang susah, senang-senang nak tuduh bukan-bukan.
    Patut masa hilang dulu polis pakat luku kepala mak pak dia sorang sekali, buat pandai jaga tak reti. Apa ayah Yin ni tak tau ka, satu Malaysia dok risau pasai anak dia ni, semua pakat doa bagi elok.

    Bila susah jenuh dok jumpa tok imam tok siak apa ke bala, bila dah jumpa janji tinggal hampeh.

    Isyy…apa tak malu ka..

  8. Ummi Amirul says:

    Salam Saudara Matkeri,

    Saya terpanggil untuk memberi pandangan dalam kes Yin, kerana saya seperti saudara mengikuti perkembangan kisah ini dari awal. Dibawah saya senaraikan :

    1. “jadi, bila yin dilaporkan hilang di sogo, hati aku tesentap. apa punya jenih mak ayah yang boleh dok beshoping sampai lupa anak dia dok tang mana? budak tu bukannya hilang sekejap.”
    > Saya ibu kenapa dua orang anak yang hyper-active seperti Yin. Anak perempuan saya yang berusia 3 tahun, tak suka dipegang, dan suka main sorok2. Anak2 macam ni, kalau diorang hilang, memang sekelip mata, sebab dalam shopping complex, pameran barang2 adalah lebih tinggi drpd mereka. Senang untuk mereka hilang drpd pandangn org dewasa. Rasanya Saudara ni mungkin belum dikurniakan anak, atau mungkin kalau dah ada, anak2 yang sangat bertarta tertib, pegang buju baju ayah sentiasa bila keluar, tak berani nak explore. Apa2 pun, berdoalah untuk mintak dijauhkan kita menerima nasib yang sama dengan Ayah Yin.

    2.”setelah yin berada dipangkuan ayah yin, dan suluhan lampu kamera menerangi muka2 mak menteri dan jugak pegawai2 keselamatan atasan, nada ayah yin mula bertukar. daripada memaafkan kepada prejudis dan seterusnya membuka laporan untuk membenarkan siasatan terhadap keluarga myanmar tadi.”
    > Pada pagi selepas Yin dijumpa, saya menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV3, yg menjemput Ayah Yin untuk temuramah oleh Mazidul Akmar (999). Saya rasa amat marah, dengan cara Mazidul menyoal Ayah Yin, sengaja membatu api nak suruh Ayah Yin dakwa pasangan tu. Ayah Yin yang cool dan sabar, menegaskan dia ingin berpegang kepada janji, tapi negara kita ada undang2. Kalau saudara nak, saya boleh taipkan semula temuramah tu yang mungkin dapat mencelikkan semula mata hati Saudara, insyaAllah.

    Banyak yang ingin saya tulis, tapi saya yakin Allah sentiasa berada dipihak yang benar. InsyaAllah, tanpa tulisan saya pun, kita semua nanti akan diberikan petunjuk tentang perkara yg sebenar. Cuma sekarang, mintak dijauhkan saya, keluarga & rakan saya dan jugak Saudara penulis untuk diduga sebagaimana Ayah Yin & keluarga lalui.

    Wassalam.

  9. puteri11 says:

    aku x setuju lansung dgn kenyataan ko ni…mana ada org dah tinggal kat malaysia ni dr umo 4 tahun x kenal balai polis..x logik langsung…bukaklah minda sket wahai saudara..yang paling x logik…warga myanmar ni x ingat klinik mana dia hantar yin..baca kenyataan ni buat aku ketawa tergolek2..alahai..baru 2 minggu dah x ingat..bukan apa..klu ingat dia tahu mesti org g cari klinik 2…yang peliknyer benda2 lain boleh plak dia inagt..Yin jalan sorang2 lah,nak kena langgar kereta lah…mcm2 lagi la…aduh…aku kesian betul ngan sapa2 yg percaya ngan kenyataan warga myanmar ni…
    Satu hal lagi..pasal janji ayah yin…kita kena ingat yang nak ambik tindakan bukan ayah yin…tp polis…klu aku jd polis pun mmg aku akan buat cam 2…bayangkan, klu warga myanmar ni dilepaskan…apakah nasib berjuta2 lagi kanak2 dimalaysia ni…senang2 jer nak lepskano rg yang bersalah(aku x ckp mmg dah sah dia bersalah..that y kita kena siasat secara terperinci…)klu manusia yg ada tipu muslihat ini dilepaskan..x mustahil next time dia kan buat lagi..dan pada masa 2 entah anak sapa plak yg jd mangsa (bayangkan klu anak saudara…nauzubillah…)…aku setuju sgt kes ni dibawa ke muka pengadilan supaya org yang bersalah tetap akn terima balasan…jgn terpedya dengan melihat kedaifan warga myanmar ini…mentang2 dia daif,senang2 nak maafkan dia…hello…org klu nak buat jahat,x kira status,kaya or miskin….konon org yng daif ni lah yang bg yin makan, minum…walupun diri sendiri x tertanggung…kita kena lihat secara lebih mendalam…knp dia bg yin makan…sbb nak surh yin mengemis…klu yin x sihat dan terlantar sakit mcm mana nak bawak g mengemis..pokok pangkalnya..kita kena lihat niat disebalik dia ambik anak ni atau lebih tepat lg culik…aku percaya warga myanmar ni jd “panas” disebabkan berkat solat hajat rakyat malaysia…that y lps 2 minggu baru dipulangkan..klu x…x tahu lah apa nasib yin….

    p/s: aku menyeru rakyat malaysia bukak lah minda dan hati anda dlm kes ni..jgn nak salhkan ayah yin…yang bersalah harus terima pembalasan…paling tidak pun pikirkanlah nasib2 anak2 anda selepas ini jika org yg bersalah dilepaskan sewenang2 nyer…Ya!!ayah yin boleh memaafkan..anak dia dah selamat…tp apa pula nasib anak kita jika org seperti ini dilepaskn..fikir2kanlan…..

  10. Saya sokong sangat kenyataan puteri11, memanglah kita kesian tengok kedaifan org myanmmar tu…Ginilah saudara2 kita ambil satu contoh..kita kesian tengok rakyat indonesia yg dhaif dtg mencari rezeki di Malaysia..Mula2 dtg cari nafkah…pastu ada je jenayah..rompak ala ninja..siang hari..bubuh pisau, parang di leher..macam ni..kita nak kesian kan lagi…saya rasa kena ke saudara sendiri barulah menyumpah.

    Berkenaan mnyamar itu..Saya nak tanya satu soalan ayah fayyad dan ummi amirul.. selepas dia menolong yin itu dari melintas jalan…dia seorang Islam..tak kan dia tak ada rasa tanggungjawab nak tanya org sekeliling di kawasan sogo tu..kan org disekeliling tu kan ramai…Oklah saya buatlah satu dialog yg mudah…untuk dia jika dia rasa bertanggungjawab…lainlah kalau dia ada niat lain…Allah pasti akan membalas segala tipu muslihat seseorang itu samada dia kaya ke atau dia yang fakir miskin. Kalau dia kaya…tapi dia jujur..Allah pasti akan merahmatinya…tapi kalau dia miskin papa..tapi dia jahat niatnya..nesacaya lambat laun Allah pasti akan memabalasnya..Oklah saya buat dialognya jika orang itu tak tahun nak buat apabila jumpa anak orang..atau jumpa harta orang…Assalamualaikum Encik..Saya terjumpa budak ni..saya tak tahulah anak siapa ni..boleh tak encik tolong saya, kita pakat hantar dia ke pihak polis…Saya bimbanglah takut dia sesat di bandaraya ni..oklah Jika..encik itu menolak tak nak tolong…takkan dalam ribuan rakyat dikawasan sogo tak ada seorang pun rakyat malaysia yang sudi menolongnya. Beginilah saudara jika anak saudara yang kena terdetik juga dihati saudara…kenapa dia simpan anak aku ni sampai berhari2. Ayah yin memang memaafkan dari kenyataan nye..tapi pihak polis yang meraguinya kerana banyak sangat kenyataan yang bercanggah. Oleh itu saya serulah rakyat malaysia atau rakyat jika terjumpa je anak, baby orang buang ke..tak payah memandai2 nak bela anak tu…report jer. ke..polis kalau berminat nak bela anak tu..buat permohonan dgn JKM. Cuma orang jumpa tu..berniat jahat sahaja seperti nak jual anak tu ke, nak culik nak minta duit ke..Inilah yang tak bertanggungjawab.

    Kalau budak tu cerdik..pandai bercakap..tanya tinggal kat mana, minta no telefon mama atau papanya kalau dia tahu..kalau dia ingat serah je ke polis…habis cerita

  11. ashabulkahfi says:

    mungkin ramai yang terlupa shida yang datang ke malaysia umur 14 tahun dibesarkan dengan makanan yang tidak membantu membina IQ nya, dan juga dibesarkan di malaysia dengan prejudis pada masyarakat yang lansung tidak membantunya membina harapan untuk terus hidup sebagai manusia biasa – memberi kesan saikologi yang amat besar dalam hidupnya.

    sebab semua kita tak pernah mengemis. semua kita tak pernah hidup dalam rumah yang se”selesa” shida tadi. semua kita dibesar dan diajar bahawa polis dan askar itu baik dan mereka menjaga negara dan keselamatan rakyat.

    kita tak penah tau apa yang shida hadapi di myanmar sehingga terpaksa melarikan diri ke Malaysia, yang kemudiannya disahkan sebagai pelarian oleh UN. adakah polis di myanmar dan di malaysia sama? mungkin dia dibesarkan dengan prejudis yang berat terhadap anggota keselamatan.

    bab menipu, yup. tak dinafikan dia akan menipu. sebab dia tahu dia banyak buat salah dalam malaysia, dan mengemis juga merupakan salah satu kesalahannya. tapi apa lagi yang boleh dia buat dengan IQ yang serendah itu? latihan harian ialah cuba untuk meraih simpati setiap hari. dan itulah yang dilakukannya sekarang di hadapan polis. 14 hari dia simpan, rasanya sedikit sebanyak dia telah memikirkan sepanjang hari itu apa implikasinya jika diserahkan kepada polis? dan naluri keibuan dia sebenarnya yang berjaya menolak segala persepsi prejudis dalam dirinya dan, dengan sendirinya, menyerahkan kembali kepada keluarga!

    tapi bukankah kesalahan yang paling besar sekali ialah pengabaian kerajaan malaysia terhadap golongan yang berstatus pelarian ini? bukankah soalan yang paling besar yang kita perlu tanya ialah : apa yang kerajaan dah buat pada pelarian ini dalam membantu mereka membina semula hidup yang lebih sempurna – sebagai negara pelindung?

    rasanya tadak selain daripada menambah portfolio “kebajikan” yang dilakukan oleh malaysia dalam “melindungi” pelarian ini untuk diwar2kan di mata dunia.

  12. puteri11 says:

    jangan nak jadikan alasan IQ rendah,kita boleh buat jenayah sesuka hati..so..kes2 culik, jenayah sebelum ni dilakukan oleh manusia yg low IQ nyer?? Klu mcm 2 aku raser kita kena buat satu akta baru yakni hukuman untuk org2 yang lakukan jenayah tp dilakukan oleh org yg IQnyer rendah(tp x gila)…nak hukum apa yer???x pernah terpikir plak…

  13. ashabulkahfi says:

    mungkin kita harus tembak dan bunuh saja orang2 miskin dan mengemis dalam dunia ni, sebab bagi kita, mereka adalah golongan yang tersepit dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit.

    rasanya cara begini lebih mudah dan senang.

    i rest my kes. puteri11 mungkin lebih arif bab2 pengemis, penjenayah dan sebagainya.

  14. aku lah.. says:

    betik tu..takkan la tatau balai polis kt mana..haih..

    over all..Alhamdulillah..kalo btol la dia mmg nk kidnap dak tu..tp..dia pulangkn balik..kalo tk..aishhh

  15. puteri11 says:

    dasat betul pendpat ashabulkahfi….aku cakap sikit dah melenting…ni susah klu org gunakan emosi bila berbicara(dlm bab ni menaip)…jgn guna perkataan “kita” dlm ayat ko 2 yer..itu pendapat ko sorang yang nak tembak pengemis..bukan aku dan aku percaya bukan juga warga malaysia yg lain…salah ke apa yg aku kata???

    p/s: aku mmg pandang serong pd golonngan pengemis..aku ada sb tersendiri..reason aku coz Allah kurniakan kita tulang empat kerat untuk bekerja dan mencari rezeki… bukan mengemis dan meminta simpati org lain…Allah memberi kita kudrat untuk bekerja..so bg aku bukan halangan untuk kita bekerja mencari rezeki dengan kudrat yg diberi melalui rezeki yg halal..wpun hanya sbg tukang sapu sampah..aku memandang tinggi golongan ini berbanding pengemis yg hanya duduk menadah tangan meminta simpati…even org yg cacat anggota, xde tangan or kaki still boleh bekerja..inikan pula pengemis yg dikurnaikan cukup anggota…Aku klu terpandang pengemis..aku akan menyumpah dlm hati..tiada simpati lgsung dlm hati aku…yg ada cuma simpati kerana tiada usaha menggunakan kudrat yg diberi….

    p/s 2: ashabulkahfi…aku tau ko x puas hati ngan comment ke 12 aku..tp aku pelik naper ko bls balik dan masukkan sekali pasl org2 miskin…rasa2 aku comment aku yg ke 12 tu ditujukan khas untuk penjenayah yg low IQnyer (ni kata ko lah)…tp bila bls..masuk smua sekali..biasalah..aku paham..bila emosi sudah menguasi fikiran…jgn mudah melenting beb..apa2 pun aku mohon maaf ats segala keterlanjuran aku…

  16. zdin says:

    Ashabulkahfi…tu emosional sangat..betul juga pendapat puteri tu..ada org yang sihat tubuh badan tapi mengemis…yang cacat pun adakala…berniaga, buat kerja tak mengemis..

  17. ashabulkahfi says:

    selalunya yang emosional ni taip berjela2. 😉

    anyway, point IQ telah dijawab oleh puteri. tak perlu ulas sebab dalam berhujah, masing2 mengeluarkan pendapat masing2 dan masing2 hormat pada pendapat pihak lain. jika masih nak berkeras mengatakan pendapat yang lain salah – atau terusan mengasak untuk semua bersetuju, sampai bila pun tak habis.

    bagus jugak ada orang macam puteri11 ni. kalau tak, takder sapa nak ngomen matkeri. kalau kat tranungkite.net, tulisan dia ni banyak dapat sokongan, tapi kat website ni, dia pulak yang kena asak 😀

    anyway, this is what we want :)

  18. From unreliable word of mouth, this isn’t the first time the father lost Yin. In fact it’s the second. Hyper-active or not, I believe you should understand your obligation as a parent to at least equip your child with necessary info about the family should events like this happens. If he and his wife were even concerned about the well-being of the child, this thing wouldn’t have happened in the first place, dragging all the vote-hunger politicians and some poor refugees whose sincerity, to date, is still subject to doubt. But that’s just what I think. I could be wrong. Or not.

  19. puteri11 says:

    yang ni aku agree ngan ko punya opinion, ashabulkahfi….masing2 punya pendapat..masing2 pertahankan…cuma bab emosional 2 ada sdikit kekeliruan disitu…org emo akan taip2 berjela2 ker????hahaha…lawak lah ko ni!!!!semlm sapa yer yang nak tembak dan bunuh semua pengemis dan golongan miskin??…aku ker??????heheh…tp aku xde senapang…anyway thanks zdin coz agree wit my opinion…:)

  20. zdin says:

    ye lah puteri11..kita harap janganlah kita emosional sgt. boleh berkenalan dgn puteri11..my email zma1469@hotmail.com

  21. puteri11 says:

    zdin….ni my email…sf_2211@yahoo.com…sy send kat u fail…y arrr???

  22. Hanif Zuhdi says:

    Pasangan Myammar itu bukan orag Myammar tetapi orang Rohingya. Mereka “no land man”, stateless. Kerajaan Myammar taknak iktiraf mereka sebagai rakyat walaupun dah berkurun lama hidup di Burma. Malah di bawah regim sekarang, mereka ditindas, dijadikan buruh paksa, dinafikan peluang pelajaran dan sebagainya. Sebab itu la mereka lari dari kampung halaman dan sanggup menjadi pelarian di negara lain.

    Mak bapak pasangan Rohingya ini, datang ke Malaysia bagi perlindungan. Masalahnya, Malaysia tak pernah iktiraf status pelarian, atas alasan berkecuali dan menjaga hati rumpun ASEAN.

    Ini menyebabkan mereka tak dapat HAK ASASI SEBAGAI SEORANG MANUSIA, seperti makan minum dan tempat perlindungan. Walaupun kerajaan Malaysia benar mereka tinggal atas sebab belas kasihan, mereka hadapi banyak kesukaran untuk hidup dan cari nafkah.

    Sejak operasi PATI bermula lebih kurang 1999, ramai antara mereka diberhentikan kerja dan terpaksa bekerja secara tidak tetap sebab majikan takut tindakan kerajaan sebab menggaji PATI.

    Malah ada pihak sekolah terpaksa memberhentikan anak-anak Rohingya kerana takut diambil tindakan.

    Sebab itulah sejak itu banyak kita lihat mereka beralih kepada kerja mengemis. APA LAGI YANG MEREKA BOLEH BUAT!

    Aku marah bila ada rakan-rakan kita ni nak tembak pengemis-pengemis nih? Hang ni ummat Nabi Muhammad atau tidak? Tidakkah kamu ketahui Nabi sendiri adalah seorang yang amat berbelas kasihan kepada orang fakir dan miskin, senantiasa mendampingi mereka, senantiasa menyayangi mereka. Sehingga baginda menggolongkan diri baginda sebagian dari mereka.

    Sedarlah! Aku takut laknat Allah menimpa jika tidak berbelas kasihan kepada orang miskin.

  23. puteri11 says:

    Hanif Zuhdi…salam…aku raser ko dah silap paham…correct me if im wrong…gini..klu ko ikut comment2 ni dr atas sampai bawah, comment pasal tembak2 pengemis ni (comment 13) sebenarnya ditujukan untuk aku…ashabulkahfi hanya melepaskan geram kat aku..aku tahu dia bukannya bermaksud begitu..dan aku harap ko pun jgn tersilap paham…

    bercakap pasal mengemis…aku ada satu cerita kisah zaman Rasullullah..ada seorg sahabat nabi telah terserempak dengan seorg pengemis..setelah dipujuk rayu oleh pengemis itu untuk memberinya sedikit makanan, maka sahabat ini telah mengeluarkan sebiji biji benih lalu diberikan kpd pengemis itu..lalu pengemis itu berkata..”Aku mahukan makanan, bukannya biji benih”..lalu dicampakkannya biji benih itu…Sahabat nabi tidak berkata apa2 lalu pergi dr situ..selang beberapa lama kemudian, biji benih yg dicampak oleh pengemis td telah bercambah dan menjadi pohon yg rimbun serta berbuah lebat…maka sedarlah oleh pengemis td bahawa selama ini dia tiada usaha untuk melakukan sesuatu yg bermanfaat selain dr meminta simpati org lain….

    moral of the story:paham2 sendiri la…Allah x kan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yg berusaha untuk mengubahnya…..berkat doa dan usaha yg berterusan, InsyaAllah..Allah akan menolong kita….Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang….

    Satu lagi…miskin nagn pengemis jauh bezanya…miskin x semestinya mengemis….org yg miskin masih berkerja untuk mencari rezeki denagn tulang empat kerat yg dikurniakan Allah..mungkin rezeki yg melimph ruah masih belum dikurniakn untuk golongan ini…yg mcm ini lah yg akan aku bantu..InsyaAllah…

    maafkan aku jika terlanjur kata….

  24. MOHD ZAMZURI BERAHIM says:

    PADA PANDANGAN SAYA BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH KITA SEBAGAI SESAMA ISLAM HARUSLAH SALING MAAF DAN MEMAAFKAN.JANGAN KITA SALING TUDUH MENUDUH YANG LEPAS TU LEPASLAH .PERKARA DAH BERLAKU,MUNGKIN ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA YANG ALLAH HENDAK JADIKAN NYA SEBAGAI PENGAJARAN.SAYA BERPANDANGAN KELUARGA MYANMAR ITU HARUSLAH DI BANTU BUKAN KEHENDAKNYA DI JADIKAN BEGINI,KASIHANILAH MEREKA YANG MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK.BERILAH MEREKA PELUANG UNTUK MENGINSAFI DIRI.SAYA DI FAHAMKAN MEREKA INI BUTA HURUF MUNGKIN KEDAIFAN MEREKA MENJADIKAN MEREKA LUPA TANGGUNGJAWAPNYA UNTUK MELAPURKAN KEPADA POLIS,OLEH ITU KITA SEPATUTNYA MEMBANTU MEREKA, MEMBELA MEREKA DEMI KERANA MEREKA ADALAH INSAN SESAMA ISLAM.JANGAN SOMBONG DENGAN KEKAYAAN KITA JANGAN LUPA ASAL USUL KITA.HIDUP!!!!!!! KELUARGA MYANMAR

  25. ZAM says:

    Ayah yin tu dah mula lupa daratan sombong,angkuh dan sudah mula hendak lupa diri.Dia sepatutnya di hukum kerana cuai hendak menjaga keselamatan anaknya,sebagai bapa beliau juga sebagai ketua keluarga,beliau gagal menjalankan tugas sebagai bapa.Keluar ga myanmar itu haruslah di bela bukannya di hukum,kalau benar dia hendak mencolek mengapa dia berani pulangkanya di balai polis….mungkin ganjaran tapi itu bukan persoalanya tapi dimana kejujuran keluarga yin…jangan jadi munafikkk.Jagn di hina keluarga myanmar itu mereka miskin bukan kehendaknya……bebaskannya jangan di dakwa keluarga yang tidak bersalah itu.Kasihanilah kelima-lima anaknya itu….Bapa Yin harus menunaikan janjinya untuk memberikan ganjaran kepada sesiapa yang menjumpai anaknya.Ini la masanya beliau membalas jasa kepada orang yang telah memberi makan , minum , dan menyelimutkan anaknya di kala kesejukan malam hari…….. Jangan lupa diri nan di laknat olehhh Allah

  26. PERKASA says:

    Sial.. lah, celaka… lah mereka yang menghina keluarga myanmar itu…..moga-moga mereka insaf…atas kesombongan mereka ituuuu….Mereka itu semua bagai kacang lupakan kulitt tidak berhati perut… sudahla di jaga anak nya bernama yin sebaliknya mereka ini di hukumm pulakkk ape punya bodohhhh…KAMU SEMUA…

  27. puteri11 says:

    makin hot karpet comment ni..bawk tenang abg2 dan kakak2 semua..mengucap byk2..hehe

  28. tanpa emosi says:

    negara ni ada undang2..biar keadilan yang tentukan..

    mungkin bapa yin mmg tak mahu mengambil tindakan..tp kita ada authority yg ada power… kita serahkan pada mereka..ada sebab mengapa mereka ditahan..siasatan mahu dijalankan bukan terus mendakwa mereka..jika ada bukti mereka bersalah… undang2 akan menentukannya..

    mungkin dari satu sudut kemanusiaan ia dilihat sebagai zalim sbb pasangan myanmar tuh ade anak..sampai ati kita mahu mendakwa mereka yang telah buat kebaikan memulangkan yin… tp lihat..polis melihat perkara ini dr pelbagai sudut..byk persoalan yang belum terungkai..

    lagipun kehilangan yin telaah direpot oleh bapanya daan diklasifikasikan sbb missing person..so even yin telah dijumpai… hanya siasatan as missing person ditutup..dr sudut lain semua pihak yang terlibat perlu beri kerjasama dlm siasatan..

    tapi… … … … … …

    bayangkan jika tindakan tidak diambil… .satu masa akan dtg..perkara yang sama boleh berlaku..dan if kita hanya relied pada kemaafan dan janji tidak menyiasat mereka2 yg terlibat..pastinya jenayah seperti ini akan meningkat…

    tepuk dada… tanya selera..

    kita ada undang2… .nobody is above the law!

  29. tanpa emosi says:

    bagi aku, menyimpan budak bukan dibawah jagaan ibubapa adalah satu kesalahan… .ia adalah jenayah tak kira lah ko kaya ke atau ko miskin… . lain lah tarzan… gorila jaga tarzan dari kecil… takder kesalahan yee.. siap murni lagi sebab memang takder orang lain yang mampu jaga tarzan..atau si yin terhempas di satu pulau dan hanya ada keluarga myammar tuh aje yang wujud dalam pulau tuh, haa itu ok bagi aku… pull stop

    katakan si myammar tuh orang kaya, simpan si yin 15 ari.. mesti korang kata myammar tuh ada sendiket… ..tetapi myammar tuh lak miskin, dari korang rasa sendiket terus jadi simpati, ditambah pulak dengan anak si myammar tuh ader 5 orang… bertambah kesianlah korang disebabkan korang punyai perasaan wanita yang terlalu mengunakan emosi dari pemikiran waras… .ini salah dan korang tak boleh jadi penyasat, hakim atau loywer… .nasihat aku cari ler kerja lain…

    mengikut ulamak dahulu, nak jadi hakim bukan mudah ye… nak kena teliti dari semua sudut,tapi tak boleh memasukan nilai emosi dalam membuat sesuatu penilaian atas mana mana keputusan… .sebab bila dah masuk emosi, korang dah berat sebelah… ..sebab apa, sebab yang terdesak akan mencari berbagai helah atau lakonon atau apa saja untuk mengelak dari dituduh melakukan kesalahanan… apabila dia buat muke kesian, abis korang dah berat sebelah… aku bagi contoh, si perogol buat muke kesian sungguh sungguh,abis kesian ler korang tengok,siap kata dia miskin, mak bapak takder.. duit takder, sebab itu ler dia merogol sebab tak mampu nak kawin… jadi korang pun kesian punye pasal, lepaskan jer ler perogol tuh sebab baru kali pertama lagi pun perogol tuh ader anak angkat50 orang… haa abis,keputusan korang dah berat sebelah… …
    aku pun kesian gak kat myammar tuh… tapi tak leh kerana kesian kita lepaskan tanpa siasat… ini tak boleh, berlakunya tidak adil pada bapa yin atau siapa saja…

    disini juga korang telah membuat satu lagi penilaian berat sebelah atas sebab bapak yin, memang lah si bapak yin salah kerana lalai, dan yin pun jenis aktif… . disebabkan itu korang menganggap ini salah bapak yin tanpa mengambil pandangan jika situasi berbeza…
    dan aku bagi contoh lagi… katakan bapa yin seorang doktor yang pertama kali hilang anak dan baik sangat, sudah tentu korang akan membuat keputusan bahawa 100% salah adalah keluarga myammar itu… maka disini terbukti lagi korang menilai kerana emosi… ..

    apa pun, ketepikan dulu emosi korang barulah korang buat penilaian… ok.. clear…

  30. Bukan kerna emosi ...PERKASA says:

    Pencuri tidak akan mencuri kalau semua orang tahu dan pandai menjaga keselamatan barang2nya,serta tidak ada peluang untuk pencuri itu untuk mencuri.Justeru itu atas sebab kecuaiannya keluarga yin maka anaknya hilang lalu di ambil dan di jaga bagai anak sendiri oleh orang miskin beranak lima.Oleh kerana mereka iaitu keluarga yg menjaga yin itu miskin, (tidak kaya mcm ko orang) maka semua orang menuduhnya sebagai pengemis , peminta sedekah dan di aibkan di seluruh Malaysia.Hakikatnya mereka ini bukan pengemis mereka itu walaupun miskin ada maruah dan harga diri.Maka atas alasan hendak menyiasat maka keluarga itu pun di tangkap,di reman kerna atas alasan menjaga kepentingan ramai.
    Sekiranya orang yang menjumpai yin itu bertaraf Datuk orang kenamaan, kaya maka semua orang akan bertepuk tangan mengatakan yin bertuah di jaga oleh orang kaya. Itulah manusia sentiasa ada ada jurang di antara dua darjat kemanusiaan.
    Ini bukan kerana emosi tetapi hakikat hidup manusia yang lupa kemana mereka selepas ini……….. Penyiasat pun satu hal nak siasat siasat la bukan tak boleh nak siasat, buat cara yang terhormat kenapa pulak harus di tangkap dan di sumbat dalam penjara. Kenapa tak guna kuasa budi bicara…Kes ini sepatutnya boleh buat cara yang terhormat bukan cara penghinaan sedemikian rupa.Mereka bukanya ada rekod jenayah lampau….Kalau orang kaya, ADA DARJAT dah tentu dia oarng tak akan di tangkap BETUL TAK…..sebab mereka orang miskinla mereka di tangkap.Bila da siasat rupanya tak ade Kes….kesian kat mereka.Itu pun selepas maruah mereka di telanjang bulat2 satu Malaysia. Ini kah sistem yang adill….Kes ini akan menjadikan menyebabkan masyarakat lebih mementingkan diri sendiri.Selepas ini sekiranya sesiapa menjumpai anak yang terbiar maka sudah tentu masyarakat akan membuat keputusan. biarlah dia bukan anak aku.. apa aku peduli lantakla dia…nanti aku pulak kena tangkap , kena remann……pi rahhhh

  31. Ayah Fayyad says:

    Dah!!!

    Tak payah lagi nak kata mengata sesama kita. Pasangan Myanmar tu dah dibebaskan dari sebarang tuduhan. Full stop!

    Jom kita pakat concentrate PRK Ijok!
    Jom kita tengok sapa yang kenaa…..

    P/s: Untung sapa jadi rakyat Machap, Batu Talam, Pengkalan Pasir, dan terkini Ijok!
    Huwaa!!! berapa juta la pulok dia orang kebas duit rakyat pastu belanja di Ijok, tapi takpe, janji rakyat dapat balik!.

  32. MarcosSakos says:

    kenapa kesimpulannya harus berubah dari satu ekstrem ke ekstrem yang lain? satu ekstrem jumpa anak terlepas simpan sampai 15 hari, satu ekstrem lagi “lantaklah aku peduli apa”. sedangkan jalan tengah yang mudah ada, jumpa terus serah pada polis dengan segera, abis citer. itu pun susah nak buat. kalau itu yang di buat lepas tu kena tangkap reman jugak baru tak patut.

  33. tanpa emosi says:

    setuju marcosSakos…setuju!!!!sokong!!!!!heheh

  34. emosistabil says:

    “Pencuri tidak akan mencuri kalau semua orang tahu dan pandai menjaga keselamatan barang2nya,serta tidak ada peluang untuk pencuri itu untuk mencuri”

    ——>Klu dah pencuri 2, pencuri jugak(x ditujukan kpd kelurga myanmar)…sumthing wrong wit this statement..mmg dah ada niat mencuri la ni..klu mcm ni susah la nak dakwa pencuri sbb semuanya disbbkan kecuaian tuan empunya badan…yang penting niat seseorg 2…klu dah niat nak mencuri…mencuri jugak akhirya…

  35. emosistabil says:

    Oleh kerana mereka iaitu keluarga yg menjaga yin itu miskin, (tidak kaya mcm ko orang)——>ayat berbau emosi…hehehe..

  36. JAGUHH says:

    ……kalau semua orang jaga keselamatan barang2 dia dan tak de peluang untuk pencuri ,mencuri maka .PENCURI PUN TAK DE LA NAK MENCURI…NGOK…

  37. emosistabil says:

    “……kalau semua orang jaga keselamatan barang2 dia dan tak de peluang untuk pencuri ,mencuri maka .PENCURI PUN TAK DE LA NAK MENCURI…NGOK…”——>So x yah la letak perkataan pencuri kat depan 2…sepatutnya ayat 2 mcm ni…

    “ORANG/MANUSIA/WHATEVER PUN TAK DE LA NAK MENCURI..NGOK…(opss…sori…perkataan ngok 2 x yah la…x baik kata ngok kat org..kahkahkah)

  38. emosi tak stabil.... says:

    setuju ngan emosi stabil…x yah la letak perkataan pencuri kat depan 2 coz dia berkesempatan nak mencuri lagi pun…yer lah kan semua aware ngan persekitaran, harta benda supaya pencuri x de kesempatan nak mencuri…lps ni aku nak letak CCTV kat sidai kain hostel aku supaya seluar jeans aku x hilang.xpun lps sidai terus tunggu sampai seluar jeans aku kering..hahahaha

  39. emosi tak stabil.... says:

    opsss..aku tertinggal perkataan “tak” kat statement aku kat ats..sebelum berkesempatan 2…heheh

  40. ashabulkahfi says:

    anyway, ingin berkongsi berita dari harakahdaily yang membuat liputan keluarga myanmar dengan suhakam :

    http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7366&Itemid=28

    ..ehem.. sempat jugak bersuaikenal kat sini? alhamdulillah. kalau dapat anak nanti, jangan tinggal rate2 tau? 😉

  41. puteri11 says:

    x nyer…aku x tinggal merata2…aku takut…nanti kan..bila anak aku ilang..rupa mcm pengemis..terus ditembak oleh ko..kahkahakah!!!!!…jgn mare…aku hargai nasihat ko…ko pun jgn emosi yer…salam

  42. DPPHL says:

    maaf kalau aku menyampuk sikit..ini bukan pasal sokong ayah yin ker orang myanmar ke..tapi aku sebagai rakyat Malaysia Yang terbilang ni nak cakap skit pasal isu ni.korang tak terpikir ker sebagai mak bapak kiter telah ditanamkan naluri seorang ibubapa..kiter dari kecik ditatang dengan penuh kasih sayang..kalau x pandai jager anak tak payah buat anak..memangla ader yang akan cakap aku tak adil..maner la kiter tau anak kiter nak hilang.dok dari jauh datang sogo semata-mata nak shoping..x pnah dengar ker tentang kebahayaan KL ni. Aware la skit pasal anak ni..anak bukan sepuluh orang..cume berhati-hati dengan Ibu Negara Malaysia (Kuala Lumpur) ni..bukan stakat kat KL jer semua tempat kat Malaysia ni dah x selamat..kat masjid pun x selamat ni kan pula kat SOGO..pikir2la..yang aku pelik lagi ader manusia yang cakap Malaysia negara aman????hehehe sori dah keluar dari tajuk…salam

  43. blizzard says:

    dalam kes ni aku salahkan parents yin. as a parent, sepatutnya mereka peka terhadap perkembangan anak2.parents yin memang mengaku yin aktif dan pernah hilang sebelum ni. so, sepatutnya mereka dapat hint yang anak diorang ni ada sesuatu yang tak kena.yin aktif, sangat2 aktif dan obviously itu bukan sesuatu yang normal.suppose parents yin peka terhadap hal ni.kena bawa yin jumpa pakar dari dulu lagi, bukan setelah terjadinya kejadian yang sangat2 memalukan ini.
    kalau ikutkan komen ayah yin sebelum ini, mengatakan dia menjaga anaknya dengan baik dan dalam keadaan bersih.kalau dia menjaga anaknya dengan baik, takkan tak perasan anaknya hilang. paling tak pun, takkan tak perasan anaknya ada penyakit?
    cara dia komen tentang tempat yin disimpan memang betul2 kurang ajar. cakap tak serupa bikin. kalau betul dia bersih dan teliti orangnya, sudah tentu gaya dan penampilannya pun teratur. selama yang aku perasan, ayah yin ni serabai orangnya. diorang ni memang cakap tak serupa bikin.
    kalau sebalum penemuan yin, cakap bukan main manis. merayu2.buat2 muka kesian.
    bila dah jumpa yin, cakap pun dah mula berubah. tak puas hati dengan ini itu. habis dia ingat orang nak tatang anak dia macam anak raja? nayangkan kalau yang simpan yin tu orang yang kaya raya, ada tak dia cakap macam tu? mesti kelabu mata.
    part yang aku paling tak berkenan pulak, bila didapati pasangan myanmar tu tak bersalah, baru nak jilat balik kata2 yang dulu.dia tak rasa bersalah ke pada orang yang susah payah jaga anak dia? kalau aku orang myanmar tu, aku saman dia.
    aku bukannya apa, orang lain pun hilang anak juga, tak la sampai macam ni sekali jadinya. kalau diculik, lain cerita la. ini anak hilang dek kealpaan ibubapa sendiri. nampak sangat mereka tidak bertanggungjawab terhadap anak2.
    mungkin benar mungkin kenyataan pasangan myanmar tersebut mendatangkan sangsi. mungkin mereka gabra lantaran asakan soalan yang bertalu2, tak pernah berjumpa dengan situasi yang sebegitu.kenapa kita sengaja menimbulkan rasa sangsi terhadap keikhlasan yang mereka lemparkan.kenapa kita cepat sangat melatah? adakah kerana mereka orang miskin dan juga rakyat asing? apa pula jadi kalau mereka orang kaya raya dan juga orang yang mempunyai kuasa? adakah kita akan berprasangka sebegitu? kadangkala manusia hanya pentingkan prasangka daripada rasionalnya akal fikiran.menangguk di air yang keruh. tapi itulah kenyataan yang dapat kita saksikan hari ini.

  44. JAGUHH says:

    OK LA jom kita pi IJOK TGK PILIHAN RAYA.AKU DOK GELIHATI DENGAN TPM.NAJIB… Dia kata muka India tu mengancam.aku agak dia ni…homoseks kot aku tengok muka dia tu meluat adela…kalau letak sebilik denga India tu aku rase mau dia (njb) LIWAT INDIA TU… BUKAN BOLEH PERCAYE DIA NI..Yekkk..Tuuiiih.WWalau apepun selamat kanlah Malaysia ni aku da jelak duduk dalam BARISAN.asyik makan Ayam je nak cuba makan Ketam pulak…. boleh kepit orang uang duduk BARISAN…tu
    Walau kerat 18 ke 1000 ke aku TETAP SOKONG KEADILANNNNNN

  45. PERKASA says:

    Sokong Jaguh hidup jaguhhhhh he he Memang betul tu duk Barisan dah tak lurus lagi tak macam duluuu … sekrg duduk satu barisan pun dah BENGKANG BENGKOKKKK….HIDUP KEADILAN….

  46. DSAI says:

    bodohhhwii…tu aku tengookk macam gilaa seks je dengan dohh jibb aku rase dia baru pas meliwat agaknye…opss melawat la he hee

  47. Ayah Fayyad says:

    Utusan Malaysia

    Pasangan Myanmar tolak ganjaran

    KUALA LUMPUR 23 April – “Saya tak nak duit (ganjaran) itu, tak nak jumpa Yin lagi. Saya ikhlas… saya ikhlas bantu dan jaga dia seperti anak kandung saya, tapi pelbagai tuduhan dan cacian dilemparkan ke atas kami sekeluarga.”

    Itulah luahan wanita Myanmar, Noor Shida Nur Islam ketika ditemui di pejabat peguamnya di Sentul di sini hari ini dan diajukan soalan mengenai ganjaran yang patut diterimanya setelah memulangkan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin pada 14 April lalu.

    Beliau membuat kenyataan itu kurang sejam selepas dipertemukan semula dengan lima anaknya yang sebelum ini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Mereka berpisah dengan ibu mereka kerana Noor Shida, 27, ditahan reman selama empat hari mulai 15 April lalu kerana dipercayai menculik dan memperalatkan Yin sebagai pengemis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis 19 April lalu.

    Sidang akhbar bersama peguam Pritam Singh Doal itu turut dihadiri suami Noor Shida, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman, 37, serta kelima-lima anak mereka. Selain itu, abang Noor Shida, Ismail Nur Islam, 32, juga hadir sama.

    Ditanya alasan mengapa beliau tidak mahu berjumpa Yin atau keluarganya lagi, Noor Shida berkata: “Cukuplah apa yang saya alami setakat hari ini. Syukur kepada Allah, akhirnya saya dapat bertemu anak-anak saya dan mereka dalam keadaan sihat.”

  48. JAGUH says:

    …dah la tu lama2 meluat.. pulak dengar cerita pasal myanmar dan ayah yin nii tak maju langsung laaa… cari la topik lain pulak

  49. RAIS YATIM says:

    BETUL TU AKU PUN MELUATTT …TUIIIIH

  50. org mnyammar says:

    Ambillah Nur shida…orang bagi duit tu…rezeki Allah tu, tak baik tolak…Atau gini ambil duit pastu kalau tak nak duit..tu ..bagi jer ke derma sekolah pondok pembinaan surau ke atau derma ke Pas untuk tabung jhad untk hadapi pilihanraya…Allahuakbar

Powered by the people for the people